Sunday, August 25, 2013

Disrupt vs Disturb

Tiga orang kanak kanak are up to something in their room. Kejap kejap keluar, then lari masuk balik dalam balik. Aku pun bisinglah kata nanti terlanggar Syafiyah atau terjatuh. Kan sakit nanti. Tak pepasai.

Aku : Wina! Toksah dok keluaq masuk bilik. Satgi langgar Syafiyah ka, terantuk ka, payah.
Wina : Ok Mummy. Satgi Wina gantung Do Not Disrupt dekat pintu bilik na.
Aku : Bukanlah. Do Not Disturb lah.
Wina : Dak. Do not Disrupt lah.
Aku : Ok ok.

Meeting secret apa dalam bilik sampai tak buleh disrupt nakk oii...?

Wednesday, August 14, 2013

Maaf, PMS bermaharajalela.

Dalam dilema. Cuba untuk berfikir secara terbuka. Cuba untuk tidak terikut ikut pembawakan egosentrik. Apapun, akan cuba dahulukan kepentingan anak anak. Emosi sendiri perlu dicuba tolak ketepi. Fikir untuk masa depan anak anak. Tak mengapalah. Di mana mana sama sahaja. SP dan AS bukan jauh manapun. InshaAllah. Yang penting, aku dan Cp telah bersepakat. Ini rumahtangga kami. Setiap keputusan adalah keputusan bersama.Keputusan kami berdua. Harap dipermudahkan. Sekian.

Thursday, August 1, 2013

Selamat Hari Raya lalalala....

Sibuk mengemas dan berkemas. InshaAllah, jika tiada apa apa aral, esok bertolaklah balik ke kampung. Cp terkejut tengok aku mempacking baju. Makkk aii. Ya, aku ada masalah. Masalah tak tahu baju mana nak bawak balik dan baju mana tak. Lagipun, bila Cp cuti ni aku malas nak mendobi. Mesin tak sama dan sabun tak sama macam aku punya di rumah. Aku bukan cerewet ya. Alasan paling kukuh aku rasa untuk aku sumbat dalam bonet kereta Cp beg besar gedabak sejumlah empat biji. Eh, kan cuti namanya. Cp cuti aku pun cuti lah. Rehatlah dari tugas seharian macam di rumah. Kang balik beraya aku humbanlah semua dalam mesin basuh gergasi yang ada kat rumah ni. Auuumm.

Oh ya. Aku pun sibuk main Candy Crush Saga. Bukan dalam facebook ya. Terjebak tapi tidak ketagihan tidak mengapa. Itu falsafah aku. Sila jangan tiru. Ok. Puteri Syafiyah sudah bangun. Menulis blog sudah tolak ke tepi. Yang aku boleh buat pada waktu waktu begini ialah melangut di hadapan tv. Quality time lah katanya tengok  Upin Ipin dengan Syafiyah. Selamat Hari Raya. Maaf jika ada tersilap kata, terasa hati dan terguris jantung.