Tuesday, October 22, 2013

Mari Berubah.

Aku emosi terlebih? Biasalah. Dalam hidup kadang terlebih garam, kadang terlebih cuka, kadang terlebih segala galanya. Kalau takda emosi, aku mungkin dalam kategori tak waras. Hish, bukanlah. Janganlah.

Tapi kadang kadang aku pun nak jugak la naik menyampah bila dengar orang merungut tak henti henti. Kau kata duit tak cukup bulan bulan, hutang berlambak keliling pinggang, pendek cerita, hidup kau dah dekat paras hidung. Tapi, apa kau buat? Kau merungut. Lepas kau merungut kau pergi shopping. Kau habiskan segala sisa duit yang kau ada buat joli. Kau kata itu cara release stress. WtFun!

Semak mata memandang, semak lagi kepala aku. Sekali lagi aku tanya kau ya. Lain kali aku malas ulang. Priority hidup kau untuk apa? Kau berhempas pulas memcari rezeki untuk apa?Hidup ini untuk apa?Semua tu untuk siapa? Aku tak boleh jawab sebab jawapan tu kau dah ada yang sebenarnya. Kau malas nak peduli kan?

Kesimpulannya, selalulah ukur baju di badan sendiri. Kemampuan tu hanya diri sendiri ja yang tahu. Pepandaila bezakan mana yang perlu dan yang tak perlu. Kita hidup ni bukan nak berlumba lumba tunjuk siapa lagi hebat, siapa lagi kaya, siapa lagi bagus. Tak penting pun persepsi orang. Biar papa kedana janji kau bergaya. Oh, tolong jangan merungut kalo sendiri cari masalah.

Kesimpulannya IKUT HATI MATI! IKUT NAFSU LESU! IKUT RASA KAU BINASA.
Sekian.

Monday, October 21, 2013

Berat Mulut dan Selamba badak.

Bila kita sedar dan tahu menghormati orang lain, kita akan dapat membezakan mana satu kepunyaan kita, mana satu milik orang. Woi, aku cakap pasal material lah. Bukan bab hati dan perasaan ok. Macam kalau kau jumpa sesapa punya barang tiba tiba ada kat longgokan barang kau, bukankah lebih elok kalau kau tanya dekat sapa sapa yang terdekat yang barangkali barang tu kepunyaan dia. Kau mana boleh selamba badak bergaya kesana kesini dengan barang sapa ntah. Aku kenal sapa punya tu. Haaaa, kantoi.

Bagi aku, kau tiada adab. Kau memang selama badak. Sama macam kalau kau pesan barang dekat aku suruh belikan atau kirim barang kau. Ok, aku belikan. Aku bawakan. Berapa sangatlahkan benda alah dua tiga ringgit ni. Tapi, kau nampak biadap bila kau selamba badak dapat barang terus takda ucapan terima kasih. Nak bayar balik jauh sekali lah kan. Takpa, aku dah agak dah kau takkan bayar balik. Laki aku belanja. 

Nampak tak perangai orang takda adab. Tolong ya. Lain kali, kalo minta tolong dengan orang, biasakanlah mulut tu dengan ucapan terima kasih. Takda rugi pun ayaq lioq tu. Bukan kena duit pun. Kalo sekali, mungkin ko lupa. Kalo banyak kali, memang kau jenis manusia selamba badak. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 9, 2013

Bukan bintang telenovela.

Bagai tak sudah. Aku rasa tak payahlah nak berdrama sangat kan dalam hidup ni. Macam atas permukaan air. Nampak cantik ja dari atas. Bila kau selam, makk aii. Macam macam.  Ya, aku faham. Tiada yang sempurna. Tapi tak perlulah nak berpura pura. Bila kita terima diri kita seadanya, kita redha kita bahagia. Itu saja.

Ya. Kerapkali bila umur meningkat, aku jadi terlebih emosi. Tapi aku tak mau lah tergedik bagai rasa diri aku ni masih muda remaja. Nak menggedik pun buat apa. Laki dah ada. Nak menggedik kat orang, memang saja cari bala. Aku bukan salah seorang dan sungguh tak berminat untuk joined the 'Attention Seekers'. Maaf. Saya bukan anak terbuang.  Saya cukup kasih sayang dan tak perlu menagih perhatian. Sekian. Harap maklum.

Friday, October 4, 2013

Sekali sekala merepek.

Can't sleep. Seronok tengok Cp tidoq macam baby. Krohh Krohh. Syafiyah pun sama. Miss S, Cik W and Abe dah lama dahke Dreamland. Bukak segala mak nenek blog, dah baca segala semua jenis cerita dah. Part yang tak boleh tahan bila ada entry pasai mistik and mystery. Terus tekan pangkah cepat cepat. Ya, aku penakut.

Oh yes. Esok ada pasar tani. Aku nak beli tapai, tapai, tapai dan susu kambing. Harap esok bebudak comel empat beradik mudah bangun dan berkelakuan baik. Malas aku nak bertukar jadi Incredible Hulk sebab naik angin yang melampau lampau. Hahah.

Ok. Biar gambaq pulak bercakap. Tak mau tengok, takpa. Menyampah pun takpa. I ok ja. Muahhaha. Nite nite.


 

 

 







Thursday, October 3, 2013

Boleh tak jangan macam tu?

Pelik aku perangai manusia. Orang cakap benda betul kata dengki lah, jealous la, busy body la dan macam macam lagi. Bila kita rasa diri hebat, kita perlu ingat Allah lagi hebat. Kita ni siapalah kan. Tak payahlah nak rasa macam bagus sangat. Orang tegur sebab orang ambil berat. Hidup bermasyarakat perlu saling ingat mengingat dan hormat satu sama lain. Toksah dok rasa hebat sangatlah no. Apalah yang nak dibangga dengan status dan kekayaan. Bila bila boleh hilang macam tu saja. Bagi aku, dalam kita cuba menggapai awan, jangan lupa tengok ke bawah sekali sekala. Bukan apa, takut takut kalau terjatuh, kalau tiada support memang kau cari nahaslah jawabnya.

Sekian. Saya tak dengki. Saya bukan bodo. Saya tak dayus. okbai.

Wednesday, October 2, 2013

Eucerin DermoPURIFYER

Mulai bulan ini, aku adalah pelanggan setia Watsons. Kalau dulu, tiada langsung rasa penyesalan bila menghabiskan dua tiga ratus hanya semata mata untuk membeli skincare product bagi mendapatkan kulit muka yang mulus. Blueek. Tak mulus pung.Biasa biasa ja aku tengok. Eksperimen yang gagal ke atas diri sendiri. T______T.

Berjalanlah aku masuk ke Watsons dalam pencarian set penjagaan muka yang MURAH dan BERKESAN. Terima kasih Cp kerana memahami dan sentiasa cuba menurut kehendak si isteri yang bijak ini.  Puas aku explain tiga empat kali yang aku tak kisah pung try barang kat watson. Saya paham the consequences yang bakal dihadapi, tapi saya tak kisah asal dapat jimatkan duit kamu Cp. Daripada membazir tak tentu hala, nak yang organic lah (pasti 100% organic ke) dan memikirkan kepentingan diri saja, aku beli Eucerin. Hahaha. Set jimat dia Rm 69.90. Ada siap cleanser, toner and moisturizer. Oklah. Katanya kat kotak tu result dalam masa 14 hari. Kalau tak puas hati, boleh pulang balik tapi makk aii, jauh benor aku nak return kalo tak sesuai ni.  Tawakal sajalah.

Setakat hari ni, aku rasa produk ni ok. Tiada masalah gatal atau tiba tiba jerawat naik membiak secara banyak di muka aku. Alhamdulillah. Yang bestnya, produk Eucerin ni soap and fragrance free.Lagipun, kalau aku nak wangi, baik aku spray perfume terus kat muka ni. Eh, kang pedih pulak mata aku kan.

Pic credit : Eucerin
  

   









Tuesday, October 1, 2013

Cik Syafiyah

My 17 months old baby, Cik Nur Syafiysh Khalisah. May your life filled with happiness and barakah from the day you were born till hereafter.