Monday, April 28, 2014

Cik Syafiyah sudah 2 tahun. Emak Cik Syafiyah sudah 30 minggu.

At 30 weeks. Gembira. Alahan sudah tiada. Kalo sebelum sebelum ni, nak berbedak pun tak boleh. Apatah lagi nak mencuci muka. Pucat lesi hitam macam apa ntah. Lotion lagilah. Tak payah mimpi ok. Ia umpama mimpi dalam mimpi. Nasib aku surirumah. Tak perlu bersiap bagai ke tempat kerja. Mujur Cp tak bising pot pet pot pet. Dia faham lah kot. Aku pun tak rasa nak tanya busuk ke tak aku ni. Hehehehe. Bukan apa. Aku takut jawapan yang mengguris hati. Baik aku buat diam. Aku kan dalam keadaan mudah terguris. Kahkahkah. Jap, nak nangis jap sebab aku terguris hati tak dapat makan satu peti aiskrim semalam.

Oh ya. Hari ni, Cik Syafiyah Khalisah genap 2 tahun. Alhamdulillah. Baru aku teringat. Patutlah buat perangai sangat semalam. Tengah malam tetiba menangis lepas tu ajak aku pergi bancuh susu. Lepas tu menangis lagi tak mahu ZZZzzz ajak main padahal mata aku dah separa tertutup macam mata Garfield dah. Anak oh anak. Belum pasti lagi bagaimana keadaan rumah ni dengan Anak Kuasa Lima. Selalu membayangkan sahaja pelbagai kemungkinan.Tunggu sajalah.

Menulis blog tidak boleh berlama lama. Sekejap lagi Princess Adik @ Cik Syafiyah akan bangun. Faham faham sajalah kalo budak 2 tahun mengamuk. Manakan sama dengan orang yang umur 20 tahunyang naik angin. Jadi, sekian.

Monday, April 21, 2014

At 29 weeks.

Kaki selalu meradang. Kejap kejap bengkak, kejap kejap kuncup. Most of the time, bengkaklah. Tidak mengapa. Bila bertukar saiz seberat anak paus memang lah begitu. Sabar Mone. Sebab tiada GD untuk pregnancy kali ini, aku suka makan benda manis. Teh tarik menjadi kegemaran secara tiba tiba. Bilakah boleh dapat makan macaron yang comel itu? Haiih.

Dah siap siap request untuk epidural lagi untuk kali ini. Walaupun ini kali kelima, perasaan cuak tu tetap ada. Sensasi beranak? Nehi. Tak thrill? Takpa. Yang penting, harap Allah permudahkan dan kurniakan kesihatan kepada kami anak beranak. InshaAllah. Dap dup dap dup.

Kejap aku nak listkan Carta Makanan yang dinginkan dan perlu dilahap sebelum aku nak beranak. Kalau lupa, rugi la aku. Cp, tolong masukkan dalam SNote ya. Kahkahkah. Terima kasih. I-L-U.
1. Seafood yang dicelup tepung dan digoreng berhadapan laut di KT. Tempat lain tak sedap.
2. Hi tea yang ada banyak dessert yang comel comel dan sedap macam macaron.
3. Lamb burger kat Fuel Shack.
4. Cendol Jo. Alahai, ini di Changlun.
5. Char Kuey Teow. 
Ok. Cukuplah  Carta Makanan yang ni saja aku tu. Kalo aku letak Carta Barang yang aku mengidam, nanti habih ada orang pengsan dan muntah hijau. Hahahahaha. Sekian.


Sempena tahun ke 11.

Keep calm, beringat sambil makan pengat.

Lebih baik fokus pada rumahtangga sendiri dari fokus nak menyelak rumahtangga orang lain. Toksah sibuklah.

Marah ke laki atau ke bini atau tak puas hati tak perlu heboh bagitahu ibu bapa, tok nenek, adik beradik. Bangga sangat bagitahu tengok laki nampak macam kecik besar kecik besar ja. Boleh siap cerita marah atau maki ke laki atau bini secara terbuka kat ibu bapa. Nak lagi bagus ibu bapa pergi share dengan adik beradik yang lain. Malu mana? Lagi best up status dalam FB. Heh, itu rumahtangga siapa? Itu suami siapa? Bini siapa? Tak faham tak faham.

Lebih baik duduk di rumah bercakap dengan anak anak atau haiwan peliharaan dari berjalan merata sana sini bertukar cerita aib orang lain. Tak payah tak payah.

Lebih baik diam diam urusan kewangan dan perbelanjaan rumahtangga contoh mcam gaji naik 1000% ka, bagi dekat bini RM 3000 sebulan ka, belanja makan RM 4000 sebulan ka, laki beli itu ini ka, dapat bonus 60 bulan ka, ada duit jota jota dalam saving ka hahahaha dari gigih duk bercerita secara detail kepada orang lain selain laki bini. Bimbang oi bimbang. Persepsi orang tak sama.

Sesiapa bagi nasihat pun boleh. Bebal lah kalau tak boleh dinasihati. Pergi duduk dalam gua sorang kalo rasa diri sendiri saja yang betul. Tapi tak perlu memandai kata 'ini tak kena', 'itu sangat hodoh' atau 'awat tak buat macam Cik Gayah yang duduk lorong hujung tu' atau memerli secara terbuka apa yang laki bini dah buat dan nak buat. Semua orang ada perasaan.Terima kasih.

Keluarga memang penting. Tanpa orang tua, adik beradik, saudara mara hidup macam tak meriah. Nak raya pun tak seronok kalo takda adik beradik dan tak balik rumah orang tua. Tapi macam di katalah. Rumahtangga itu perkongsian hidup di antara suami, isteri dan anak anak. Merangkumi hal ehwal kewangan, cara mendidik dan membesarkan anak anak, pengurusan tempat tinggal dan sebagainya yang berkaitan. Tolong bezakan dan tolong jaga aib laki bini.

Jangan mengungkit. Even dengan anak anak pun. Kalo ihklas, takdalah nak mengungkit. Sekian.


P/s: Ini entry umum. Bukan directly untuk sesiapa. Lebih baik aku kata peringatan untuk akulah. Kang kalo tak bagitahu tersentap pulak.

And to CP, I-M-U.