Thursday, August 1, 2013

Selamat Hari Raya lalalala....

Sibuk mengemas dan berkemas. InshaAllah, jika tiada apa apa aral, esok bertolaklah balik ke kampung. Cp terkejut tengok aku mempacking baju. Makkk aii. Ya, aku ada masalah. Masalah tak tahu baju mana nak bawak balik dan baju mana tak. Lagipun, bila Cp cuti ni aku malas nak mendobi. Mesin tak sama dan sabun tak sama macam aku punya di rumah. Aku bukan cerewet ya. Alasan paling kukuh aku rasa untuk aku sumbat dalam bonet kereta Cp beg besar gedabak sejumlah empat biji. Eh, kan cuti namanya. Cp cuti aku pun cuti lah. Rehatlah dari tugas seharian macam di rumah. Kang balik beraya aku humbanlah semua dalam mesin basuh gergasi yang ada kat rumah ni. Auuumm.

Oh ya. Aku pun sibuk main Candy Crush Saga. Bukan dalam facebook ya. Terjebak tapi tidak ketagihan tidak mengapa. Itu falsafah aku. Sila jangan tiru. Ok. Puteri Syafiyah sudah bangun. Menulis blog sudah tolak ke tepi. Yang aku boleh buat pada waktu waktu begini ialah melangut di hadapan tv. Quality time lah katanya tengok  Upin Ipin dengan Syafiyah. Selamat Hari Raya. Maaf jika ada tersilap kata, terasa hati dan terguris jantung.


Thursday, July 25, 2013

Cancer Antigen 125.

 I mentioned in my past post about CA125 test atau nama panjang Cancer Antigen.  Test ni untuk kesan kadar protein CA 125 yang ada dekat dalam darah. Selalu, orang yang ada Ovarian C ni, protein CA125 adalah tinggi. I bet some of you may have heard about it, and some may not. Sekejap ja. Satu tiub kecik darah akan diambil di lengan dan di hantar ke lab untuk analisis. Dalam seminggu, dapatlah result. Reference range untuk result ni adalah kena less than 35. Mine is at 22. Sama macam tahun lepas punya result. Alhamdulillah.

Tapi tak semestinya kalo result tinggi melebihi reference range tu ada C. Kadang kadang benda lain pun boleh buat result dia naik tinggi macam kalau kita ada endometriosis atau uterine fibroid. Ada lagilah dua tiga benda yang boleh sebabkan result dia tinggi tapi kau googlelah nanti. Aku nak cerita panjang panjang kang tergeliat lidah nak sebut. Result cantik pun tak boleh confirm 100% free from that C. Thats why kena buat pelvic scan atau pelvic ultrasound sama untuk doktor tengok kalau kalau ada something yang luarbiasa dekat kedua dua belah ovari. Tapi yalah. Semua tu atas kehendak Allah. Kita ni kenalah usaha dan sentiasa berdoa moga sentiasa sihat. Sentiasa mintak dijauhkan dari penyakit penyakit yang merbahaya. Selebihnya, kita kena berharap dan berserah pada Allah. Duk pikiaq banyak pun tak guna.Tension sana sini. Haish. Semua ni di luar kemampuan kita. Takat mana kita boleh buat, kita buat.

Nak cerita panjang panjang memang aku tak reti. Bukan doktor pun. Aku surirumah ja. Kalo nak lebih info untuk test CA125 ni macam what, why and how bolehlah baca website ni @ mayoclinic.com. Sangat banyak useful info pasal penyakit dan kesihatan. Sekian. Nak memvakum.

Monday, July 15, 2013

This is what I want and Im not looking back.

Bila berusaha membuat sesuatu, tak semua akan nampak kesan sekelip mata. Dalam nak mencapai sesuatu, perlu ada pengorbanan terutama sekali dalam bab bab mengawal hawa nafsu. Dalam kepayahan, pasti muncul kesenangan. Dalam kepahitan, akan datang kemanisan. Selepas menuai hasil, baru kita sedar dan kita tentu akan lebih bersyukur dan tahu berterima kasih.

I love my life. Im loving every moment of it. I just want to be a good wife and a great mom. Menjadi surirumah sepenuh masa ialah privilege yang tak semua orang dapat rasa. I should be thankful for that. Thank you Allah.

Wednesday, July 10, 2013

Hari pertama puasa 2013

Hari pertama berpuasa. Bukan di kampung bersama sanak saudara adik beradik tercinta. Masih di sini. InshaAllah, bakal berbuka puasa bersama kanak kanak tersayang sahaja. Suami tersayang ada meeting nun di sana. Ok. Nak menangis. Apapun, Alhamdulillah sebab sempat jugak bersahur bersama sama Cp pagi tadi. Nasi goreng tawaq katanya. Kakaka.

Oh wow! Belum pikiaq lagi bagaimana nak handle empat kanak kanak comel berbuka puasa secara solo. Tak pernah terfikir. Tapi, terfikir atau tak aku kena jugak hadapi kan? So, Que sera sera, what ever will be, will be.

Aku jangkakan, nasi goreng sekali lagi bakal jadi menu utama untuk berbuka. Maklumlah, bila si dia tiada, selera pun macam tersekat sekat. Mungkin kalau aku tetiba ada mood rajin, nak membake cake sebijik buat pemanis mulut. Bazar Ramadhan tak yah mimpilah. Tunggu Cp baliklah. Oklah. Nak ke sekolah. Anak aku nak baliklah. Sambung esoklah. Pahal aku guna semua 'lah' ni. Ok bai.


 



Tuesday, July 9, 2013

Sudahkah anda jumpa O&G tahun ini?

Minggu lepas ke Perdana. Bertemujanji dengan Dr Awang Nila. Sekali lagi, walaupun ia setahun sekali, prosedur yang sama, Pap Smear, CA125 dan pelvic ultrasound aku tetap dap dup dap. Bukan pikiaq pasai buat test bagai tu. Betuilah orang kata. Aku tak kata tau, ni orang yang kata. Penantian itu menyiksakan. Bagi aku penantian itu ' scare the hell out of me'. Dok tunggu result tu yang buat aku berdebar debar.


Hidup dengan dok pikiaq aku ni adalah tergolong dalam higher risk mendapat 3c, buat aku bersemangat, optimistik dan dalam pada masa yang sama aku takut.  Its only a matter of time. Yang penting, aku akan selalu berdoa dan berusaha malahan InshaAllah akan sentiasa buat yearly checkup and whatevever it takes just to be with my family. Yang selebihnya, aku serahkan pada Allah. Apapun, aku redha. Benda benda genetik ni bukan boleh diubah atau dibuang. Bukan, bukan. Itu semua diluar kawalan. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Berkuasa.

Yang belum, buatlah temujanji dengan O&G setahun sekali. Yearly checkup terutamanya Pap Smear. Jangan malu, jangan segan. Tak lama pun. Beberapa minit ja. Ok bai. Nak pi makan.

Friday, June 28, 2013

Too much of everything?

Aiyoo. I am having a problem to sleep. Too much of nasi lemak and roti tissue and spagetti lah. I was fasting today and Cp brought back two box of spagetti. Then after that, we went out to Roti Canai Cikgu since the kids nak makan roti tissue. Balik rumah, terus rasa loya. Oh boy! Aku baca Bismillah ka dak tadi? Hehe.

Cp was so into that 'past thing'. I told him to stop but since hes the Boss, so i am gonna have to let him do what he want. Hissh. Esok Cp tak cuti. Me and the kids are just going to stay at home. So, there goes my impian for tapai at Pasar Tani Tanah Merah. Perhaps next week. Tu lah, bawak kereta tak reti. Kan susah.

Ok. Mata sudah pedih. I should try to sleep. Esok Cp nak gerak awal. Nite nite.

Thursday, June 27, 2013

Thursday rambling

Dah hampir 3 bulan ulang alik setiap minggu ke KB. His physio session cuma akan habis awal bulan Jul ai ni. Jadi, ikut sajalah saranan Dr. 

Dua hari lepas, nampak gaya macam nak jerebu tapi Alhamdulillah, malam tu hujan. Paling risau pasal Syazwani. Dia kan tergolong dalam Sensitive People. Kualiti udara yang buruk sudah pasti mqemberi kesan dekat sistem pernafasan dia which will lead to asthma attack. Harap tiada.

I just found out the truth about something which has been haunting me for years. Luckily, the truth has set me free from feeling guilty. What a relief!

Ok. Cukup lah menaip untuk hari ini.


 

 

 

  






Wednesday, June 26, 2013

I am so sorry dear xxxx...

Assalam. Its been a while since my last entry. Berehat. At this point, all I need is a real life, normal life without any drama.

Dear you, its not my problem if you think you are an idiot. I never called you stupid. Oh please. Why would I? And we never had any argument kan? Not even a teeny weeny fight! I am so sorry that you have to feel that way. So sorry.

By the way, my Cp paid for everything. I am just a housewife. I do not pay my own bills.From top to toe, not a single cents is coming from my wallet. Eh, i ada wallet ka? Kita cuma hidup ikut kemampuan. Ada duit, kita beli. Thats it. Whats your problem?Even it is a cheap shoe or a cheap baju, thats duit hasil titik peluh Cp. What do you know? Why do you care? I dont care what you think of me. Titik.

Sunday, May 19, 2013

Mei 2013 - Tanah Merah, Kelantan

Wah. Cepatnya masa berlalu. It was like in a blink of an eye. My little Syafiyah is now 13months old. I really love her flowing locks. Kakak Wani dan kakak wina terpaksa berambut pendek buat masa sekarang to get rid all the bad lices nesting on their head. Kutu jahat!

Dah setahun lebih berumahtangga di Kelantan. Wherever we are, as long as we are together, we will be fine. InshaAllah. Itu saja.

 

 





Wednesday, May 15, 2013

Lesson learnt.

Sakit mental ada pelbagai. Kadang kadang taksub sangat pun boleh mengundang kepada sakit mental. Berkobar kobar I tengok semangat You. Buatlah apa pun, tulislah apapun, komenlah apa apa saja asal tak mengaibkan orang. I have learnt my lesson. I cannot undo what ive said, wrote or done. All I know is that what I did back then was wrong. I was not aware of the consequences. The price I had to pay is high and I still regret it untill now.