Monday, May 31, 2010

Percubaan

Situasi 1
 Lokasi Kejadian :
Perkarangan tempat kerja CP
Dialog:
Budak kecik : Abang.... mintak nombor telefon....
Jejaka itu : Hah...apa dia?
Budak kecik : Minta nombor telefon!
Jejaka itu : Hah! Pi sana. Pi sana.
Budak kecik tersebut pun berlari balik ke tempat asal.

5 minit kemudian.....

Budak kecik : Abang...mintaklah nombor telefon....  (...nada merayu - rayu...)
Jejaka itu : Haih budak ni. Pi sana. Pi sana

Beberapa minit lagi selepas tu

Budak kecik : Abang, kakak saya mintak nombor telefon!
Jejaka itu : Ooooo. Kalau macam tu suruh kakak mai sendiri ambik nombor telefon.
Budak kecik : Mmmmm mmmm mmmm

Lepas tu terus budak kecik tu pergi tak kembali.... Tata adik...

Situasi 2
Lokasi Kejadian:
Kedai Serbaguna, Stesen Minyak Tuuuut
Dialog:
Kakak Tua : Amboi, banyaknya beli barang. (...tersengeih sengeih macam kerang busuk....)
Jejaka itu : Hmmm  (..sambil tersenyum....)
Kakak tua : Nak buat apa beli banyak banyak ni?
Jejaka itu : Beli kat anak!
Kakak tua : Laa... ingatkan tak kahwin lagi. Rupanya dah ada anak dah... hehehe  (tersengih macam kerang busuk lagi sekali..)

Tu la. Gatal lagi!

Situasi 3
Lokasi Kejadian
Perkarangan Bank Tuuttt
Dialog:
Pakcik : Orang kata kalau nak tengok anak sedara, kena tengok bapak sedara dia dulu....
Jejaka itu : (....Ish pakcik ni. Apahal pulak ni?....)
Pakcik : Bukan apa, pakcik ada anak sedara. Kerja misi (nurse). Ni dok tengah cari kat dia lah ni. Heh heh...
Jejaka : Ooooo..
Pakcik : Encik ni kahwin dak lagi? Hehehe....
Jejaka itu : Saya menikah dah. Anak tiga!!!!!
Pakcik : Laaa... ingatkan bujang..Nampak muda lagi... Hikhikhik...

Ceh....

Wednesday, May 26, 2010

Bukan Aku Anymore

I've decided not to use 'aku' anymore. Rasa macam dah tak sesuai lagilah dengan pertambahan usia walaupun aku ni bukan tua mana pun. Eh, tersasul pulak. Ulang sekali lagi ok ayat tadi. Rasa macam dah tak sesuai lagilah dengan pertambahan usia walaupun saya ni bukan tua mana pun. Hehehe.Tak perlulah saya nak explain panjang lebar padahal bukan orang nak tau sangat pun.

Lately ni saya memang dah tak online sangat. Nak buat macam mana. Bukan ku pinta jadi begini. Ini semua Celcom Broadband punya pasalllah. Saya memang langsung tak bersalah pun. Line memang macam ta**. Sekejap ade, sekejap takde. Macam iklan Choc Fudge pulak. Malas nak layan angin broadband yang sat elok, sat tak elok, lebih baik tak payah online langsung. Last sekali baik main The Sims. Lagi bagus untuk perkembangan minda dan mencerdaskan lagi otak. Sebelum saya lupa wal tak ingat, saya nak wish ucapan beribu ribu tahniah untuk My Beloved Cuz sebab dia telah berjaya. Berjaya mengandung dulu dari saya padahal saya yang plan dulu nak pregnant. Hihihi. Ya la. Kita hanya merancang. Tup tup dengar cerita dia dah terkedepan dah. Apapun, tahniah Sis. I'm soooo supa dupa happy for U. Lepas ni Alya dah ada friend dah. Lalalalalala.

Thursday, May 6, 2010

MSG dan Garam, Mana Satu Pilihan Kamu?

Perangai hudoh manusia ada macam macam jenis perisa dan warna. Perangai yang teruk sekali malahan jugak yang diulang berkali kali bila melibatkan bab makanan. Siapa yang tak suka makan? Aku suka. Engkau suka. Dia suka. Kamu pun suka juga. Semua manusia kena makan. Suka tak suka macam mana pun kena makan (minum pun sama jugaklah). Tapi yang paling aku tak tahan dan geram serta sakit urat hatiku bila dapat tahu satu benda pasal makan dan minum ni. Tak taulah kalau orang lain dah tahu tapi aku saja yang ketingggalan zaman.

....Mode Pembaca Berita
Menurut CP , beliau telah diberitahu oleh seseorang yang sangat rapat dengan beliau tentang sesuatu fakta yang menakutkan. Seseorang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. X telah memberitahu satu rahsia bagaimana cara untuk membancuh teh yang terpaling tersedap. Caranya, campurkan sedikit Pak Aji dan jugak Garam. Berita tamat. Kembali ke..........

.....Mode Bahasa Mone
Tak taulah apa orang tu pikiaq bila dia letak MSG dalam teh tarik tu. Tapi CP kata memang teh tarik dia sangat tip top dan sedap serta lemak berkrim digilai ramai. Garam tu aku taulah mungkinlah nak bagi lemak lemak sikit rasa teh tu. Tapi itu pun mengarut jugaklah. Dah lah taruk gula banyak ya ampun. Ni pi tambah pulak garam kot atas tu. Yang lagi cerdik pi buboh MSG bagi teh tarik lagi terangkat. Nak sedap tera mana sangat. Tak taulah. Ikut suka hangpalah. Diri sendiri, itu kena sendiri mau ingat.

Aku ingat lagi masa baru baru kahwin dulu. CP dah siap pesan  NO MSG , Tak Boleh beli MSG. Even kat rumah pun tak dak walau sepeket pun. Apatah lagi sesudu kecik. Tapi  kalau beli makanan atau makan kat luar itu kes lainlah. Lagipun bukan selalu. Tak dalah aku jadi GilaNoid sampai takut nak makan kat sini, trauma nak makan kat situ sebab tak mau MSG punya pasal. Tapi bila bab dia letak dalam teh tarik tu yang aku tak boleh terima sangat sangat. Bagi aku memang tak masuk akal langsung. Senang kata mengarut terlampau da. Tak tau lah kalau ramai orang yang buat camtu.

Adeh. Pedihnya hatiku ini. Bagai dicucuk sembilu. Adeh. Aku nak main The Sims. Aku nak main The Sims. Tolong. Tolong. Aku tak tahan menanggung rindu. Adeh deh deh deh......Tata. Main The Sims lagi best. :P

Tuesday, April 20, 2010

Cerita Last Week

Last week CP ada course apa ntah kat KL selama 3 hari. Jadi aku ngan anak beranak aku duduklah di rumah senyap senyap. Tapi pun tak berapa senyap jugaklah. Bapak aku ada jugak dua tiga kali mai rumah angkut habis semua anak anak aku bawak balik rumah dia. Rumah aku ngan Gunung Keriang (tempat batu kristal) tak lah jauh sangat. So, hari Khamis lepas bapak aku bawak lah aku ngan Aiman pi sana kononnya sebab nak bagi Aiman tengok monkey dan squirrel. Sampai ja kat sana, bukan monkey ngan squirrel ja ada. Anjing kurrr pun ada. Teruk betul lah manusia yang suka suka hati bela anjing lepas tu bila anjing dah jadi kurr dia main lempaq tauk buang merata rata. Tak sanggup aku nak bagi Aiman bersenda gurau dengan Monkey plus Squirrel plus Anjing Kurrr..Hish..

Masa CP kat sana sempat jugak aku memesan barang dua tiga benda. Nasiblah Sha and Edy sudi tolong carikan barang dua tiga benda yang aku pesan tu dan siap boleh bagi present lagi pulak kat Aiman. Thank you Thank you Thank you so much Sissy and Edy and Alya (sebab tak tak mengamuk) too. Ehhehe. Tapi yang paling aku suka sekali bila Che Pyan bawak balik FA cookies. Kemaruk weh. Aku ngan budak budak 3 orang tu memang suka sangat makan FA.  Dah lah kat Aloq Setaq ni tak dak. Eh. Bukan tak dak langsung. Kat Tesco Mergong ada. Tapi tak fresh pun. Kalau kat sana semua yang baru keluar dari oven. Lagi sedap. Ambik aku. CP beli sekilo. Kononnya nak makan sampai muntahlah, tapi tak muntah pun. Sampai hari ni pun tak habis habis lagi. Makin gemuklah aku. Makin seronoklah CP. Makin risaulah aku. Oklah. Aku nak keluau sidai baju. CDs Aiman pun nak kena basuh jugak ni. Satgi dia bangun terberr ke terkennc ke dah nak kena salin lagi. Tata.

Monday, April 19, 2010

Keberkatan

Duit. Duit. Duit. Manusia cepat sangat kelabu mata bila bab duit. Aku pun sama jugak. Kadang kadang tu hati kecil ni terdetap detup jugak nak bersama sama menuju puncak mencipta kekayaan. Tapi selalunya hati yang sebahagian besar lagi berjaya menahan godaan dari menjadi kemaruk dengan duit. Terpulanglah pada diri sendiri. Kita boleh memilih. Kita yang tentukan. Untuk sesiapa yang rasa berminat dan ada masa lapang, bolehlah lawat Zaharudin.net. Banyak sangat info yang amat berguna dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian terutamanya bab Pelaburan dan Perniagaan. Aku bukan pembenci duit. Tidak sama sekali. Tapi apa yang aku pasti aku tak berTuhankan duit dan hidup aku bukanlah atas motivasi duit semata mata. Ada banyak lagi benda yang lebih penting. Biarlah. Rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga hasil dari keringat dan susah payah serta penat lelah CP membuatkan aku lebih menghargai CP. Aku tahu ada si dia yang sanggup bersusah payah bekerja sehingga lewat malam semata semata untuk memberi kehidupan yang baik untuk aku dan anak anak. Apa yang penting bukanlah pada ganjaran wang ringgit semata. Dalam hidup ni, ada satu lagi yang kita perlukan iaitu KEBERKATAN dari ALLAh S.W.T. Walau sebanyak mana rezeki duit dan wang ringgit yang seseorang tu ada, kalau tiada keberkatan pun tak guna. Rezeki yang Allah beri walaupun sedikit tetapi sekiranya diselit keberkatan dari Allah, InshaAllah, cukup untuk sekeluarga. Malah InshaAllah boleh memberi bantuan lagi pada yang lain yang lebih memerlukan unutk dikongsi bersama.

Wednesday, April 14, 2010

Green Mak

Pagi pagi pagilah pagi. Bapak aku datang awal seawal pagi. Tapi takda sapa pun yang perasan. Ya lah. Bunyi Honda Cup 70 kesayangan bapak aku kan merdu. Lainlah kalau bapak aku naik CBR. Tu silap haribulan kambing atas kandang pun dah mengembek terkejut dah pagi tadi. Mujur bila bapak aku datang balik pukul 8.30 pagi tadi, anak anak aku dah siap dah pergi sekolah. Aku pun dah siap dah kemas rumah. Jenguk kat dalam raga motor bapak aku. Aik. Banyaknya barang. Siap ada hammer, gergaji besi, paku pakis eh silap, paku dan serba mak nenek lah. Rupa rupanya bapak aku datang nak buat ops kat rumah aku. Eh hehe. Malu lagi. Nasib baik drill dah ada kat rumah ni. Kalau tidak dengan drill tu sekali dia angkut bawak naik motor cup dia datang sini. Aku dah lama dah berangan nak letak curtain antara dapur ngan hall tapi tak kesampaian.

Hari tu masa CP ada, dia pun dah try drill sekali tapi tak jalan. Kata mata drill tumpul lah. Tak boleh lah. Keras sangat lah. Rupanya CP silap setting. Lepas bapak aku bagi tutorial tadi, barulah aku paham sikit sikit. Dah selesai bab drill mendrill, tiba tiba bapak aku terpandang kipas kat siling. Eh heheheh.Malu lagi aku untuk kesekian kali. Kotor ya amat. Padahal CP baru ja cuci dua minggu lepas. Bapak aku terus capai tangga dan terus bukak bilah kipas tu suruh aku cuci kasi bersih bersih. Nasib ada sebijik saja kat dapur ngan sebijik saja kat hall. Kalau ada lapan puluh lapan bijik, kepenatanlah aku sampai ntah tak tahu bila nak habis cuci. Lepas habis sesi cuci kipas sampai berkilat, tiba tiba masa bapak aku on the way nak turun dari tangga tup tup dia ternampak selaut habuk atas fridge. Mampuih dah aku. Lepas bapak aku sound, secepat kilat aku ambik kerusi then panjat untuk sesi cuci atas kepala fridge sampai berkilat pulak. Belum pun habis aku bersihkan atas fridge, bapak aku terus buat spotcheck kat tempat lain pulak. Pulak dah. Ni mampuih aku satgi kalau bapak aku pi mengendap kat tepi tepi tingkap ni. Mau tak mau aku cepat cepat lompat turun dari kerusi then terus bersihkan segala frame tingkap yang nampak kotor dan berhabuk yang berkemungkinan besar bapak aku akan nampak. Aku berjaya. Selamat aku kali ini. Nasib lah lantai dia tak da komen apa apa.

Aku kalau bab lantai memang tiada kompromi. Aku kalau basuh lantai mesti aku nak lantai tu lepas aku basuh boleh dijilat tanpa ragu dan sangsi. Maklumlah. Budak kecik ada tiga orang. Perangai semua suka meniarap atas lantai sambil guling guling macam awan guling. Aku punya piawaian senang saja. Hall mesti kemas sebab bila CP balik penat penat dari tempatkerja tempat nilah yang pertama sekali dia akan duduk dan berehat, lantai mesti bersih, bilik tidur mesti kemas, mainan tak mau berterabur sana sini, sebelum tidur singki kena clear dan takda pinggan mangkuk kotor dah, tudung saji pun aku tak berkenan kalau ada atas meja semalaman. Cuma ada certain tempat saja yang aku kureng sangat nak beri perhatian. Satu kalau tempat tu tinggi especially kat atas almari, atas fridge, atas kabinet atau segala benda yang ada atas atas ni memang aku malas. Paham paham sajalah. Aku kurang tinggi. Jadi kenalah guna effort banyak kalau nak mencuci kawasan macam tu.

Lagi satu ialah kawasan luar rumah. Aku kan penakut sikit. Jangan haraplah aku akan tiba tiba ada mood rajin terus aku ambik cangkul libas rumput rampai sampai clear berSEORANG DIRI. Jangan pernah dan jangan sekali kali bermimpi kalau aku nak buat SORANG SORANG semua tu. Kalau ada pun bila ada CP, bapak aku atau adik aku Encik Sob. Itupun kalau aku buat lah. Biasalah duduk kampaung ni. Banyaks gilas binatangs yangs berbahayas sepertis ulars, lipans dan ulats bulus. Ewww. Aku gelis yang teramat gelis. Tapi lintah dan pacat aku tak takut sebab aku memang orang kampung yang sejati. Siap boleh gentel gentel lagi. Kehkehkehkeh. Pengotor jugak aku ni sekali sekala.

Sudahlah. Aku ni dah merapu merepek dah ni. Tapi hari ni aku memang amat puas hati. Ya lah. Bukan selalu ada masa nak cuci benda benda kat atas kayangan tu. Sekali bapak aku datang, terus jadi rajin. Bertuah bapak aku dapat anak yang rajin sekali sekala macam aku kan. Oklah. Aku nak kena basuh baju ni. Semenjak Aiman dah sepenuhnya pakai CD ni, aku memang tak boleh berenggang dengan mesin basuh. Kejap kejap basuh. Kejap kejap basuh. Sedar sedar sabun dah nak habis. Sedar sedar bill letrik melambung ke puncak sehingga ke angkasa. CP lusa baru balik rumah. Lambat lagi nih. HAih. Tak mau mencemarkan alam punya pasai, terpaksalah aku berkorban tenaga dan keringat basuh CD padahal orang lain senang senang ja pakai disposable diaper lepas tu buang lepas tu mencemarkan alam. Esok esok udara dah tercemar, dunia pun dah tak hijau lagi tapi lebih kepada warna kelabu kelabu asap barulah nak Go Green, Green Mak, Green Pak, Green House. Apa apa sajalah. Tata.

Monday, April 5, 2010

Jujur pun Salah

Selalu aku rasa aku dah buat yang terbaik dan aku berasa amat puas hati. Seronoklah tiga empat hari. Tapi tiba tiba aku dapat tahu yang ada yang tak berpuashati dengan perangai dan tidak berkenan dengan apa yang aku buat. Rasa macam sedih sangat dan sudah semestinya perasaan I'm useless, I'm such a loser itu ada. Susah sangatkah kalau aku terlalu jujur. Baik pada perbuatan dan jugak facial expression. Aku tak suka pendam perasaan. Aku pun jugak tak suka berpura pura yang aku suka padahal aku tak suka pun. Kadang kadang aku rasa rimas bila terpaksa berlakon semata mata kerana nak jaga hati orang ini dan orang itu. Tapi, for the sake of my CP, aku buat juga.

Maaf. Aku bukan sombong dan berlagak. Nak cakap dengan aku tak perlu belok belok. Tak payah ada bengkang bengkok. Kalau ada sebarang perasaan yang tidak puas hati atau rasa tidak berkenan dengan perangai aku, kenapa tak terus sahaja datang dan bagitahu. Tak perlu guna orang perantaraan. Tak perlu ada orang tengah. Tak perlu bercerita sana sini. Siapa yang rasa gembira bila dikritik? Mestilah tak da kan especially kalau kritikan tu berbaur negatif dan bagi kita demotivated. Takkan kita nak bagi senyuman paling manis kalau orang kritik kita. Mestilah tersentap jugak walaupun tak banyak but still ada jugak kan. But at least this or that person has been honest with me.Walaupun sometimes the truth is bitter, I know and I accept the fact yang tak semestinya I'm 100% sentiasa betul tak pernah salah.

Mungkin aku perlu buat macam apa yang CP suruh. ABAIKAN SAJA, JUST IGNORE, BUAT BODO sudah. Cakap memang mudah. Nak buat, hmmm... Aku cuba ok. Aku cuba. Tak taulah berjaya atau tidak. Tengoklah nanti.

* CP ~ Che Pyan.

Thursday, April 1, 2010

This Grrrrrrumpy Lady

Me? Errr. No. Not that I say it's totally NOT me, but it's just 1/3 of me. The rest of me is just as sweet as you. There's not much to bla bla bla this morning. Oh. I forgot. I was trying to write 10 things i hate about myself which is me me me and what it's like and feel to be so so so grrrr grumpy.

1. I can't help it. I can be so grouchy when it comes to even small things or matters.

2. Me and myself being so fussy all the times. Makes everybody around me sooooo don't like me and become  morrrrre hate me.

3. Getting more and more greedy each and every single day. Love $$$$$$$. Love things and blings. Oh. Please help me.

4. Me being so outspoken and saucy. Meaning ~ talk first, think later. I wonder what it's like to (use my brain) think first before I say anything. Helloooooo. It's hard. I've tried it a few times but it was like forever just to mumble a few words.

5. I rarely talk to people. I yell all the time. What am I? A microphone? or a Karaoke Machine?

6. I hate this. I hate that.

7. I don't want to do this. I don't want to do that.

8. Lately, I've become more possesive than i've ever been.

9. More and  more negative thoughts.

10. Oh wait. I know. It's the P and M and S which is equals to PMS.

Huh. Such a relief! Being grumpy during PMS is a normal thing kan? I need some nap. Maybe for a couple of minutes and  the max is 30 minutes. After that, I'm off to work. Mereeeepekk.  Ehh. Bila masa pulak aku kerja ni. Eh tak. Maksud aku lepas tiduq sekejap, kena buat kerja rumah sampai settle ke bab masak memasak sebab pukul 12 nak pi amik Wina. Wani? Oh. Wani cuti hari ni. Aku yang suruh cuti sesuka hati sebab aku tengok dia macam tak sihat saja. Ok tata. Nak jenguk Aiman dan lepas tu ZZzz sekali sekejap. Betul. Aku tak tipu. Memang betul lah aku ZZZZzzz sekejap saja kalau waktu siang. HahahahahahihihihihihHuhuhuhuhu. Good Mo Nite.

Tuesday, March 30, 2010

Mrs @ Puan Berangan dan Elegek

Lately, aku memang malas nak update apapun. Nak duduk mengadap benda alah ni pun payah. Little aiman kuat meragam dan sangat kuat merajuk. Bukan sebab apa pun. Since dia masuk 2 tahun dah, aku nak berhentilah menyusu badan. Dah tak larat nak meriba setiap kali Aiman nak susu. Lagipun, this year I'm trying to conceive dan sudah sepatutnya aku berhenti menyusukan Aiman. Kalau ada rezeki. Amin. 

Dalam pada duk berangan nak conceive lagi tahun ni, ada dua benda yang aku rasa dah sampai masa aku tukau. Dua dua masih elok dan berfungsi lagi. First ialah jam tangan. Second ialah purse aku. Aku rasa dah nak dekat Sepuloh tahun dah aku pakai dua dua tu. Ya lah. Ada sentimental value tau. Jam tu sebab mak aku yang bagi duit dan aku tukang pi beli dan pakai saja. Aku ingat masa nak beli jam tu. Aku keluar Alor Setar dari Arau dengan Mum. Mum yang tolong pilihkan jam tu untuk aku. Taste dia memanglah. Makan duit sungguh tapi berbaloi lah sebab memang jam tu tahan lama gila. Purse tu pulak mak aku yang bagi masa aku still belajat kat Arau lagi. Lama wei. Aku treasure gila purse tu. Aku pernah beli purse baru tapi lepas seminggu aku ended up punggah balik semua brg dan pakai balik purse lama yang mak aku bagi tu. Sayang sungguh aku dengan purse tu. Mana ada aku nak dapat hadiah apa apa dah dari mak. Mak aku dah lama takda. Sedikit sebanyak mestilah aku sayang sangat dengan dua benda ni dan rasa rugi sangat kalau tak pakai. Tapi, aku rasa inilah masanya aku perlu gantikan dua dua benda tu. Ganti bukan maksud aku nak lempaq buang jauh jauh tak mau tengok dah. Tidak sama sekali. Maksudnya aku nak simpan dan pakai bila teringin dan teringat sajalah. Sekarang ni siboklah aku menggoogle sana sini cari yang aku berkenan. Jam dah jumpa dah. Hehe. Purse belum lagi. Hehehehe.

Oklah. Nak bersiap sedia dan berpakaian lengkap. Sekejap lagi pukul 12 tengahari. Wani dan Wina balik sekolah. Sekarang kalau berjalan kaki dah tak mau dah. Eksyenn. Panaslah. Letihlah. Tak laratlah. Padahal sekolah sekangkang bigfoot saja dari rumah. Nak naik Elegek saja. So tata. Aku nak pi bagi enjin hangat dulu tiga empat minit.

Wednesday, March 24, 2010

Setiap pasangan yang dah berkahwin, pastilah nak mempunyai cahayamata. Macam aku. Setakat sekarang ni, tahun ni, waktu ni, dah tiga kali aku beranak sepanjang 6 tahun aku ngan Che Pyan kahwin.Pengalaman pun akan berbeza beza setiap kali nak beranak. Mesti tak akan sama punya. Kalau sepuluh kali beranak, sepuluh kalilah rasa pengalaman yang pelbagai. Masa first time nak bersalin dulu, kalut jugaklah. Bila nak beli barang baby? Start berapa bulan baru boleh beli? Apa yang tak boleh buat? Apa yang boleh? Apa yang kena makan? Apa yang tak boleh makan? Maklumlah, orang lain apa apa sikit tanya mak, mintak pendapat mak dan semuanyalah mak. Macam aku, tok sajalah tempat aku nak consult apa apa pun. Alhamdulillah, tok aku dalam masa yang sama dia bidan senior. Nak mengurut ka pabenda dalam pantang memang tak payah pening nak fikir.

Nak bersalin kat mana pun masalah jugak. Sekejap makcik ni kata sini elok. Sekejap makcik tu kata kat sana lagi elok. Sesiapapun mestilah nak dapatkan yang terbaik kan. Last sekali aku decide nak bersalin kat tempat yang cuma 10 minit ja dari rumah aku. Unfortunately masa tu, tempat kerja Che Pyan tak cover walau sesenpun kalau wife nak bersalin. Lagi pulak, aku nak request epidural masa bersalin. So, Che Pyan kenalah keluarkan duit sendiri semata mata nak bagi Puan Monecomel ni bersalin kat situ. Untuk sapa sapa yang planning nak bersalin kat private, sebelum decide tu, kita boleh semak dulu keadaan kewangan. Mungkin boleh menyimpan duit dari awal kalau dah tahu kat mana nak bersalin. Dan make sure ada extra duit sebab kita tak tahu masa tengah bersalin tetiba ada special needs ka atau apa apa keadaaan yang pasti akan buat kos bersalin lebih dari yang kita jangka. Kalau takat nak swipe sampai RM5k ke RM6k one shot tu, mungkin lah tak da masalah bagi sesetengah orang, tapi kalau tak payah hutang lagi baguskan. Tapi ikut suka hati sendirilah. Fikir yang mana lebih elok. Aku bagi cadangan saja. Mana tahu kot kot masa nak bawak anak bini balik rumah lepas bersalin, tiba tiba credit card tak boleh pakai, offline atau apa. Tak ka naya kena tinggal anak bini kat situ tak boleh bawak balik selagi tak clear semua.

First time bersalin memang aku blur. Cukup 38 minggu, baby pun dah matang, kepala baby pun dah di hujung pintu aku ngan Che pyan ngan Sissy Sha ke Maternity Centre tu untuk check up yang biasa. Tiba tiba Doktor I tu tanya aku ngan Che Pyan. 'Bila nak bersalin? Esok boleh?' Aku dengan Che Pyan pun gelak sebab ingatkan Doktor I tu main main. Rupa rupanya dia memang serius la. Aku pun jadi pelik sebab aku memang tak dak turun darah atau pecah air ketuban ka whatsoever, suka suka hati dia nak suruh aku beranak esok. Doktor I pun explained kata dah terbukak 4 cm dah. Ni aku rasa kalau kat hospital kerajaan ni dia suruh balik dulu ni. Aku pun ok sajalah sebab aku tak berani nak argue dengan pakar. Kang silap haribulan aku buat buat pandai sendiri, tiba tiba terberanak masa tengah syok syok bershopping. Tak ka naya anak aku bila tahu tempat dia bersalin dalam surat beranak dekat X Mall. Esoknya aku datang pukul 1 petang untuk bersalin. Pukul 2.30 petang dia induce aku. Lepas tu lebih kurang dalam pukul 3.00 petang pakar bius datang nak bagi epidural kat aku. Lepas tu aku nganga atas katil kat labor room dan Che Pyan pulak duduk kat tepi katil teman aku sambil tengok Syazwani main futball dalam perut. Nasib tak sakit. Pukul 7.35 malam , Alhamdulillah selamat aku bersalin dekat Syazwani.

Masa nak bersalin kat Syazwina pun sama jugak. Tak da turun darah atau pecah air ketuban pun. Cuma time ni, lepas pakar bius tu inject epidural kat aku, tetiba aku sesak nafas. BP terus turun sampai 40 lebih. Aku ingat memang dah sampai waktu dah ni. Ingat dah nak padam. Nasiblah doktor tu cepat grab oksigen untuk aku. Habih tunggang langgang equipment dalam labor room tu. Alhamdulillah. Aku selamat bersalin kat Wina walaupun ada masalah sikit awal awal tu.

Pengalaman bersalin dekat Syakir Aiman paling trauma. Macam biasa. Sebelum nak bersalin, aku dah request awal awal lagi nak guna epidural. Yang syoknya, even aku amik epidural pun, aku tetap rasa sakit. Kalau nak compare masa bersalin dekat Syazwina dan Syazwani, memang jauh beza sangat. Sakit jangan cakaplah. Kalau aku tau., baik aku tak yah amik epidural. Buat rugi duit saja. Aku pun tak tau kenapa aku boleh rasa sakit sebab tujuan utama aku amik epidural tu untuk tak mau sakit masa bersalin. Mungkin badan aku dah immune kot sebab dah tiga kali cucuk benda tu saja. Dah lah tu, kuat meronta pulak masa dia nak keluar. Walaupun Aiman keluar masa dia 38 minggu, tu pun dia hampir hampir lemas sebab dia memang dah nak keluar sangat sangat dah sebelum tu lagi. Contraction jangan cakaplah. Masa 6 bulan mengandung dekat Aiman lagi, aku 24 jam terbongkang atas katil dah. Malas nak ke mana mana. Dia memang aktif sangat masa dalam perut. Dan sekarang, Aiman dah nak masuk dua tahun dah. Masih aktif. Sangat aktif. 

 Tahun ni aku ngan Che Pyan bercadang nak tambah lagi sorang anak. The more the merrier. Itupun kalau ada rezeki. Mana tau kan. Oklah. Aku nak teman Aiman main keretapi. Ntah apa dia buat ngan railway ntah. Bengkang bengkok sana sini. Kejap lagi Wani dengan Wina balik, aku kena main dengan depa pulak. Tata.