Thursday, September 30, 2010

Terlanjur sikit.....

Pagi tadi memang tak dak mood sungguh. Malas nak buat anything, malas nak go anywhere and malas sampai tak tau nak buat apa dah. Mood pun tak mari. Around 10 o'clock, tok datang ketuk pintu dan tanya nak ikut dak pi Gunung Keriang. Ah ha. Ada Pasar Tani. Boleh cuci mata tengok kristal. Ah ha. Padahal tadi kata tak dak mood langsung nak buat apa pun. Sebab excited sangat konon dapat sambar satu dua rantai kristal labuh ke perut, terus bersiap secara kilat.

Laaaaa..... Rupanya ke Tesco.Malas dah nak tanya terus senyap dan ikut sudah. Last sekali bukan dapat kristal pun. Habuk pun tadak untuk saya. Semua beli untuk Aiman, Wina and Wani. Wedges budak budak pompuan memang comel comel sangat. Daripada tak teringin, terus bernafsu membeli sambil punggah habih sampai lambung lambung kasut kat situ sebab nak cari size yang tepat. Nasib lah kan sapa yang nak mengemas balik lepas habih saya punggah.

Balik rumah terus buat report kat CP. Sorry no sayang. Terlanjur sikit. Ehhehehe. Oklah. Malas balik sudah mari. Satgi nak paksa budak budak tu semua suruh ZZZzzzZZZ. Nak masak. Kalau tak ZZZzzzZZz, habih semua menyibuk kat dapur. Tata.

Tuesday, September 28, 2010

Colorful Raya

Malas nak tulis cerita panjang panjang pasal raya. Letak gambaq sudaaa. Lokasi: Alor Setaq

 Serbu rumah tok lepas sembahyang raya.
Lapau.....
Menu:
Lontong
Nasi himpit
Sambal Ikan Bilis
Rendang Ayam
Rendang Daging
Ketupat Pulut Biasa
Keetupat Pulut Hitam
Kuih Raya


 Sempit pun takpa. Janji boleh makan.


Orang lain semua sibuk makan. Aiman sibul main.


Aiman: Ish...camna nak main ni...?
Bagi tayar pusing cukuplah..


Ada lagi yang missing ni. Kat dapur kot.


 Tok gossip apa ntah ngan Mak Su.


 Us with Pak Su on the left.


Melantak lagi.


Thank You Mak Lang For This Cute ' Beg Bulu'

My Brother with his son, Ammar.
Tergolek golek.


 Obviously bukan me yang snap this pic. 
Ada dalam kamera
Sob kot...


Wani, Wina & Aiman: Pak Laaaaaang.... nak duit rayaaaaa...!!!!!


Me and CP Little Prince and Princessess.

 
 Me and My Sis...


 Again?


 My Lil Brother with Wani and Wina.
Asyik berangan ja kerja dia.


 Tak habis habis lagi berangan sampai anak anak aku pun pelik.


Kak Chik buat spotcheck.
Satgi kena tinggai padan muka.


 Sob ngantuk.


 Pose apa ni Sob?
My CP kat belakang tu asyik main game main game main game. Fuhh


 Aiman dah panas dah pakai baju melayu.


 Kenyang perut suka hati..ahhahahah


 Ayah, Mak Nah and Ummi....
Errrrrrrk....Lepas kenyang cabut lari
Pinggan mangkuk sapa nak cuci?..


 Apsal Wina suka sangat buat muka macam neneknenek..


 Kakak wani and Kakak Wina
Aiman?..... ZZZzzzZZzz


 Smile...


Macam macam pose..


Ish..anak dara ni. Dah tak larat nak suruh cover sikit duduk tu..
Kain dah lah terbelah..

SELAMAT HARI RAYA

Monday, September 27, 2010

Aktiviti tergendala sementara

Untuk dua minggu ini, tiada lagi sesi makan eskrem depan tv. Makanan pulak kena Less Oil, Less Fat or a No No No at all. Air sejuk dan berais jangan harap walaupun rindu sangat nak minum air yogurt CP dalam fridge tu.. Makanan sejuk dan megembangkan urat tolak tepi dulu. Macam orang beranak pulak. Aktiviti angkat berat dan meyusun atur perabot dan almari di rumah tergendala seketika. Kerja semua light light saja. Aktiviti yang boleh dibuat dan mendamaikan rasanya ialah tengok dan duduk menghadap bunga rose yang tgh blooming, tunggu sayur- sayuran  membesar, tengok CP berkebun semula dan melayan karenah my 3 Little Ninjas. Selebihnya kerja kerja rumah yang biasa saja. Menbasuh baju cukup rajin. Bila bab mengutip dan melipat memang geleng kepala. Sabaq sajalah. Oklah. Dah nak dekat pukul 12 dah ni. Sat lagi Wani dan Wina dah nak balik dari sekolah. Tata.

Sunday, September 26, 2010

Perhaps Next Time

Everything happens for a reason. Stop mourning. Stop grieving. Stop crying. Let bygones be bygones. Look on the bright side ok. Look around you. Appreciates every single things and every single person around you, especially your loved ones. Takda rezeki. That's all I can say. I was and I had, but then it was gone in just a sec. I still remember how does the heartbeat sound. It was like a music to my ears. So soothing. I was happy. But then, it's gone. Bye bye baby. Perhaps next time. Insha Allah.........

Wednesday, September 22, 2010

I'm back...but who cares....

Selepas tiga empat minggu berhempas pulas menguruskan anak anak, CP dan jugak diri sendiri yang sudah tidak terurus, maka minggu ini dapat sikit Super Power semula. Sudah berselera untuk makan makanan ruji walaupun cuma yang yang ternampak depan mata, meleleh di mulut dan membuka selera ialah nasi kosong dengan ikan kering sahaja. Ketagihan untuk makan eskrem sangat sangat memuncak dan dalam sehari boleh tiga empat kali mengadap tv sambil makam eskrem. Badan sudah jadi macam tong ikan. Tak kisahlah. Janji ada tenaga nak menguruskan rumah tangga.

Buat my brother and my SIL, I would like to say so so sorry if you two have ever felt offended with what I wrote here. This is where I burst out my feelings. This is where I threw my anger and sad emotions and that's it. Itu saja. But I still LOVE you two and my two lovely nieces. Ok. We're family. Ada suka, ada duka. But maybe in the future, akan ada tapisan Ok. Hehehe. Kosong kosong ya.

Oklah. Times up. Ada banyak lagi kerja rumah menunggu nak diselesaikan. Tata.

Monday, August 30, 2010

Serba Tak Kena

Bought a fricking baju kurung moden which I thought I was going to wear it on Hari Raya, but it seems like the fricking baju doesnt fit me anymore!!!!

Bought a fricking heels which I thought I was going to wear it also on Hari Raya, but due to my swelling feet, the fricking heels will surely gonna make my feet hurt so much since on Hari Raya mestilah akan ada banyak aktiviti berjalan jalan dan ziarah menziarahi. Grrrr!!!!!

I've gained a few kilos but that doesn't bother me much. I'm a sloppy mommy 24 / 7 but that doesn't seem to bother my CP pun. He understood. I just want to get rid of this 'seasonal' sickness!!!!!!!! Please...... please....... cepatlah hilang..Ok. Dah. Cukup. Tata.

Thursday, August 26, 2010

Things That I Should Have Never Ever Ask My Kids....

I 've had this conversation with My Two Little Princessess, Wani and Wina lebih kurang dua hari lepas.


Me and Wani ~

Me : Kakak, nak tak kalau kita ada baby kecik dalam rumah ni......?
Wani : Noooo Way.... No no no no !......(..screaming like apa ntah...).....
Me : Well....Yessss Way...! Why......?
Wani : Nanti dia nakal macam Aiman. Wani tak larat nak jaga. No no no no..(..screaming like hell sekali lagi...)..
Me : Hah....!


Me and Wina ~

Me : Wina, suka tak kalau ada baby kecik dalam rumah ni...?
Wina : Apa Mommy.....? .....(...muka confused sekejap...)...
Me : Wina nak baby boy or baby girl...?
Wina : Baby girl !!! ....(..without hesitation...)....
Me : Why...?
Wina : Kalau baby boy nanti buas macam Aiman. Kalau baby girl comel macam Wina.
Me : Huhuhu.........(....sambil gigit jari...)...


I didn't get the chance to ask Aiman because he's so busy with his running and screaming around the house plus chasing Wani and Wina, but listening to kakak kakak punya jawapan, I'm pretty sure that his answer will definitely give me a headache...hahahah..... I know.... Semua pandai cakap...Semua dah besar...and me...look at me.......I'm getting Old......Hmmmmmm

Monday, August 23, 2010

Bulan Puasa, Bulan Jimat Duit?

Bulan puasa ni patut lebih jimat duit dari hari hari dan bulan biasa. Ni tak. Sekali membeli, nah ambik. Sampai tak cukup tangan. Nafsu apa ni? Dah la dah beberapa hari tak masak. Hari ni CP dah siap order nak makan apa. Mengidam masakan saya lah kot. Ehheheh. Saya cuba ok. Tapi tolong jangan suruh suruh saya goreng cendawan tiram (oyster mushroom tu...). Blueekkkk. Bau saja pun dah cukup buat saya nak pengsan. Lain kali ok. Alah. Little Aiman pulak buat perangai. Nak ZZzzzZZ lah ni. Oklah. Jom Mommy bawak pi ZZZZzzZZzz. Boleh Mommy tumpang sekaki. Eh. Silap. Tumpang sekatil teruslah. Lagi best. Tata. Selamat berpuasa.

Thursday, August 19, 2010

Cabaran Betul

Hari ni dah masuk hari yang ke-8 kita berpuasa.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kekuatan dan kesihatan kepadaku supaya aku dapat melaksanakan ibadat puasa dengan sepenuhnya. Ya Allah, janganlah Engkau bebanku dengan bebanan yang tak dapat ku tanggung.

Walaupun ada sedikit kesukaran dan kepayahan, aku harap aku berjaya. Cabaran betul. Bila bangun ja mesti nak pening, mesti rasa cam nak tumbang. Padahal aku manusia. Bukan pokok yang boleh suka suka tumbang dan jatuh melintang sampai block jalan.Tekak pun pedih gila dan panas. Tapi yang syok, pukul 4 petang sebelum Asar dah ok dah. Dah tak da dah semua tu. Sempat lah jugak memasak. Kesian jugak kat CP kalau hari hari kena beli lauk pauk. Dah la penat balik dari kerja yang nun jauh di sana. Balik rumah kena pulak bersabar dengan karenah si wife ni. Apa yang aku terdaya buat, aku akan buat. Kalau boleh tak mau nak manjakan diri sangat kali ni. Yang tak selesai selesai sampai hari ni ialah kain baju yang bertimbun timbun nak kena lipat. Nak suruh My Two Little Princesses, memang lah tak boleh. Dua dua kecik lagi. Buat lah sorang sorang sikit sikit. Itu yang lama lama jadi bukit. Ehheheh.

Oklah. Tak mau buang masa lagi. Nak kemas rumah dan clear apa yang patut sementara mood dan tekak masih stabil . Sekejap lagi kalau dia datang balik, terbaringlah aku atas katil lagi. Tata. Selamat berpuasa.

Mood Turun Naik

( Disclaimer : Blog ini blog aku. Blog persendirian aku. If you think that my writing is too harsh ataupun terlalu emosi, silalah keluar dari sini )


Semalam, untuk yang kesekian kalinya, aku ngan CP ke Bazar sebab semalam sekali lagi untuk kesekian kalinya aku tak masak. Aku tak malas. Betul. Aku ada try apa. Petang semalam, aku sempat rendam soo hoon dengan pucuk kononnya nak buat sayur yang berkuah sikit. Lepas tu, kat sebelah lagi aku mentanak nasi. Tiba tiba gas hahahahahahabis. Padan muka aku. Aku masak nasi memang tak suka pakai periuk nasi elektrik. Dah lama dah aku tak buat camtu. Bagilah periuk nasi yang canggih manggih, microcomputer punya rice cooker ka, biasa punya ka, memang aku sangat payah dan liat nak guna. CP pun kadang kadang hangin bila dia tengok rice cooker yang canggih manggih dia beli kat aku tersadai macam paus biru kat tepi pantai. Sorry ya. I prefer masak cara conventional. Rasa sama saja. Cuma cara yang berbeza.

Dah gas habis, terpaksalah tunggu CP balik dari kerja untuk membeli barang satu dua jenis lauk pauk untuk berbuka. Bazar yang aku pi ni dekat ngan Perumahan Awam Mergong, dekat jugak ngan Insaniah. Sejuk ja hati tengok ramai benar yang menutup aurat dengan sempurna. Aku pun malu sendiri. Malu sangat sangat bila nak banding diri aku dengan depa. Umur dah menginjak nak masuk 30an ni buat aku banyak dan kerap kali berfikir. Bila aku nak berubah. Pun aku malu jugak dengan adik perempuan aku. Pakaian dia lebih sopan dari aku. Kadang kadang pergi amik anak kat tadika pun pakai baju berlengan pendek. Konon nak cepatlah. Rasa jugak malu. Tapi lepas tu hilang. Keluar ngan CP pun selalu pakai itu pakai ini. Rasa cam tak sempurna saja. Bapak aku pernah kata, macam mana mak bapak, macam tulah jugak anak anak dia nanti. So, kalau aku nak anak anak aku jadi anak yang Soleh dan Solehah, aku sendiri yang kena berubah dulu. Aku tengah mencuba ni. InshaAllah.

Wani tahun depan dah nak masuk darjah satu. Dah besar dah My Little Princess. Bimbang jugak aku bila dia dah nak ke sekolah ni. Aku ni bukan apa. Takut sangat anak aku dapat cikgu yang hidup bagai dua alam. Macam mana nak didik anak murid dia (anak aku) dengan elok, sedangkan diri cikgu tu sendiri pun macam hipokrit. Pergi ke sekolah mengajar pakai tudung. Menutup aurat. Tapi bila jumpa ja kat luar, pakaian kalah orang putih. Kalah minah saleh. Tak malu ka? Apsal nak jadi hipokrit macam tu. Kenapa? Ooo. Kalau tak pakai tudung masa interview dulu takut tak dapat kerja cikgu? Takut nampak tak sopan? Macam ni kah kau nak didik budak budak? Diri sendiri pun macam Choc Fudge. Baik kau tak payah jadi cikgu. Macam lalang. Buat malu sektor perguruan saja. Baik duduk rumah macam aku. Heheheheh. Ok. Emosi sikit.

Saya tak pernah kata diri saya sempurna. Tidak. Saya tidak sempurna. Saya pun ada kejahilan sendiri. Pun tak pernah nak mengaku yang saya ni baik sangatlah tu. Saya cuma mahu berubah ke arah yang lebih baik. Saya sedang mencuba. Saya tahu payah. Tapi saya akan terus mencuba. Kalau saya tersalah langkah, saya harap CP akan senantisa berada di sisi saya untuk memperbetulkan mana yang salah. Mana yang kurang. Dia semestinya melengkapkan hidup saya selain dari anak anak.

Oklah. Dah habih dah waktu lapang. sekarang kena siapkan anak ke sekolah.

p/s: Buat adik adik yang membeli belah di Bazar Ramadhan kat kawasan sekitar sini, saya ada kata kata motivasi sikit. Kalau tahu diri tu gemuk dan gendut, tak payah lah nak susah susah pakai baju ketat ketat ngan seluar ketat ketat sampai tertonjol isi perut. Buruk la adik. Awak tu belum kahwin lagi. Malu lah sikit orang tengok perut buncit tu dengan chicken wing tu. Mengalahkan orang yang dah beranak tiga. Tolong ya. Kalau tak malu dengan diri sendiri, pun tak malu dengan jugak dengan orang lain, takkan tak rasa malu langsng dengan Tuhan?