Monday, April 28, 2014

Cik Syafiyah sudah 2 tahun. Emak Cik Syafiyah sudah 30 minggu.

At 30 weeks. Gembira. Alahan sudah tiada. Kalo sebelum sebelum ni, nak berbedak pun tak boleh. Apatah lagi nak mencuci muka. Pucat lesi hitam macam apa ntah. Lotion lagilah. Tak payah mimpi ok. Ia umpama mimpi dalam mimpi. Nasib aku surirumah. Tak perlu bersiap bagai ke tempat kerja. Mujur Cp tak bising pot pet pot pet. Dia faham lah kot. Aku pun tak rasa nak tanya busuk ke tak aku ni. Hehehehe. Bukan apa. Aku takut jawapan yang mengguris hati. Baik aku buat diam. Aku kan dalam keadaan mudah terguris. Kahkahkah. Jap, nak nangis jap sebab aku terguris hati tak dapat makan satu peti aiskrim semalam.

Oh ya. Hari ni, Cik Syafiyah Khalisah genap 2 tahun. Alhamdulillah. Baru aku teringat. Patutlah buat perangai sangat semalam. Tengah malam tetiba menangis lepas tu ajak aku pergi bancuh susu. Lepas tu menangis lagi tak mahu ZZZzzz ajak main padahal mata aku dah separa tertutup macam mata Garfield dah. Anak oh anak. Belum pasti lagi bagaimana keadaan rumah ni dengan Anak Kuasa Lima. Selalu membayangkan sahaja pelbagai kemungkinan.Tunggu sajalah.

Menulis blog tidak boleh berlama lama. Sekejap lagi Princess Adik @ Cik Syafiyah akan bangun. Faham faham sajalah kalo budak 2 tahun mengamuk. Manakan sama dengan orang yang umur 20 tahunyang naik angin. Jadi, sekian.

Monday, April 21, 2014

At 29 weeks.

Kaki selalu meradang. Kejap kejap bengkak, kejap kejap kuncup. Most of the time, bengkaklah. Tidak mengapa. Bila bertukar saiz seberat anak paus memang lah begitu. Sabar Mone. Sebab tiada GD untuk pregnancy kali ini, aku suka makan benda manis. Teh tarik menjadi kegemaran secara tiba tiba. Bilakah boleh dapat makan macaron yang comel itu? Haiih.

Dah siap siap request untuk epidural lagi untuk kali ini. Walaupun ini kali kelima, perasaan cuak tu tetap ada. Sensasi beranak? Nehi. Tak thrill? Takpa. Yang penting, harap Allah permudahkan dan kurniakan kesihatan kepada kami anak beranak. InshaAllah. Dap dup dap dup.

Kejap aku nak listkan Carta Makanan yang dinginkan dan perlu dilahap sebelum aku nak beranak. Kalau lupa, rugi la aku. Cp, tolong masukkan dalam SNote ya. Kahkahkah. Terima kasih. I-L-U.
1. Seafood yang dicelup tepung dan digoreng berhadapan laut di KT. Tempat lain tak sedap.
2. Hi tea yang ada banyak dessert yang comel comel dan sedap macam macaron.
3. Lamb burger kat Fuel Shack.
4. Cendol Jo. Alahai, ini di Changlun.
5. Char Kuey Teow. 
Ok. Cukuplah  Carta Makanan yang ni saja aku tu. Kalo aku letak Carta Barang yang aku mengidam, nanti habih ada orang pengsan dan muntah hijau. Hahahahaha. Sekian.


Sempena tahun ke 11.

Keep calm, beringat sambil makan pengat.

Lebih baik fokus pada rumahtangga sendiri dari fokus nak menyelak rumahtangga orang lain. Toksah sibuklah.

Marah ke laki atau ke bini atau tak puas hati tak perlu heboh bagitahu ibu bapa, tok nenek, adik beradik. Bangga sangat bagitahu tengok laki nampak macam kecik besar kecik besar ja. Boleh siap cerita marah atau maki ke laki atau bini secara terbuka kat ibu bapa. Nak lagi bagus ibu bapa pergi share dengan adik beradik yang lain. Malu mana? Lagi best up status dalam FB. Heh, itu rumahtangga siapa? Itu suami siapa? Bini siapa? Tak faham tak faham.

Lebih baik duduk di rumah bercakap dengan anak anak atau haiwan peliharaan dari berjalan merata sana sini bertukar cerita aib orang lain. Tak payah tak payah.

Lebih baik diam diam urusan kewangan dan perbelanjaan rumahtangga contoh mcam gaji naik 1000% ka, bagi dekat bini RM 3000 sebulan ka, belanja makan RM 4000 sebulan ka, laki beli itu ini ka, dapat bonus 60 bulan ka, ada duit jota jota dalam saving ka hahahaha dari gigih duk bercerita secara detail kepada orang lain selain laki bini. Bimbang oi bimbang. Persepsi orang tak sama.

Sesiapa bagi nasihat pun boleh. Bebal lah kalau tak boleh dinasihati. Pergi duduk dalam gua sorang kalo rasa diri sendiri saja yang betul. Tapi tak perlu memandai kata 'ini tak kena', 'itu sangat hodoh' atau 'awat tak buat macam Cik Gayah yang duduk lorong hujung tu' atau memerli secara terbuka apa yang laki bini dah buat dan nak buat. Semua orang ada perasaan.Terima kasih.

Keluarga memang penting. Tanpa orang tua, adik beradik, saudara mara hidup macam tak meriah. Nak raya pun tak seronok kalo takda adik beradik dan tak balik rumah orang tua. Tapi macam di katalah. Rumahtangga itu perkongsian hidup di antara suami, isteri dan anak anak. Merangkumi hal ehwal kewangan, cara mendidik dan membesarkan anak anak, pengurusan tempat tinggal dan sebagainya yang berkaitan. Tolong bezakan dan tolong jaga aib laki bini.

Jangan mengungkit. Even dengan anak anak pun. Kalo ihklas, takdalah nak mengungkit. Sekian.


P/s: Ini entry umum. Bukan directly untuk sesiapa. Lebih baik aku kata peringatan untuk akulah. Kang kalo tak bagitahu tersentap pulak.

And to CP, I-M-U.

Thursday, March 27, 2014

Askar Comel bercuti sekolah.

Hello blog,
Baiklah. Aku sibuk minggu ni. Cuti sekolahnya kanak kanak, tapi aku yang sibuk. Tak menang kaki tangan daa. Askar askar comel bercuti di rumah. So, minggu ni nyaring lebih sikit suara aku. Dengan keadaan fizikal yang membataskan pergerakan kilat, aku redha. Takdanya aku nak swooooshh sana, swooosshh sini. Kaki seringkali cramp. Mungkinlah aku kekurangan kalsium.

InshaAllah, lagi dua minggu akan memasuki 'third trimester'. Cepatnya. Baik baik ya 'Encik Baby'. Please ikut due date yang doktor jangka ya. Ada few things lagi yang belum beli. Takpalah. Bukan nak kalut pun. Gamak payah, beli online, suruh encik Posmen hantar ya CP.  Tak yah serabut. Tak yah serabut.

Baiklah. Itu saja masa untuk menulis entry hari ini. Askar askar comel menunggu. Sekian.

Thursday, March 13, 2014

Potpet Potpet : 26 Weeks

Dear blog,
Sudah memasuki fasa 26 weeks. Lebih bertenang gamaknya. Mulut masih potpet potpet. Iya. Itu tanda aku sihat. Alhamdulillah. Cik Wani, Cik Wina dan Abang Aiman selalu tanya baby dah bergerak belum. Haih. Jenuh menjawab. Cik Syafiyah tiada emosi bila sebut perkataan 'baby'. Bagi dia, dialah baby dialah adik. Yalah. Baiklah. Janji jangan mengamuk sudah.

Dalam proses beli itu ini dalam listings yang dah aku buat sejak berkurun. Yang major dan bulky items semua dah bereh. Tinggal yang remeh remeh saja macam baju baju cinonet dan segala kelengkapan pakaian baby. Relaks la bro. Aku bukan larat sangat nak bergegas ke sana sini macam Superwoman. Aku perempuan mengandung yang banyak lemak terkumpul di sana sini. Oh, kejap. Kaki aku cramp!

Dah macam bertahun saja tak balik jenguk rumah comel. Apa khabar kambing sekalian? Aku dengar kalian dapat cicit baru. Ada semalam adik aku upload dalam FB. Comelnya. Rindunya dengan pokok lemon, pokok wildberry dan jugak pokok limau purut belakang rumah. Berbuah banyakkah sekarang? Atau tunggu aku balik baru berbuah? Ayam piru hidup tak? Sihat tak? Haiihhh. Kejap. Nak menangis dalam hati.

Baiklah. Emosi bercampur baur. Mujurlah Cp berpindah negeri saja. Mau kalau dia jenis kena pindah nun jauh ke oversea, kuruslah aku rindu kan kampung halaman dan rumah comel bapak aku. Tengok. Sebab itulah aku gemuk. Bukan aku sengaja membela lemak. Walau duduk jauh sikit ja dari family, at least dapat juga aku balik walau lama lama sekali. Ok. Sekian. Kerja domestik masih berjalan seperti biasa. Bye.

Tuesday, March 4, 2014

Carta 5 Status Terbaeek FB minggu ini.

Dah berhari tak bukak FB. Kerja domestik banyak dan perlu beri perhatian kepada Cek Mek dan Cek Awang. Sakit kepala jugak bila tengok feed status pelik bagai. Sekali sekala, baiklah. Kadang kadang terlampau excited. Pahemm Pahemm. Tapi apa yang aku pelik bila :

Status : Laki aku masak hari ni. Kenyang aku makan.
Bagi aku : Ko kenapa ni. Nak bagitahu ko malas atau nak bagitahu laki ko baik sangat. Orang lain pun berlaki jugerr. Dah dah.

Status : Spender aku koyak tadi. Lambat masuk keje.
Bagi aku : Dah kalau yang dalam seluar pun ko bagitahu, aku nak kata apa lagi. Hmmm. Adik adik ni.

Status : Air takde. Aku tak mandi.
Bagi aku. Ko diam diam dah le. Tak yah tak yah. Satu Malaysia tahu sekarang krisis air. Haiii.

Status : Malasnya aku hari ini. Tanak buat apa apapun. Nak membongkang ja kalau boleh.
Bagi aku : Hishhh. Kau pergi masuk hutan, duduklah bertapa tiga empat bulan dekat situ sampai kau insaf dan tahu tujuan hidup.

Status : Alhamdulillah. Berjaya jugak aku beli rumah banglo idaman hati berharga hampir sejuta. Jemput datang ke rumah ye kawan kawan.
Bagi aku : Sekejap syukur, sekejap riak. Motip? Tak perlu la kot nak uar uarkan secara detail segala macam ko punya asset dari A sampai Z. Dah dah. Aku bukan apa. Risau. Penjahat ada di mana mana. Fikir sikit keselamatan family tu especially anak anak.

Ok. Dah. Kang tulis lebih lebih kata aku dengki pulak, suka busybody lah, suka control hidup orang lah, suka bergaduhlah, suka semualah. Ok. Aku blah. Selamat memasak untuk diri sendiri.

Tuesday, February 25, 2014

Pelaburan Emas : Kenapa Cp dan aku pilih Public Gold

Apa tu Public Gold?

  • Public Gold membolehkan kita berjual beli emas fizikal secara mudah, selamat dan lebih murah. 
  • Bermula dengan ketulenan emas 999.9 dan 916, dan perak 999, pelanggan boleh memilih untuk membeli emas dan perak mengikut kemampuan masing masing bermula dari 10 g hingga ke 1 kg. 
  • Manakala untuk dinar, bermula dengan 1 dinar yang bersamaan dengan 4.25 g emas 916. 
  • Dirham Public Gold bermula dengan 10 dirham.

Kelebihan  Public Gold?
  • Public Gold ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Maka urusan jual beli lebih mudah.
  • Ia selamat dan tiada penipuan. Beli emas, dapat emas.
  • Lebih murah sebab turun naik harga emas di Public Gold adalah mengikut harga emas di pasaran international dan diupdate setiap 20 minit.
  • Pelanggan boleh mmbuat pembelian serendah 10 g.
  • Margin spread ( susut nilai ) di Public Gold ialah dari 4.5% - 8% sahaja.Peratusan Margin Spread ni hanya akan berubah sekiranya berlaku keadaan pasaran yang tidak stabil cth: perang, ekonomi tak stabil dsbnya.
Katalah hari ni tiba tiba saja teringat nak tengok dalam website Public Gold harga emas. Eh, murah ni. Boleh beli ni. Contoh mcam harga dinar kat Public Gold cuma Rm 610 ja. So, boleh lock terus pada harga tersebut dengan membuat pembelian secara online. So, kalau kalau lepas 20 minit dah place order tetiba harga emas mencacak canak naik, toksah bimbang sebab kan dah lock tadi pada harga yang memula tadi. Boleh jugak mintak tolong dealer tolong lock kan harga. Dealer akan tolong place order dengan Public Gold, bagitahulah bila nak amik dan cawangan Public Gold paling dekat untuk collect emas.  Customer cuma perlu bayar terus kepada akaun Public Gold, print slip pembayaran, dan bawak bukti pembayaran tu masa nak gi collect emas. Mudahkan.

Tak perlu risau kena tipu, barang takda atau apa apa. Dealer cuma tolong lock harga dan place order. Customer bayar direct pada Public Gold dan collect sendiri barang. Bukan apa. Nak pi beli walk in boleh ja. Cuma takut stok tak ada, hampa dan ramai pulak customer. Dah kena tunggu pulak lama lama lama kat situ. 

Berminat tak? Kalau berminat, atau saja saja nak tanya info berkaitan emas Public Gold boleh hubungi saya. Ok. Itu saja.


Munirah Muhamad Hasbullah
PG Dealer Code : PG040439
Sms/ Whatsapp : +60134372446
Email : monecomel@yahoo.com
..xoxo..




Syazwina @ Her 8th Birthday.

Hari ni birthday Che Wina. Aku bagi hadiah bedsheet saja kali ni. Macam emak emak sungguh kan hadiah aku. Dia tak kisah pun. Mainan tak da dalam senarai. Dia mintak buku dari Cp dan jugak kek Secret Recipe sebijik. Mak aii. Selera tak menahan. 

 

Wina, semoga jadi anak yang baik, bahagia di dunia dan akhirat. Melawak melawak juga, tapi solat jangan lupa. Mommy sayang Wina.

Monday, February 24, 2014

Bila anak anak dah besar nanti...

Kerja makan gaji dengan swasta yang dah pasti tiada pencen memang agak scary. Bagilah gaji banyak manapun, bonus tiga empat belas bulan pun, harga barang dan kos hidup tetap akan naik mencanak canak. Maknanya, pepandailah nak invest kat mana pun, asalkan menepati syara' dan tidak haram dan boleh digunakan di hari tua. Yang ada extra cash lebih sikit, boleh beli IPO, jual beli saham Main Index, menyimpan di Tabung Haji, melabur di ASB atau di mana mana saja yang boleh buat keuntungan walaupun sedikit. Boleh jugak beli emas pelaburan sikit sikit yang boleh menjana keuntungan di kemudian hari.

Pendidikan di masa depan pun kena ambil kira juga. Yuran pengajian anak anak mesti mahal bila sampai waktu mereka ke universiti nanti. Tak macam zaman aku belajar dulu. Satu semester, tak sampai RM 1k pun. Yalah, tu baru yuran pengajian. Tak kira lagi kos nak beli segala buku teks dan alat alat pembelajaran yang berkaitan. Kalo dapat duduk Kolej, Alhamdulillah. Kalau menyewa di luar kampus, dah kena bayau sewa rumah. Duit makan dan transportation cost pun kena kira sekali. Makk aiii. Untunglah, ada PTPTN. Tapi itu hutang. Hmmm.

Aku dengan Cp dah berkira kira dari dulu lagi kalau boleh tamau anak anak amik pinjaman PTPTN.  Bukan apa. Belum kerja lagi dahstart hutang. Baru nak kerja dah ada hutang standby tunggu nak dibayar. Kesian kesian. Tapi itulah, kenalah menyimpan. Kalo ada saving lebih dari mencukupi, by the time budak budak ni nak sambung belajar, taklah terasa sangat. InshaAllah. InshaAllah.

Sebab tu jugaklah aku terharu tengok Cp bertungkus lumus perah otak, cari idea  bagaimana nak expand atau double up setiap apa yang dah ada semata mata untuk kelangsungan family pada masa sekarang dan juga untuk masa hadapan. Niat asal kami melabur dalam dinar dan dirham ialah untuk pelaburan diri sendiri, tapi aku tak ada masalah kalau ada sesiapa yang berminat nak beli emas PG dekat aku. Nak tanya serba sikit pasal pelaburan emas pun boleh. InshaAllah, aku akan bantu setakat yang aku mampu. Aku pun baru lagi, masih belajar. 



Munirah Muhamad Hasbullah
PG040439
Sms/Whatsapp : +60134372446
Email : monecomel@yahoo.com
Tanah Merah, Kelantan

Sunday, February 23, 2014

Pregnancy : 22 weeks

Ok. I am at 22 weeks now. There's been lots of kicking in there and pain, especially on my right leg. Please be good Little One. Though I haven't met you, I knew I loved you. Cp has not finalized yet my listings, so Im gonna have to wait till he agree with all the things that I have included in the lists.

Cik Syafiyah still have that awkward look on her face everytime I told her to rub my tummy. I told her that there is a baby inside my tummy. Instead of doing what I told her to do, she ask me for milk! milk! milk! Hadoi.

Musim panas sekarang. Hopefully, there will no coughing, sneezing, or fever in the house. Wani is doing just fine at this moment. No sign of asthma, but she still need to use her Seretide twice daily for preventive measures. Syafiyah,Wina and Aiman pun masih segar and harap semua sihat sihat saja. InshaAllah. Ok. Kerja domestik menunggu. Sekian .