Wednesday, March 3, 2010

Short Holiday

Walaupun short trip, aku tak kisah. Janji dapat bawak budak budak ni keluar dari Alor Setar atau umummya kawasan utara ni for a few days. Balik dari Merbuk masa CNY hari tu, terus ke KTM. Malangnya semua cabin dah fully booked. Maklumlah hari Jumaat kan cuti Maulidur Rasul. Lepas tu rushing ngan Che Pyan ke Bus Station pulak. Alhamdulillah. Mujur ada tiket. Tiket balik dah beli awal lagi. Tiket nak pergi baru terhegeh hegeh nak cari. Nasib baik ada.Wani lah yang paling excited gila sebab dia memang dari awal lagi dah beria ia nak naik bas ke KL. Kalau ikutkan aku, memang aku tak mau sebab takut Little Aiman buat perangai menjerit jerit dalam bas nanti. Tapi mujur dia tak banyak meragam. Tapi yang pastinya, kalau boleh aku memang tak mau naik bas dah kalau nak KL lagi. Esp kalau ada anak anak kecik. Payah.

Hari nak balik lagi syok. Rush gila. Sempat lagi tu makan kenduri kat Taman Sri Gombak. Lepas tu bergegas gegas hantar Mak Lang ke Dewan Philharmonik kat KLCC sebab dia nak dengar konsert MPO kat sana. Syoknya. Muzik apakebenda hah dalam tu? Then, sesi cuti mata untuk aku dan anak anak, sesi membeli belah untuk Che Pyan pulak. Tak kisahlah. Window shopping pun oklah. Dah habis beli barang Che Pyan, Sha ngan Aedy bawak kami p Alamanda pulak. Time ni Che Pyan dah flat gila. Nak berjalan pun dah tak larat dah. Ada sebijik Esprit Outlet kat sini. Tapi aku tak beli apa pun. Takpalah. Ada rezeki datang sini lagi. Dah berjalan, perut pun lapaq sampai terketaq ketaq. Aku nak makan kat Kenny Rogers tapi sapa pun tak mau. Last sekali makan kat Manhattan Fish Market. Dah lah tamak masa nak order. Konon lapar gila. Padahal lepas tu tak habis pun. Siap boleh tapau untuk Sob bawak balik UPM. Memang lepas tu rushing gila. Sampai ja kat KLIA nak check in ngam ngam pukul 7.15 malam. Sha pi sembang apa ntah dekat orang jaga kaunter tu, terus dapat potong queue. Nasib baik sempat. Kalau tidak... Che Pyan kena amik EL lah untuk hari esoknya... Hahahah..

Oklah. Malas aku nak tulis panjang panjang. Aku upload pics supaya tak penat tangan aku nak menaip ayat merapu merepek yang tak relevan kat sini. Thanks Sis, Aedy and Maklang sebab kasi menginap free kat hotel Sri Gombak. Hahaha. The Best tu. Layanan 5 stars tau. : P

 
Budak 3 orang ni dah tak sabar nak naik bas. 

Time ni Aman dah start cuak dah.
Akuk. Akuk.

  
Mula tak senang duduk sebab bas lambat.

  
Kat rumah Sha.

  
Kat Wangsa Walk
Pin pinnnn


  
When the lights out....


  
Kakak tekan sini.
Wina tekan sini.
Aiman sila turun.

  
Aiman pulak nak try


Sha ngan Aedy 
Alya dekat perut Barney.



  
Che Pyan naik angin tak da sapa nak teman dia kat dalam tu..


  
Aiman: Alya, nak sikit.
Alya: Sowi Aiman. Alya punya

  
Dah kenyang, semua pakat tersandar.

  
Aiman saja yang tak reti nak duduk diam

  
Aiman's first exp naik LRT


Aiman with Alya

  
Aiman, Mama Sha and Alya

 
ntah, Aiman, Alya, Sha

 
Amaran: Jangan letak budak kecik kat sini masa train tengah bergerak.


 
Amaran: Jangan letak budak kecik kat sini masa train tengah bergerak.

  
 Tunggu Sha hantar Mak lang ke Dewan MPO


OKlah. Dah nak pukul 12 lebih dah ni. Aku nak g amik Wani n Wina. Tata.

~THE END~

No comments:

Post a Comment