Apa yang lebih? Kain? Dah tentu. Tapi aku bukan nak bagitahu yang itu. Sebenarnya ini pengalaman peribadi aku. Aku memang dah lama bertudung. Tapi menutup aurat aku tu bagai tak sempurna. Kadang kadang T Shirt berlengan pendek. Seluar jeans ketat bagai apa ntah. Malu? Entah. Pada masa tu aku rasa macam cantik ja pakai camtu. Bila umur dah meningkat, dah beranak pinak dan adik adik pun dah membesar, aku termalu sendiri.
Kalau masa dulu suka pakai tudung selempang kat bahu tak tutup dada, aku selamba ja. Naik motor bawak laju laju tak sedar banyak mata yang memandang kat bahagian yang tak sepatutnya. Konon style ah pakai tudung camtu. Kalau keluar berjalan jalan pun bawak anak anak dah start rasa macam tak selesa. Cuba bayangkan perempuan yang dah beranak tiga, lepas tu anak anak breastfeed lagi. Bagai apa lagi.
Tapi semenjak aku cover apa yang patut, terasa lebih dihormati dan takda lagi mata mata yang memandang ke tempat yang tak sepatutnya. Benda ni dulu selalu berlaku setiap kali aku nak amik anak anak dari sekolah dan tadika. Dah lah ke tadika aku berjalan kaki sorang sorang. Pergi jemput Wani di sekolah baru naik Elegek. Dah lah ada sorang mamat kurus kering macam pervert selalu bertembung dengan aku lepas tu sengih macam kerang busuk sorang sorang. Takut gila aku. Alhamdulillah, sesuai denga perubahan aku, sekarang dia terus bawak motor laju laju kalau berselisih dengan aku.
Bukanlah aku nak perasan kata aku cantik, tapi orang lelaki kalau dah mata memandang kat situ, kita mesti tahu lah kan. Kalau muka pecah pintu tapi pakai daring macam apa ntah dan menggiurkan pun mesti ada punya mamat yang meleleh tengok. Meleleh tengok barang sajalah. hahahah. Manusia kan dikurniakan nafsu. Tapi manusia juga dikurniakan akal. Betul tak. Seriously, aku malu. Malu dengan Allah, malu dengan dengan diri sendiri, malu ngan CP dan malu semalu malunya dekat anak anak aku. So, aku start perlahan lahan. Aku belajar paksa diri aku kalau keluar rumah tapi tak sempat capai tudung, aku mesti amik atau rentap apa yang patut buat cover mana yang patut di cover kalau tergesa gesa sangat nak kluar contoh macam nak tangkap anak anak yang lari keluar dari rumah senyap senyap lepas tu show off dekat aku naik basikal selamba badak kat luar rumah.
Tapi bagi aku, perkara yang paling penting dan utama sekali ialah keazaman dan keinginan yang kuat untuk berubah. Aku nak jadi contoh yang baik pada anak anak aku. Sebelum aku didik anak anak aku, better aku didik diri aku sendiri dan dalam masa yang sama tunjukkan teladan yang elok pada anak anak aku. Yang penting, berubahlah kerana Allah. Tata.
Nak main game masak masak sementara anak anak masih kat sekolah. Kakakakakakka.
No comments:
Post a Comment