Pukul 6.45 pagi tadi aku duk terjenguk jenguk Che Wani mana tak nampak batang hidung pung ni. Aku kalau dah pukul 7 lebih memang dah tak berani nak merempit secara berhemah ke sekolah anak aku ni. Kereta macam apa ntah banyak sangat. Last last aku kena jugaklah pi rumah tok aku yang kat sebelah tu pergi tengok apasai Che Wani tak kunjung tiba lagi ni. Ceit. Tak bangun lagi. Lepas tu aku tanya Che Wani nak mandi kat mana. Aku cakaplah yang kat rumah nenek boleh mandi air suam, kalau kat rumah mummy kena mandi air sejuk. Tetiba adik aku macam terkejut. Eh, rumah kakak tak dak Water Heater ka? Ya Rabbi. Selama aku duk kat sini dah 8 tahun dah baru dia tau rumah aku takda Water Heater. Musykil aku. Selama dia ulang alik keluar masuk rumah yang aku duduk ni, berak kencing, mandi manda takkan dia tatau rumah aku semua orang mandi air sejuk. Heheh. Adik aku nyanyuk kah. HAhahaha.
Sebenarnya aku lebih suka mandi air sejuk. Kalau mandi dengan air suam rasa tak puas. Macam tak cukup mandi ja. Dulu setiap kali beranak ja, mesti aku kena berpantang dekat rumah tok aku. Selalu ja aku curi curi mandi air sejuk. Syok oo. Tok aku pulak setiap kali aku nak masuk mandi, dia dah siap siap on lagi water heater macam nak bagi peringatanlah kat aku yang lebih kurang berbunyi macam ni, ' Sila mandi dengan air suam, mandi dengan air sejuk tak boleh, nanti urat kembang'. Betul ka? Ntah. Yang pasti aku suka mandi air sejuk. CP pun sama.
No comments:
Post a Comment