Banyak habiskan masa dengan kanak Ribenas di rumah. Aku dah tak ingat bilakah kali terakhir aku masak untuk CP. Rasa bersalah jangan cakaplah. Menggunung tinggi bagai Gunung Kinabalu. Forgive me CP. Semalam, aku berjaya kemas bahagian dapur yang dah macam tongkang pecah. Aku buat sikit sikit. Maklumlah, anak anak kecik lagi. Satgi pecah berderai kaca, aku terpaksalah mengamuk. Bila aku mengamuk, aku akan bertukar jadi mummy si monster. Takut.
Hari ni hari yang indah. Mesin basuh berperangai baik. Pergunungan baju dah tak da lagi. Aku seronok. Tapi yang tak seronok ialah aku jadi ketagih nak makan aiskrim. Kalau boleh hari hari aku nak makan aiskrim. Nasiblah encik tonsil ada sebagai peringatan. Kalau tidak.....hmmm.
Aku tak sempat lagi nak retrieve semua gambar dari FB. Aku malas agaknya. Nanti bila aku dah sihat, bersemangat dan bermaya, aku buat.
Untuk adik perempuan yang jauh dimata, dekat dihati, sila message ya bila dah lapang supaya kita dapat skype bersama sama.
Untuk adik lelaki yang berhempas pulas memerah otak dan kuderat di kilang cokelat, jaga nafsu makan tu sikit. Itu cokelat ya, bukan nasi. Jangan sesekali lupa. Apalah salahnya pos barang sekotak dua cokelat itu ke kampung. Thank you in advance ya. Hahahaha.
Tak. Aku bukan kakak yang jahat. Sekarang aku nak berehat.
No comments:
Post a Comment