Tak pernah terlintas dan terfikir pun nak menjadi teman kepada Gestational Diebetes (GD). Ya. Boleh kata dalam satu dua minggu lepas aku ni ibarat 'in state of denial'. Tapi lepas tu, puas bertanya sana sini especially to my Sissy and Mak Lang, I kinda accept it. Belajar dari pengalaman mereka lah.
The test was made due to my recurrent miscarrige. Ya lah kan. Kalau ikut to that history, maybe there is something wrong with me or my body. Nak buat test tu kena start puasa dari pukul 10 malam till 8 pagi next morning. Then pergi klinik untuk ambil blood sample masa kita puasa tu. Lepas tu kena minum pulak air super dupa gila babas sweet nak mampos satu gelas sampai habis. Then disuruh duduk kat situ dan jangan ke mana mana selama 2 jam, kecuali nak ke toilet bolehlah kan. Lepas tu sekali lagi darah di ambil untuk kali kedua. The result for my first test was normal dalam 4.5 mmol, but the second test shoot straight ke awan dengan bacaan 9 mmol lepas minum air super dupa gila babas sweet nal mampos tu. Huhu. Blame it on the hormones. Makanan tak bersalah dalam hal ni. Hormon yang bersalah.
Frust gila. Then, a week after that kena buat Blood Sugar Profile (BSP) di mana hujung jari kena cucuk 4 kali untuk tengok tahap gula banyak mana ada. Macam biasa, sehari sebelum test kena puasa dari pukul 10 malam sampailah 8 pagi esok. First test pukul 8 pagi. Then boleh balik atau merayau rayau di shoppping complex sambil mengisi perut sampai pukul 10 pagi. Lepas tu stop makan. Kena puasa balik sampai pukul 12 tengahari. Pergi klinik balik, cucuk hujung jari untuk second time. Lepas tu boleh blah balik melantak makan tengahari atau nak merayau rayau lagi kat shopping complex untuk kali ke dua. Pukul 4 petang puasa balik sampai pukul 6 petang nehi kabhi makan, kalau makan jugak alamat naik kau punya BSP. Lari ke klinik semula untuk amik BSP kali ketiga pukul 6 petang tu. Selesai cucuk jari blah lagi balik rumah melantak melantak dinner sebelum pukul 8 malam sebab lebih dari pukul 8 malam dah kena puasa balik. Pukul 9.30 malam gerak ke klinik untuk test BSP kali keempat dan terakhir pada hari tersebut. Sekian. Eh. Silap. Alhamdulillah, bacaan BSP aku doktor kata cantik dan menarik:
8.00 am : 4.9 mmol
12.00 noon : 4.6 mmol
6.00 pm : 4.1 mmol
10.00 pm : 4.6 mmol
Err. Aku tak tipu ya. Aku makan tau. Doktor dengan ramah siap boleh tanya aku ada makan durian dak a day before buat test yang kena minum air manis nak mampuih tu. Tergelak aku. Honestly, aku tak makan durian. Tak minum sangat air manis manis. In fact kalau kat rumah, aku cuma minum susu dan air masak. Kalau dalam sebulan, consumption gula kat rumah aku ni less than 1 kg ja. Anak anak semua minum Milo tanpa gula. Kalau nak sangat, weekend lah tunggu bila CP cuti barulah merasa budak budak ni minum Milo yang berperasa manis.
Sebab test aku cantik sangat, doktor tanya aku nak tak buat semula test yang first tu sekali lagi. Kot kot la aku tak puas hati, ataupun mesin tu bengong masa dia analyze blood sample aku. Terus aku tak mau. No way aku nak minum lagi air manis camtu. Never ever. Aku lebih rela cucuk jari 4 kali sehari setiap bulan untuk BSP dari minum benda tu. Jangan harap.
Buat ibu ibu yang mengandung yang ada GD, jangan bimbang. GD ni jadi sebab perubahan hormon dalam badan kita sewaktu kita mengandung. Bukan sebab apa yang kita makan. Like I said before, BLAME IT ON THE HORMONES. Jangan sedih. It's not the end of the world. Selalunya selepas kita beranak dia akan hilang as long as kita jaga pemakanan dan kesihatan kita. Kalau ada jadual pemakanan, ikut jadual tu. Jadual Diabetic Diet boleh dapat free ja kat Klinik Kesihatan yang berhanpiran. Selamat berjaya untuk aku.
No comments:
Post a Comment