Monday, December 15, 2014

Bersyukur atau nak 'bragging'?

Nikmat yang Allah bagi amat luas. Tak perlulah kita secara terbuka mengucapkan syukur atas nikmat yang Allah beri dalam hidup kita tapi dalam masa yang sama kita senang senang membuat kesimpulan atas hidup orang lain atas kesusahan dan kesempitan yang sedang dialaminya. Setiap manusia ada pelbagai ujian yang Allah beri berbeza beza. Ada yang diuji dengan kesenangan dan kemudahan. Tapi tak bermakna yang beroleh kesenangan dan kemudahan itu boleh memperleceh hidup orang lain.Kita semua diuji. Kita sedang diuji. Tapi bagaimanakah resistance kita? Kita tak kebal. Manusia memang makhluk yang lemah.

Allah beri nikmat hidup berkeluarga dan pasangan yang baik, bagaimana kita meghargai mereka?
Allah beri tubuh yang kuat, sihat serta rupa paras yang sempurna, bagaimana kita menjaganya?

Hidup ni bukan untuk diangkat angkat atau untuk dipuji puji. Kadangkala kita merasakan hidup kita sempurna, kita cukup segala galanya, semua yang kita nak boleh beli dengan wang ringgit yang kita ada. Tapi untuk hidup dengan hati yang tenang, perlukan usaha. Rasa damai dan tenang bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Hati dan perasaan pun bukanlah barang yang boleh dibeli di pasaraya. Kalau boleh beli, lama dah dunia ni bebas dari pesakit mental akibat tekanan perasaan. Hmmm. Oklah. Nak menanak nasik pulak. Sekian.

Gedik vs Malu

Hai blog,
Hari ni aku baca arkitel menarik dekat FB dari Page Warga Prihatin. Rasa macam dah pernah baca dulu, tapi this time aku baca sampai habis. Artikel SN shared kan selalu panjang nau. Heee. So, artikel tu cakap pasal gedik. Aku ada tiga orang anak perempuan. Risau juga tu.Tak mau lah anak aku tergedik gedik bagai. Malu mak.

Rasanya, yang paling utama perlu ada sifat malu. Bila kita ada rasa malu, kita jadi segan nak buat perangai pelik pelik di depan orang. Malu banyak takpa, dari takda rasa malu. Kadang kadang kita dah cukup baik dah jaga penampilan dan perwatakan kita sebagai seorang muslimah. Tapi kita hilang rasa malu bila kita berbual dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Kita jadi selamba. Kita bukan tak tahu, kita bukan tak rasa pelik. Tapi kita tutup sebelah mata. Kita rasa seronok. Kita sendiri terbuai buai dan hanyut dengan rasa seronok berbual dengan lelaki yang bukan suami kita. Pelik tak?

Fikirlah. Kalau kita sendiri tak dapat kawal keseronokan dan menjadi terlebih mesra dengan yang bukan muhrim, bagaimana kita nak didik anak anak kita untuk bezakan ini tak boleh, itu tak patut, ini jangan sekali kali buat. Hidup ini perlu ada batasan. Setiap perkara yang kita buat memang sudah ditentukan tatacaranya. Tak perlulah nak beralasan bagai.






Sunday, December 14, 2014

Cuti sekolah, semua tak nak kalah.

Hai Blog,
Selamat siang. Hari ni hujan lebat. Terpaksa bergelut dengan kain baju setinggi gunung Kinabalu. Pening. Apa boleh buat. Accept, adapt dan improvise. Mungkin selepas ni aku terpaksa gantung baju di hujung blade kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan. Ataupun aku boleh sidai di serata tingkap. Eh, nanti apa pulak jiran tetangga kata. Kang tak pasal pasal pegawai imegresen datang ingat ada PATI kat dalam rumah ni. Nehi. Loklaq.

Biarlah kain baju tu semua. Kalau cepat kering Alhamdulillah. Kalo tak, tunggu sajalah. Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sekejap ja kan. Rasa macam baru semalam anak aku dengan muka sengih paling panjang sampai ke telinga, balik dari sekolah bagitahu cuti sekolah selama sebulan setengah. Wow. Dan kemudian bermulalah hari hari cats and dogs, kau pukul aku, aku pukul kau balik lepas tu tak sampai lima minit bergaduh dah berbaik dan main bersama Sahibba atau Millionaire, then tak sampai sepuluh minit bermuafakat bermain tetiba kau curi duit aku, aku curi duit kau balik atau kau main tipu, aku nak tipu balik. Hishhhhh. Phewww. Anak anak. Penat aku tengok depa main. Banyak sangat drama. Nasib aku bukan peminat drama bersiri. Kalo tak, jenuh tercungap cungap aku tonton setiap episod yang pasti akan men'trigger' heart attack.

Harini, Amin dah masuk 6 bulan. Yeay. Dah boleh bagi solid food. Mungkinlah nasi putih atau oat yang dikisar halus. Tak dapat ilham lagi. Sekejap lagi bila dah berangkat ke dapur, dapatlah ilham kot. Hahaha. Ok. Ini dia Encik Amin. Sekejap ja dah besaq.



 

Persediaan barang ke sekolah hampir selesai. InshaAllah, Aiman akan mula bersekolah rendah tahun depan. Tujuh tahun dah umur Aiman. Macam macam input dah yang Kakak Wani dan Kakak Wina buh dalam kepala Si Aiman. Tak taulah. Tengoklah macammana nanti. Oklah. Nak perabih chores yang sekian lama dok tunggu. Lagipun Amin tengah ZZzzZZ. Baik aku segera bertindak. Kalo tak, dengan aku sekali hanyut ke Dreamland. Sekian.

Thursday, December 11, 2014

Entry Serius: SABAR

Dear blog,
Hidup adalah satu usaha. Setiap hari kita berusaha dalam melakukan setiap perkara. Kita berusaha untuk mencapai titik titik kepuasan. Realitinya, manusia tidak akan pernah puas. Kita mungkin rasa bersyukur, tapi kita tak mungkin rasa puas. Bukankah itu salah satu sifat manusia? Mencari dan terus mencari. Cari apa? Jawapannya ada dalam diri sendiri. Tampar kepala, kasi otak jalan sikit.

 
Contoh sifat SABAR.
Kesian budak ni. T__T

Kalau asyik tengok sekeliling dan mula membandingkan diri sendiri dan orang lain, kita akan mudah keliru. Bila kita bandingkan diri dengan orang jahat, kita akan rasa kita ni baik. Kalau dibandingkan dengan orang baik, alim kita akan rasa diri kita sangat teruk. Berhenti. Sudahlah. Tak perlu.

Hidup setiap orang berbeza beza. Mungkin di luar nampak bahagia, ceria dan gembira tapi dalam hati? Siapa tahu? Yang kadangkala kita nampak macam susah, melarat dan muka ketat tiada senyuman terukir dibibir, mungkinkah dia sorang yang suka berfikir atau di dalam hati ada tamankah? Siapa tahu? Tak. Aku tak tahu.

Susah sekali kita nak melihat seseorang dengan hati yang terbuka. Aku pun sama. Pasti akan ada footnote sekali. Walaupun sedikit atau sebaris saja footnote, ia tetap footnote. Sering kita asyik melihat dan berkata orang saja bersikap judgemental, padahal diri sendiri pun sama. Melihat dan mendoakan yang baik baik. Macam mudah. Tanpa berkata apa apapun? Bolehkah? Mak aiii.  Susah.

Selalu sangat hati lebih cepat bertindak main peranan dari akal. Maka, hatilah yang menang. Padahal boleh ja sabar sikit. Hmm. Perkataan SABAR tu memang susah nak lekat dalam hati. Bolehkah aku? Cubalah hidup sebagai seorang yang panas baran selama 34 tahun, dan cuba untuk belajar bersabar. Hui. Macam budak belajar bertatih. Struggling lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Setiap hari.

Yang penting, ada kesedaran. Dan lagi satu, KEKUATAN. InshaAllah.



Tuesday, December 9, 2014

Bila Anak Gadis Masuk Dapur.

Hai blog,
Selamat pagi. Err. Macam dah nak tengahari saja ni. Hee. Pagi ni, bersarapan macam hari hari biasa. Cuma yang luar biasa sedikit ialah bila dapat bantuan tanpa di suruh dari dua orang anak gadis kecil. Kejap saja aku tinggalkan dapur nak melambai Cp ke tempat kerja di pintu depan, laju ja dua orang gadis kecil ni ke dapur. Tengok tengok dah siap habiskan semua bancuhan dah. Hahahaha. Terima kasih anak anak. Haish. Lega Mommy.



Pang pung pang cerita macamlah masak bagai kan. Pancake ja. Tapi, rasa seronok tengok bila anak anak dah pandai serba sikit hal ehwal kedapuran ni. Last week, belajar buat cupcake dan popcorn. This week pancake. Next week, aku nak suh depa buat Nasi Arab pulak. Hahahaha.


Monday, December 8, 2014

Lima sekawan.

Dear Blog,
Aku dah lama tak letak gambar anak aku kan. Encik Tab tak boleh di harap. Menci aku. Hanya harap pada Google + ja untuk dapat gambar terbaru. Jenoh kumpul dari phone CP dan anak anak. Hmmm. So, hari ni line internet macam laju sikit. Aku nak uploadlah sekeping gambar anak anak aku. Hang jangan cemuih no. Heeeee.

Adik baby, abang kecik, kakak besaq, kakak kecik dan kakak baby
Fuh..penat type.

Ooops. Lagi sekeping pulak. Hahahahaha.

Suami/Husband/Superman/CP
&
Isteri. Tak Garang.

Ok. Dua keping sudahlah. Aku tak mau lah satgi ada muntah pulak kat sini. Dah dah. Panggilan Dapur sudah kedengaran. Biasalah. Askar-Askar Comel cepat lapar bila banyak main. Aku pulak cepat naik angin bila banyak kali orang panggil. So, fair lah kan. OKbai.

Wednesday, December 3, 2014

The unedited version of ME.

Anybody who knew me before, will definitely knows that I am such a CENGEY person. I rarely gelak. Apatah lagi smile. Muka ketat 24 jam, ya that's me. Tapi aku bukan nerd. Tak. Aku biasa saja. Kalau boleh, I don't like and I don't want to be the center of any attraction yang akan mudah buat aku rasa awkward dan segan.

Tapi aku bukan pemalu jugak pun tak terhegeh hegeh. I am a loud person. I will say whatever I want, whenever I like, to whoever pun. Aku tak suka berkias. Tak suka berbelit. Pun tak akan faham kalau ada orang berbelit atau memerli. Mudah bukan. Lebih baik aku tak faham. Tak perlu sakit hati.

Bukanlah bermakna bila aku macam ni orang boleh senang senang ambil kesempatan dekat aku. Kadangkala benda mudah yang boleh kita buat untuk elakkan kontroversi ialah BUAT BODO. Iakan saja. Bila ada provokasi, BUAT BODO. Kalau ikut hati, memanglah nak berpencak silat sambil sinsing lengan baju, angkat kain separas lutut sambil pasang kuda kuda. Tak. Aku bukan lemah, aku cuma nak elakkan pergaduhan.

Kadangkala bila tercuit sikit hati, biasalah. Cakap nak bertenang memang senang. Tapi nak buatnya sangat susah. Kalau ikut cara aku mudah saja. Terus bertanya straight to the point lah. Aku lebih selesa macam tu. Tak perlu aku nak edit diri aku supaya semua orang terima aku. Tak perlu aku nak bermanis muka depan engkau, padahal aku tak suka pun engkau. Tak perlu aku nak mempuji sakan, padahal di belakang kau, aku mengata pulak. Jadi lebih baik aku berdiam diri dan jadi neutral.

My blog and my FB are unedited version of me. I am real and I am not FAKE. Depan kau aku macam ni, depan orang lain pun aku macam ni. Depan kau aku pijak gajah mati, belakang kau pun sama. 

But I do have to save some respect for my CP, my father dan orang orang tua. Aku bukan kurang ajar.

My life is not a drama or a movie where I am the actress. I don't need to feel that everybody loves me. No photoshop or 360 are needed in my life. I do not have to lie about anything. I know I have flaws and it doesnt worry me. I know I have countless wrinkles on my face and FYI, it's called ageing.  I know I am fat, so I don't have to act like I am skinny. This is me and I am happy.   Terimalah ya dengan hati yang terbuka. Kita semakin tua, bukan semakin muda. Bawak bawaklah bertenang. Pujian manusia tak bawak ke mana pun.

Bila mendongak ke langit, jangan lupa kaki masih berpijak di tanah, di bumi yang nyata. Cubit sikit diri sendiri. Jangan banyak sangat berkhayal tengok cerita Korea sampai angau melalut lalut. Oitt. Malam ni nak tengok ulangan cerita My Girlfriend is a Gumiho. Chek tak sabaq aih. Hehehe. Okbai.

Balik kampung 27 Nov - 2 Dis. Weehuu.

Hello blog,
Lama aku bercuti kan. Balik kampung sekejap. Menengok orang yang tersayang dan menyelesaikan satu dua perkara. Tak penting pun. Personal matter saja.

So, balik kampung kali ni, tiada aktiviti mentedarah secara berleluasa. Tekak kurang berselera. Nafsu makan ada, bila masuk ja ke dalam mulut, habis tertutup deria. Perasaan apakah ini? Menangis di dalam hati mengenangkan temujanji dengan makanan kesayangan yang tidak kesampaian. T__T

Pic : Google

Sebut pasal makan teringat anak aku Che Wani. At 10 years, dah pandai. Tak mau obese. Apahal kanak kanak Ribena nak berdiet bagai semata mata takut gemuk? Makanan berminyak taknak. Makanan yang berlemak lagilah tolak ketepi. Perangai apakah ini? Atau lebih tepat lagi, perangai SIAPAkah ini?

Oh anak, kamu tu kecik lagi. Tak perlu nak diet bagai. Sekarang waktu tumbesaran kamu nak. Jerawat pun belum nampak bayangnya lagi. Makanlah apa yang dihajati. Tak perlu risau. Asal tidak berlebihan, InshaAllah tak gemuk aih. Yang paling penting, tahu kadar bila perlu makan dan waktu berhenti. Selain dari tu, janganlah risau banyak sangat. Kamu tu kanak kanak lagi. Dah dah, pergi ajak Wina main Barbie yang ayah baru beli hari tu.

Raising kanak kanak yang sedang di antara peringkat kanak kanak dan remaja memang menyeronokkan. Malah kadang kala lebih mencabar dari menjaga bayi sekecil Amin. Banyak soalan kena jawab, banyak benda kena explain. Banyak hal. Tapi yang pasti, Wani sudah boleh diharap. Sudah pandai membuat kerja rumah samada secara paksa atau secara paksarela. Hehehe. Harap, adik adik dia yang lain pun macam dia jugak. InshaAllah.

Ok. Masa untuk mengemas kain baju dan beg beg yang tersadai. Babai.


Thursday, November 27, 2014

The day that I met YOU.

Pertama kali I noticed him was when I was in Part 2. We took the same course, but we didn't have any chance of bumping into each other since me and him was in a different group or class. One thing that remind me of that time was, his HAIR. Macam iklan shampoo. Then, in Part 5, we were in the same class. It was kelas Wan Z. He was a good friend to Mr D and Mr D and I agak baik jugak at that time. Mr D and him will usually sits behind me and Kak Nora in that class. Well, non of us in the class suka tukar tempat duduk pun. Eventhough we were in the same class and he was sitting right behind me, we never talked. I would turn around and talk to Mr D and he was like busy doing something else everytime I look back to talk to Mr D.

But then, its fasting month. Me and Kak Nora headed to Kangar. Saja seronok seronok nak buka puasa kat KFC konon kononnya, Kat Kangar, we bumped into Muz and a few friends. Nak dekat bukak puasa dah at that time. And suddenly, Mr D and him muncul with  a junior out of nowhere. Since semua satu course, we decided untuk berbuka puasa beramai ramai. He was sitting far away from me. We didn't talked to each other. Sibuk sembang dengan orang kiri kanan ja.

And then, ada la few friends nak balik kampung on that night. So, all of us, pergi ke Stesen Bas Kangar yang seberang jalan ja dari tempat makan tu untuk say goodbye. Then, tinggal me, Kak Nora, Mr D and him. We decided to take a cab untuk balik ke UiTM. Student besa la. Kena berjimat. On our way ke Stesen tu, singgah jap kat The Store(wujud lagi ke entah). Jalan sana sini sebelum sampai ke Stesen Bas lagi satu yang ada cab services.I remember clearly that he was so not in the mood and senyap banyak. Me, Kak Nora and Mr D sembang pang pung pang. Then, sampai kat kampus, we all say goodbye and kita pun balik la tempat masing masing.

A week later, Mr D called me. He told me that they wanted to buy a kettle in Alor Setar. WTFunnn. Since Alor Setar is my hometown, I said Ok. So, again all four of us went to Pacific to buy this one, JUST one kettle yang orang tu nak. Then we go home. After that, we started to talked to each other. Since I was living off the campus, while he was in the campus, we didn't have much opportunity to jumpa tiba tiba dalam kampus unless ada class. Itupun kalau kelas combined. Baru jumpa. But him, he was a big fan of Roti Canai, hawker food and laicikang. Semua tu takda kat gerai dalam kampus. Bila dia keluar, kadang kadang he would give me a call and invite me to join him. Usually akan ada Kak Nora with me or sometimes ada En A or sapa sapa with him.

One night, balik from makan, he told me ' Aku suka kat hang'. I just looked at him. I didn't laugh. I just stood there.

On 14th February, he gave me one beautiful card. The most beautiful card I have ever had. A white card with the loveliest and the sweetest message that I have ever read. I was so thrilled and happy at the same time. If I have a pair of wings, I will definitely fly up high to the sky. Heeeee.

'I just want to say that I am in love with you, and I hope that you feel the same way too.......'

Words cant describe how I felt at that moment. I feel the same way too.

And now, here we are. With five lovely kids, and still he was the sweetest, the bravest and the best of all the best man that I could ever dreamed of. There will always be ups and down, better and worse, good or bad, ribut atau angin kencang, but I know I can always count on him because I know he loves me. He will always loves me. And I love you too CP.



'HAPPY 11th ANNIVERSARY MY DARLING CP'

Wednesday, November 26, 2014

Calm down and don't frown.

The moment you stop trying, things started to look different. Not that you gave up. It's  just that you leave it to Allah for He knows better in everything.




Monday, November 24, 2014

Fact or Fake.



The hardest thing to do is to stand still and keep your feet on the ground when everything around you seems to be crumbling and fall apart. You wanna run, but there’s a voice on your mind that keep telling you to stay there and don't move.

Thursday, November 20, 2014

All I need is Cp, Sehelai selimut dan secawan kopi untuk seharian hujan.

Hello blog,
Tomorrow is Friday! Seronok seronok seronok. School holiday starts tomorrow. Cp is also not working on Friday. Well,, nothing much we can do at home. Hey, its Monsoon Season. Semua orang duduk rumah senyap senyap. Sejuk dan asyik nak baring atas katil sambil tarik blanket gebu. A very good day to cuddle up with  your loved one while enjoying the sound of the raindrops from the rooftop. Ahhhh. Dan jugak secawan kopi pulak tu. Hmmmm.

Good news is baju selambak. Time nilah I was dreaming that we have a nice dryer yang big enough to accomodate the laundry piles T_____T. It took two days for the clothes untuk betul betul kering. I'm gonna have to ask the children not to change their baju macam hari hari biasa yang tak hujan. Den nak pengsan.



Oh wait. It's month end week. Monthly groceries shopping lah. Esok probably we have to head to Tesco. I'm gonna try to stick to my LIST. Kenaikan harga barang sedikit sebanyak memang membuatkan me and CP have to reevaluate our shopping LIST. Which goods should be ditched, which yang we have to maintain and which goods that can be substituted with other goods yang lower price. Gaaaaaa.


Ok blog. I guess I have to stop now. Encik Amin is crying. Probably he is wet and uncomfortable in his diaper. Supermak Mommy to the rescue. Here I come. Swooooosh.........


Wednesday, November 19, 2014

Isteri penat, suami lorat.

Sana sini sinun semua cerita pasal Mah dengan laki dia yang main wayang dengan janda anak ramai tapi meltop tip top. Hmmmmm. Bagi aku, benda ni memang lumrah yang akan terjadi dalam rumahtangga kalau tiada komunikasi yang baik antara suami isteri. To make things work, you have to communicate.

Mah anak tiga. Aku anak lima. Yang paling besar baru 10 tahun. Paling kecik 5 bulan. So, boleh tahulah semua anak anak aku bawah umur akil baligh dan dalam kategori sedang membesar dan lasak. Aku surirumah ja. Pembantu takda. Aku banyak buat sendiri. CP pun banyak membantu jugak.
Bagi aku, isu penat, letih takda masa ni memang kalau sembang sampai tahun depan pun tak habis kan.

Surirumah biasalah. Alah bisa tegal biasa. Aku pun ada hari hari aku malas, ada hari hari aku rajin. Ada waktu aku nak bersiap, ada waktu malas nak buat apapun. Nak cakap bab kemas rumah? Hari ni kau kemas, kejap lagi anak kau balik sekolah bersepah lagi. Aku rasa akan lebih teruk kot tahap kesemakkannya. Aku bukan suka gebang. Memang aku lalui benda tu hari hari.  Tak kemas kang laki balik rumah tengok rumah bersepah, start keta pergi kerja balik. Haru. Hari boleh kemas elok elok, kau kemaslah. Tak perlu paksa diri. Curi sikit masa untuk diri sendiri.

Bab kain baju setinggi gunung menggapai awan yang tak terlipat. Yang tak terbasuh kau nak tengok? Kejap kejap tukar. Kena Milo sikit tukar. Kena nasik sikit nak baju lain. Seluar lain. Kena color crayon pun nak tukau. Ni tak campur kalau main Playdoh pulak. Kau pening? Aku pun pening. KAu penat. Siapa tak penat.

Melayan karenah anak anak tak sama macam melayan karenah suami. Pasai apa aku tau? Sebab aku taulah. Bila dah kahwin, suami pasti jadi keutamaan. Sebenarnya, tak perlu bersiap bagai sampai nak mekap tebal bila suami balik kerja.Cukup sekadar kau dah mandi, rambut bersisir rapi, calit le lip gloss sikit (hee, aku tibai anak aku punya ja), pakaian tak bercompang camping atau berbau bawang atau belacan. Tak perlu banyak benda pun nak berhias.

Aku setiap hari boleh kata masak guna belacan. Heee.

Aku tak kata aku pandai. Aku belajar dari kesilapan. Dan aku rasa, pengajaran tu amat memberi kesan positif dekat aku. Siapa tak pernah buat silap. ari aku cari dan bagi alasan, lebih baik aku fokus pada suami dan anak anak. Dan kat sini aku nak bagi tips untuk surirumah yang banyak anak yang laki sangat sibuk kerja sampai boleh kata kebanyakan kerja rumah si isteri kena handle sendiri macamana nak handle situasi macam kat atas tu dari berlaku. InshaAllah.

1. Beli perfume, alat solek dan skincare
Kalau suami mampu suh dia beli. Kalo tak, simpan duit sikit sikit bila cukup duit pergi beli.
Basic sudahlah macam lipstick, bedak dan eyeliner. Bukan nak menjerumuskan diri dalam bidang persolekan pon.
Muka kena selalu cuci. Kalo boleh, beli satu set lengkap. Suh suami beli. Sayang bini le katakan. Aku biasa ja tak cuci muka setahun setiap kali  dari mula mengandung sampai lepas pantang. Allergic lah sangat. Makkk aii. macam mak lampir dah aku.

2. Latih anak anak dari awal buat kerja rumah.
 Biasakan anak anak buat benda mudah macam basuh pinggan sendiri selepas makan, lipat baju sendiri(senget benget pun takpa,nanti lama pandailah), kemas meja selepas makan dan tolong kerja rumah yang lain lain yang mudah dan tak meletihkan macam tolong vakum dan kemas katil sendiri.

3. Pisah tempat tidur
Anak masuk umur dua tahun dah boleh suruh tidur asing dah. Tapi kau kenalah sediakan tempat tidur yang selamat dan selesa untuk anak anak. Memula tu memang mental. Menguji sungguh. Tapi lama lama InshaAllah, ok ja.

4. Cari dan curi masa untuk spend masa laki bini bersama sama.
Nak senang, ajar anak anak masuk tidur tepat pukul 9 malam selepas mereka selesai solat Isyak. Lepas semua dah ZZ. bolehlah kau dua orang laki bini buat apa apa aktiviti bersama. Tengok tv ka, bergossip ka atau cabut uban yang dah banyak kat atas rambut memasing. Heeee.

5. Belajar komunikasi
Makin lama kahwin, makin kurang gelak ketawa atau cerita. Cari idea. Pastikan tiada rahsia antara kita. Cheewah. Belajar menegur dengan cara yang baik, dan belajar untuk menerima teguran dari pasangan dengan hati yang terbuka. Kalau memasing tak nak mengalah, tu kat dapur tu ada banyak pinggan mangkuk. Jom main baling baling, sayang? Ok. Aku bergurau bab baling pinggan tu. Heee. Suami pun tolong isteri apa apa yang boleh tolong. Isteri pun pandai pandailah mengayat nak minta tolong. Ok. Seriously, yang ni aku dalam proses belajar. Aku kan cengey. Heee.

6. Appreciate
Sentiasa ucap I love You. Bila rasa nak sebut, sebutlah. Tapi janganlah suami kat dalam toilet, kau diluar menjerit I love You sayang. Mau sembelit dia dalam tu. Sentiasa juga ucap Thank you for whatever he/she did for the family. Make your partner feels like they are the most important person in your life bukan Last Resort ya. Kalau ada duit lebih, belikan hadiah. Kalau takda, masak ja lah yang sedap sedap atau special on his/her special day. Everyday pun takpo. Masakan kan pengikat hati dan perut pasangan. Kahkahkah. Eh, betul ni. Tak tipu.

7. Ingat ALLAH, Berdoa pada Allah.
Rumahtangga bahagia atau tak bergantung kepada keberkatan dari Allah SWT. Sama sama perbaiki diri, sama sama berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan sama sama berusaha untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Together tau. Tak boleh sorang ja.

Suami janganlah sesekali lupa. Bini bukan Superwoman yang senantiasa kuat dan hebat atau Sotong Kurita yang boleh buat semua tugasan serentak dalam satu masa. Bantulah apa yang patut. Ringan kanlah tulang.

A happy wife makes a Happy home, and a Happy home create a happy and healthy life for the children.

Ok. Itu ja. Baby Amin mengamuk nak susu. Sekian.


P/s: Ini pendapat peribadi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan aku saja saja suka suka sembang muhong berlagak pandai bagi rotibasi. Tak yah watlecey no.



Monday, November 10, 2014

Raya Haji 2014

Raya Haji balik kampung. Alhamdulillah, tahun ni bertambah cucu ayah tiga orang. Anak kami, anak Abang chaq Kak Siti dan Azizi Shila. Buat akikah serentaklah. Hujan lebat sebelum, semasa dan selepas solat sunat Hari Raya AidilAdha. Aku duduk kat rumah berteman Amin. Aktiviti sembelih terpaksa bermula lewat. Lebih kurang dalam pukul 10 lebih baru tumbang lembu yang pertama. CP, Abang chaq dan Sob gerak dulu. Ramai sangat kanak kanak. Dah la hujan. Jenuh kalo nak kepung. Heeeeee.



Sempat jugak berulang ke BB. Alhmadulillah. Tinggal urusan untuk pasang letrik ja. Lepas ni bolehlah pasang lampu dan kipas pulak, InshaAllah. Heeeeee.

Aku bukan Pondan. Aku Tulen Bang.

Hello blog,
Dah lama kita tak bersua. Rindu aku tak? Ok. Aku faham. Kau bukan ada hati pun. Kau pun takda perut. Senang kata KAU TIADA HATI PERUT. Hahaha. Lama sungguh aku tak merepek dalam blog ni. Aku malas. Line internet macam siput. Lagipun dua bayi sangat sangat membuatkan tenaga aku tersedut keluar secara pantas.

Oh ya. Syakir Amin hampir berusia 5 bulan. Wah. Cepatnya. Kakak Syafiyah sekarang dah 2 tahun 7 bulan. Oh tidak. Kalau boleh naklah bau baby setiap hari. Ada jual bau baby tak dalam botol? Ok, aku merepek. Sapa tak suka baby kan. Kalau Allah izinkan, aku suka kalau ramai anak. Alhamdulillah, lima orang sekarang pun aku rasa sangat sangat bersyukur. Memanglah penat. Tapi penat dia macam angin lalu. Bila tengok perkembangan anak anak, rasa setiap penat dan letih ternganga tu berbaloi.Sat sat. Jadi emosi pulak aku. T____T. Ok cukup.

Cerita lain pulak. Sejak aku mengandung dekat Amin lebih kurang dari bulan 10 tahun lepas, sampailah aku selesai berpantang Raya puasa hari tu, aku memang alah dan tak pakai pon skincare, makeup dan jugak perfume. So, akulah perempuan mengandung paling comot aku rasa. Bayangkan, setahun aku tak cuci muka bersiap bagai. Kesian CP. Kesian aku. Sekarang, aku tengah cuba guna skincare balik. Makeup pun kena belajar balik. Hudoh habaq hang. Nasib CP tak kata aku mekap cam pondan. Kalau tak, malu aku. Heels pun dah lama tak nampak bayang. Aku dah tak ingat bila last time aku pakai heels. Seluaq jeans. Hmmmm.

Tapi, beranak kali ni berat badan aku banyak jugak turun. Alhamdulillah. Takdala aku tercungap cungap macam badak air naik dari tebing. Nak uruskan rumahtangga pun pantas sikit. Eh eh. Baby Amin dah bangun. Aku kena chiow dulu. Lainkali lapang, aku merepek lagi ok. Sekian.

Thursday, October 2, 2014

Time Out aku.

Hari ni, aktiviti melipat baju masih berjalan seperti biasa. Bukankah aku kata setiap hari chores aku adalah yang sama sepanjang 11 tahun bergelar surirumah. Bosan? Dah tentu tak. Tak sempat pun nak berfikir aku bosan atau tak. Lebih baik fokus pada kelancaran urusan rumah. Bukan senang hei.

Bila Syakir Amin tidur, itulah time out aku. Lebih terbaik kalau Cik Syafiyah pun sama sama belayar ke Dreamland. Jaga-jaga. Itu semua tak lama. Mungkin time out paling lama aku pernah dapat ialah setengah jam. Itu dah kira bagus tu. Sempatlah aku melantak, sempatlah aku jadi stalker kejap dan sempatlah aku kalau nak nap barang lima ke sepuluh minit. Heaven sekejap. Heeee.

Dalam pada sibuk dengan bayi bayi dirumah, aku kena pastikan aku ada masa untuk berTelegram dengan CP. Heeee. Bukanlah aku mentongok 24 jam depan skrin main message dengan buahati aku. Dia pun kerja der. Sekejap sekejap bolehlah. Janji connected.

Ooops. Dah dengar bunyi bunyian dari bilik depan. Time out aku dah habis. Okbai blog.

Berhenti.

Senang cakap. Susah nak buat. Kena betul betul tetap pendirian. Apalah ada pada ketegasan yang hanya pada wajah, kalau hati lembik longlai macam 'dandelion'.

Bila kita cakap kita nak berhenti, kita terus berhenti. Bagi aku tiada istilah 'nantillah atau 'pelan-pelanlah'. Umpama seorang Hamba Allah ni yang suka sangat mencuri. Boleh tak cakap macam ni
  'Ok, aku nak berhenti dari mencuri, kalau dulu satu hari lima buah rumah aku masuk merompak, lepas ni aku rasa aku nak kurangkan kepada tiga buah rumah sehari. Aku kan nak berubah'.

Nehi. Nehi. Tolong berhenti terus. InshaAllah, Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan kalau betul betul niat untuk berubah itu niat yang ikhlas. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Aku tumpang gembira.

Tak perlu pelbagai alasan. Tak perlu pelbagai jawapan. Tak perlu rumitkan keadaan. Umpama membunuh nyamuk. Bukan bakar kelambu. Kita hanya perlu buang dan bersihkan terus tempat pembiakan. Lagi bagus pasang jaring untuk DEFENSIVE MODE. Sekian.

Tuesday, September 30, 2014

Angan angan.

Melipat kain yang setinggi gunung. Perlukan kesabaran tahap tertinggi. Sesekali anak anak datang berlari lari sambil menyanyi di atas kain baju yang sudah terlipat rapi,terbeliak biji mata aku. Whattt? Kalau aku bebel pun aku kena lipat balik, kalau tak bebel pun aku kena lipat balik jugak. Menjerit tak payah kira. Berkali kali dah aku rasa anak tekak aku hampir tercabut. Sekejap lagi mungkin aku akan guna teknik enjit enjit semut.

Kelam kabut melipat baju sebab nak balik kampung. Yeehu. Raya Haji kan minggu depan. Mempacking baju ala kadar. Walau naik MPV, ruang tetap satu masalah. Dua bijik child car seat. Hmmm. Memang ngam ngam lah nampak gayanya. Selalu kerusi belakang sekali boleh lipat jatuh terus. Bolehlah aku berlagak bagai orang kaya dengan bagasi yang banyak. Tapi kali ini, nehi. Tidak boleh.Urusan mendobi tetap berjalan walau dimana aku berada. T_____T

Dah set nak bertemujanji dengan CP di Nasi Royale. Berdua? Oh, mungkin macam dalam angan angan. Mimpilah aku. Amin, Cik Syafiyah dah pasti turut serta. Kita berdating dalam rumah lah Sayangku CP. Heeeeeeee.

Sekian.

Yakin pada Allah.

Penat? Ya. Putus asa? Sedikit lagi. Sedih? Tidak lagi. Kecewa? Hanya Allah yang tahu. Beberapa kali jatuh, beberapa kali bangun semula. Apa yang ada? Rasa pedih dan terkilan. Rasa sakit dan pahit. Sungguh, kalau dapat dihitung, memang rasa lelah. Memang aku rasa dah kalah.

Paling penting, walau sesakit mana, sepedih mana pengalaman hidup yang terpaksa dilalui, Allah ada. Jangan putus harapan. Cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang berkuasa ke atas segala galanya. Biarlah orang nak buat apapun. Yang penting, kita tahu Allah ada. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berharap pada Allah. Sudah puas usaha, disertai dengan tak putus putus berdoa, puas sudah merintih hiba pada Allah, sekarang serahkan segalanya pada Dia.

Bertenang. Teruskan berdoa. Mencuba untuk tidak berputus asa. Mencuba untuk kali yang keberapa. Entah.

Kesukaran hidup atau pengalaman pahit mungkin susah nak ditelan. Bukan mungkin. Bagi aku memang susah . Seperit manapun perasaan, sesakit mana pun hati, sepedih manapun rasa, yakinlah pasti ada sinar di suatu masa. Yakin pada Allah. InshaAllah, segalanya akan baik baik saja seperti sediakala.





Muhasabah untuk diri yang MudahRebah.


Yang benar:

monecomel
Perempuan  Garang Tapi Dalam Hati Ada Taman.


Sunday, September 14, 2014

Sembang motivasi untuk diri sendiri.

Hati. Tempat tumpuan segala perasaan. Kalau hati macam batu, susah. Semua buat ikut suka hati. Kalau berhati kristal, fragile sangat. Susah pulak nak jaga. Tension. Kalau berhati hati, lebih baik dari bersikap hantam sajalah. Bila makan hati, boleh jadi ubat penawar untuk jadi kurus atau mungkin boleh tertutup pintu hati buat selama lamanya.

Susah bila bercakap bab hati dan perasaan. Terlebih kasar, akan mudah buat orang terasa hati. Baik hati akan mudah buat orang jatuh hati. Heshh. Semua tak leh. Semua susah. So,tak yah buat apa apalah.

Eh, tak tak. Aku bergurau saja.

Dalam menjaga hati sendiri, jangan lupa tengok sekeliling. Kena tahu yang mana priority dan yang mana tidak. Bimbang kalau silap langkah, banyak hati yang akan  terluka semata mata hendak menjaga satu hati sahaja.

Sebagai isteri, emak dan anak, dalam aku nak menjaga hati aku, masih ada hati CP, hati anak anak dan hati orang tua. Mampukah aku?

Bismillah hitawakkaltu'alallah, walahaulawala quwatailla billaah hil 'aliyul'adzim. 

Mode: Pengawalan hati.

Yang Ihklas:

 ...monecomel...
--------------------------
Perempuan Garang Berhati Batu Lembut.

Thursday, September 11, 2014

Sembang muhong: Positive Mone in da house.

Bila api bertemu air, api akan padam. Bila air bertemu air, jadi air pasang. Bila air bertemu batu, laluan terhalang. Macam tu lah perangai manusia. Macam aku dan Cp. Tak tahulah siapa air, siapa api atau siapa tanah. Tapi yang aku pasti, CP memang Raja Bergurau, Raja Mengusik dan Raja Menyakat. Grrrrrrrrrr.

Bertentangan dengan aku. Aku tak reti bergurau. Tak tahu pun nak bezakan antara bergurau atau tidak. Bagi aku, jika kau kata A, maka A lah jawapannya. Takda aku nak tanya kenapa tak B, atau C atau apa apa. Its just me being me. Aku kurang ketawa. Aku takut ketawa. Selalu kalau lepas ketawa banyak banyak mesti menangis. Aku suka tumpukan perhatian. Senang kata, aku sangat sangat suka kalau aku jadi pendengar dari aku terpaksa berhuha huha ketawa sana sini. Aku jenis yang reserved.

Aku bukan anti sosial. Aku biasa berkawan. Biasa jugak berperangai masa zaman senget sebelah dulu. Kadang kadang aku tertanya tanya, macam mana CP boleh tahan dengan aku. Aku sukar berlawak. Tak pandai berlawak pun. Senang kata macam Cp sebut ' No sense of humor'. Ya, aku mengaku. Aku suka serius muka ketat dua puluh empat jam. But...

he said, I am who I am.Tersentuh hati chek aih. Sat, nak teriak sat. T___________T.

Walau aku muka ketat memanjang, he knows how to make me happy. He knows when to make me smile. Aku cakap kat CP yang aku nak tonton Raja Lawak supaya aku dapat few tips and tricks on how to have a bit of sense of humor. But he said tak payah. I do want to make people smile but I dont know how. I am not a jovial person nor that I am bubbly or a born jokester.

Thinking that he accepted me for who I am, i am so thankful for that.

Today : POSITIVE VIBE MODE

Monday, September 8, 2014

I still miss him though he is 5 minutes away from home.

Dear blog,
Pagi hari, sesudah Cp pergi kerja jenuh aku bersilat dalam rumah dengan dua bayi. Merungut? Tak. Aku bercerita. Sebenarnya, seronok sangat bila ada kanak kanak kecil dalam rumah. Aku takdala sunyi. Aku kan suka bercakap non stop. Cuma, masa aku mengandung kat Amin hari tu, aku jadi malas bercakap. Ikut sajalah. Aku cuma nak berbaring saja. Masa pantang pun sama. Aku lebih suka spend masa berbaring atas katil dari berbual terutama sekali dengan CP. Aku malas nak teman dia tengok TV. Aku malas nak melepek kat atas sofa. Semua aku malas. Maaf ya sayang. It wont happen again.

Sekarang, dua bayi masih terlena lagi. Nak ajak CP berbual kang ganggu pulak. Sekejap sekejap bolehlah Telegram dia. Tak pun call barang dua tiga minit tiga empat jam sekali. Ataupun aku sms ja kat dia. Pelik tak? Eh, kenapa pelik pulak. Sukahati akulah nak call dia, message dia bila bila pun. Bukan aku cakap lelama pun. Paling lama aku rasa 3 minit kot. Tu pun dah panaih telinga. Kalo 12 tahun yang lalu, dua jam tu macam dua minit ja. Hehhehheh.

Bila CP balik kerja, itulah masa paling seronok rasanya. Sebab dah 12 jam tak jumpa. I can talk to him and at the same time looking at his face and get to hug him lama lama. Though he is a bit skinny now, he is still my Papa bear. Heeeee. Ok. Now I miss him so much.

Sunday, September 7, 2014

Ikhlaskah aku?

Niat. Sesuatu yang kita boleh lafaz di mulut dan juga di dalam hati. Sesuatu yang kita tanam di dalam diri. Sesuatu yang kita berazam nak buat.

Ikhlas atau tidak, tak dapat nak ketahui. Ia adalah antara kita dengan Allah. Selagi niat atau keinginan itu patuh syariat, tidak melalaikan, tidak mendatangkan kesan yang buruk terhadap seseorang, InshaAllah, hidup akan mudah.

Bersangka baik adalah bagus, berwaspada bukanlah tidak percaya tetapi lebih kepada berjaga jaga. Tidak berlebih lebih atau besederhana dalam melakukan sesuatu perkara, adalah lebih elok dari melampaui batasan. Ya, termasuk bergurau senda secara membabi buta. Maaf, aku bukan anti sosial. Aku cuma  nak ingatkan batas batas aku sebagai seorang mak dan isteri orang. Hati aku diperbuat dari kaca, bukan dari steel atau berlian.

Ingat kembali niat yang asal, Inshaallah, Allah permudahkan.

Wednesday, September 3, 2014

Hotel Sri Gombak, the BEST. Hehehe.

Went to KL last week. Stayed at Sissy Sha's house. Me, Cp and the whole entourage. Penuh satu keta. We started our journey at 8.30 a.m. Konon nak keluaq before 7 am. Kahkahkah. Tak sempat nak breakfast. Went to 7E. Grab beberapa ketul roti Gardenia and a couple of drinks unutk sepanjang jalan. Memula decided to stop at hentian Gua Musang yang dekat balai bomba tu. Terlepas derr. Singgahlah di Raub for brunch. The kids was so excited. Its MB! What the funnn. Anak anak aku memang jakun sikit bila sebut MB. Sebabnya ialah kat MB boleh berswing sambil makan. Oh anak.

Sampai kat Sri Gombak around 4.30 pm.Kacau tuan rumah ja. Berehat jap barang beberapa minit then terus hambat semua anak anak gi mandi. Went to OU. Naik sebijik keta. Boleh bayang tak. Hehehe. Kesian budak budak kat belakang. Its Alya's piano lesson class that day. Makan malam at CJrs. Tamak haloba sungguh aku.  After that, we went to HM. Konon nak survey untuk baju dinner CP this September. Selepas pusing pusing tiga empat kali tawaf dalam tu, sambil bergilir menggendong anak yang tetiba buat perangai, akhirnya CP beli jugak baju yang dia berkenan. Aku telan air liur saja. Dengan askar yang ramai, memang aku malas.

Balik lebih kurang pukul 10 lebih. Then pi ambil pulak Sissy Tiah kat rumah sewa dia. Aku tak tau pun nama tempat tu apa. Penat derr. ZZZZZzzz.

Esok paginya, ke IKEA. Yahoo. Yippee .Left the kids dekat Smaland. Konon nak survey lampu. InshaAllah, ada rezeki nak pasang dekat BB. Tetiba terbeli lampu. Garu kepala aku ngan CP dok pikir macammana nak bawa balik. Hahahaha. We had our lunch at IKEA. Selesai suma, kelam kabut balik sebab CP kena register dah petang tu

Malam tu, Sha and AEdy bawak ke P,SD.  Makan dekat WM.  Had a good time there. How I wish CP was there with us that night.

Next morning, Sissy Sha brought us to L. I am so in love with you, L. The food was good, kami duduk luar sebab senang kalo budak budak nak menjerit tak tentu hala, and once again how I wish CP was there with us.

Malam ke kenduri kahwin saudara di DPC. Suasana kenduri sangat selesa. Jumpa saudara mara ramai jugak. Sempat jugak Makcik bungkus buah buahan untuk kami bawak balik.

Balik ke Sri Gombak. Tunggu CP balik dari conference. Pukoi 2.30 pagi baru sampai. Hmmmm. Esoknya, balik dah ke Tanah Merah. Huhuhuhu....Anyway, Alhamdulillah.  Dapat jugak ke rumah Sissy tahun ni. Banyak nau depa bagi kat aku ngan CP. Sampai bonet belakang dah jadi tak nampak apa. Thank you so much Sha and Aedy. Thank you Tiah sebab sanggup ambik unpaid leave semata mata nak jumpa kakak dan budak budak. I love you all.



Tuesday, September 2, 2014

Bila Perempuan Garang Menulis.

Satu benda yang sangat sangat aku nak elak ialah mencari pasal. Aku tak berminat. Bermain main atau bergurau senda secara berlebihan juga bukan cara aku. Bagi sesetengah orang, mungkin perkara macam ini dah jadi macam lauk pauk dalam hidup, tapi tak bagi aku. Jangan bergurau pelik pelik dengan aku. Aku tak boleh hadam. Sebagai seorang perempuan merangkap seorang isteri dan jugak seorang ibu, bagi aku setiap gurauan ada batasan. Bila aku, kat mana mana pun aku pergi, bukan aku bawa nama keluarga dan nama suami aku saja. Aku bawa maruah, harga diri dan nama baik suami aku bersama sama.

Ini pasal aku rasa memang sesuai aku duduk di rumah berkhidmat untuk suami dan anak anak anak. Sebab apa? Sebab aku dah tak sporting.Ya, aku dah tak berminat. Mungkinkah aku dah berasa tua dan tak sesuai untuk bersenda gurau  macam dulu dulu? Bagi aku, CP dan anak anak adalah tumpuan utama sekarang. Aku malas merepek. Aku jadi serius.

Ya. Aku jadi lebih reserved. Sekarang. Point kat sini bukan aku nak cakap aku baik. Aku cuma nak cakap yang aku dah berubah. Aku bukan baik pun zaman muda remaja dulu. Sekarang pun bukan baik jugak. Banyak yang aku tak peduli. Semua yang aku nak buat, ikut suka hati. Tapi aku tak mau lah anak anak aku jadi macam aku. Makan masa. Memang aku ambik masa yang lama untuk berubah. Sekarang pun proses tu masih berjalan lagi. Ada masa aku terlupa, ada masa aku leka sikit, tapi aku sedang mencuba.

Bagi aku, segala kenangan silam atau  memori ketika zaman kegelapan dulu, lebih baik  buang jauh jauh. Orang Kedah kata lempaq tauk buang. Kenang boleh tapi mestilah disusuli rasa penyesalan. Tak perlu dibangga kalau berbuat maksiat canang satu dunia.

Entry ni aku tulis secara general. Semua adalah dari pandangan dan pendapat peribadi aku. Tiada kena mengena dengan kau, kau atau kau. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Sekian. xoxo

..monecomel..

Yang Tak Berapa Nak Ikhlas,
PEREMPUAN GARANG.





Wednesday, August 27, 2014

In my mind.

Should I?
Could I?
Should you?
Could You?

Tuesday, August 26, 2014

Not too young and not too old to crack a joke.

But now, I am serious.

Ooo hello blog,


Half Che Wina, CP and Perempuan Garang Lemah Lembut.

Selamat pagi. Yesterday, I am 34. Dah tua dah. I do get wishes and doa from my loved ones (hey, I am not alone ok), and for that, THANK YOU darls.

As always, I am not a fan of Husband Wife You Liked Me, I Liked You or posting on each other timelines how much we love each other in Facebook which can be read by others sebab kami pemalu (ececeh). That is so not US. In fact, I rarely likes his post or what he shares. But recently, something happened and we changed our mind.

So, I just want to let YOU know that I enjoyed the movie, it was fun though ada sikit sikit aksi roller coaster yang mendebarkan, but overall I really want YOU to STOP.  Its not the type of movie that I wanted to watch twice. Thank you.

Thursday, August 21, 2014

Mari Berkemas Baju.

Ok. Seven more days . Heee. InshaAllah. Can't wait to see my one year apart twin and her entourage, my sissy, my brother and IKEA. Thank you Sayang for bringing us along with you.

But no. I am  not going to kacau him or whatsoever sebab it is actually his work that brings us all there. So, I'll be staying at sissy's house without him. T_T. Takpalah. Better than stay at home, here, waiting for him to come back plus the 8 hours journey. Blerghh. Muntah hijo.

Ok. Sekian. Entry pendek saja. Baby dah bangun.

Wednesday, August 20, 2014

Periuk nasik letrik.

Selalu kalau ke kedai elektrik, yang terpaling excited ialah Che Wani. Barang yang dia paling suka tengok ialah vacum dan periuk nasik. Alahai anak. Bila tengok periuk nasi microcomputer, mulalah dia.' Fuiyooo mummy'. 'Hebatlah mummy periuk nasik ni'. Dan ayat pelengkap yang paling best ialah 'beli satu mummy'. Banyaknya duit mummy kan.

Hai anak. Emak kamu ni menanak nasik atas dapur gas saja. Emak kamu ni kurang rajin nak membasuh periuk nasi yang ada pelbagai bahagian nak basuh. Senang kata, emak kamu ni pemalas sibuk. Kalaulah aku habiskan 5 minit untuk membasuh pelbagai parts periuk nasik elektrik, bukankah itu satu kerugian masa yang tidak boleh di maafkan. Dengan 5 minit aku boleh bertapa dalam toilet dengan tenang. Dengan 5 minit itu aku dapat bancuh air Stevia Tropika segelas  duduk di meja sambil layan baca komik Upin Ipin kepunyaan Aiman barang sehelai dua mukasurat. Dengan 5 minit aku dapat Tidur Kilat. Dengan 5 minit itu aku dapat Take 5. Hahahaha.

Sebenarnya ada ja periuk nasik karan kat rumah aku ni. Kang kata takda kata menipu pulak kan. Tapi anak aku tak kenal sebab bentuk dia memang comel macam aku. Che Wani ingat itu Bread Maker. Kahkahkah. Dan ya, aku memang suka masak nasik atas dapur gas walaupun dah beberapa kali merasa nasi rentung dan hangit sebab bila aku masak nasik macam tu, aku akan teringat mak aku. Itu saja. Sekian.

Monday, August 18, 2014

A blessing in disguise.

Lately, there has been a topsy turvy in my life. Nahhh. Nothing to worry about. Just like cooking. You need to add this and that spices to make a good dish. It makes me realized that I will never see the things I used to see in the same way again. And yes, lesson learnt. Though I learn it the hard way, I have to say that it makes me stronger and I am thankful for that.

Thank you Allah. Thank you for this experience.

WE NEED EACH OTHER.

Selalu kita rasa kita dah beri dan buat yang terbaik untuk orang disekeliling kita. Tapi, dalam dok merasakan macam tu, kita jadi semakin lalai dan terlupa. Kita anggap sesuatu benda atau perkara tu terlalu remeh nak dibuat atau kalau dibuat pun, takkan ada impact pun dalam hidup ni. Sebenarnya ada.


Dalam pada kita asyik nak fikirkan pasal perasaaan kita yang dah terguris atau terluka sebab sesuatu, kita terlepas pandang dari mana semua ni bermula. Kita asyik tuding jari sana sini menyalahkan orang lain. Kita terlupa nak nilai diri kita. Di mana kita.

 

Akan sampai satu tahap di mana kita rasa putus asa dan sudah tak nak ambil peduli tentang apa apa pun dalam hidup ini selain dari melayan rasa sedih yang melampau sambil makan Pringles tiga empat kotak sehari atas sofa sambil tengok tv dan berselang seli dengan menangis meratap hiba. Apa ni?



Jangan. Hidup kita ni bukan tentang kita seorang sahaja. Lihat sekeliling. Pandang ke dalam dalam mata orang orang yang kita sayang. Ya. Langit tak selalu cerah. Pun jugak langit tak sentiasa mendung. Hujan akan tetap turun jika Allah kata turun. Kita cuma kena cari tempat berlindung yang selamat untuk diri sendiri dan jugak yang tersayang.



Yang penting kita bersama sama. Saling melindungi satu sama lain. Saling melengkapi sesama kita.                                                                                                         

Sunday, August 17, 2014

Kedai Nasi Kandar di Tanah Merah, Kelantan.

Seronok. Hujung minggu lalu sangat seronok. CP tak kerja. Heee. Dapat menikmati masakan mamak yang betul betul mamak style di Tanah Merah, Kelantan untuk pertama kalinya di Kedai Makan Yaseen. Alhamdulillah. Kedai dia betui betui sebelah Bangunan JKR Tanah Merah dan berhadapan SMK Tanah Merah 1. Baru bukak dua minggu habaq hang. Last aku ngan Cp makan nasi kandaq ialah masa balik raya kat Aloq Setaq haritu. Ulang alik sakanlah kami hari Jumaat dan Sabtu kelmarin .Nikmat dunia. Terima kasih CP. Ailebiu. Heeeeee.

Dulu masa duduk di Aloq Setaq, setiap hujung minggu hari Sabtu dan Ahad memang ditunggu tunggulah. CP cuti. Seronok seronok. Makanan dalam kepala dah tak pikiaq hat lain dah. Roti canai Nasi kandar. Hat tu ja. Boleh keluar berdating berdua lagi. Anak anak boleh tinggai bagi bermain sat dengan makcik, wan, tok dan nenek. Hahahahaha. Sekarang, kat sini kalau sekali keluar breakfast, nah amik kau. Penuh satu MPV. Bawaklah semua anak anak dari hat kecik sampai hat baby. Takkan aku nak tinggai pulak di rumah. Merepek hang ni.

Ok. Enough said pasai Nasik Kandaq. Saja nak update pasai Kedai Nasi Kandaq saja. My chores are waiting. Clothes in the laundry basket dah melimpah limpah everywhere on the floor near my gigantic washing machine. So, you think that 16 kg load is enough for a family of seven? Then, think again because that clothes were yesterday punya saja. Satu hari tak mendobi, kain baju dah jadi seumpama gunung berapi meletus di dalam rumah. Help! I need help!

Wednesday, August 13, 2014

I am not lazy. I am just too tired.

Yesterday, me and CP had the chance to talk about everything without being disturbed by our 4 little soldiers. Hahaha. We let them watch whatever channel they want. When I came out, all four of them were sleeping like it has been a tornado there. Gila semak rumah. Hmmmm.

Back to me and CP. We were reminiscing our memories when we were YOUNG AND but not DANGEROUS. I realized that we used to do things TOGETHER. Paused.

2002

Haih. Where has all my energy gone?

Tuesday, August 12, 2014

My best Friend.

Hello blog,
How are you? Me? Oh, I am not feeling well and I am not feeling good. Oh, no no no no. I do not have any issues. I am just a little bit tired. But I have had enough. Trying to rationalize something that is not rational at all is a freaking wasting time. No, I am not wasting time on it. My chores are way more important than that.

Yes. I am a Stay At Home Mom and I am NOT a Work At Home Mom or a Working Mom. But please remember this. I AM NOT STUPID. Making mistakes, realizing it and trying hard not to  make the same mistakes again is a good thing to do. Everybody makes mistake. I do. We all do. Its OK. Its OK. As long as there is a willingness to change, its OK. Its OK. Forgive and forget doesn't make you weak, it makes you strong. That mean your heart is strong. I hope and I wish that my heart is a Super Heart.

Kadang kadang bila tersesat jalan, kita boleh cari sendiri dan jumpa jalan pulang. But sometimes, you need a friend that will pull you through all the way and get you on the right track. Kawan yang baik le. Bukan kawan yang ajak pi buat maksiat.

So to you dear friend, I love you. You are my friend. My best friend. The only best friend that I have ever had. But now, I am lost.

Only time will heal. Only time will tell.
.LA TAHZAN, INNALAHA MA'ANA.
HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL.

Wednesday, August 6, 2014

My countless wrinkles journey.

Hello blog,
Its cloudy outside. Kakak baby dan baby are still sleeping. Luckily Cp left his broadband today. Looking back, I hardly cannot believed that 11 years have passed since the day we got married.Our kids, my oh my have already grown up. Che Wani just got taller and taller everyday and she is just a few inches from me when we stand together. She got that from Cp. Haha. Shes now entering 'fasa remaja'. Hope me and Cp are ready with all the answers that she needs.

Che Wina is always the sweetest. She certainly knows how, when and what to speak with everybody. Suka sangat membaca sampai buat apa pun mesti ada buku. She knows what she wants and i know that shes a very determined person.

Abang Aiman. Sangat particulars and cerewet mewet when it comes to his hair. No rambut pacak. Rambut mesti sikat rapi. Boleh mengamuk dan menangis hanya sebab  rambut. Suka kemas. Tak payah bagitahu suruh kemas katil sebelum ke sekolah pun. All I can say is that he is so organized. Ikut siapa ntah. Hehehehe.

Cik Syafiyah the Kakak Baby. Suka bercakap potpet potpet dan mengajuk semua orang dalam rumah. Tapi nahas kalau cuba ajuk dia balik. A bit grumpy just like ehem ehem, no no no not me.

The youngest, Baby Amin. I dont know yet how he will be, how he'll behave, what does he likes or didnt like. Tengoklah nanti. Lima orang anak. pasti ada lebih dari lima ragam dan kerenah. 

My dear Cp,
Alhamdulillah, I never thought we have come this far despite of all the challenges and turbulence along the way. I never dream of being a stay at home when we got hitched, I thought I was born to be a successful (sangatlah) career women. I never thought that we will have 5 lovely kids although long long time ago we used to say that ideal is 3. All my dreams changed its direction when I am with you.
I never thought that i can love you like this. I never thought I will but you did it. Errr, whats your secret? Hahahaha.

 P/s: Bulan birthday ni. Tu pasai suka flashback. It reminds me of how far I have come and how time flies. I hope I am getting wiser as much as the countless wrinkles I have on my face. Hahahah.

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya, 2014.

Dear blog,
Sudah lama tak update apa apa kat engkau. Tak. Aku tak rindu kau pun. Alhamdulillah, selesai sudah proses kitaran aku sebagai emak orang. Hari tu mengandung, kemudian beranak dan selesai berpantang. Muhammad Syakir Amin. InshaAllah, moga jadi anak yang soleh dan Hamba Allah yang bertaqwa.

Ok. Raya 2014. Berpeluang balik kampung yahoo! yahoo! yahoo! Dapat berkumpul dan bertanya khabar secara berseMuka. MukaBuku sudah tidak perlu buat masa itu. Alhamdulillah. Seronok sangat tapi tak sempat nak menziarahi dan beraya rumah kawan kawan terutamanya Cik W di BLM. Tak dan nak call hang pun. Kalut. Nanti aku call hang na Cik W.

Berpeluang berbual secara serius dengan adik adik, Sob dan Tiah berkenaan hal mendirikan masjid. Selalu kalau bersembang adik beradik mesti benda merepek repek yang keluar. Hehee. Bagi aku, apa apa hubungan, kalau ada isu dalam hal berkenaan TRUST and COMMUNICATION, believe me, it is not going to work.

You cannot rely on LOVE 100 %. Kasih dan sayang tumbuh cepat bagai cendawan dan dalam masa yang sama mudah hilang. Betui. Tak muhong habaq hang. Kepercayaan perlu dibina dan ia tak datang macam Ting! oh magicnya dalam sehari dua. Ia macam satu tembok atau asas yang penting dalam sesuatu ikatan. Sekali tembok runtuh, memanglah kau boleh bina  semula tapi dah tentulah makan masa. Fixing a BROKEN HEART is hell more difficult than nurturing it. Jadi berterus teranglah dengan pasangan masing masing untuk mengelakkan prasangka. Kadang kadang kenyataan memang pahit, tapi bukankah itu lebih baik dari menipu atau main HIDE and SEEK. I hate hide and seek game since I was a child. Freaky.

KOMUNIKASI. Paling asas. Kau nak berniaga pun skill ni paling utama. Memang tidak masuk akal langsung kalau bila duduk berdua dalam apa apa keaadaan, masing masing mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun. Thats insane. Even orang yang bisu pun boleh communicate bila bersama menggunakan bahasa isyarat, inikan pulak kita yang Allah bagi peluang untuk bercakap secara normal. Mudah untuk berbincang jugak salah satu benda penting dalam komunikasi. Fikir fikirkanlah. Tak mau fikir, pi tidoq.

Untuk buat sesuatu hubungan itu berkekalan (dengan izin Allah), both husband and wife kenalah bekerjasama. Paling penting, jaga ADAB dan PERGAULAN dengan orang lain di luar sana dan juga di LAMAN LAMAN SOSIAL macam YM, WHATSAPP dan FACEBOOK. You will never know HOW and WHEN the technology will consume part of your life and your marriage. You will only when it is to late to go back. Ada hati perlu dijaga. Ada batas batas tertentu yang kita kena jaga bila dah bergelar suami atau isteri orang. Takpa aih, suami atau isteri tak nampak pun. Haish, Allah ada. Isteri kena pelihara maruah dan airmuka suami. Suami pun patut buat benda yang sama. InshaAllah.

Bila berkahwin, kita bukan saja mendapat pasangan hidup. Kita dapat banyak. Kita dapat teman yang boleh jadi tempat kita mengadu apa apa saja masalah. Kita dapat bina keluarga. Kita dapat kawan yang dapat menegur segala kekurangan yang ada dalam diri kita. Kita dapat teman untuk makan, teman sekatil, teman sekereta, teman serumah dan segala jenis teman lah. Sebut saja. Bukankah kita patut bersyukur dan berterima kasih pada Allah sebab bagi pasangan multipurpose untuk kita. ALL IN habaq hang. Tapi kalau teman buat maksiat tak payahlah noo.

Baiklah. Dua bayi kecil sudah bernyanyi secara serentak. I'm coming! I'm coming!

Ini bukan berleter, ini nasihat habaq hang.

Wednesday, May 28, 2014

Paus itu bukan aku.

Minggu ke 35. Tidak banyak yang boleh dibuat melainkan berbaring umpama anak ikan paus yang penat. Keterbatasan fizikal dan cepat semput membuatkan aku lebih banyak bersandar dari menghabiskan chores. Marilah bantu aku. Nanti aku bagi upah sepaket keropok Roller Coaster saiz kecik yang aku beli dari kedai Kak Yah. Aku kedekut? Tak. Janganlah kata begitu. Aku cuma nak bersedia untuk kedatangan GST di kemudian hari. Gulp.



Aku jadi hairan bin ajaib bila dengar cerita si A sangat cargas dan memandu sendiri kereta ke hospital untuk bersalin. Hebat. Si B pulak sempat menanak nasi dan membuat pelbagai lauk pauk untuk hidangan sekeluarga sejurus sebelum memasuki bilik bersalin. Wow. Si C pulak gigih dan tak pernah pulak mengadu sakit kaki, cepat penat dan tidak pernah kehabisan tenaga dalam menguruskan rumahtannga semasa mengandung. Hmm. Di manakah aku?

Hendak mengadu secara berlebihan, bimbang dikata tak bersyukur. Hendak ditahan, memang tak tertahan. Boleh tak faham yang situasi setiap orang yang mengandung itu berbeza. Aku bukan spoiled brat, spoiled wife atau suka berlenggang kangkung. Rugi tahu kalau berehat lama lama walaupun menjadi surirumah. Tak tergamak aku tengok lelaki kesayangan berhempas pulas membanting tulang membuat kerja rumah selepas seharian mengadap kerja di pejabat.

Tolonglah jangan judge dan compare hidup aku dengan Si A, Si B atau Si C atau dengan sesiapapun. Kan bagus jaga rumahtangga masing masing. Itu ja. Sekian.


Monday, April 28, 2014

Cik Syafiyah sudah 2 tahun. Emak Cik Syafiyah sudah 30 minggu.

At 30 weeks. Gembira. Alahan sudah tiada. Kalo sebelum sebelum ni, nak berbedak pun tak boleh. Apatah lagi nak mencuci muka. Pucat lesi hitam macam apa ntah. Lotion lagilah. Tak payah mimpi ok. Ia umpama mimpi dalam mimpi. Nasib aku surirumah. Tak perlu bersiap bagai ke tempat kerja. Mujur Cp tak bising pot pet pot pet. Dia faham lah kot. Aku pun tak rasa nak tanya busuk ke tak aku ni. Hehehehe. Bukan apa. Aku takut jawapan yang mengguris hati. Baik aku buat diam. Aku kan dalam keadaan mudah terguris. Kahkahkah. Jap, nak nangis jap sebab aku terguris hati tak dapat makan satu peti aiskrim semalam.

Oh ya. Hari ni, Cik Syafiyah Khalisah genap 2 tahun. Alhamdulillah. Baru aku teringat. Patutlah buat perangai sangat semalam. Tengah malam tetiba menangis lepas tu ajak aku pergi bancuh susu. Lepas tu menangis lagi tak mahu ZZZzzz ajak main padahal mata aku dah separa tertutup macam mata Garfield dah. Anak oh anak. Belum pasti lagi bagaimana keadaan rumah ni dengan Anak Kuasa Lima. Selalu membayangkan sahaja pelbagai kemungkinan.Tunggu sajalah.

Menulis blog tidak boleh berlama lama. Sekejap lagi Princess Adik @ Cik Syafiyah akan bangun. Faham faham sajalah kalo budak 2 tahun mengamuk. Manakan sama dengan orang yang umur 20 tahunyang naik angin. Jadi, sekian.

Monday, April 21, 2014

At 29 weeks.

Kaki selalu meradang. Kejap kejap bengkak, kejap kejap kuncup. Most of the time, bengkaklah. Tidak mengapa. Bila bertukar saiz seberat anak paus memang lah begitu. Sabar Mone. Sebab tiada GD untuk pregnancy kali ini, aku suka makan benda manis. Teh tarik menjadi kegemaran secara tiba tiba. Bilakah boleh dapat makan macaron yang comel itu? Haiih.

Dah siap siap request untuk epidural lagi untuk kali ini. Walaupun ini kali kelima, perasaan cuak tu tetap ada. Sensasi beranak? Nehi. Tak thrill? Takpa. Yang penting, harap Allah permudahkan dan kurniakan kesihatan kepada kami anak beranak. InshaAllah. Dap dup dap dup.

Kejap aku nak listkan Carta Makanan yang dinginkan dan perlu dilahap sebelum aku nak beranak. Kalau lupa, rugi la aku. Cp, tolong masukkan dalam SNote ya. Kahkahkah. Terima kasih. I-L-U.
1. Seafood yang dicelup tepung dan digoreng berhadapan laut di KT. Tempat lain tak sedap.
2. Hi tea yang ada banyak dessert yang comel comel dan sedap macam macaron.
3. Lamb burger kat Fuel Shack.
4. Cendol Jo. Alahai, ini di Changlun.
5. Char Kuey Teow. 
Ok. Cukuplah  Carta Makanan yang ni saja aku tu. Kalo aku letak Carta Barang yang aku mengidam, nanti habih ada orang pengsan dan muntah hijau. Hahahahaha. Sekian.


Sempena tahun ke 11.

Keep calm, beringat sambil makan pengat.

Lebih baik fokus pada rumahtangga sendiri dari fokus nak menyelak rumahtangga orang lain. Toksah sibuklah.

Marah ke laki atau ke bini atau tak puas hati tak perlu heboh bagitahu ibu bapa, tok nenek, adik beradik. Bangga sangat bagitahu tengok laki nampak macam kecik besar kecik besar ja. Boleh siap cerita marah atau maki ke laki atau bini secara terbuka kat ibu bapa. Nak lagi bagus ibu bapa pergi share dengan adik beradik yang lain. Malu mana? Lagi best up status dalam FB. Heh, itu rumahtangga siapa? Itu suami siapa? Bini siapa? Tak faham tak faham.

Lebih baik duduk di rumah bercakap dengan anak anak atau haiwan peliharaan dari berjalan merata sana sini bertukar cerita aib orang lain. Tak payah tak payah.

Lebih baik diam diam urusan kewangan dan perbelanjaan rumahtangga contoh mcam gaji naik 1000% ka, bagi dekat bini RM 3000 sebulan ka, belanja makan RM 4000 sebulan ka, laki beli itu ini ka, dapat bonus 60 bulan ka, ada duit jota jota dalam saving ka hahahaha dari gigih duk bercerita secara detail kepada orang lain selain laki bini. Bimbang oi bimbang. Persepsi orang tak sama.

Sesiapa bagi nasihat pun boleh. Bebal lah kalau tak boleh dinasihati. Pergi duduk dalam gua sorang kalo rasa diri sendiri saja yang betul. Tapi tak perlu memandai kata 'ini tak kena', 'itu sangat hodoh' atau 'awat tak buat macam Cik Gayah yang duduk lorong hujung tu' atau memerli secara terbuka apa yang laki bini dah buat dan nak buat. Semua orang ada perasaan.Terima kasih.

Keluarga memang penting. Tanpa orang tua, adik beradik, saudara mara hidup macam tak meriah. Nak raya pun tak seronok kalo takda adik beradik dan tak balik rumah orang tua. Tapi macam di katalah. Rumahtangga itu perkongsian hidup di antara suami, isteri dan anak anak. Merangkumi hal ehwal kewangan, cara mendidik dan membesarkan anak anak, pengurusan tempat tinggal dan sebagainya yang berkaitan. Tolong bezakan dan tolong jaga aib laki bini.

Jangan mengungkit. Even dengan anak anak pun. Kalo ihklas, takdalah nak mengungkit. Sekian.


P/s: Ini entry umum. Bukan directly untuk sesiapa. Lebih baik aku kata peringatan untuk akulah. Kang kalo tak bagitahu tersentap pulak.

And to CP, I-M-U.

Thursday, March 27, 2014

Askar Comel bercuti sekolah.

Hello blog,
Baiklah. Aku sibuk minggu ni. Cuti sekolahnya kanak kanak, tapi aku yang sibuk. Tak menang kaki tangan daa. Askar askar comel bercuti di rumah. So, minggu ni nyaring lebih sikit suara aku. Dengan keadaan fizikal yang membataskan pergerakan kilat, aku redha. Takdanya aku nak swooooshh sana, swooosshh sini. Kaki seringkali cramp. Mungkinlah aku kekurangan kalsium.

InshaAllah, lagi dua minggu akan memasuki 'third trimester'. Cepatnya. Baik baik ya 'Encik Baby'. Please ikut due date yang doktor jangka ya. Ada few things lagi yang belum beli. Takpalah. Bukan nak kalut pun. Gamak payah, beli online, suruh encik Posmen hantar ya CP.  Tak yah serabut. Tak yah serabut.

Baiklah. Itu saja masa untuk menulis entry hari ini. Askar askar comel menunggu. Sekian.

Thursday, March 13, 2014

Potpet Potpet : 26 Weeks

Dear blog,
Sudah memasuki fasa 26 weeks. Lebih bertenang gamaknya. Mulut masih potpet potpet. Iya. Itu tanda aku sihat. Alhamdulillah. Cik Wani, Cik Wina dan Abang Aiman selalu tanya baby dah bergerak belum. Haih. Jenuh menjawab. Cik Syafiyah tiada emosi bila sebut perkataan 'baby'. Bagi dia, dialah baby dialah adik. Yalah. Baiklah. Janji jangan mengamuk sudah.

Dalam proses beli itu ini dalam listings yang dah aku buat sejak berkurun. Yang major dan bulky items semua dah bereh. Tinggal yang remeh remeh saja macam baju baju cinonet dan segala kelengkapan pakaian baby. Relaks la bro. Aku bukan larat sangat nak bergegas ke sana sini macam Superwoman. Aku perempuan mengandung yang banyak lemak terkumpul di sana sini. Oh, kejap. Kaki aku cramp!

Dah macam bertahun saja tak balik jenguk rumah comel. Apa khabar kambing sekalian? Aku dengar kalian dapat cicit baru. Ada semalam adik aku upload dalam FB. Comelnya. Rindunya dengan pokok lemon, pokok wildberry dan jugak pokok limau purut belakang rumah. Berbuah banyakkah sekarang? Atau tunggu aku balik baru berbuah? Ayam piru hidup tak? Sihat tak? Haiihhh. Kejap. Nak menangis dalam hati.

Baiklah. Emosi bercampur baur. Mujurlah Cp berpindah negeri saja. Mau kalau dia jenis kena pindah nun jauh ke oversea, kuruslah aku rindu kan kampung halaman dan rumah comel bapak aku. Tengok. Sebab itulah aku gemuk. Bukan aku sengaja membela lemak. Walau duduk jauh sikit ja dari family, at least dapat juga aku balik walau lama lama sekali. Ok. Sekian. Kerja domestik masih berjalan seperti biasa. Bye.

Tuesday, March 4, 2014

Carta 5 Status Terbaeek FB minggu ini.

Dah berhari tak bukak FB. Kerja domestik banyak dan perlu beri perhatian kepada Cek Mek dan Cek Awang. Sakit kepala jugak bila tengok feed status pelik bagai. Sekali sekala, baiklah. Kadang kadang terlampau excited. Pahemm Pahemm. Tapi apa yang aku pelik bila :

Status : Laki aku masak hari ni. Kenyang aku makan.
Bagi aku : Ko kenapa ni. Nak bagitahu ko malas atau nak bagitahu laki ko baik sangat. Orang lain pun berlaki jugerr. Dah dah.

Status : Spender aku koyak tadi. Lambat masuk keje.
Bagi aku : Dah kalau yang dalam seluar pun ko bagitahu, aku nak kata apa lagi. Hmmm. Adik adik ni.

Status : Air takde. Aku tak mandi.
Bagi aku. Ko diam diam dah le. Tak yah tak yah. Satu Malaysia tahu sekarang krisis air. Haiii.

Status : Malasnya aku hari ini. Tanak buat apa apapun. Nak membongkang ja kalau boleh.
Bagi aku : Hishhh. Kau pergi masuk hutan, duduklah bertapa tiga empat bulan dekat situ sampai kau insaf dan tahu tujuan hidup.

Status : Alhamdulillah. Berjaya jugak aku beli rumah banglo idaman hati berharga hampir sejuta. Jemput datang ke rumah ye kawan kawan.
Bagi aku : Sekejap syukur, sekejap riak. Motip? Tak perlu la kot nak uar uarkan secara detail segala macam ko punya asset dari A sampai Z. Dah dah. Aku bukan apa. Risau. Penjahat ada di mana mana. Fikir sikit keselamatan family tu especially anak anak.

Ok. Dah. Kang tulis lebih lebih kata aku dengki pulak, suka busybody lah, suka control hidup orang lah, suka bergaduhlah, suka semualah. Ok. Aku blah. Selamat memasak untuk diri sendiri.

Tuesday, February 25, 2014

Pelaburan Emas : Kenapa Cp dan aku pilih Public Gold

Apa tu Public Gold?

  • Public Gold membolehkan kita berjual beli emas fizikal secara mudah, selamat dan lebih murah. 
  • Bermula dengan ketulenan emas 999.9 dan 916, dan perak 999, pelanggan boleh memilih untuk membeli emas dan perak mengikut kemampuan masing masing bermula dari 10 g hingga ke 1 kg. 
  • Manakala untuk dinar, bermula dengan 1 dinar yang bersamaan dengan 4.25 g emas 916. 
  • Dirham Public Gold bermula dengan 10 dirham.

Kelebihan  Public Gold?
  • Public Gold ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Maka urusan jual beli lebih mudah.
  • Ia selamat dan tiada penipuan. Beli emas, dapat emas.
  • Lebih murah sebab turun naik harga emas di Public Gold adalah mengikut harga emas di pasaran international dan diupdate setiap 20 minit.
  • Pelanggan boleh mmbuat pembelian serendah 10 g.
  • Margin spread ( susut nilai ) di Public Gold ialah dari 4.5% - 8% sahaja.Peratusan Margin Spread ni hanya akan berubah sekiranya berlaku keadaan pasaran yang tidak stabil cth: perang, ekonomi tak stabil dsbnya.
Katalah hari ni tiba tiba saja teringat nak tengok dalam website Public Gold harga emas. Eh, murah ni. Boleh beli ni. Contoh mcam harga dinar kat Public Gold cuma Rm 610 ja. So, boleh lock terus pada harga tersebut dengan membuat pembelian secara online. So, kalau kalau lepas 20 minit dah place order tetiba harga emas mencacak canak naik, toksah bimbang sebab kan dah lock tadi pada harga yang memula tadi. Boleh jugak mintak tolong dealer tolong lock kan harga. Dealer akan tolong place order dengan Public Gold, bagitahulah bila nak amik dan cawangan Public Gold paling dekat untuk collect emas.  Customer cuma perlu bayar terus kepada akaun Public Gold, print slip pembayaran, dan bawak bukti pembayaran tu masa nak gi collect emas. Mudahkan.

Tak perlu risau kena tipu, barang takda atau apa apa. Dealer cuma tolong lock harga dan place order. Customer bayar direct pada Public Gold dan collect sendiri barang. Bukan apa. Nak pi beli walk in boleh ja. Cuma takut stok tak ada, hampa dan ramai pulak customer. Dah kena tunggu pulak lama lama lama kat situ. 

Berminat tak? Kalau berminat, atau saja saja nak tanya info berkaitan emas Public Gold boleh hubungi saya. Ok. Itu saja.


Munirah Muhamad Hasbullah
PG Dealer Code : PG040439
Sms/ Whatsapp : +60134372446
Email : monecomel@yahoo.com
..xoxo..