Wednesday, December 3, 2014

Balik kampung 27 Nov - 2 Dis. Weehuu.

Hello blog,
Lama aku bercuti kan. Balik kampung sekejap. Menengok orang yang tersayang dan menyelesaikan satu dua perkara. Tak penting pun. Personal matter saja.

So, balik kampung kali ni, tiada aktiviti mentedarah secara berleluasa. Tekak kurang berselera. Nafsu makan ada, bila masuk ja ke dalam mulut, habis tertutup deria. Perasaan apakah ini? Menangis di dalam hati mengenangkan temujanji dengan makanan kesayangan yang tidak kesampaian. T__T

Pic : Google

Sebut pasal makan teringat anak aku Che Wani. At 10 years, dah pandai. Tak mau obese. Apahal kanak kanak Ribena nak berdiet bagai semata mata takut gemuk? Makanan berminyak taknak. Makanan yang berlemak lagilah tolak ketepi. Perangai apakah ini? Atau lebih tepat lagi, perangai SIAPAkah ini?

Oh anak, kamu tu kecik lagi. Tak perlu nak diet bagai. Sekarang waktu tumbesaran kamu nak. Jerawat pun belum nampak bayangnya lagi. Makanlah apa yang dihajati. Tak perlu risau. Asal tidak berlebihan, InshaAllah tak gemuk aih. Yang paling penting, tahu kadar bila perlu makan dan waktu berhenti. Selain dari tu, janganlah risau banyak sangat. Kamu tu kanak kanak lagi. Dah dah, pergi ajak Wina main Barbie yang ayah baru beli hari tu.

Raising kanak kanak yang sedang di antara peringkat kanak kanak dan remaja memang menyeronokkan. Malah kadang kala lebih mencabar dari menjaga bayi sekecil Amin. Banyak soalan kena jawab, banyak benda kena explain. Banyak hal. Tapi yang pasti, Wani sudah boleh diharap. Sudah pandai membuat kerja rumah samada secara paksa atau secara paksarela. Hehehe. Harap, adik adik dia yang lain pun macam dia jugak. InshaAllah.

Ok. Masa untuk mengemas kain baju dan beg beg yang tersadai. Babai.


No comments:

Post a Comment