Mr S, maafkan diri ini Mr S. Maafkan diri ini kerana telah mengecilkan hati dan perasaan anda Mr S. Sesungguhnya jika diri ini tahu bahawa jika diri ini melakukan perkara ini dan itu bisa menyebabkan Mr S bersedih, diri ini pasti tidak akan melakukannya Mr S. Sesungguhnya tidak akan pernah Mr S. Tidak akan sekali-kali. Tahukah kenapa Mr S? Kerana diri ini sangat- sangat sayang kamu Mr S. Diri ini cinta kamu Mr S. Diri ini perlukan mu Mr S. Maafkan diri ini sekali lagi ok Mr S. Diri ini berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Ok. Cukuplah luahan hati dan perasaaan untuk Telenovela versi Sendiri. KIta bukak cerita baru. Bukak buku baru. Apa? BUkak baju? Jangan..jangan..nanti Mr S marah. OK ok..Hari ini aku nak berceritera tentang impian percutian aku dengan Che Pyan. Rasa-rasanya, semenjak kahwin (tahun ni tahun yang ke Enam ok) sampai sekarang, sangat susah dan sangat-sangat tidak berpeluang untuk berHoneymoon berdua-duaan bersama Che Pyan yang tersayang. Holiday tu memanglah selalu. Tapi berdua-duaan tu...hmmm...Ya la..maklumlah..anak berderet-deret. Orang nak kahwin, kita pun nak kahwin. Orang nak anak, kita pun nak anak. Kalau takda anak boring. Kalau dah ada anak hmmm..... pulak dah. Hish macam-macam perangai. Siapa tak sayang anak? Kucing pun tau sayang anak. Lebih-lebih lagi kalau manusia yang dikurniakan akal fikiran macam kita ni. Sayang woo..Anak adalah harta yang paling bernilai. Tapi sekali-sekala tu, nak la jugak Mummy ngan Ayah berdua-duaan. Bagi la peluang kan.
Kesian aku tengok Che Pyan. I know u'r so damn tired working like hell n I really appreciate what u did to this family. I know u r so exhausted by an endless 'verifying thing', tambah pulak nak cukupkan target for the sake of the Tuuutttt... I don't know.. I wish I could help. I wish i could ease ur pain especially ur back pain. Terlalu banyak sitting n driving. Hopefully once u r already confirmed with this job, u'll have the chance to get some rest as much as u could. TApi buat masa sekarang, bertahan ok. I'll always be by ur side. I won't turn my back on u. You know why? Because i love u. The kids love u...
Harap-harap, masa Percutian romantis tu, Che Pyan dapat berehat sepuas-puasnya. Dapat hilangkan tension dan tekanan kat tempat kerja yang di alami sepanjang tempoh 6 bulan probation ni. Boleh la kita pergi Spa manja-manjakan diri, Massage sana sikit sini sikit, shopping sampai pengsan(yang ni kena kasi bold sikit..takut tak nampak) dan tak lupa spend masa berdua-duaan, bercinta sakan bagai nak rak (ni slalu dah ni), berkasih sayang (sampai bila-bila) dengan lebih mendalam lagi sepanjang percutian nanti..hehehehhe..
o0o0o.. sengaja x mo kasik org drop comment ek? huhuhu.. dah hilang idea nak comment apa sbb lama sgt berusaha meng'click' link post a comment tuh...
ReplyDeletemana ada...sorry sis..aku yang terbongoks tadi...chek tak kedekut aih..
ReplyDelete