Negeri Jelapang Padi. Negeri Kedah Darul Aman. Aku sayang negeri aku. Kat sinilah aku dilahirkan. Walaupun aku dibesarkan kat merata rata sebab ikut bapak aku berpindah randah, akhirnya selepas aku dah berkahwin aku balik jugak menetap kat sini sampailah aku sekarang beranak tiga. Selesa sangat hidup kat sini. Semuanya senang. Semuanya tenang. Makanan pun murah. Apo? Mahal? Kat mana hang makan ni? Kalau dah breakfast pon kat Old Town nak murah camna. Cuba gi kedai mamak yang bersidai bukak 24 jam. Mesti ah murah kan. Kalau nak budget lagi, singgah ja mana mana gerai tepi jalan. Hah. Lagi berbaloi.
Kat sini Kelab Malam pun tak ado bersepah macam kat nun di sana tuh. Tak taulah pulak kalau depa buat Kelab Malam underground kan. Tak da la pulak aku ada masa nak buat survey pasal tu. Baik aku buat taik mata. Lagi best. Tak pun melayan anak anak aku main. Lagi best. Sangat best. Yang ado pusat karaoke. Janganlah tanya aku kat pusat karaoke tu apo yang ado sebab aku memang tak pernah ke situ. Aktiviti nyanyian lah kot. Kalau tanya aku mana lagi bagus, antara pusat karaoke dan rumah, mestilah aku jawab kat rumah. Baik aku suruh Che Pyan labur duit beli set berkaraoke siap ngan bunyi bunyi gempak untuk dipasang dirumah. Bolehlah buat aktiviti keluarga bersama sama. HEhehe. Che Pyan jangan mare. Saya GURAU saja.
Tapi dalam banyak banyak part duduk di Alor Staq ni, bab nak membeli belah memang satu masalah bagi aku. A pair of good Dockers will cost around RM 200. Tu baru bab Che Pyan. Nih aku ni. Tak ka sakit jiwa tengok nama baju ntah apa apa brand pun pun ntah apa apa datang dari mana ntah tapi mahal macam apa lagi ntah. Kalau kat KL boleh ja dapat paling murah RM 80. Erk. Bundle? Eh. Bukan. Bukan yang bundle tu. Macam ni. Hari tu Aedy bawak aku ngan Che Pyan p Wangsa Walk melawat kedai Dockers kat situ. Terbeliak bijik mata aku. Apa pasai murah sangat nih. Reject kot. Pun tak jugak. Macam kedai Dockers kat Alor Star Mall ni. Dah lah tak pernah ada diskaun. Kedekut punya kedai. Tapi nak buat camna. Nak jugak. Nasib lah. Tapi, kalau lepas ni Che Pyan nak beli seluar dia lagi, aku mencadangkan... ceh.. mencadangkan konon, baiklah beli kat kat tempat lain selain dari kat situ. Tak pun suruh Aedy tolong belikan siap bagi ukuran saiz pinggang dan jenis apa yang nak. Lepas tu suruh dia pos kat sini. Lagi jimat. Buat apa bayar mahal mahal tapi tulis Made In China!!! Eh. Macam kasut Crocs pulak. Eheheh. Bukan beli kat tempat lain. Kat kedai Dockers sendiri tu. Apo? Menyesal pun tak guna. Aku bukan kedekut. Eheh. Che Pyan pun bukan kedekut. Tapi sebagai pengguna kita mestilah nak benda yang berkualiti yang dalam range harga yang tak melampau-lampau. Kalau betul berbaloi dan memang tak dapat dah lebih murah sikit kat tempat lain Oklah. Fine. Takpa. Belilah. Tapi yang geram sebab kat KL lagi murah dan bole ada offer pulak tu. Apa pasai kat Alor Setar tak boleh? Selepas ni kalau aku nak beli apa-apa, aku akan buat perbandingan dulu. Penting tau. Terutama sekali untuk orang yang ada anak ramai macam aku ni. Kalau susah sangat nak kena bersusah payah lagi bagus tak payah beli. Jahit baju ngan seluar sendiri. Macam lah aku ni seorang tukang jahit. Berangan boleh lah. Oklah. Habis cerita. Tamat
No comments:
Post a Comment