Hari Jumaat lepas, aku dengan Che Pyan sempatlah ke KL sekejap. Anak semua tinggal kat rumah bagi duduk dengan Mak Teh dengan Nenek depa. Lagipun aku naik bas. Tak sanggup aku nak membayangkan bagaimana kalau aku bawak anak anak aku naik bas sekali. Mau runtuh apa seat dalam bas tu. Since budak budak kecik tak bawak, senanglah sikit nak kesana kesini. Jadi macam keluar berdating pulak. Ceh perasan aku ni. Thank you so much to my dear Cousin Sha and her husband and their Alya and Mak lang for their warmth hospitality..Ceewah. Macam hotel saja. Apapun aku sempat jugak ke Warehuose walaupun sebelum bertolak lagi Che Pyan dah siap kasi warning awal awal kata tak payah pergi sebab nanti duit habis. Kang nak beli benda lain terbeli benda lain pulak. Tiba tiba ja bila aku sedar aku dah ada kat Cadbury Warehouse Sales kat Klang. Nampak sangat macam drama kan. Nah ambik. Berebut rebut aku ngan orang lain semata mata nak cokelat. Hahahaha. Che Pyan lagi best. Siap ambik lagi kotak yang Aedy bagi yang kononnya tak perlu masa awal awal Aedy suruh ambik. Konon nak ambik sikit saja. Last last, nak pegang pun dah tak cukup tangan. Cokelat punya pasal.
Lupa pulak. Sebelum tu Aku ngan Che Pyan sempat jugak p FJ Benjamin Warehouse Sales (sebenarnya paling sesuai guna perkataan Stock Clearence Sales) sebab barang dia tak banyak pun. Kedai dah la besar cinonet. Barang pun tak banyak choice. Yang paling banyak Guess lah. Aku tak beli apa pun kat situ. Lagipun kan Che Pyan dah kasi WARNING kan. Ahahaha. Masa aku pi Cadbury Warehouse Sales kat Klang tu, rupa rupanya kat situ pun ada FJ Benjamin punya outlet. Wah. Lagi besar! Lagi banyak choice! Suka sangat! Che Pyan pun dah tak terWarning tengok aku macam orang sasau. Sekejap kesini. Sekejap ke sana. Banyak choice la kalau nak compare dengan outlet dia yang aku pergi mula mula tu. Mostly jenama GAP, GUESS, RAOUL ngan LaSenza. Yang aku paling tak tahan kalau lalu tepi handbag dia. Wah. Wah. Wah. Lantaklah. Off season apa aku peduli. Janji aku suka. Cantik dimata aku dengan Che Pyan cukuplah. Dalam kena warning pun aku terbeli handbag dengan baju sehelai. Nampak kan ayat terbeli tu. Memang aku terbeli sebab ia memang tak disengajakan. Dah lah beg tu tinggal satu ja. Sanggup tu aku tunggu kat situ dengan Sha pura pura tengok beg lain padahal dalam hati harap sangat orang yang tengah pegang beg tu letak balik. And Fuh. Bila dia letak ja, aku terus ambik. Terus pegang tak mau lepas dah. Macam hebat sangat AURA beg tu. Kalaulah tak kena warning, aku rasa..... hahahahah. Ayat tak boleh tulis sampai habis. Nanti Che Pyan marah. ahahah. Awat aku suka gelak sangat ni.
Oklah. Aku nak masak. Dah berapa hari dah aku tak masak. Aku bukan malas. Aku takda semangat nak masak. Nampak sangat aku ni pembohong. Nak masak mana kena guna semangat. Memasak kena ada skill dan peralatan dan bahan bahan dan tukang makan makanan yang dimasak oleh tukang masak. Tukang makan tak payah bagitau lah sebab itu adalah AKU. Tata.
No comments:
Post a Comment