I just got back from picking up my two little girls kat tadika. Fuh. Panas amat. Sampai berpeluh peluh. Dah lah matahari betul betul terpacak atas kepala. SubhanAllah. MashaAllah. Ni baru panas kat dunia nih. Hmmm. Hari ni macam mana ntah aku boleh keluar awal sikit lebih dari biasa. Kononnya nak elak dari bawak Little Aiman lah ni. Satgi kalau dia ikut, kesian pulak kat dia. Berpanas, berpeluh dan ber Sun Tanned macam mommy dia. Yaeyy. Untuk pertama kali akulah orang pertama yang sampai kat situ. Hadiah? Hadiahnya ialah dapat duduk atas bench yang aku selalu tak dapat duduk sebab selalu kalau aku sampai mesti bench tu dah ketat ngan mak bapak budak budak lain.
Tak sampai 5 minit, dah penuh dah pun mak bapak yang sampai. Aku yang first sekali ok. Hehe. Tiba tiba ada seorang mak budak ni tanya kat ramai ramai tu. Eh, kat mana nak cari lampin kain yang orang dok pakai sekarang ni macam yang tunjuk dekat MHI tu? Aku pun nak menyibuk sikit tanya lah dia pulak hmm, lampin kain yang ada gambar katun comel comel dan boleh basuh tu ka? Padahal aku tak da tengok pun MHI. Mana sempat nak tengok kalau asyik dok mengadap The Sims ja hari hari. Ha ah. Betui lah. Kat mana nak carik hah? Dia tanya aku balik. Aku pun bagitau lah dia aku beli brand BumWear kat online kat Nice Cloth Diaper. Dia pun ohhhhh sajalah sebab rumah dia tak dak internet acces.
Nasib baik aku tetiba teringat sebijik kedai kat Jalan Gangsa yang ada jual menatang ni. Tapi tak da brand lah. Dia jual sekali ngan insert dalam lebih kurang RM 35. Bolehlah kalau setakat nak beli dan try dulu tengok. Kalau rasa rajin nak basuh dan sesuai, lepas ni bolehlah beli yang elok dan berkualiti skit macam BumGenius atau segala mak nenek brand yang ada sekarang. Lepas aku cakap kat mana ada, dia kata satgi lepas ni dia nak speed terus p kedai tu nak beli kat anak dia. Ya lah. Aku paham. Aku pun ada anak kecik jugak. Tapi nasib baik sekarang ni Aiman sorang saja yang pakai diaper. Yang lain dah besaq panjang dah. Dah lah susu pun sekarang mahal, campur dengan diaper lagi, mau tak pening mak bapak sekarang. Kalau pakai diaper yang pakai buang, mesti nak yang pants. Susu pulak tak boleh minum yang lain kena minum Soya sebab budak budak sekarang ramai yang lactose intolerence. Kang kalau silap pilih susu anak jadi cirit, muntah, tak sihatlah, naik bintik bintiklah. Haish... Sapa yang ada anak kecik tau lah apa yang aku tulis ni. Kalau tak berkenaan, duduk senyap senyap.
Tadika anak aku cuti seminggu. Yahooooo. Yeeehaaa. Hooray. Cuti Che Pyan dah approved. Lama pulak tu. Tapi berjalan tak confirm lagik. Tunggu sajalah. Kalau ada rezeki, bolehlah p holiday. Kalau tak, duduk senyap senyap kat rumah sambil tengok movie sambil makan keropok berperisa MSG ( no no no no.. tak baik untuk kesihatan kanak kanak ) lepas tu ZZZZzzz ramai ramai depan TV. No way Man. Baik aku ajak Che Pyan and the kids pi ukur keluasan negeri Kedah ni. Lagi bagus. Tata.
No comments:
Post a Comment