Cadangnya, sempena Chinese New Year hari tu nak ke KL, melawat sepupu sepapat dan sedare mare yang menetap di sane. Amboi. Macam ramai sangat adik beradik aku kat sana. Ehhehe. Tup tup terus tertutup cadangan nak ke sana atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Frust jugaklah. Yalah. Cuti dah submit dan approved dah pun. Dah lah Che Pyan susah nak dapat cuti. Dah lah anak anak pun sangat seronok. Dah lak mak anak anak pun tumpang sama seronok. Dah la....hmmm. Oklah. Oklah. Ni dah masuk bab whinning dah ni. Tapi tu cerita minggu lepas.
Minggu ni InshaAllah jadilah kot kami ke sana.Yeayy. Tiket dah booked. Makanya kebarangkalian nak ke sana tu Up Sikitlah. Seronoknya. Rasa macam dah lama aku tak hidu bau bauan dan asap udara KL yang banyak pencemaran tu. Rindu sangat. Selama ni selalu sangat dah dok hidu bau rumput semak samun yang segar menghijau dan bau pokok pokok yang ada sekeliling rumah. Tu tak termasuk lagi pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Dan jugak bau kambing yang sangat harum mewangi bila sekali sekali sekala angin sepoi sepoi bahasa berlalu. Ceh. Pandai jugak aku bersastera pukul 12 tengah tengah malam macam ni. Aku sendiri pun tak paham kenapa aku update blog pada time dan waktu dan masa ini.
Aku bukan apa. Saja buang masa sementara tunggu Che Pyan balik rumah dari berjumpa seorang sahabat di kedai kopi yang berhampiran karena sahabat tersebut baru pulang dari seberang . Sekarang dah 12:57 pagi. Confirmlah aku tak boleh tidur sebab baru tadi aku bantai minum lebihan kopi Che Pyan. Hah. Tengok. Tengok. Dah pukul 1 pagi dah pun. Memang pecah record dah ni. Memang boleh masuk dalam Che Pyan punya Records of the Week. Mentang mentang aku tak buat curfew. Ok. Takpa. Lepas ni kita buat curfew.
....And Dear, you're grounded for a week....
Ish. Lapau pulak perut ni. Oklah.Tiba tiba ja perut ni bergelora lapau. Tata.Good Night and Selamat Makan.
No comments:
Post a Comment