Bila masa aku kata aku tak mau?
Bila masa aku kata aku tak sudi?
Aku tak pernah janji apa apapun.
Orang lain buatlah apa pun, semua ok saja.
Bila aku cakap, sikit sikit ' terasa hati'
Aku takda niat apapun.
Ikhlas apa.
Orang lain janji macam macam, itu ini.
Tapi dia tak buat pun.
Aku tak nampak pun dia macam ambik kisah pasal janji janji manis dia dulu.
Lagi sekali aku cakap,
AKU TAK PERNAH JANJI APA APAPUN.
....end....
Tarik nafas, lepas. Tarik nafas lagi sekali, lepas. Fuh. Aku faham aku ni jenis yang suka cakap lepas dan sangat suka berterus terang. Aku benci simpan di dalam hati. Aku tak suka memendam rasa. Aku cakap tanpa prejudis. Maaf kalau terasa. Hati aku pun sakit jugak bila kena kata macam macam.
Tapi sekarang aku malas nak ambil kisah. Stress tidak bagus untuk keadaan aku sekarang. Harap perkara ni jadi macam angin lalu atau macam hujan yang turun renyai renyai yang akhirnya nanti akan berhenti juga.
Wednesday, November 2, 2011
Friday, October 28, 2011
Esok nak makan roti canai dengan kuah dal yang paling sedap atau...
Hari ini hari baik. Cuaca cerah dan tenang walau ada sedikit gangguan bau busuk plastik atau tayar lama oleh jiran yang nampak seronok dan tidak bertanggungjawab main bakar bakar yang fikir ' dunia ini ana yang punya'. Sakit hati aku, sakit hidung aku. Pencemaran alam tahu. Nasib aku ni baik hati. Kalau tidak aku report ke MBAS. Nak? Tak payahlah kan. Sabar. Sabar. Grrrr, tak guna!
Walau sedaya upaya aku cuba control mood swing yang tidak berapa elok semenjak tiga menjak ni, aku tetap gagal. Ya, aku failed. Tapi takpa. Aku cuba lagi hari ni. Keadaan isi rumah yang tidak berapa sihat sejak dari bulan lepas silih berganti jugak salah satu penyumbang kepada kegagalan aku mengawal angin puting beliung dalam diri ini. Cubaan kan?
Tapi sekarang aku seronok dan senang hati. Esok CP cuti. Hooray! Esok dapat makan roti canai dengan kuah dal yang paling sedap ataupun makan nasi lemak dengan sambal sotong di ZF. Apapun, aku bersyukur sangat sebab selera makan aku tidak seperti mak nenek yang cerewet lagi. Asyik menyusahkan orang saja. Ini tak mau, itu tak lalu. Terima kasih Ya Allah.

Monday, October 10, 2011
Tiada tempat yang sama macam di rumah.
There's no place like home. It's good to be home. Been spending last weekend at 'pusat pemulihan diri dan tenaga' makes me appreciate more of my time at home esp with the kids. InshaAllah, harap lepas ni tak perlu masuk lagi. Symptom sympton pelik telah berkurangan secara mendadak. Nafsu makan makin ok. Tak perlu lagi cerewet sangat dalam perkara 'yang ini aku nak makan, yang itu aku tak lalu, yang ini aku nak muntah tengok, yang itu aku geli'. Bukankah sungguh seksa kalau berterusan macam itu. Bukan seksa diri saja, malahan orang sekeliling pun turut sama rasa macam nak naik gila.
Tiada update yang penting. Cuma bilangan rabbit makin banyak. Kandang dah diubah suai supaya memenuhi selera arnab arnab sekelian. Harap lepas ni ibu ibu rabbit akan lebih tekun beranak lagi. Terima kasih ibu ibu rabbit. Meniaga kuih gulung pun macam biasa. Selagi aku larat aku buat. Bila dah tak larat nanti aku sub lah dekat tok atau bapak aku.
Dah. Aku nak sambung kemas rumah. Tepat pukul 12 tengahari sat lagi Che Wina balik. Maka aku kena bersiap sedia sebelum rumah jadi tongkang pecah semula. Pukul 1.15 petang kakak Wani pulak balik dari sekolah. Kalau bersatu tenaga dua dua orang ni, habis jadi super tongkang pecah. Tata.

Thursday, September 29, 2011
Edisi Basi
Banyak habiskan masa dengan kanak Ribenas di rumah. Aku dah tak ingat bilakah kali terakhir aku masak untuk CP. Rasa bersalah jangan cakaplah. Menggunung tinggi bagai Gunung Kinabalu. Forgive me CP. Semalam, aku berjaya kemas bahagian dapur yang dah macam tongkang pecah. Aku buat sikit sikit. Maklumlah, anak anak kecik lagi. Satgi pecah berderai kaca, aku terpaksalah mengamuk. Bila aku mengamuk, aku akan bertukar jadi mummy si monster. Takut.
Hari ni hari yang indah. Mesin basuh berperangai baik. Pergunungan baju dah tak da lagi. Aku seronok. Tapi yang tak seronok ialah aku jadi ketagih nak makan aiskrim. Kalau boleh hari hari aku nak makan aiskrim. Nasiblah encik tonsil ada sebagai peringatan. Kalau tidak.....hmmm.
Aku tak sempat lagi nak retrieve semua gambar dari FB. Aku malas agaknya. Nanti bila aku dah sihat, bersemangat dan bermaya, aku buat.
Untuk adik perempuan yang jauh dimata, dekat dihati, sila message ya bila dah lapang supaya kita dapat skype bersama sama.
Untuk adik lelaki yang berhempas pulas memerah otak dan kuderat di kilang cokelat, jaga nafsu makan tu sikit. Itu cokelat ya, bukan nasi. Jangan sesekali lupa. Apalah salahnya pos barang sekotak dua cokelat itu ke kampung. Thank you in advance ya. Hahahaha.
Tak. Aku bukan kakak yang jahat. Sekarang aku nak berehat.

Saturday, September 24, 2011
I'm closing my FB
I'm closing my FB account. So, please do not send me any msg through FB, invite me to your event by using FB. I would appreciate very much if you all do not tag me in any of your FB photos. But don't worry. My phone number is still the same and I'm still living in the same house.
Sekian, harap maklum.
Sekian, harap maklum.
Wednesday, August 24, 2011
Lebih baik bela rabbit
Pic credit: Diri sendiri
Sebagai orang Islam, baiklah kita bela rabbit buat haiwan kesayangan daripada kita bela anjing. Nak tengok rabbits yang aku ngan CP bela klik sini. Aku suka rabbit sebab rabbit comel dan tak perlu nak samak samak lepas main guling guling dengan rabbit. Lagipun rabbit bukan haiwan larangan macam anjing dengan babi. Tak macam sesetengah orang yang buat mudah saja bila bab bab NAJIS ni. Tak faham aku. Kau faham? Kalau tiba tiba mengidam nak makan daging rabbit, bila bila boleh sembelih buat gulai atau goreng macam KFC. Tapi kalau nak sembelih rabbit aku buat lauks, sila bersedia untuk kena flying kick ok! Rabbit aku untuk buat pet ya, bukan untuk buat lauk. Tapi tak taulah depan depan nanti kot kot tetiba aku mengidam pulak kan. Tapi aku tak mengandung. Jadi tak dalah nak mengidam pelik pelik buat masa sekarang ni. Terima kasih untuk darling CP sebab sudi men'support' dan menderma makanan kepada rabbit yang semuanya kuat mentedarah ni. Harapkan aku yang menjawat jawatan surirumah ni nak beli dedak rabbit, hmmm berdarah air mata rabbit pun aku tak dapat nak beli. Baiklah. Banyak sangat dah aku merepek untuk hari ini. Selamat Hari Raya. Jom tolong aku buat kuih raya. Jangan bimbang, aku dah cuci tangan dengan Lifebuoy selepas aku bekerja di kandang rabbit tadi. Sekian.
Tuesday, August 16, 2011
I still miss her
Bila kita dewasa, kita akan belajar bagaimana nak menangani krisis dalam kehidupan seharian kita. Bagaimana kita nak menyelesaikan sesuatu masalah. Biasalah dalam hidup ini. Mestilah ada turun naik kan. Bagi aku, cara arwah mak aku menangani krisis sangat mengagumkan dan tidak menyebabkan hati sesiapapun terguris. She's very good at handling problems. Sebut saja masalah apa dari waktu kecik sampai dah besar. She's a problem solver. For me dialah SuperMak yang sebenarnya. Dan dia akan menangani sesuatu masalah tu dengan tenang dan sabar tanpa bising bising dan kecoh.
I remember long time ago when I was around sweet 19 or something, there was this crazy neighbour anak beranak yang suka buat hal dekat our neighbourhood. Their boy suka buat taik dan benda yang terlarang. One day, their sayang little boy and his friends kantoi sebab main judi dalam satu rumah terbiar. Encik polis detained anak anak mereka untuk satu hari. Then, one day yang few days after their sayang little boy was released from lokap, ada rumours kata bapak aku yang buat report pasal hal main judi ni. Sebenarnya at the time those little boys were arrested, bapak aku ada dekat Langkawi pi Kursus apa ntah for 3 days. So, cuba bayang macam mana bapak aku boleh ada kuasa mistik boleh tahu budak budak ni main judi and then senang senang pergi report kat Encik Polis. Logikkah.
Lepas tu mulalah serangan demi serangan from this one crazy neighbour yang tak dapat face the fact yang their sayang little boy was a bad kid. He is really really a bad kid ok. Sometimes bila lalu depan rumah bapak aku, the sayang little boy or the family will spit or even will stop in front of our house for a few curses yang pelik pelik dan mak akulah yang akan jadi mangsa. My late mak will just smile and masuk dalam rumah biar mak budak ni memalukan diri sendiri di khalayak ramai.
Kenapa mak aku tak pertahankan diri dia? Well, she did one time tapi biasalah kan untuk orang yang tak reti bahasa ni. Kita cakaplah apa benda pun. Kita cakaplah kita tak tahu apa apa pun. Kita cakaplah kita tak tak terlibat pun. Orang yang macam ni tak akan faham. Then lepas beberapa bulan tu, this crazy neighbour satu family pun pindah. Ho hoho. Aman hidup.
Kalaulah aku ada masa depa ni buat kat mak aku macam tu, mau berkelahi parang apa. Malangnya, waktu tu aku tengah study kat Arau. Sama jugak dengan krisis ahli keluarga mak menakan pak menakan. Aku memang tak pernah tahu. Mak aku tak pernah cerita benda benda buruk pasal adik beradik dia. Seumur hidup mak aku tak pernah dia tunjuk yang dia sedang mengalami krisis apa apapun. Samalah jugak masa dia sakit dulu. Sentiasa cuba gagahkan diri dan selalu sebut benda yang positif saja bila di depan orang. Ada one time, my sis nak masuk ke dalam bilik dan dia terdengar mak mintak supaya Allah ambil nyawa dia sebab dia dah tak tertanggung lagi sakit. Dia dah tak tahan lagi. Tapi bila berkumpul anak beranak, she will try as hard as possible untuk tunjukkan yang dia kuat, macam she'll make it, she'll win. And yes, none of us know that she has only a few months to live. Dia simpan rahsia tu baik baik dengan ayah.
I still miss her. I will always miss her.

Monday, August 15, 2011
Water Heater
Pukul 6.45 pagi tadi aku duk terjenguk jenguk Che Wani mana tak nampak batang hidung pung ni. Aku kalau dah pukul 7 lebih memang dah tak berani nak merempit secara berhemah ke sekolah anak aku ni. Kereta macam apa ntah banyak sangat. Last last aku kena jugaklah pi rumah tok aku yang kat sebelah tu pergi tengok apasai Che Wani tak kunjung tiba lagi ni. Ceit. Tak bangun lagi. Lepas tu aku tanya Che Wani nak mandi kat mana. Aku cakaplah yang kat rumah nenek boleh mandi air suam, kalau kat rumah mummy kena mandi air sejuk. Tetiba adik aku macam terkejut. Eh, rumah kakak tak dak Water Heater ka? Ya Rabbi. Selama aku duk kat sini dah 8 tahun dah baru dia tau rumah aku takda Water Heater. Musykil aku. Selama dia ulang alik keluar masuk rumah yang aku duduk ni, berak kencing, mandi manda takkan dia tatau rumah aku semua orang mandi air sejuk. Heheh. Adik aku nyanyuk kah. HAhahaha.
Sebenarnya aku lebih suka mandi air sejuk. Kalau mandi dengan air suam rasa tak puas. Macam tak cukup mandi ja. Dulu setiap kali beranak ja, mesti aku kena berpantang dekat rumah tok aku. Selalu ja aku curi curi mandi air sejuk. Syok oo. Tok aku pulak setiap kali aku nak masuk mandi, dia dah siap siap on lagi water heater macam nak bagi peringatanlah kat aku yang lebih kurang berbunyi macam ni, ' Sila mandi dengan air suam, mandi dengan air sejuk tak boleh, nanti urat kembang'. Betul ka? Ntah. Yang pasti aku suka mandi air sejuk. CP pun sama.

Wednesday, August 10, 2011
Poco poco vs Pocoyo
Ini entry isu basi. Perihal poco poco. Bukan POCOYO tau. Kalau tanya kanak kanak apa itu pocoyo, mesti cepat ja jawab. Sebenarnya aku bukanlah anti kecergasan atau anti senaman mengeluarkan peluh. Aku suka bersenam. Kalau dulu aku suka main badminton dengan CP. Aku smash dia, dia smash aku balik. Oh, baiklah aku tukar badminton ke smashinton. Sesuai tak? Hehe. Kalau pagi pagi tu selalu aku heret Aiman bawak dia jalan jalan secara laju keliling kampung selepas hantar Wina ke tadika. Penat wooo. Peluh tau. Biasalah orang berisi cam aku ni. Baru exercise sikit dah penat tercungap cungap macam rabbit keluarkan haba. Pernah tak tengok rabbit keluarkan haba? Tercungap cungap tau. Kesian aku tengok. Aku tak tipu. Sungguh, ini benda betul. Ini keajaiban alam.
Ok. Balik pasal poco poco. Aku MELUATS betul tengok orang menari poco poco. Selalu yang menari tu semua wanita usia pertengahan abad. Kembang bagai apa sana sini. Kadang kadang aku tengok yang dok ajaq poco poco ni tak da lah kurus pung. Gemuk bagai apa ntah. Apa jadah nya jadi instructor tapi gemuk. Habis yang dok menari tiga empat jam tonggek sana sini tak kan tak da kalori yang terbakor kot. Musykil aku. Kadang kadang bila mokcik mokcik ni menari poco poco tengah tengah khalayak ramai, yang jantan duk menenggek kat tepi tu tersengih sengih macam kering busuk. Lawak kah? Lawa kah? Atau seksikah? Yewww. Tak dapat nak bayang. Dah lah setengah tu pakai baju atas bontot kemudian pakai pulak seluar ketat sampai nampak habis segala yang mengembang. Gelis la. Aku yang pompuan ni pun gelis tau.
Nak exercise boleh. Malah digalakkan. Tapi biarlah kena pada cara dan tempat. Sebagai perempuan, sebagai wanita Muslim bukankah tak manis bergolek golek bontot dikhalayak ramai, bergoyang goyang sampai bergegar habis isi donia. Oh tidak. Nehi. Nehi kabhi nehi. Sebut poco poco pung aku rasa nak termuntah. Apatah lagi melihat ia. Cukup cukuplah pengalaman ngeri sebagai pemerhati disisi padang. Poco poco aku tak mau, tapi kalau ajak tengok POCOYO aku no hal. Anytime boleh.
Oh, itu dia bunyi kereta CP ku sayang yang sudah pulang dari kedai kopi di seberang jalan. Tata.

Monday, August 8, 2011
Masak Lemak Selipar Rebus
Bulan puasa lebih banyak benda boleh dibuat. Aku jadi lebih rajin dari biasa. Pendek kata aku jadi luarbiasa. Tapi aku tak la bertukar jadi Supermak. Aku jadi super sibuk membanteras kesemakkan dalam rumah. Kurang online bermaksud lebih banyak masa untuk menjadi kanak kanak semula dengan melayan anak anak. Bila petang menjelang aku akan naik hantu bila sedar yang rupa rupanya aku yang membantu anak anak aku buat sepah habih satu bilik. Atas meja belajar pun dah cukuplah. Atas katil lagi azab aku tengok. Dalam khemah, paling aku tak berani nak jenguk. Mau pitam aku. Adat beranak pinak. Telan sajalah.
Majlis berbuka bersama keluarga bertukar menjadi berbuka dan berdating berdua dengan CP. Bila petang ja, mulalah merengek rengek tiga beradik yang comel tu minta nak keluar ke rumah nenek yang cuma empat lima lompat dari rumah. Bagitau aku kata nak main saja, tapi sampai berbuka pun tak mau balik. Puas dah dipujuk balik tapi bermati matian tak mau balik. Suka sangatlah tu kasi chance mummy ngan ayah berdating dua orang selalu. Aku rasa tiga beradik yang comel tu nak adik kecik lah. Eh, ini firasat aku saja. Tapi kan firasat liar kan selalu tak betul.
Oklah. Dah lebih limit dah ni. Tak boleh lelama sangat. Aku nak main The Sims pulak. Terliur ja kadang kadang tengok Sim aku masak makanan yang lalalalalalala slurrrrrp. Maklumlah, kalau bulan puasa kan semua kita nak. Semua terliur. Aku rasa kalau selipar rebus pun jadik ni. Sekian . Tata.

Subscribe to:
Posts (Atom)