Saturday, June 6, 2009

And The Reason is You

Kasihan Che Pyan. Mesti dia letih sangat hari ini. Eh. Silap silap. Bukan bukan. Bukan hari ni saja dia letih. Tiap-tiap hari dia letih. Tiap-tiap hari balik lewat. Nak buat macam mana. Kerja melambak-lambak. Kalaulah aku boleh tolong dia buat sama kerja tu. Mestilah tak bolehkan. Lagipun semua information tu adalah rahsia. Tertakluk dalam Banking Act. Karang kalau breach, sapa yang susah. Che Pyan jugak kan.

Kasihan sangat dengan Che Pyan. Selalu tak sempat main dengan anak. Kasihan jugak dengan anak-anak. Selalu kalau Che Pyan balik dah ZZzzz. Tak pun ada kat rumah nenek. Tunggu weekend ja la untuk spend masa banyak-banyak bersama-sama.

Poor Che Pyan. Sekarang ni dah tak dak masa nak bercucuk tanam macam dulu, nak menternak dan membelai kambing kesayangan dia. Kambing kesayangan Che Pyan baru ja jadi lauk last week masa kami berdua kat Medan. Ayah kata kambing tu sakit. Ya lah. Nak buat macam mana kan. Redha saja lah ya My dear Che Pyan.

I cannot imagine my life without Che Pyan. I dont want to. I refused to. No. He's a part of me. My everything. When i lost my mak, he was there to comfort me. He was always there for me.

Aku still ingat lagi kejadian yang menyebabkan aku boleh terserempak dengan Che Pyan. Memanglah satu course tapi sepatah haram pun tak pernah bercakap. Walaupun dia duduk belakang aku saja dalam kelas. Hahahaha. Masa tu bulan puasa. Aku teringin sangat nak makan KFC. Yummy. Aku pun keluarlah dengan Aein. Tup-tup terserempak dengan Muz dan Yanie yang nak balik KL. So, kami pun bercadang lah nak berbuka puasa bersama-sama dekat KFC sementara tunggu bus Muz dan Yanie. Selepas tu tetiba ja terserempak dengan Che Pyan dan Dyrul yang nak hantar one of their friend balik KL. Since Muz dan Yanie baik dengan Dyrul dan aku dengan Aein pulak baik dengan Muz, akhirnya kami semua end up bukak puasa berjemaah kat satu kedai makan dekat Kangar ni. Yang pasti kedai tu betul-betul berdepan dengan Bus Station Kangar. Tapi masa tu aku bukan duduk dekat dengan Che Pyan pun. Bercakap jauh sekalilah. Aku cuma fikir nak makan KFC. KFC. KFC. Lepas Muz dan Yanie dan kawan Dyrul and Che Pyan dah naik bas nak balik KL, tinggallah kami berempat. Aku, Aein, Dyrul dan Che Pyan. Sebab nak jimat duit, kami sharelah satu taxi balik campus. Pun tak da borak sangat. Maklumlah, aku kan pemalu. Hah. Tipu. Tup-tup seminggu lepas tu aku dapat phone call dari seseorang. Siapa lagi. Che Pyan lah. Rupanya Che Pyan nak ajak aku dan Aein keluar untuk tolong dia pilih kettle. Hah. Nak beli kettle? So, aku, Aein, Dyrul dan Che Pyan pun keluarlah untuk cari kettle nih. And to this 'somebody' iaitu H N, if you are reading this entry la, I'm so sorry fo being such a jerk at that time, on that day. Ok. Ok. Ni dah story lain dah ni. Ok. Ayat yang sepatutnya ialah... and the rest is history.

Sekarang I'm happily married dengan My Dear Che Pyan. I have Three Lovely Kids yang sangat-sangat energetic dan aku sangat berterima kasih dan besyukur kepada Allah atas segala kurniaanya. Ya. Hidup aku tak perfect. Aku pun tak perfect jugak. Walaupun aku pernah mengalami depression, kesedihan yang berpanjangan, dan merasa kekurangan sebab kehilangan mak aku, aku berjaya jugak survived. Alhamdulillah. Sebab apa? Sebab orang sekeliling aku lah. Sebab aku belajar untuk appreciate orang sekeliling aku especially ayah, adik beradik dan jugak orang-orang yang terdekat dengan aku. Dan jugak dengan kehadiran Che Pyan, Syazwani, Syazwina dan Syakir Aiman yang telah melengkapkan hidup aku.

Wargghh..Terima kasih kepada karangan yang berciri-ciri panjang lebar dan nampak macam tak da kesudahan ini. Akhirnya mata aku sudah mengantuk. Yea. Best Best. Boleh ZZZzzzzz. Good Night.

6 comments:

  1. kakak~

    I share my thoughts with u.
    Yap..abg Pian is a very responsible person..me happy that kakak got married to abg Pian,dn selalu mendoakan semuanya baik2 belaka..

    Hehe..ya,sob juga sgt gembira dgn the Three Musketeers kakak.kirim salam syg sikit utk mereka di sana (^-^)

    ReplyDelete
  2. I demand for my name to be insert in this post!

    ReplyDelete
  3. ....Sebab aku belajar untuk appreciate orang sekeliling aku especially ayah, adik beradik dan "jugak orang-orang yang terdekat dengan aku"....
    loh sha..engkau dan jugak mak lang sudah semestinya ada di dalam senarai..saja tak mo disclose....Hahahaha...Apa? nak suruh tulis jugak..okeh okeh..next time will letak ur name too..okeh..

    ReplyDelete
  4. To Sob, Thanks my dear brother ..kakak pun wish all the good things for u....3 Ninjas la..I told them that u'll be back hujung bulan ni n 3 Ninjas tu muka syok gila. Excited la kunun..Hahahaha..

    ReplyDelete
  5. beb sape HN tu?aku leh imagine semua,bus station kangar,kedai makan depan bus station, kfc, best best...but miss all...uhuk

    ReplyDelete
  6. Puan Ummi..aku pon rindu sama zaman dolu-dolu..uhh huuu.about HN...it's a secret.Hahahahaha..Che Pyan pun tidak tahu...:P

    ReplyDelete