Wednesday, June 3, 2009

The next day at Sumut

Hari kedua kat sana, pepagi lagi dah bangun. Siap kunci jam 3.30 a.m tuh. Kalau kat rumah, lagi tak 6.30 a.m takda bangun punya. Memekak la alarm tu sorang-sorang. Hahahaha. Breakfast pagi tu makan roti bakar ja. Aik. Kenyang tak? Tak kenyang langsung pun. Padan muka aku. Masa dia tanya nak makan apa, aku sesedap rasa ja p request nak roti bakar. Konon nak diet la. Ha Ham Hampeh.
Gambar selepas makan Sup Lemak Ball
Aku telah jadi gemok

Tak faham langsung apa benda yang di tulis.

My Che Pyan and I

Gunung Berapi nama aku dah lupa.

Sebenarnya, malam sebelumnya kami semua sempat lah melawat Hot Spring. Hot Spring hapa. On the way nak ke situ, hujan mencurah-curah. Mengigil-gigil aku. Sejuk gila sampai rasa kat tulang belakang. Betol. Tak tipu. Tak percaya boleh pergi and rasa sendiri kesejukan yang melampau itu. Aku ni dah biasa berpanas dan berpeluh. Maklumlah, aku kan isteri penternak dan petani yang berjaya kat kampung. So, kalau sejuk-sejuk ni memang I tak boleh lah. Ceh. Nak masuk Hot Spring kena bayar 90,000 Rupiah satu kepala. Mak aii..Main ratus ribu nih. Tapi sampai ja, sorang pun tak mau masuk. Aku pun nengok macam geli ja nak masuk. Nak celup kaki pon aku tak sanggup, inikan pulak tangan yang menyuap makanan ke mulut ini. Eeeuuuw.

Konon boleh nampak Medan dari sini.
Pembohong

Orang yang tidak makan durian.
Padan muka kena duduk sorang-sorang.

On the way nak ke Medan balik, sempat la berhenti dua tiga kali. Yang paling tak best masa berhenti makan durian. Geram aku. Jeles aku. Semua orang makan durian dengan lahapnya. Aku? Aku tengok saja. Dari jauh lagi aku dah nak termuntah bau itu. Oh tidak. Tidakk. Opps. Terlebih-lebih pulak aku. Sebenarnya aku memang tak makan durian. Pernah masa mengandung aku teringin nak makan. Aku pun ambiklah seulas. Masa makan tu ok lagi. Lepas habih dah telan masuk perut, hmmm..mula dah. Bluueekk. Semua sisa-sisa durian yang seulas tu keluaq balik. Aku pun tak tau kenapa.

Restoran Trans Minang


Sampai kat Medan dah lunch hour dah. Apa lagi. Kita bedal dulu la. Nama restoran ni Trans Minang. Sebab apa? Sebab dia sedia masakan Minang la. Yang pasti, memang sedap. Awat masakan kat sana sedap-sedap hah? Semuanya menyelerakan dan menggemokkan badan. Yang paling tak tahan ada satu sup ni. Aku ingat yang terapung-apung dalam sup tu fishball tak pun chicken ball. Rupa-rupanya itu adalah Sup Lemak Ball. Wargghh. Elok la tu. Dah tinggal suku dah sup tu masa aku tau.

Kain yang keras macam guni.
Hahahaha

Nih masa kat dalam satu kedai. Mak aii. Serba mak nenek. Telekung, baju kebaya, kain batik, pelikat, kain dari pisang...hah? Betol. Tak tipu. Aku beli kain batik dengan kain pelikat ja. Che Pyan beli Baju Batik. Boleh buat pakai ke office. Kain yang aku pegang tu keras nak mampos. Salesgirl dia kata bila basuh baru lembut. Ceh. Promote lah macam mana pun. Aku takkan terpedaya. Lagipun aku nak pakai baju kurung masa bila. Tak sesuai la untuk surirumah yang Hyperactive macam aku ni. Buat jahanam kain mahal bulehlah.

Istana Maimoen

Pandangan sisi macam masjid


Koridor dia serius panjang.



Sapa nih? Ntah. Abaikan.

Ni kat atas ni gambar kat Istana Maimoen. Ntah. Tak tahu apa yang menarik kat sini. Scary pun ada jugak. Ikut kata penjaga Istana tu, kerabat ni ada kena mengena dengan kerabat Perak. Yang menarik, walaupun Istana nih dibuka kat orang awam untuk melawat, still ada lagi kerabat-kerabat yang menetap dalam Istana ni. Lagipun, hanya ruang tengah ja yang dibuka kat pelawat-pelawat.

Me and Che Pyan

Nih semua aku rembat, pastu balik rumah buang.
Kenapalah aku gatal kutip ntah.

Yahuu. Dah penat berjalan, sekarang masa untuk rehat dan berguling-guling ambil feel untuk tidur. Tapi sebelum tidur tu sempat jugak keluar shopping kat apa nama ntah shopping complex tu. Ramayana kot. Semua barang ada Diskon Lima Puluh Per Seratus. Hahaha. Yang paling menarik ada baju yang dibuat dari Organic Cotton dijual kat sini.

Organic Cotton shirt untuk Little Aiman

No comments:

Post a Comment