Lunch apa ntah. Orang lain dah terguling bergolek-golek lepas makan tengahari, aku pukul 2.30 petang baru terketar-ketar nak makan. Rindu adik kot. Maklumlah adik aku dah balik KK pagi tadi. Nak jumpa pun tak sempat. Ya lah..Nak ke Bayan Lepas bukannya dekat. Aku lena dibuai mimpi-mimpi indah. Dah la semalam hujan lebat siap dengan effect kilat sabung menyabung pulak tu. Lagilah aku seronok ZzzzZZZ. Sejuk. Takpalah. Ada rezeki, panjang umur sihat walafiat, Insha Allah pergi melawat dia kat sana.
Aiman dah beransur sihat. Tapi still kena continue buat Nebulizer tu lagi. Nasib baik sehari sekali ja kali ni. Tak lah terkejar-kejar macam hari. Nah ambik. Tiga kali sehari kena ulang buat menatang tu. Tak ka pening anak aku. Hopefully, Jumaat ni bunyi wheezing tu dah hilang terus. Aku bukan apa. Bunyi tu buat dia macam terseksa ja nak breathing. Bila aku tanya Dr yang rawat anak aku ni, dia kata benda ni biasa. Ramai budak-budak sekarang macam ni. Nasiblah anak aku masih peringkat Early lagi Pneumonia dia tu. Nasiblah Che Pyan berkeras jugak nak bawak anak aku p jugak-jugak jumpa Dr Chua hari tu. Ikutkan aku..hmmm..
For the past few days, aku memang malas gila nak mengadap benda alah ni. Aku rasa macam aku pulak nak kena demam. Oh tidak. Cis kuman-kuman. Pergilah jauh dari sini. Kalau aku tak sihat, habih tunggang langgang rumah aku ni. Silap haribulan, boleh jadi gempa bumi yang kecik dalam rumah ni dengan 3 Ninjas tu kalau tak di monitor aktiviti depa. Habis. Hancus.
Aku baru teringat la. Pagi tadi aku jumpa kereta control Che Pyan. Dah tinggal rangka dah. Biasa lah. Main dua tiga kali lepas tu bagi kat anak. Lepas anak dapat kereta tu, dibawak pulak ke rumah sebelah. Rumah siapa lagi kalau bukan rumah tok aku. Rumah tok aku ni biasalah. Memang ramai lah yang suka melawat dan berkunjung. Tok aku ni Bidan kampung. So kalau aku sakit perut, tergeliat, terseliuh sikit tu , aku lari saja p sebelah. Dulu masa first time beli basikal kat Wani, dia dengan sukarela dan sukahati telah bawak basikal tu p sebelah. Nak jadikan cerita, ada satu minggu tu kami semua satu family balik SP. Tinggallah Tok aku dengan adik aku dan jugak basikal itu. Pastu bila aku balik ja dari SP, terus aku nampak pelik dengan basikal tu. Eh. Apa pasai tayar dia macam nak tercabut ja. Barulah Tok aku cerita. Ada budak 3 orang datang ikut mak depa datang rumah Tok. Yang aku geram bila Tok aku cerita budak-budak tu naik basikal anak aku tu secara berjemaah. Hah. Setan betui la. Yang paling aku geram sekali bila Tok aku bagitau mak dia siap sengih lagi tengok anak-anak dia merperkudakan basikal anak aku yang comel itu. Apa punya orang ni. Aku memang paling pantang kalau mak bapak yang jenis macam ni. Ada lagi satu perangai budak-budak yang aku hangin satu badan kalau tengok. Kalau pergi rumah orang suka menagis-nangis nak barang orang. Lepas tu nak bawak balik pulak tu. Lepas tu mak dia tak buat apa-apa pulak tu. Hish . Geram aku. Ajar la anak tu sikit supaya tak jadi macam apa ntah bila datang rumah orang. Aku cakap betul. Kalau anak aku dah lama dah kena PANG! Sekarang ni, tiap kali kalau ada orang datang, anak-anak aku dah pandai dah. Siap simpan semua mainan depa. Kalau kawan-kawan depa dan relatives datang rumah baru depa share. Kalau orang lain, jangan haraplah.
Ceh. Penuh emosi betui hari ni. Takpalah kot. Sekali sekala. Oklah. Masa dah cukup. Aku nak main The sims pulak. Dah berapa hari dah tak main. Tata.
p/s: Sob, nanti kalau nak balik, bawaklah sekali The Sims 3 untuk kakak nooo. Meh install kat sini. Hahahaha.
blog ni pun dah byk sawang ni.. dah wat operasi mencuci lum? hehe
ReplyDeleteDalam proses..Hahahaha :P
ReplyDelete