Thursday, June 4, 2009

Milik Saya

Wah. Hari ini aku ada kerja baru. Kerja baru atau hobi baru? Hobi baru la. Hobi aku sekarang ialah menghias handphone. Hahahaha. Macam budak belasan tahun la pulak. Nak buat macam mana. Dah sticker tu comel-comel sangat. Aku apa lagi. Sekejap design ni, sekejap design tu. Lepas dah lekat tu, belek pulak handphone tu lama-lama. Lepas tu tukar pulak sticker yang lain. Wow. Rajinnya aku buat kerja yang kurang berfaedah ini. Tapi, comel sangat la sticker tu. Tak buleh tahan la. Dah la handphone aku pun jenis yang comel. Ala, jenis yang clamshell tu. Sesuai la nak letak benda yang kiut-kiut ni. Perasan tak hingat mak kepada tiga budak kecik nih. Hahahaha.

Ada banyak bentuk tau. Ada bentuk heart, lolipop, ice cream, kek comel, sweets dan macam-macam lagilah. Lepas aku dah penat buat aktiviti melekat dan menampal lepas tu menanggal dan melekat dan menampal balik sticker yang lain pulak, aku pun tinggal la atas meja komputer ni sekejap. Lepas aku datang balik... Hah..Warggh. Sticker tu hilang. Tak da trace langsung. Mana sticker aku? Cari-cari rupanya anak aku dah lekat semua dekat cermin dalam bilik tidur depa. Warggh. Itu sticker Mummy! Mana buleh ambik. Habih gam dia. Dah kurang melekat dah.

Esok aku nak suruh adik aku beli lagi. Satu sticker tu RM 1. Aku nak suruh dia beli sepuluh. Ish. Macam tamak la pulak. Ok lah. Beli 5 keping sudah. Satu untuk Wina. Satu untuk Wani. Tiga untuk aku. Yea. Hahahahaha. Aku nak beli lepas tu sorokkan sticker aku tu kat tempat yang secret-secret sikit. Tidak nanti jenoh kena berebut dengan Wani ngan Wina. Sticker itu adalah milik Saya. Ya milik Saya.

2 comments:

  1. hahaha.. berebut sticker ngn anak2.. xtvt best tu.. :-D

    ReplyDelete
  2. Best la sebab sticker tu dapat balik..Nasib baik jumpa balik..Kalau tak..hmmm..Mau jadi perang dunia ke tiga ni.Hahaha

    ReplyDelete