Saturday, July 4, 2009

Aiman and his new hobby

Ketua Kebun

Petang kelmarin cuaca was so cantik and lovely. So Che Pyan decided untuk membuat aktiviti gardening. Rasanya macam dah lama Che Pyan tak berkebun ni. Pepagi buta tu mula-mula pergi Tesco beli dua tiga jenis benih sayur. Dah rembat apa yang patut, terus Che Pyan speed balik. Tidor seround dua. Lepas tu petang baru mula aktiviti yang ditunggu-tunggu.

Best main kotor

Aiman jadi mandur

Ops ops...Sikit lagi

Aiman dah penat lah

Wuuuuu...

Aku? Biasalah. Tolong jugak. Tolong tengok. Ahhahahahah. Ok apa. Dari aku duduk terlentang dalam rumah tengok TV. Tak pun online mengadap benda-benda yang tak berfaedah ni. Baiklah aku pegi mengadap Che Pyan berkebun kan. Lagi best.

Aiman mencucuk kaki sendiri

Cucuk lagi..

Yippee..I'm playing with dirts...I'm happy..
Uhhh..mummy don't gety angry..hehehe

Tengah Che Pyan seronok mencangkul nak buat batas, tiba-tiba ja ada makhluk halus lagi kenit menyibuk. Eheheh. Siapa lagi kalau bukan My Little Aiman. Seronok sangat dia petang semalam. Bukan selalu dia boleh bergelumang main dengan tanah. Mau aku mengamuk baling kayu baling pokok habih semua aku baling sebab naik angin tengok Aiman main kekotoran-kekotoran di sekeliling rumah. Tapi semalam Aiman dapat excuse. Petang semalam saja ok.

Calon Anugerah Pekebun Terberjaya..
Ada bakat tak..?

Lepas dah puas main tu, mulalah aku pening dok pikir nak bagi mandi anak aku ni. Dah la penuh tanah lekat dekat kaki tangan. Nasib baik Aiman tak sumbat tanah masuk dalam mulut. Kalau tidak, bukan sayur tumbuh atas tanah, tapi tumbuh dalam mulut Aiman. Hahahaha. Tak lawak pun. Ok.

Oklah. Idea dah habis. Kalau goreng pun dah sampai tahap rentung hangit dah ni. Aku nak p teman Che Pyan tengok TV. Kesian dia tengok TV sorang-sorang. Abang...Wait for me..I'm coming ni....

No comments:

Post a Comment