Thursday, July 2, 2009

All about ROJAK

Selamat petang. Selamat malam. Selamat ketemu. Bahasa apa ni? Bahasa rojak atau rojak buah yang dijadikan bahasa? Sila teka. Apa yang aku merepek ni. Heh heh. Bukan apa. Semalam Che Pyan berjaya tak membeli rojak buah untuk pertama kali walaupun ditunjuk oleh aku. Baguslah kan. Bukan elok sangat pun kalau makan selalu. Lainlah kalau rojak buah ada khasiat macam nak putihkan kulit atau boleh menggebukan wajah. Tak pun memutihkan gigi. Kihkihkih. Aku termengarut lagi. Maafkan saya. Sudah berapa lama tidak menulis entry. Makanya entry kali ini kelihatan sedikit hmm... apakah ayat yang sesuai hah? Sudahlah. Abaikan.

Hari ni aku sekeluarga tak kemana pun walaupun Che Pyan bercuti-cuti selama seminggu. Che Pyan pening dan sakit kepala secara sekejap ada sekejap tak ada. Che Wina demam pun secara bersekali-sekala. Aku? Macam biasalah. Menyibukkan diri secara tak tentu hala. Wah sedapnya bunyi. Dah macam nursery rhymes pulak.

Aku harap-harap esok semua sihatlah. Bolehlah pergi berjalan-jalan mencuci mata dan bersiar-siar di taman permainan kanak-kanak sempena menghabiskan cuti Che Pyan satu minggu yang khas untuk keluarga. Eeee. Sukanya sayaaa.

Eh. Wait. About the title. Hehehe. Saja ja tulis. Tidak berkenaan sangat pun dengan entry kali ni. Sekadar penyedap ayat dan penambah perisa tajuk saja. Ok. It's Dinner. So I guess I should stop now. Kalau tak Che Pyan melangutlah pulak kat kedai mamak makan nasi bungkus pulak sebab lapar sangat bini asyik online satu apa pun tada peduli pasal hal ehwal rumah tangga. Tata. I love my family lah.

No comments:

Post a Comment