Wednesday, July 22, 2009

What Kind of World Is This?

Dunia apakah ini? Dunia apakah yang sedang anak-anak aku terokai? Dunia apakah yang sedang anak-anak aku bermain di dalamnya? Dunia apakah yang mana anak-anak aku sedang diami? Dunia apakah ini?

Dunia dimana kejahatan berleluasa. Dunia di mana tiada apa yang bersempadan. Dunia di mana pada setiap minit, setiap saat pasti ada bala bencana. Dunia yang sentiasa penuh dengan kejahatan manusia. Dunia apakah ini?

Si Peminum Arak menjadi Role Model, Si Perempuan Separuh Telanjang menjadi Ikon Remaja. Si Pemakan dan Pemberi Rasuah jadi Berkuasa. Si Pondan dan Si Perempuan berlagak Jantan ada saja dimana-mana. Sakit mata. Jenayah menjadi-jadi. Si Penjenayah semakin kejam dan bertambah kejam. Semakin ramai yang memain-mainkan hukum agama. Manusia semakin sakit. Sakit Mental. Dunia apakah yang dipertontonkan kepada anak-anak aku? Dunia apakah ini? MashaAllah.

Berikan aku Tongkat Sakti. Mau saja aku libas manusia -manusia yang jahat dan kejam ini. Berikan aku Cermin Mata Ajaib. Supaya dapat aku hindari pandangan anak-anakku dari semua kejahatan itu. Berikan aku Sarung Tangan Ajaib. Supaya aku dapat melindungi keluargaku dari kecelakaan dan fitnah dunia ini.

Tapi....
Siapalah aku...
Aku hanya seorang manusia...
Seorang ibu yang biasa..
Yang mahu anak-anaknya bahagia..
Yang mahu anak-anaknya terpelihara..
Aku tak punyaTongkat Sakti..
Pun tak memiliki Cermin Mata Ajaib..
Jauh sekali ada Sarung Tangan Ajaib..

Yang aku ada..
Sepasang tangan kurniaan Allah..
Sebagai ganti Sarung Tangan Ajaib..
Untuk aku berdoa..
Untuk aku menadah dan memohon..
Mengharap belas kasihan dan Rahmat dariNya..

Yang aku ada..
Sepasang kaki kurniaan Allah..
Sebagai ganti Tongkat Sakti
Untuk aku gunakan dengan sebaiknya..
Membawa langkah aku menjauhi laranganNya..

Yang aku ada
Sepasang mata yang biasa..
Sebagai ganti Cermin Mata Ajaib..
Untuk aku melihat Rahmat dan KebesaranNya..
Untuk aku menikmati keindahan segala KurniaanNya..

Dunia apakah ini...
Yang tersedia untuk anak-anak aku....

No comments:

Post a Comment