Khinzir oh Khinzir. Kenapalah tak letak ja H1N1 ni Virus Selsema Khinzir atau Virus Selsema B@B!. Kan senang. Semalam aku teman Che Pyan p satu Poliklinik kat Aloq Staq ni. Ni second time punya visit. First time visit amik ubat resdung sebab orang kata Ubat Resdung kat klinik ni bagus. Rupa-rupanya, doktor ni bagi ubat kampung dengan ubat moden. Patutlah. So, asap perasap, lilin melilin tak daklah dalam proses rawatan resdung ni. Semuanya dalam bentuk pil semata-mata. Nampak tu macam dah ada perubahanlah dekat Che Pyan. Kalau dulu bangun pagi-pagi mesti ada intro mau tiga empat kali bersin, sekarang ni dah tak dengaq pun. Cuma selesema sajalah yang tinggal.
Berbalik pada tajuk asal ok. Kat luar klinik tu adalah dia lekat satu note. Kat note tu tulis :Vaksin Influenza - VaxiGrip ada di sini. Aku pun berminat lah nak tanya berapa RM. Harganya ialah Flat Rate regardless budak kecik atau dewasa, tua atau muda iaitu sebanyak RM 70 tunai. Aku pun congaklah. Kalau satu kepala RM 70. Family aku semua sekali ada 5 rakyat jelata. Semua sekali mestilah jumlahnya RM 350 tunaaaaaaai. Wow. Kalau ikutkan aku yang mudah paranoid ni, hari jugak aku nak angkut satu family p poliklinik tu. Tak payah sakit kepala nak pikiaq. Tapi.... RM 350 tuh. Semuanya tertakluk pada kelulusan Big Boss. Nak kena tengok budget jugak.
So, sapa -sapa yang ada duit lebih dan tak tau nak buat apa tu, aku cadangkan p lah ke klinik yang berhampiran dan minta pendapat doktor. Mencegah itu lebih baik kan....Ok.. Tata. Aku nak main The Sims pulak.
No comments:
Post a Comment