Monday, May 4, 2009

Berkelah di Pantai yang Indah

Ayah..Tunggu kami....!

Betullll...Indaaahhhh sangat. Tak tipu..! Haahahaha.. Semalam, habih satu family p berkelah. Bukan kat pantai yang indah ok. Itu tipu saja. Berkelah kat Sungai. BUat plan last minute. Khemah pun tak bawak. Tikar tak dak. TUala lagilah tak bawak. Yang aku ingat nak bawak hanyalah pelampung-pelampung kesayangan anak-anak aku. Tu ja. Hampeh betul mummy ni.


Aku punya bekal

Bekalan? Bekalan makanan? Oh..Yang tu benda wajib. Kalau lapaq tak boleh mandi. Amaran. Mandi dengan perut kosong adalah merbahaya. Anda Mungkin dihanyutkan oleh air sungai yang tak berapa deras. Kenapa? Sebab perut anda kosong. Kenapa tak boleh perut kosong Cik Mone? Ini adalah kerana bila makan, perut kita secara automatiknya akan mengembung. Bila perut mengembung, badan boleh jadi pelampung. Tadaaa.. Pelampung kan boleh terapung-apung? Tak percaya? Sila rujuk Buku yang bertajuk Teori Mone : Cara untuk Melingkupkan Diri Sendiri yang terdapat di pasaran sekarang okeh.

Tinggalkan semua itu. Kita ke bab yang seterusnya. Macam hebat sangat aku ni. Kehkehkeh. Dah sampai kat sungai tu, ingatkan tak da manusia lain dari spesis yang sama jenis nak bermandi- manda. Rupanya sangkaan ku ini meleset sama sekali. Ayat drama lagi ni. Orang ramai wa cakap lu. Cuaca mendung ni. Ingatkan sejuk-sejuk nak hujan ni semua orang pakat tarik selimut sampai tutup kepala nak tidoq. Rupanya ramai jugak yang syok nak mandi sungai. Orang lain semua dah siap masuk dalam sungai. Aku ja yang terhegeh-hegeh makan nasi lemak la, kerepek pisang la and not to forget my cupcakes la. Lepas tu nak mandi, rasa sejuk pulak. LAst sekali kaki ja mandi. Sejuuuuk.. Mau deman budak-budak kecik ni satgi.


Satu, dua...Mula...!


Yea..Aiman menang....!

Lebih kurang dalam 15 minit main kat sungai tu, hujan pulak turun. Kelam-kabut lari macam tak cukup tanah semua. Habih dah! Habih la anak aku basah kuyup kena hujan ni. Padan muka mummy dia. Nak sangat pi mandi. Tapi yang pasti, Wani, Wina and Aiman memang seronok sangat petang semalam. Happy! Happy! HAppy! Balik rumah habih semua terbongkang...letih. Yang bawak kereta letih. Yang jadi co driver lagi letih...Letih duduk saja...Jangan marah Che Pyan. I know you are so tired yesterday ok. Anyway, Thanks Ok..I love U so much.. :)

2 comments:

  1. wah!epy betoi sume org?

    ReplyDelete
  2. Yea Yea..Memang happy..Oklah kan. Bukan selalu boleh buat camni..

    ReplyDelete