Wednesday, May 13, 2009

Jom Starfall

Disebabkan beberapa hari yang lepas aku telah banyak menulis benda -benda yang crappy dan sangat tidak berilmu, hari ini, aku dengan semangat baru dan berkobar-kobar telah mendedicatekan satu entry yang berilmiah khas untuk ibubapa yang ada anak yang lebih kurang sebaya ngan anak aku. Untuk hari ini sahaja. Kalau nak lagi entry berilmiah, pandai-pandai la surf sendiri.

Aku tak la rajin. Pun bukan dalam kategori pemalas yang terlampau. Aku cuma seorang surirumah yang tak berapa sibuk dan kadang-kadang mensibukkan diri sendiri dengan membuat benda-benda yang membuang masa yang kadang-kadang tak berfaedah. Di sebabkan my little kids pun suka sangat duk mengadap benda ni,kadang-kadang tu sampai tak makan pun takpa, aku start browsing untuk cari educational punya website yang sesuai untuk anak-anak aku. Dalam duk mencari tu, aku terjumpa lah satu website ni. Starfall.

Memang menarik dan sangat interctive. Superb. Kalau disuruh aku bagi markah atau pun bintang emas, mesti aku bagi 10/10 atau 1000 Bintang Emas khas untuk Website ni. Dalam banyak-banyak site yang aku dah browsed, aku rasa inilah yang paling best dan sangat user friendly. Tau sajalah bebudak. CEpat sangat dah boring. Cuba bagi kat budak-budak kecik main game tembak-tembak ka, game baling-baling ka, game bunuh binatang ka, sure tak boring dok mengadap pc. Jadi untuk mak bapak yang tak mau diganggu oleh anak-anak buat seketika dan dalam masa yang sama anak-anak buat benda yang berfaedah trylah bagi anak-anak mengexplore website ni.

Kelebihan:

It's FrEE, FRee and FrEe

Sangat Interactive

User friendly

Menarik dan colourful

Sangat Fun, FUN FuN..

Aku pulak yang terlebih lebih..Trylah kalau tak percaya...

2 comments:

  1. tq for the info...aku suke...bagus la ko ni...nanti anak aku balik dr taska aku show kat dia mesti dia suka...huhu

    ReplyDelete
  2. sama-sama. yea yea..mari kita membagi kanak-kanak kecik belajar sementara kita boleh berehat dan berehat dan berehat lagi..

    ReplyDelete