Hari ini hari Sabtu. Hari ini saya bekerja. Dengan tidak rela hati saya bekerja. Saya terpaksa buat OT. Saya tidak diberi kebenaran untuk bercuti pada hari ini.Dah la fail bertimbun-timbun. Selonggok hujung sana. Selonggok hujung sini. Bos saya sangat garang. Jadi saya bekerja dengan tekun hari ini. Pada waktu makan tengahari saya telah ke pejabat Buruh untuk membuat aduan tentang Bos saya. Saya juga bercadang untuk memfailkan saman dan menuntut gantirugi sebanyak RM10,000 kerana tidak dapat bercuti hari ini. Mana boleh! Semua orang cuti, saya pun nak cuti jugak. Takkan saya nak duduk mengadap kerja saja. Family saya pun perlukan kasih sayang dari saya. Saya nak cuti. Saya nak cuti. Saya mahu cuti. Tapi bos Tak bagi. Bos kedekut cuti....Ok Bos. Nah surat berenti kerja. Saya resign dua puluh pat jam effective tadi lagi. HahahahahKahkahkahkahHiiHiHihi..ni dah mengilai ni..eee.. Takut. Ni kalau Che Pyan baca Mampoooss...Mau kena tembak pakai M16 ni. Sorry Boss. Gurau sikit.. Jangan marah.
Surirumah ada public holiday? Mana pernah ada istilah tu. Tak pernah wujud pun. Kalau pun wujud, aku yang cipta sendiri cuti tu sesuka hati.Mana ada surirumah bercuti. Surirumah pergi holiday adala. TU pun dengan Tuan Rumah dan anak-anak Rumah. Eee pening aku baca ayat yang aku taip sendiri. Selalu hari Sabtu aku jarang masak. Bukan sebab aku sibok, tapi sebab aku malas. Ya la. Kalau aku sibok kat dapur, sapa nak layan Che Pyan ngan anak-anak? Ada kenal sapa-sapa nak tolong? Tengok? Tak dak kan? Aku jugak la. Bukan apa. Hari Sabtu ja la boleh spend masa betul-betul ngan family. Hari Ahad asyik nak merayau ja. Tu tak kira nak berwindow shopping lagi.
Since Che Pyan dah dua hari berturut-turut makan malam dengan makanan yang bukan homemade (semenjak hari Khamis tuuuuu..) , aku pun dengan rasa yang amat rajin telah memasak pada hari ini. Sedap wooo..Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..Tengoklah apa yang aku sediakan untuk lunch hari ni...ErrrKkk..Sorry..terlebih kenyang..
Inilah makanan untuk lunch tadi. Huwarrgghh..dah menguap dah. Ngantuk dah ni. Esok dah nak kena bangun awal. Nak kena pergi Pejabat Imigresen. Urusan pasport. Enggak percaya? Iya dong. Gue kangen sama orang kampung gue. Mau nggak ikut balik kampung? Nggak bisa? Pang...Nah penampaq sebijik. Nak sangat cakap bahasa ITU. Ni lah pengaruh Tv. Bukan salah aku.Tv yang salah. Aku tak salah. Aku tak salah. Aku tak ZzzZZzzZZZZZZzzZZZ..........................
amboiii.. dah praktis cakap Indon nampak?
ReplyDeletepractice itu menjadikan perfect..ngehngehngeh..
ReplyDeletemone,aku suka cipta cuti...atleast 3hr, dlm 3hr tu mcm2 aku buat shopping,spa,mkn2 without husband n sons...kalo tak mogok...tapi sebulan sekali jer...tq encik suami
ReplyDeleteBagus ummi. Hang memang best. Cipta cuti sendiri. Aku pun dengan ini mengisytiharkan secara rasmi yang public Holiday aku jatuh pada hari Sabtu setiap minggu setiap bulan. Suami hang baekkk.Hang so lucky.
ReplyDeleteTake note che Pyan: Me cuti on this Saturday.
ha2..kalau org lain yang layan cik bos..bahaya la...
ReplyDeletebahaya...memang bahaya....:-)
ReplyDelete