Aduui. Sakitnya perut aku pagi. Ni mesti sebab aku makan jamu tu. Panas nak mampos tekak aku. Mau satgi tonsil bengkak pulak. Aku pepandai ja p tambah dos semalam. Sepatutnya aku makan sebijik ja. TApi entah pasai apa tetiba menggatal nak tambah lagi setengah kerat. Padan muka aku. Satgi siap la kena pergi berperang. Tekanan.
Yea. Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. HARI SABTU. Yea. Che Pyan cuti. Yea Yea. Seronoknya. Seronok sehingga tak terkata apa-apa. Ceh. Macam menang loteri ja aku ni. Tapi hari ni baru hari Khamis. Ada lagi 48 jam nak ke hari Sabtu. Ada lagi 2888 minit. Hah. Ada lagi172800 saat. HAH. Lamanya. Warggh. Tekanan.
Semalam Che Pyan balik lewat. Lebih kurang pukul 9 baru sampai rumah. YA Allah. Apsal lambat ni. Aku ni dah separuh pengsan dah lapaq nasik. Padan muka aku. Makan sorang-sorang tak mau. Nak tunggu Che PYan jugak. Padan muka aku lagi sekali. Dah la menggigil dan menggeletar kelaparan kalahkan orang Afreeeka lagi. Salah siapa? Aku jugak. Tapi En Tuut lagi salah. Tahu la anak bini dia tak dak kat sini. Jadik Lone Ranger. Apsai he has to drag my Che Pyan along with him just to minum Teh susu yang mengambil masa selama 1 hour. Hangin satu badan. Kipas berpusing pun tak terasa angin lagi dah. Dah berapa kali dah dia buat camni. Cukup-cukup la buat perintah berkurung kat office tu. Takkan lepas office Hour pun ada perintah Berkurung lagi. Bagi la aku peluang nak bersenda gurau ngan Che Pyan pulak. Tekanan. Tekanan.
Omg. Esok hari Jumaat. Baru ja aku teringat. Mak mertua aku ajak balik rumah dia. Suruh balik ambik buah mempelam. Baju haram satu helai pun tak kemas lagi. Esok mesti lepas Che Pyan balik kerja terus nak gerak. Alamak. Baju tak lipat pun selonggok sana, setimbun kat sini. Banyaknya kerja aku hari ni. Banyaknya Dateline nak kena siap ni. Banyaknya. Tekanan. Tekanan. Tekanan. Tekanan.
Malasnya. Baik aku p dapur makan. Apa apapun, sebelum nak buat kerja kena recharge dulu. Makan kenyang-kenyang then baru buat kerja. Baru kerja boleh siap dengan cepat dan tepat pada masanya. Pastu boleh main The Sims pulak. Ngehngehngehngeh.
boleh ke, nak siap keje cepat², supaya dapat main The Sims?
ReplyDeleteBoleh ker?
Boleh ker?!
p/s: apsal Shahida lepas siap keje x leh main The Sims gak kat opis nih? INI TAK ADIL!!!
Malaysia boleh, I pun Boleh, Semua boleh..
ReplyDeleteHang tau pasai apa hang tak leh main?
Sebab hang tak install game tu...hish..Hang nak adil hantar notis berenti keja 24 jam. Boleh main game sampai muntah.