Saya sedang menunggu.. Ya..Saya masih menanti kunjungan yang tak tiba-tiba. Benarlah apa semua orang kata. Penantian itu suatu penyiksaan. Aduh sakitnya siksaan ini. Adoi...! Nah...Amik sebijik penampaq ni...
Pagi-pagi buta lagi dah mengarut. Mengalahkan tukang karut. Apa kata aku p daftar pejabat buruh minta kerja sebagai tukang karut. Ada kosong x? Tukang cuci, tukang kebun, tukang laundry, tukang sapu, tukang menjaga budak yang tak berapa kecik...sebut ja. Semua aku dah jadi. Tak sampai-sampai lagi. Lama sungguh. Lama bebenor kalau orang Perak kate.
Apakah kereta yang berkuasa enjin turbo itu sudah bertukar menjadi kereta lembu. Ataupun kereta lembu yang dipandu arah oleh lembu-lembu itu sudah bertukar menjadi kereta siput B@&!(opps...maaf...kereta Snail). Aku tak pasti. Che Pyan sendiri pun tak pasti. Yang paling pasti, sebab aku lama sangat menunggu, perut sudah lapar. Perut ini sudah mintak di isi. Aku mau makan.
Pon! Pon! Itu dia..Che Pyan sudah balik dari membawa Aiman berjalan-jalan sekeling rumah (bila masa pulak naik kereta ni?) . Namun mereka-mereka itu masih belum sampai lagi..Dan aku masih lagi di sini. Menunggu untuk makan. Nak mengoggle cari Cermin Mata Hitam pun sudah tidak berminat lagi. Aku lapar. Dan lapar lagi..
Hish..Tak boleh jadi ni. Makan roti empat segi cicah Milo pun sedap jugak. Hmmm.nyum nyum.Frosting pun berlambak lagi..Huii..Oklah..Dah tak tertahan dah menahan seksaan nafsu lapar yang sangat hebat ini..Chiiiaaauuuuuuu....Dapur..Here I come! Wo lai le..
Badan sekeping pon kuat makan ke?
ReplyDeleteNafsu itu ada pelbagai...hahaha
ReplyDelete