Sunday, February 27, 2011

With All my Heart

Dear CP,
Thank you so much darling for the 'L' that you gave me. Love it. Love it. Love it. I'll jaga the thing with all my heart ok. Thank you and I love u.



P/s: Check out Mad Deal Of The Day: RM10 instead of RM17.70 for 3 Texas Ted Chicken Regular at 1901 Hot Dogs, Suria KLCC. Grab this MAD deal today! Click here for more info.

Thursday, February 24, 2011

Sisi Gelap Seorang Isteri

Pagi ni bersarapan kerepek pisang + roll seketol + air masak 2 cawan. Tak da mood nak buat nasi goreng atau nasi lemak atau mihun goreng atau mee goreng atau apa apapun. Aku malas. CP pagi tadi ke tempat kerja dengan perut separuh kosong. Separuh lagi dah diisi dengan air teh susu secawan. Semenjak berniaga kecil kecilan ni, memang tak sempat nak buat breakfast yang debom dekat CP. Alih alih, 'abang amiklah roll tu sebijik dua'. Wife sapa ni. Apa ni. Hissh. Memanglah CP kata takpa. Dia boleh makan kat kedai. Tapi tak seronoklah. Pun dah tiga malam berturut turut aku tak masak untuk makan malam. Tak guna. Tak boleh jadi ni. Nehi kabhi nehi. Cannot like this lorr.

Minggu depan nak try buat breakfast macam biasa balik. Kesian CP. Kalau tekak sama macam kanak kanak kecil tiga orang tu senanglah. Makan Quaker Oats atau Nestum atau mushroom sup cicah roti pun dah boleh kenyang. Ya. Me sucks. Me will change. Me will try. Insaf dah. I am so so so sorry. I sayang u CP.

Eh. Lupa lah. Kerja rumah berlambak lagi tak selesai. Aku berangkat dulu. Tata.


Monday, February 21, 2011

Tahniah. Me and CP dapat cucu.

Thanks to my loving broadband for being so super duper slow like no other and 'sekejap ada sekejap takda'. Sometimes, I even have the thought nak cabut dan lempaq buang dalam tong sampah ja, but then I realized that this is the only broadband that we have buat masa sekarang. Kontrak pun tak habis lagi. Dah lah mahai. Ceit.

Cerita lain pulak.

Wilma dah beranak. Hooray. Hip hip hooray. Aku ngan CP dapat cucu. Wilma beranak tujuh. I don't know if the babies will survived or not. Mak dia tak bagi susu langsung. Kedekut taik hidung masin betui mak depa ni. Been thinking nak bagi susu Aiman sikit tapi kalau baby rabbit tu semua mati, mesti salah aku. Tunggu CP lah. In the meantime, aku terpaksa jenguk jenguk takut Wilma terpijak anak anak dia. Harap Wilma and her babies akan sihat dan gemuk.

Cerita lain juga.

Last week ke Lata Mengkuang dekat Sik. Orang duk kecoh sana sini dengan kencing tikus, tapi tak. Kau degil jugak nak pergi berkelah kat tempat tempat camtu. Alasan.... 'Kesian kat anak la daling. Asyik sebut ja nak pi berkelah'.
Tapi Alhamdulillah tempat tu tak affected and related pun dengan kencing tikus aka lep-apa-ntah-sis. Ntah. Aku tak reti nak eja. Lepas dah puas mandi manda, sempat singgah sat kat Beris Lake Vineyard. Ladang anggur dekat Beris. Anggur dia sedap tapi tak banyak pilihan pun. Mungkin belum musim dia lagi kot. Gambar ada banyak, tapi malas nak upload. Dah lah broadband macam #$%^&@. Buat sakit kepala menunggu loading. Baik aku ZZzzzZZZ. Tata.

Ps: Win yourself prizes worth up to RM40,000 by playing Milo Fuze Jam-Pack through Facebook. Click here for more info.
 

Wednesday, February 9, 2011

Menggelupur dan menggeletar

Been helping my brother with his part time work membuat kueh bergulung. I woke up around 5.30 am setiap hari sekarang ni just to make kueh gulung with my brother. Sementara meunggu azan Subuh, sempatlah jugak menggulung tiga empat bijik. Lepas ni, kalau Sob dah nak balik semula ke KL, tak taulah macam mana nak buat kueh gulung. Siapa nak hantar. Siapa nak ambil. Siapa nak beli stok. Huih. Penat jugak kalau nak menggelupur sorang sorang buat benda ni. Pagi pagi hari, Wani nak bersiap ke sekolah. CP nak ke tempat kerja. Wina nak ke tadika. Menggelupur lagi aku. Baik ZZzzzZZzzZZZZZzzzZZZzzzZZzzzZZZ.

We received our 'E' last Thursday. Lepas dah check kiri kanan depan belakang, dah puas hati semua terus bawak balik ke SP. Bawak mak jalan jalan dengan E. Ada few small problems yang perlu direfer kat SC nanti. Tinted macam t@&!. Menggelembung sikit. Tapi tu tak da hal sebab under warranty. Gear knob macam tak serupa dalam booklet atau aku dengan CP yang rabun. Ntah. Tak tahu. Akan ditanya jugak hari Sabtu ni. Bila bawak atas highway, rasa macam ada angin lalu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu. Macam mana angin boleh masuk padahal tingkap semua tutup rapat. Atau adakah CP bukak aircon terlalu kuat sampai terasa geli geli kat telinga. Ntahlah. Tak tahu. Serah pada yang expertlah.

Saban hari semakin ketagih main game Settlement Collasus. Padahal game macam standard kanak kanak pra sekolah. Serius. Tak boleh berhenti main wooo. Sikit lagi ja nak habis. Kang dah habis, aku nak main game lain pulak sampai muntah, sampai muak dan sampai aku menang. Ok cukup. Sebut ja nama game terus menggeletar nak main. Tata. Aku nak jadi Pemenang.

Monday, February 7, 2011

Selamat Memasak

Kadang kadang, bila tengok lama lama curtain kat dalam bilik, rasa macam duduk dalam rumah hantu pulak. Dah la berwarna gelap, ada spider siap bertenggek lagi. Tugas nak menyapu sawang memang akan diangkat bendera putih. I Give Up. Tak da daya nak mendongak melangut kepala lama lama. Tunggu  CP lah jawabnya.

Cuti Chinese New Year tak berjalan ke mana manapun. Lagipun adik beradik balik berkumpul. Banyak benda nak bersembang especially with my Sis, Tiah. Semalam dia dah balik. Sunyi pulak tengok sekeliling. Adik bongsu, Fikri pun dah balik asrama. Dah tak boleh nak buat lawak bodoh dan menyakat adik adik. Huhuhuhu.

Semalam, went to KMC to visit mt step mom. Harap harap, pembedahan dia yang dijadualkan pagi ni berjalan lancar. Amiiiin. Tok pulak InshaAllah hari Sabtu ni buat mata yang sebelah kanan pulak. Semoga tok dan mak kembali sihat dan ceria. Dah. Nak jadi Chef pulak. Sat lagi Wani balik sekolah lapau lapau lapau. baik aku buat siap siap sebelum dia mengamuk macam kena histeria sebab lapau. Tata. Selamat memasak.

Tuesday, February 1, 2011

I Need A Time Out

Masa sangat pantas berjalan. Dah beberapa hari tak dak mood nak menulis blog. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kanak kanak ,Wani and Wina..... phewwww...... dari rumah ke sekolah, dari sekolah ke rumah secara berselang seli dan berulang alik buat aku rasa malas nak ngadap apa apapun. Binatang ternakan pun 'butuh' kasih sayang dari aku. Rasa macam sesak nafas. Help me! Help! Help! I need some fresh air or wait a minute....maybe I need a VACATION! Yes. That is what I need!