Wednesday, January 30, 2013

Mari bersama sama betulkan niat

I read somewhere on the net stating that fesyen tudung sekarang nidah jadi macam badut. The colours itself pun dan macam badut. Jangan terlupa tengok layer nya pulak. MashaAllah. Berlapis lapis sampai meliuk liuk tudung tu masa berjalan bak catwalk kat hadapan orang ramai. Mana sifat kesederhanaan kita. Apakah niat kita pakai sebegitu. Tak perlulah sampai nak harap orang pusing tiga empat kali tengok. Tudung dah mahal, pendek pulak tu. Defeat the purpose tahu!

Tuesday, January 22, 2013

Gatal tangan

Kenapa nak menyusahkan? Apa perlunya ucapan berjela jela berjam jam lamanya yang ntah apa apa yang sudah semestinya berbaur politik jadi bebanan telinga. Masa itu emas. Panggil sajalah mak bapak, buat ucapan seringkas mungkin dan terus ke tujuan utama. Itu taxpayer's money. Bukan duit mak bapak hang, konon konon hang la bg sumbangan. Lagi afdal kalau buat macam tahun lepas panggil ibu bapak datang amik terus dari cikgu kelas. Mudah dan tak menyusahkan! Orang pun tak benci dan meluat dengan yang berucap. Selesai.

Dari atas sampai bawah, perangai sama saja. Mintak sponsor duit sana sini, lepas tu buat sesi sumbangan kononnya dia lah yang bagi. Pemurah nya. Pemurah sangat. Orang orang kampung yang tak tahu apa apa puji bagai pelangi, padahal tak tau cerita sebenar. Baguslah. Budaya mempromosikan sumbangan dan bersedekah secara riak. Semua nak menunjuk. Semua nak orang tahu dialah yang pemurah, dia lah yang baik.

Cepatlah. Tangan dah gatal nak mengundi.

Asyik asyik Syafiyah

Since dua orang kakaknya sudah tak mau bergambar dan menjadi semakin pemalu, Syafiyah menjadi mangsa keadaan. Aiman pun ada masa masa jugak dia nak bergambar. Budak budak. Lain anak, lain ragam. So, memang asyik asyik Syafiyah lah. Heeeeee. Nasib kamulah Syafiyah. Mummy tak dengaq pulak Syafiyah kata tak mau mummy dok snap gambaq. Redho ya. Heheee.

 
Mulut belemoih makan biskut.


 
Sedapnya biskut.


 
Abang, jangan habaq kat mummy tau. Syhhh.


 
Heh, ni biskut saya! Tak boleh share.


 
Ada lagi tak biskut?


Few more days, she'll be 9mo. Time flies so fast. Thank you Allah. A healthy baby, my three wonderful ninjas, a great companion, lots of love, good health and great family. I could not ask for more





Friday, January 18, 2013

Lets play Fashion Story.

Listen. Let me speak. Let me, let me, let me speak! Oh ho ho. The 'listen' viruses are everywhere. Truly contagious and widely spread. Ni lah jadi bila rasa diri hebat dan orang lain kecik macam semut ja. Nuff said.

Rather than seeing most of my fb's friends whining, complaining this and that bla bla bla bla, I'd prefer to play Fashion Story via Mr Tabby . Thats better. Add me @ missmones. We can be neighbours.



Monday, January 14, 2013

Breakfast Disaster.

Cek mek molek deme. Semalam, bergilir gilir dengan Cp menggendong bayi comel itu. Menangis macam kena gigit. Alhamdulillah, hari ni much much better than yesterday. Berperangai baik dan tak meragam langsung. Terima kasih Syafiyah.

Breakfast hari ni sangat banyak kalori. Burger. From bread to beef patty, semuanya adalah homemade. The verdict ~ TAK SEDAP. Tasteless and lack of some flavour yang sepatutnya ada. Cuba lagi lain kali ok Mone. Thank you so much darling Cp yang sedaya upaya cuba menghabiskan walaupun tak habis. Kakaka. I am not giving up. Will definitely buat lagi.

Forgive, perhaps. Forget, never.

Ok. I get it.  I may be a bit too far and too much back then.I truly understand the phrase ' Forgive, perhaps. Forget, never'. Wish you all the best!!!

Sunday, January 13, 2013

Tolonglah buat U Turn sekarang. Sempat lagi...

Tak faham dan tak sangka. Kenapa perlu gelar manusia yang kita tak suka anjing? Kalo tak setuju angin pun dan tak suka cara pemikiran, hormatlat sikit pada usia mereka. Tentu mereka sebaya bapak dan datuk kamu mungkin? Dari cara bahasa dan penulisan pun sudah tahu mentaliti puak puak ni macam mana.

 Senang kata, mereka mereka ini BIADAP lagi MENJENGKELKAN. Hanya kerana nama dan duit, sanggup buat apa sahaja. Memfitnah, melaga lagakan orang dan jugak suka makan dan bagi duit haram. Na'uzubillah.

Monday, January 7, 2013

Syafiyah ~ 8 months

Macam biasa. Hari persekolahan untuk kanak kanak. Yang tinggal cuma Cek Mek Molek dan aku saja di rumah. Senyapnsunyi. Kedamaiankah atau kerinduankah? Selalu pagi pagi bising dengar suara Aiman ndak itu ndak ini. Sekarang Aiman bising kat tadika pulak. Adik Syafiyah tak pandai cakap lagi. Yang ada keluar bunyi arghhh, buuu, baaaah, yyaah, dan mmmah. Comel sangatlah bunyi macam tu.

Minggu ni pun budak budak dah start mengaji. Alhamdulillah, selang beberapa bijik rumah saja tempatnya. Mudah.

Oh ya. Syafiyah sekarang dah  8+ bulan. Cepatnya masa berjalan..







Ok. Itu saja. Sekian.

Thursday, January 3, 2013

Semasa dan selepas hujan....

Hujan lebat di pagi hari. Mendung yang tak sudah sudah, membawa hujan. Sejuk sangat hari ni. Sabarlah Mone. Selepas hujan pasti ada sinaran cahaya matahari dan pelangi. Senyum.

Dah beberapa minggu mensidai baju di dalam rumah. Terima kasih Max Kleen UV dan Downy. Kombinasi kamu berdua memang terbaik.

Wednesday, January 2, 2013

Tangan cepat sangat..

Oh my. Shoot me! Tersilap. I was thinking  to send Cp this lovely song, Theoretical Love, and I did. But then, there it was, I can see clearly that the link was publicly displayed on his FB timeline. Cepat cepat I deleted the link. It was supposed to be just between me and him. Next time, be careful Mone. Kang malu sendiri.

Perempuan ini memang...

Oh duit. I like you.
Had a conversation with darling Cp.

Me: Abang, nak seribu boleh?
Cp : Heh, nak buat apa?
Me : Nak beli handbag.
Cp : Hah?

Nasib tak da cap lima jari. Kakaka. Buang tabiat apa bini aku ni. Mesti Cp cakap macam tu.

Heh, aku pun ada napsu jugak. Nak beli itu, nak beli ini. Apa, surirumah cam aku tak boleh ndak itu ini? Ini tidak adil! Pang sekali. Kasi diri sendiri sedar. Hehheh.

Jujurnya, aku seorang yang cerewet dan suka mengarut. Ditambah pulak dengan obsesi pada makanan. Combination yang bagus bukan? Tapi, aku juga sukakan kesederhaan. Apa itu?

I love shoes. Tak bermaksud aku kena stock up banyak banyak supaya sesuai dengan statement ' i love shoes' itu. Aku tak beli kasut setiap bulan. Maaf, bagi aku itu satu kegilaan yang sangat terook! Aku sangat pentingkan keselesaan aku untuk bergerak, bermain kejar mengejar dengan ank anak dan kasut yang tahan lasak dan berkualiti adalah jawapannya. Boleh tanya Cp macammana terooknya aku bila bab mempilih kasut. Kelambatan, kecerewetan dan selalu kehabisan size ideal. Rupanya ramai jugak kaki size macam aku. Comel.

Begitu jugak dalam bab beg tangan. Semua perempuan mesti suka kan? Bagi aku, asal cukup muat untuk aku sumbat serba mak nenek brg peribadi aku, itu sudah memadai. I love Cath Kidston bags! Sangat berkualiti, tahan lasak dan bercorak comel. Ya, sungguh comel. Satu atau dua beg tangan bagi aku sudah memadai untuk memenuhi keperluan aku. Asal masihh elok, warna tak pudar, tidak koyak , serbaguna dan tahan lasak. Itu ja yang penting. Sila percaya.

Aku rasa berbaloi aku belanjakan duit lebih kepada makanan! Lebih kenyang. Itu sebab aku gemuk. Maaf, aku tak pandai nak labur melabur atau beli gold bar bagai. Itu aku serahkan pada Cp. Dia lebih tahu. Itu bidang dia.

Aku tak percaya yang selama ini aku banyak membazir. Bila fikir balik, rasa macam nak flasback dan buat semula supaya apa yang aku beli tidak menjadi sia sia. Oh, itu cuma angan angan. Macam mimpi ngeri tengah malam. Bila bangun pagi, semua kembali ke alam nyata. Hmm, that's life. Face it.

Dah. Macam biasa, bila tiba hari persekolahan, aku jadi sibuk. Eh, tak tak. Aku bukan cikgu. Aku surirumah sepenuh masa. Banyak lagi benda nak kena buat. Baju setinggi gunung menunggu, pinggan mangkuk dah menangis minta dibasuh, lantai perlu disapu, itu ini begitu begini. Oh, banyak lagi rupanya kerja aku. Ok, selamat pagi. Sekian.