Tuesday, June 29, 2010

Take Charge of Your Life Now..

It breaks my heart so much to see him that way. It breaks my heart into million and gazillion pieces when I looked at him everyday. I love him. Though I may seem a bit tough and rough towards him, but I love him. He's my youngest brother. The last legacy that my mom left for us to take care of. What do we do with him? What have we done to him? What can we do? What will we do? It seems like nobody care for him. He's left in his own world. My youngest brother. My poor little brother. Sometimes I wish that my mom was still alive. She left him when he's just 7. Poor him. I wish he knew that we loved him so much. I wish he knew that life was not that same when he finished his high school. I wish he knew that he can never turned back time whenever he wishes to do that. No! I don't want him to regret for each and every single step that he takes.Not now, not in the future. Life is not as easy as you see my dear brother. It's not as easy as you think my dear brother. You have to work hard. You have to show that you're strong. You have to show that you're worth it. You have to prove that you are as good as anyone else. Can you do it? Will you do it? It's your life adik. Take charge of your life now.You may not have the feeling of regret now, not in a few years, but it will hunt you down for the rest of your life!

Monday, June 28, 2010

Mengekor Lagi

Hari Jumaat pagi bertolak ke rumah mak mertua kat Sungai Petani. Sempat la duduk tiga empat jam. Lepas tu pukul 4.30 petang gerak ke Gurun ke tempat kerja CP. Duduklah melangut dalam kereta sampai setengah jam sebab semua budak budak ZZzzzZZ. Kesian pulak nak gerak. Habis kerja CP, kami pun tanpa buang masa terus straight ke Pusat Latihan KEDA dekat Sik. Bank Pilihan Anda cawangan Gurun kena jadi tuan rumah untuk Program Skor A PMR. Sampai ja kat situ, terus melangut dalam bilik empat beranak. CP pulak sibuk kena buat kerja dia. Tak kisah. Janji dapat sedut udara segar. Dah la tempat tu dekat kaki bukit. Sejuk woooo. Nak mandi pun rasa malas. Malas nak tulis banyak banyak. Nak simpan tenaga sikit buat main The Sims. Tengok gambaq sudahlah.

Sementara tunggu ayah, kita baca buku dulooooo..
Serabut serebeh habis rambut Wani Wina kena tarik ngan Aiman


Bosan duduk dalam bilik..
Main kat luaq sat empat lima minit


Apa punya stail Wani ni duduk mencangkung


Wina, Wani, Me and Little Aiman

 Lagi sekali.


TATA

Gunung Kristal

Khamis lepas dengan tak malunya angkut anak kecik ajak bapak serta Mak Nak serta adik perempuan kecik ke Gunung Keriang. Nasib Wani ngan Wina ke sekolah. Nasib baik bapak nak jugak melayan karenah anak dan cucu. Bukan nak beli apapun. Nak tengok kalau ada tudung cantik catik atau kristal yang berkenan di hati. Lagipun kalau nak kesini dari rumah lebih kurang 15 minit ja. Pasar Tani kat kaki Gunung Keriang ni bukak setiap hari Khamis. So tak da harapanlah kalau orang yang makan gaji kerja dari Isnin sampai Jumaat, pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang nak jejak kaki kat sini melainkan pada public holiday atau pun suka suka hati nak tipu bos amik MC semata mata nak ke pasar tani kat Gunung Keriang ni nak tengok atau shopping kristal lip lap lip lap kat sini. Fuh. Penat weh. Panjang gila ayat.

 Sikit lagi nak sampai..
Dah nampak dah Gunung Keriang tu..


Bapak bawak ikut shorcut.. 
Kena merentasi hutan belantara dan semak samun..


Habih gondol...


Gondol jugak ...
Kesian ...


Gondol setempat..

Kat sini batu kristal dia banyak yang mentah dan jugak yang dah siap digilap dan jugak dikikis apa yang patut supaya cantik mata memandang. Rega pun tak mahal sangat. Dulu masa study kat Shah Alam pernah jugak sekali tergatal tangan nak beli kristal nak bagi hadiah kat mak, Rega lebih kurang RM 45 sepokok kristal yang comel sebesar tapak tangan siap dengan buah kristal bergayut gayut. Kat sini boleh dapat separuh harga. Benda sama ja. Asal dari Gunung Keriang ni jugak. Kalau nak tengok gambar gambar kristal yang comel dan lip lap lip lap memang tak dak lah sebab tak beli pun masa pergi hari tu. Tak da yang berkenan. Tapi rasanya kalau pergi pulak, teringin jugak nak cari rantai kristal yang sampai labuh ke perut. Kakakaka. Tapi semua tu kena order dulu. Custom Made, Hand Made, Made in Gunung Keriang. Kakakakaka.

Wednesday, June 23, 2010

Selimut Gebu from Tesco

Few days ago, I bought this super duper soft and cute kids fleece blanket at Tesco. The price? It's very damn cheap. Ya lah. Bukannya microfleece. Kalau microfleece mau berpuluh ringgit selai. Ringgit Malaysia Sebelas Ringgit Sembilan Puluh Sen Sahaja Tunai. Ehehehehe. The pattern is very cute and adorable. Unfortunately, it has only two colours available. One is in pink with cute heart pattern and the other is in blue colour with star pattern. Blanket budak! Murah Murah! Jom pi beli! Jom pi Tesco! Vrooommmm.......

Comel dan Gebus
Pandangan Senget


Cute
Pandangan Kurang Senget



I love thissssssss pattern sooooooooo much!
Love Love Love


Love this pattern too. Comel Momel.

Stop Right There

Stop blaming yourself. Stop blaming yourself atas sikap kebebalan orang lain. Berhenti jugak menyalahkan the whole team when one of the team member tu memang sangat bermasalah. Berhenti di situ. Kalau sekali buat salah, kita pahamlah yang benda tu mungkin tak disengajakan. Dua kali buat benda yang sama, kita boleh tolak ansur lagi. Mungkin terlupa agaknya budak ni. Tiga kali buat salah kita dah start tanya diri sendiri, ' apa nyanyuk sudahkah budak ini? ' . Lepas tu asyik letak kesalahan kat orang lain sebab tak berjaya nak ubah sikap budak tu. Lepas tu asyik PSYCHO kepala otak orang suruh admit yang kita ni dah failed. Kita dah failed. Dia failed, kita pun failed. Apa ni? Nasib baik si penyalahkan orang ni bukan  kaunselor. Kalau tidak......

Kita dah tunjuk jalan, dah bagi segala guide apa yang patut, siap bagi moral support lagi. Tapi kalau budak tu sendiri malas nak ubah sikap dia, still dengan perangai yang sama dan jugak telah mensusahkan orang lain sama, apa kejadahnya? Senang cerita, kalau kita ni memang berniat nak mengubah diri kita ke arah yang lebih baik, kita tak payah tunggu orang cakap. Tak yah tunggu orang tegur. Tak yah duk setia dengan perangai yang suka nak memandai mandai tu. Pikiaq balik. Please. It's for your own sake. Kalu tidak, I'm sure you'll end up being a jerk head macam si penyalahkan orang tadi.

Mood: ....Tengah angin puting beliung satu badan...( minggu pms )

Monday, June 21, 2010

Terapi Kedut

Maaf. Semalam terlalu emosi. Geram sangat. Bukak paper ada macam macam cerita yang buat sakit hati. Sebagai contoh, laki bini bercerai lepas tu pakat pakat tak mau anak sendiri yang tujuh lapan orang, lepas tu bagi mak bapak yang dah uzur kat kampung tu bela. Lepas tu ghaib hilang entah kemana. Entahkah hidupkah? Entahkah sudah gol? Lepas tu anak anak menderita tak cukup makan, tak cukup kasih sayang tak cukup segala galanya. Lagi perangai paling bagus main letak suka suka hati mak bapak kat mana yang dia rasa nak letak. Stesen bas pun ok. Bus stop lagi ok. Rumah orang tua tua jangan cakaplah. Geram .Geram. Banyak lagi cerita sana sini yang buat darah cap O ni mendidih.Ok. Ok. Muka dah mengedut dah ni. Asyik marah dan masam saja. Nak buat terapi kedut sat. Jom main The Sims. Yea yea Aiman ZZzzZZ. Yea yea kakak ke sekolah. Yea yea main The Sims. Ahahahahhaha.Ahihihihih. Uhhuhuhuhu.

Sunday, June 20, 2010

Apa pasal

Note: Sila baca sampai habis. Kalau nak baca sekerat baik tak payah baca langsung. Nanti pandai pandai pulak buat kesimpulan sendiri.

Apa pasal kau kerja?
Eh hehehe... mmm... Saya kerja sebab semata mata untuk kumpul duit melancong bersama sekeluarga.

Apa pasal kau kerja?
Mmmm... mmmm... uuuu... aaaa.... Saya kerja sebab nak pegang duit sendiri. Senang nak beli apapun yang nafsu saya suruh saya beli.

Apa pasal kau kerja?
Saya kerja sebab saya penat penat belajar. Rugi wooo. Berbelas tahun wei kalau kira dari start tadika. Heheh.

Apa pasal kau kerja?
Hish. Sudahlah. Benci nak dengar orang tanya dan orang tak ada akal jawab soalan ni.

Untuk soalan pertama. Jawapan paling bengong. Tambah bengong lagi kalau yang menjawab tu ada anak tiga empat orang kat rumah kasi maid tak pun mak yang dah separuh usia jaga. Konon kerja semata mata nak bawak satu family melancong setiap tahun. Pi oversea la. Dalam negara jangan cakaplah. Habih semua ceruk rantau dah kau lawati. Lagi penting agaknya aktiviti melancong tu kan dari jaga sendiri anak kat rumah kan. Lagi bagus agaknya bagi orang gaji ataupun mak sendiri bela anak kandung kasi makan, kasi jaga semua dari A sampai Z. Agaknya aktitiviti melancong tu lagi penting kot dari jaga anak sendiri, urus anak sendiri, didik anak elok elok, bagi kasih sayang yang sepatutnya. Ada. Betul memang ada manusia macam ni.

Soalan nombor dua. Ni jawapan paling pandai bagi dia tapi paling b*d*h aku pernah dengar dengar. Nak pegang duit sendiri. Habih kat rumah tu anak sapa? Bukan anak sendiri. Lagi penting nak pegang duit sendiri dari pegang anak sendiri. Pegang lah duit tu. Belilah apapun nak beli. Anak kasi maid jaga ok. Tak pun bagi mak separuh usia jaga. Boleh. Semua boleh. Macam mana pun boleh.

Soalan nombor tiga. Jawapan orang cerdik pandai. Hang kira hang penat belajar. Oooo. Habih, orang jaga anak hang tak penat? Hang tak kira mak hang penat bela hang dari kecik sampai besaq lepas tu baru nak rehat sat hang pulak beranak banyak banyak lepas tu sedap sedap tauk suruh mak hang jaga. Awat? Orang tua tak reti penat? Hang kira diri hang saja yang belajar berbelas ribu tahun. Hello. Orang duduk rumah yang jadi surirumah macam saya pun belajar macam macam benda baru setiap hari. Tapi yang penting sekali saya belajar bersama anak anak saya. Saya tak menyusahkan orang lain. Saya rasa saya tak menyusahkan mak tiri dan mak mertua saya dan jugak nenek saya. Ilmu tu luas. Kita takkan pernah berhenti belajar. Lagi rugi kalau tak dapat melihat development anak anak dari kecik depan mata kepala sendiri.

Kesimpulannya, janganlah bagi jawapan yang sangat kurang pandai dan sekadar nak melepas diri sendiri serta jawapan bajet berlagak tak mau jatuh standard punya. Tak payah tipu diri sendiri. Bagi alasan alasan macam tu dekat orang. Bukan aku sebok tanya pun. Suka suka hati cerita kat orang bagi orang dengar. Orang tak ingin tau pun. Cakap sajalah nak bantu suami, kesian suami kerja sorang sorang berhempas pulas cari duit untuk keluarga, nak berikan segala gala yang terbaik untuk anak anak (suka hati kaulah kalau nak bayar tadika atau sekolah lima enam ribu sebulan, baju anak lima enam ratus selai). Ya lah. Siapa yang tak mau yang terbaik untuk anak anak kan. Tak pun cakaplah kalau kerja sorang tak cukup sebab kos hidup sekarang tinggi, takpun paling logik sekali bagi aku kalau hang cakap nafsu serakah shopping yang meluap luap yang tak dapat dikontrol. Aku paham sebab aku juga perempuan. Ok. Boleh diterima akal logik jugak. Kalu tak cakap kat orang lagi bagus. Senyap sudah. Ni tak. Bagi jawapan memang tak mau nampak selekeh dan sentiasa nak berlagak. Bagi aku, bagus apa kalau kerja nak bantu suami. Kalau ikhlas lagi dapat pahala banyak banyak. Tak da siapa pun yang akan perlekeh orang macam ni. Itu baru isteri mithali. Saya memang salute perempuan perempuan kat luar sana yang sudi, rela dan ikhlas membantu suami, yang sama sama nak bantu ringankan beban kewangan suami dan keluarga. Yang penting tu NIAT. Kalau niat tu dah betul dari awal, InshaAllah semua berjalan lancar.

Saya? Eh hehe. Saya tak kerja. Nafsu membeli ok lagi. Baju sehelai sebulan sekali pun dah rasa syukur sangat sangat. Dapat melancong setahun sekali pun dah kira beruntung. Habis tu degree? Eh. Sekarang tengah buat Master in Isteri dan Ibu Mithali. Harap berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Ok babai. Nak study. CP dah mengantuk. Hehehhehehehehehehehhhhhehehehehehehehehehehehehehehe.

Friday, June 18, 2010

My Girls

Everyday, my two Little Girls will spend hours and hours playing with their toys in their room in their own world. I will have to call, yell and shout their names for a couples of time just to have them to stop playing. They also refused to eat if they haven't done with their play pretend yet. Masak masak, emak emak, cikgu cikgu. Arghh. These are few pics that I snapped yesterday during their playtime.

This is Wina playing emak emak with her kakak's doll.
FYI, Wina ialah emak.
Young emak..kakakaka
She even fed the doll with blocks!!
Kakak dah join sama.
Thinking of how to spread the mess, 
spread their toys and spread their joys in their room
Hatiku sakit lagi...waaaaa
Siapa kambing hitam yang kena mengemas?
Wina: Kakak ambik handphone ni.
Wani: Tak mau
Yeeayy..Lepas ni punggah benda lain pulak
Hoorayyyy....
Muka kesian mintak nak main kat luar rumah pulak..
Nenek dah standby dah kat luar..
Pandey betui..
Gelak lagi..
Apa benda yang lawak sangat ntah..
Ni waktu malam..
Nak ZZzzzZZ kena kemas bilik dulu..
Wina macam biasa lari jauh jauh tak mau kemas
Main pandai, kemas tak mau
Ni sapa punya kerja ni...
Sapa lagi kalau bukan Aiman..
Main tarik tarik rambut lepas tu lempaq..
Ni pun baru sudah kena lempaq..
Nasib tak patah riok.. 
Dah la stroller cap ayam

Puas dah main masa untuk ZZZzzzZZZ
Kroooh kroohh kroohhh
Weeee weeeee weeee

Tok dah balik. Tok dah ada kat rumah. Meaning that, my kids will spend most of their time kat rumah tok.Meaning that I get to play The Sims lebih lama dari biasa. Meaning that hehehehehehehehehehehe.
Anyway, Tata...

Thursday, June 17, 2010

Reaching 30s

I can't believe that I'm reaching 30. Thirty babeh!! I remember when I was in my 20s where I didn't really care about how do I look, how do i dressed myself and how do I talk to people. Sloppy is what I am. During my Girlyhood, I doooooo spend some $$$ buying girly stuffs like make up and clothes. But it didn't really bother me at all to ask myself ; is the color too bright? or the color too dull? How do i get rid of these fricking pimples? Does this lipstick I'm wearing is suitable with my skin colour? Do i look like a clown? I didn't really care at all!

But now I care. My daily routine is just the same as anyone else. I washed my face twice a day; using Olay Cream Cleanser in the morning and Organic Aid at night.. I've never gone to bed with my make up is still all over my face. Eeew. To prevent my skin from dryness, I use Olay Regenerist Cream and trust me, it really works! Once a week, I'll apply Serum onto my face to rejuvenates my skin and to reduce the visible signs of ageing, followed by Mask, to overcome dullness and uneven skin tone.Simple kan?

Olay Cream Cleanser
Berlambak kat Watsons...
Ada discount lagi...

 Organic Aid Cleansing Foam
 Ni pun ada kat Watsons...
Pun ada discount!

 Olay Regenerating Cream
I love this product sooooo much...
Very effective...Less than one week dah ada perubahan...

 Rejuvenated Serum
Helps to prolong youthfulness and beautiful skin..
It works for me!

 Brightening Mask
Improve skin smoothness...
enhances skin softness dan macam macam lagi
Once a week

 ....Mudah saja.....
....Buat facial sendiri kat rumah....

You don't have to splurge your money on something which you don't know wheter it'll work or not. Get to know your skin types and most importantly ask yourself; how much are you willing to spend for your skin care regimen? Is it worth it? And girlssss....... don't  you ever forget to Feel Confident, Be Confident and Stay Confident. Tata.

Tuesday, June 15, 2010

Karnival Bank Rakyat - 11 Jun

Last week Bank Pilihan Anda ada buat Karnival untuk Northern Region and it  was held at Stadium Darul Aman. Since CP kena bertugas dari pukul 5 petang sampai pukul 10 malam kat Karnival, saya ke sana tumpang kereta Azwana dengan husband dia, Bain. Kenal dengan depa ni lebih kurang13 tahun dah. Kami berempat sama sama belajar kat Arau zaman dulu dulu.Sekarang ni, Bain dan CP dua dua kerja under Bank yang sama. Tapi tempat kerja lain lain sebab CP sekarang kat Gurun and Bain pulak kat Alor Setar.Ok. Enough dengan ceritera yang semakin macam nak jadi panjang lebar. Kat bawah ni ada few pics of Little Aiman on the first day of the Karnival. Pergi pun malam. So, gambar confirmlah gelap kan. Keekekeke. Alasan. Wani ngan Wina pulak tak dak dalam gambar sebab tak ikut sama sebab nak overnight kat rumah tok wan. Ok. Cut the crap. Semakin melalut dah ni.


I hate balloon aka belon. 
Benci. Benci. Trauma. Phobia.
Tapi Aiman suka sangat benda ni. Ish ish ish...
Balloon lagi. Balloon here, balloon there. 
Balloon is everywhere!!!
Ngeri....
Little Aiman with Amir. 
Ting Ting Ting.
Balloon Fight.
.::Little Aiman::.


Banjir o Banjir o

Semalam hujan lebat mencurah curah sampai ZZzzzZZZ pun terasa nyaman sampai tak mau bangun. Pukul 11.30 malam lepas habis tonton Gossip Girls terus padam. CP dengan Little Aiman lagi cepat pergi Dreamland. Apa yang depa dua dream entah.

Pepagi buta bukak pintu jenguk keluar terus nampak air bertakung banyak sampai kereta jiran depan rumah pun parked dekat depan rumah tok. Dalam rumah tok dah penuh dengan air dah. Dari dapur sampai ke depan. Alhamdulillah, rumah saya air tak naik. Nasib lah masa ayah buat rumah hari tu dia suruh depa bagi naik 5 kaki dari tapak yang asal. Syukur sangat sangat. Yang kesian sekali dekat Fathiyah lah. Penat penat mengemas rumah tok dari minggu lepas sebab tok nak balik hari ni ( 15 Jun) dari Sabah. Kesian Fathiyah.

Rasanya dah nak dekat dua bulan kot tok duduk rumah ZZ ngan Shila kat sana. Budak kecik tiga beradik tu bila tau yang tok nak sampai hari ni punyalah happy. Asyik nenek nenek. Sana nenek. Sini nenek. Oklah. Rasa macam tak dak mood  la nak tulis apa apa lagi. Mengantuk ni. Tata.

Friday, June 11, 2010

Let the Pics do the blogging..Part II

Sambungan entry hari tu...

Ni semua muka dah penat sangat dah ni. 
Kalau boleh rasa nak ZZzzz kat lobby tu, kat situ jugak, waktu tu jugak

Penat pun takpa budak budak ni
Kalau suruh ready nak snap pic terus mood penat jadi mood energetic dan happy.

Sampai bilik terus semua lari ke tingkap. 
Nak nak pulak kat bawah situ ada tempat lumba kuda.
Seronoklah budak budak ni tengok kuda berkeliaran.

Padang Lumba Kuda.
Besau gila...

Saya nak tunjuk bakat jugak boleh??
Saya pun pandeyy main piano jugak..hahahaha

Cantik ja view dari atas...

Sampai mencangkung budak budak ni..

Wait for me...!!
Padan muka..
Asyik sibok snap gambaq saja..

.....Aiman....

Ramai nak mamposs...
Dah lah hujan pulak tu...
Dah lah jam jalan nak naik....

....xoxo....xoxo...xoxo...

Lebah spesis apa ntah...
Banyak gila jenis sampai malas nak ingat.

Wani, Wina and CP...
Wandering around macam tak pernah tengok lebah

Lepas tengok lebah, berebut beli limau pulak..
Sedap!

Nak balik rumah dah..
Ni semua muka dah kenyang sangat lepas breakfast..
Sedap!!!!! Burp..! Alhamdulillah..

Oklah. Macam biasa. Lepas habis update blog, mana mau pigi? Shhshhh. Nak menyorok kat Pleasentview sat.... ShhShhh. Tata.

Thursday, June 10, 2010

Mood Semoot

Bangun pagi tadi..Ya Allah. Tensionnya kepala hotak ni. Kat lantai ada semut. Kat dinding ada semut. Kat ceruk ni ada semut. Nasiblah tak masuk dalam baju. Rasa rasa malam tadi sebelum ZZzzz, lantai dah mop, meja makan pun dah kemas seperti kosng balik. Kesan Aiman makan lolipop pun dah di tonyoh tiga empat kali. Argh. Tensionnya. Tapi kan, bila tengok tengok balik dan fikir fikir balik, baru terperasan. Setiap kali hujan, mesti hari sebelumnya semut semut ni dah siap pasang khemah berkampung dalam rumah ni. Pelik kan. Semut pun ada sixth seventh eighth sense. Macam tau tau pulak esok lusa nak hujan. Kebetulan tepi rumah ni ada pokok buah kuinin dan pokok bunga apa ntah yang jadi HQ semut semut ni. Solution CP senang ja. SPRAY RIDSECT!!!!!. Ceh. Mati kelemasan lah kalau macam ni. Ni nanti bukan get rid of insects tapi get rid of me and the kids out of the house. Mana tahan nak hidu bau Ridsect busuk tu. Pengsan satgi kami anak beranak. Apa pun, hopefully this weekend CP akan selesaikan masalah semut ni sebab dah tak tahan dah nak tengok semut dalam rumah ni. Dah jadi macam pet pulak semut semut ni. Nasib Wani tak buat perangai macam hari tu bila dia kata nak bela semut lepas tu ambik sebiji biskut, then tabur dalam bilik dia, lepas tu tunggu dan lihat semut tu dengan penuh kasih sayang hurung biskut tu sambil bawak balik ke HQ. Kalau nak Mommy tukaq jadi Monster bolehlah buat macam tu lagi.

Sekarang ni pun tengah mendung ni. Rasanya tak lama lagi hujanlah tu. Oklah tu. Hujan tu kan rahmat. Kalau panas terik memanjang 24 jam pun duk sibuk mengeluh panas pulak kan. Oklah. Nak buat kerja lain pulak. Hehehehehehehehehehehehehehe. Nak main The Sims. Aiman tengah ZZzzz. Wani and Wina kat rumah Tok Wan. Yahooo.........Yahiii....yeeeeehaaaa.... Open for Business!! Apa? Facebook? Malassssss.

Monday, June 7, 2010

Let the Pics do the blogging..

Family Day and Holiday..............


Group discussion apa ni kat tepi highway ni...!!!
From left: Wani, Kak Linda, Kak Lily and Kak Anum.
Yang terlindung tu Kak Mahfuzah


 
 Ni posing apa ni tepi highway ni...!!!!
My CP and Sumardi (Baju Oren~Husband Kak Lily)


 
Aiman lapar sangat sampai jilat habih jari..
Kejap lagi kalau tak makan jugak, dengan jam sekali masuk perut.. 


 
Dah tahu basah, tapi still nak pakai jugak kasut...
Ikut suka hatilah...


 
 Ni lagilah suka ikut suka hati sendiri...
Nasib baik tak jatuh tali tu...


 
 Lepas mandi ikut CP melawat Petting Zoo...


 
 Mak budak pun ikut sekali...


 
 Mak budak takdak...
Kalau mak budak masuk sama, tak dak lah gambaq ni...
Semua muka dah ngantuk...ZZzzzZZ


 
Ni sekali lagi mak budak jadi photographer terjun...


 
 Wina sampai dah terduduk dah sebab penat sangat jalan..
Ntah hutan mana ntah CP bawak ni..
Ni Petting Zoo ka hutan ni..?
   

 
 Tuuu..Mommy nampak tak?
Tuuu......kat dalam lubang tu.....
Serius tak nampak masa kat situ. Dalam gambar baru nampak..hehehe


 
 Binatang comel...
Rumah pun comel
Saya pun comel...hikhik...menangis CP..


 
 Nampak kasut saya itu...?
Bawah kasut saya itu ada sesekor biawak!!!
Nasib baik kurang gemuk dan kurang lemak...
Kalau tak, habis glass tu pecah, 
habis kaki kena makan dengan biawak, 
habis dah tak boleh pakai kasut dah..
Habis semua..


  
 Ulartarium....Biawakrium....Bukan Akuarium..!!
Kalau tidak dah lama semua ikan mamposss aka dead..


 
Racoon pun ada nama kan...
Nama Ruby pulak tu...
Sedap pulak tu...


 
Kononnya berenang lah tu dalam air paras 0.5 METER...
Huiiii....dalamnya..... dalam sungguh kan....

Ok. Setakat ini dulu. Ada banyak lagi gambar tapi saya malas nak upload sebab saya malas. Saya malas sebab hari ini hujan. Hari hujan saya memang malas. Tapi kalau makan dan main The Sims saya rajin. Anak anak saya pun sama rajin macam Mommy nya. hehehe. Tata.