Monday, September 30, 2013

Baiklah, saya setuju.

Kadang kadang bila berkehendakkan sesuatu yang amat di mahukan more than anything, kita perlu bersabar. Kecewa? Pasti. Redha? Sekejap lagi. Bila difikir fikir dan dinilaikan balik, kepentingan mempunyai itu, adalah tidak relevan dengan keperluan semasa. Bila keperluan dan kehendak bertembung, satu satu jalan yang harus di ambil ialah memilih untuk keperluan yang sudah semestinya lebih bermanfaat untuk semua pihak.

Walaupun kemampuan ada disitu, tidak semestinya perlu melayani kehendak yang dah tentu datang pakej dengan hawa nafsu. Ya, baiklah. Paras kecewa makin turun. Cakap pang pung pang 'I redho You!' memang senang, tapi nak mengikhlaskan lafaz di mulut dan di hati secara serentak, memang mencabar.

Macam yang aku baca kat status SN hari tu. Kalau nak sesuatu tapi takda duit, bersabar. Kalau nak sesuatu, dan juga mampu, pun kena bersabar.

Ok. Baiklah. Kes selesai.

Friday, September 20, 2013

Shattered dreams?

I cannot think at this moment. Paused. Will this dream, the dream that I have been dreaming for so long once again is going to be shattered into million pieces of glass that will break my heart?Oh dear heart, please be strong.

If its meant to us, then it will be. Oh Miss Faktum, I guess we will have to wait till everything is finalized. Till then, you are just one of my dreams.

Monday, September 16, 2013

Pakai legging nampak muda?

Hey awak. Saya nak bagitahu ni. Kalau kita tanak nampak tua dan selekeh macam makcik makcik, kita takyah pakai kain batik. Kan orang dah kata nampak tua sebelum usia. Pakailah macam saya. Pakai jegging ke, legging ke, seluar semua yang color striking kasi nampak menarik sikit.Tudung pun style la ala ala najwa latif. Saya selalu kembang hidung bila orang puji saya nampak macam remajalah, hot mama dan paling saya suka sekali bila orang kata saya ni macam diva. PTTTTUUUUUUIIIIIII.

Terima kasih dan tahniah kepada mak awak kerana berjaya mendidik awak jadi perunding fashion yang hebat. Bravo.

Bagi aku tak perlula tergedik gedik nak tunjuk kata 'hei, aku ni walau dah beranak pinak tetap maintain remaja tau'. Sukahati orang la nak pakai kain batik asal dia masih menutup aurat dari kau tergedik sana sini dengan fashion sense kau tu. Aku tak nampak kenapa kau kena kondem orang yang pakai kain batik. Tahulah kau ni sangat advance dalam bab berfesyen. Seriously, kau tetap meningkat usia walau kau pakai apapun. Itu fakta, jadi berhenti menggedik boleh?


Dari,
Peminat tegar kain batik.


Ok aku tipu. Aku bukan peminat kain batik. Aku baru perasan aku cuma ada 3 helai saja kain batik. Itupun bila ada tetamu datang semalam dan mintak nak pinjam kain batik. Baru terkulat kulat cari dalam almari. Aku peminat dan pemakai legging dan jegging. Dan ya, aku hanya pakai dalam RUMAH saja. Sekian.

Thursday, September 12, 2013

Jerawat jerawat dan jerawat.

I dont know what happened to my skin. Jerawat menyerang.Banyak banyak dan banyak. Is it because I ate lots of choc lately. I am not allergic to nut and yes, it drives me nuts. Kalau teenager takpa jugak, but I am a woman in 30s. Rasa rasanya, hormon aku patut dah stabil nih. Atau ini gejala PMS. Oh, sungguh lucu. Kalau betul ini gejala PMS, aku nak mengamuk sekarang. Hormon yang suruh. Okbai.

Sunday, September 8, 2013

Miss S. is nine.

It was Miss S. 9th birthday. So, we went to KT, let Miss S. and her troops have fun while me and Cp have a break from our daily hectic routine. Blerghh. The kids were so happy in and out of the pool from am to pm. Balik rumah letih ternganga sebab setambun baju kena basuh. Anyway, thanks Cp.




 

 

  

 






Thursday, September 5, 2013

Fokus sekarang

Accept, adapt and abide. Ya. Terima sajalah kenyataan yang lepas ni perbelanjaan bulanaan akan meningkat. Aku kena belajar mensesuaikankan diri dengan menyusun balik pembelian barang barang ikut priority. Pembelian pukal adalah digalakkan. Tapi kena make sure tak jadi satu pembaziran. Maknanya kena pandai budget ngam ngam sampai the next shopping trip pulak. Huish. Macam susah ja ni. Pas tu nak kena cuba tahan nafsu dari melihat benda yang merepek repek yang tak da dalam shopping lists tapi muncul secara tiba tiba keperluan untuk membeli naik mendadak bila nampak. Hah.

Sekarang waktu yang lebih sesuai untuk fokus menyimpan atau melabur samada untuk jangka pendek atau panjang. Oleh sebab harga emas tak stabil dan naik turun macam jongkang jongket, bagi aku lebih baik membuka akaun Simpanan Pelaburan Emas dari membeli emas fizikal samada emas perhiasan atau emas pelaburan yang dibuat ketoi, dipakai atau disimpan dalam rumah. Lagi satu,Bahaya. Payah nak simpan tambah tambah pulak kena usung pi balik kalau tinggai rumah lama lama. Emas perhiasan mungkin tak kot sebab spreadnya sangat tinggi kalau nak compare dengan emas pelaburan. Rugi rugi. Terpulanglah pada orang lain. Ini pendapat aku ja.

Share market toksah kata lah. T_______T Merudum chek habaq hang. Kalau tak tergedik gedik lagi nak pakai duit, baik toksah jual saham hat manada. Bukan apa, dah la rugi, komisen kena tolak jugak satgi. Haih. Sabaq sat no U. Macam satu pepatah, kalau takut dilambung ombak jangang berumah di tepi pantai, kalau duit tak cukup mentedarah, nak main saham toksah duk gatai. Hee.

Macam nilah orang yang takda pencen kot. Mungkin boleh trading shares, beli emas untuk investment, beli unit trust and menyimpan dalan saving account atau FD. Terpulang pada preference masing masinglah. Orang ada pencen senang. Yalah. Rezeki masing masing. 

Hamboi. Sembang pang pung pang aih. Awat duit hang banyak ka? Heh heh. 
Tak tak. Ini semua cuma pendapat aku saja. Saja nak cerita secara general. Lagipun, aku ni surirumah sepenuh masa saja. Sekian.

Wednesday, September 4, 2013

BR1M kan ado, minyak 20 sen AJE? Ceh.

Lepas minyak naik ni aku harap, pihak kerajaan dapat pantau pada orang yang dapat BR1M. Bukan hapa. Supaya golongan yang benar benar memerlukan saja yang layak dapat. Cuba kalo portion orang yang tak layak tu dibagikan kepada yang betul layak dapat, kan ke bagus tu. Jangan lepas BR1M, berlambak lambak upload status kat fb mcm ni:
1. Nak gi jenjalan kat mana hah, baru dapat duit BR1M nih. ( Bengong)
2. Jom gi dinner kat Chillis ke, Tony Romas ke, duit BR1M banyak ni. (Alahaiii)
3. Henpon baru apa yang sekarang? Aku dapat BR1M woi! Kayo kayo. ( Ptuii)

Nampak tak? Aku tak bantah pemberian BR1M nih. Aku geram jugak minyak naik walaupun bagi kau 20 sen aje. Tu seliter bengong. Kalau orang travel 80km pi balik dari rumah ke tempat keja kan ke dah parak. Susu budak confirm naik, ayahnya pun minum susu juge. Maknya pun sama. Diaper jangan habaq la.Takpa, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Lepas ni toksah pakai diaper dah. Lampin banyak ja di pasaran. Save duit beli diaper, karan pulak naik melambung basuh diaper pakai mesin basuh. Oh, mesin basuhh pun tak payah gunalah. Basuh pakai tangan ja. Lagi jimat dok?

 BR1M ni baguslah untuk orang yang memang BENAR BENAR MEMERLUKAN. Aku support ja. Tapi, apa kejadah kalo yang pi amik tu ada bendang berelung relung, kubota tiga pat bijik, lori baguih dok ada, keta pun hebat. Heh, kantoi dah kantoi dah. Terima kasih fb.

 Dalam kita tak sedar, kita dah aniaya orang lain. Kita ambik benda yang bukan hak kita. Kesianlah pada depa. Hang tak pikiaq.

Kemampuan hidup kita hanya kita sendiri yang tau. Kau mampoo atau tak mampoo, kau fikirlah sendiri. Layak kah untuk ambil benda yang sepatutnya jadi hak orang lain. Dok menipu pendapatan masa isi borang. Hat tak lepas nak bagi lepas jugak. Hang dah jadi pembohong. Lebih malang sebab hang bohong diri sendiri. Orang tak tau. Hang sorang saja tau. Eh, Allah pun tau. Takpa. Takpa. Hang pikiaqlah.

Cakap pandang pandang. Melalak tu apa hah, tak fahamlah..

Bila ada suatu isu timbul, kita bukan fikir untuk diri sendiri saja. Alhamdulillah, hidup kamu senang, kerja laki bini. Cukup makan pakai. Alhamdulillah.Aku pun rasa tak dak apa yang perlu aku rungutkan bila bercakap pasal makan minum dan perbelanjaan hidup (for the time being). Tapi, bila bercakap dengan orang tak berkemampuan, tolong jangan cakap suruh duduk diam diam. Terima sajalah pak cik, makcik. Beskal pun beskal lah. Kata orang susah, manada keta kan? Orang dah bagi macam macam. Tak reti bersyukurlah. Eh, cuba kamu duduk tempat mereka.

Bukan cerita kosong. Tapi dengan kenaikan harga minyak, dah pasti harga barang keperluan akan naik. Bukan satu dua, malah boleh kata most of it akan naik. Tunggu dan lihat sajalah. Kita ni hidup bukan sentiasa senang dan bukan selamanya susah. Jangan dok berasa selesa sangat dengan apa yang kita ada. Dok mendabik dada sampai bila? Cakap pandang pandang. Hari ni kita senang, sapa tahu ke depan ke depan hidup kita macam mana nanti. Kau boleh nampak masa depan? Aku tak boleh.

Bukan isu dua kupang saja. Kesimpulannya, bila minyak naik harga barang mesti naik punyalah wa cakap lu, kos hidup dah tentu makin tinggi bhaii. Jenuh jenuh. Yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya. Tahniah! Anda mungkin tergolong dalam golongan yang kaya dan berharta. Mampuih mati hidup balik tak nak ngaku terjejas jugak dengan kenaikan harga minyak. Suka hati u lah. Syukur syukur. Nasib baik minyak naik 20 aje. I boleh survive, takkan u tak boleh? What the Fun is this?

Oh, btw kita tak pernah mohon Brim pon, PTPTN meme bayar nak habis dah pun (tqCp), kereta pun cap tempatan, ada Astro tapi yang paling basic, bukan kaki berhutang pun, ada duit kita beli apa kita nak takda duit kita duduk diam diam dalam rumah. Sebab apa aku cakap benda ni? Sebab hidup semua orang tak sama. Keperluan berbeza beza ikut nafsu yang kita ada bila ada lebihan RM sikit dalan hidup.

Encik encik Jerung dan Puan Puan Singa sila jangan suruh orang miskin ikat perut, sedangkan orang yang kaya dan berharta makan dan belanja tak ingat dunia. Duit yang kita dapat belum tentu hak kita 100%. Ini bukan auta, ini fakta.

Kita boleh tulis apa yang kita nak dekat FB, betul atau tidak kebenarannya, hanya kita sendiri tahu. Cakap pang pung pang, tapi hutang keliling pinggang. Renung renungkanlah. Tak nak renung pun takpa. Ini penulisan dangkal dari seorang surirumah saja. Sekupang aku tak rugi. Sekian.