Monday, August 30, 2010

Serba Tak Kena

Bought a fricking baju kurung moden which I thought I was going to wear it on Hari Raya, but it seems like the fricking baju doesnt fit me anymore!!!!

Bought a fricking heels which I thought I was going to wear it also on Hari Raya, but due to my swelling feet, the fricking heels will surely gonna make my feet hurt so much since on Hari Raya mestilah akan ada banyak aktiviti berjalan jalan dan ziarah menziarahi. Grrrr!!!!!

I've gained a few kilos but that doesn't bother me much. I'm a sloppy mommy 24 / 7 but that doesn't seem to bother my CP pun. He understood. I just want to get rid of this 'seasonal' sickness!!!!!!!! Please...... please....... cepatlah hilang..Ok. Dah. Cukup. Tata.

Thursday, August 26, 2010

Things That I Should Have Never Ever Ask My Kids....

I 've had this conversation with My Two Little Princessess, Wani and Wina lebih kurang dua hari lepas.


Me and Wani ~

Me : Kakak, nak tak kalau kita ada baby kecik dalam rumah ni......?
Wani : Noooo Way.... No no no no !......(..screaming like apa ntah...).....
Me : Well....Yessss Way...! Why......?
Wani : Nanti dia nakal macam Aiman. Wani tak larat nak jaga. No no no no..(..screaming like hell sekali lagi...)..
Me : Hah....!


Me and Wina ~

Me : Wina, suka tak kalau ada baby kecik dalam rumah ni...?
Wina : Apa Mommy.....? .....(...muka confused sekejap...)...
Me : Wina nak baby boy or baby girl...?
Wina : Baby girl !!! ....(..without hesitation...)....
Me : Why...?
Wina : Kalau baby boy nanti buas macam Aiman. Kalau baby girl comel macam Wina.
Me : Huhuhu.........(....sambil gigit jari...)...


I didn't get the chance to ask Aiman because he's so busy with his running and screaming around the house plus chasing Wani and Wina, but listening to kakak kakak punya jawapan, I'm pretty sure that his answer will definitely give me a headache...hahahah..... I know.... Semua pandai cakap...Semua dah besar...and me...look at me.......I'm getting Old......Hmmmmmm

Monday, August 23, 2010

Bulan Puasa, Bulan Jimat Duit?

Bulan puasa ni patut lebih jimat duit dari hari hari dan bulan biasa. Ni tak. Sekali membeli, nah ambik. Sampai tak cukup tangan. Nafsu apa ni? Dah la dah beberapa hari tak masak. Hari ni CP dah siap order nak makan apa. Mengidam masakan saya lah kot. Ehheheh. Saya cuba ok. Tapi tolong jangan suruh suruh saya goreng cendawan tiram (oyster mushroom tu...). Blueekkkk. Bau saja pun dah cukup buat saya nak pengsan. Lain kali ok. Alah. Little Aiman pulak buat perangai. Nak ZZzzzZZ lah ni. Oklah. Jom Mommy bawak pi ZZZZzzZZzz. Boleh Mommy tumpang sekaki. Eh. Silap. Tumpang sekatil teruslah. Lagi best. Tata. Selamat berpuasa.

Thursday, August 19, 2010

Cabaran Betul

Hari ni dah masuk hari yang ke-8 kita berpuasa.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kekuatan dan kesihatan kepadaku supaya aku dapat melaksanakan ibadat puasa dengan sepenuhnya. Ya Allah, janganlah Engkau bebanku dengan bebanan yang tak dapat ku tanggung.

Walaupun ada sedikit kesukaran dan kepayahan, aku harap aku berjaya. Cabaran betul. Bila bangun ja mesti nak pening, mesti rasa cam nak tumbang. Padahal aku manusia. Bukan pokok yang boleh suka suka tumbang dan jatuh melintang sampai block jalan.Tekak pun pedih gila dan panas. Tapi yang syok, pukul 4 petang sebelum Asar dah ok dah. Dah tak da dah semua tu. Sempat lah jugak memasak. Kesian jugak kat CP kalau hari hari kena beli lauk pauk. Dah la penat balik dari kerja yang nun jauh di sana. Balik rumah kena pulak bersabar dengan karenah si wife ni. Apa yang aku terdaya buat, aku akan buat. Kalau boleh tak mau nak manjakan diri sangat kali ni. Yang tak selesai selesai sampai hari ni ialah kain baju yang bertimbun timbun nak kena lipat. Nak suruh My Two Little Princesses, memang lah tak boleh. Dua dua kecik lagi. Buat lah sorang sorang sikit sikit. Itu yang lama lama jadi bukit. Ehheheh.

Oklah. Tak mau buang masa lagi. Nak kemas rumah dan clear apa yang patut sementara mood dan tekak masih stabil . Sekejap lagi kalau dia datang balik, terbaringlah aku atas katil lagi. Tata. Selamat berpuasa.

Mood Turun Naik

( Disclaimer : Blog ini blog aku. Blog persendirian aku. If you think that my writing is too harsh ataupun terlalu emosi, silalah keluar dari sini )


Semalam, untuk yang kesekian kalinya, aku ngan CP ke Bazar sebab semalam sekali lagi untuk kesekian kalinya aku tak masak. Aku tak malas. Betul. Aku ada try apa. Petang semalam, aku sempat rendam soo hoon dengan pucuk kononnya nak buat sayur yang berkuah sikit. Lepas tu, kat sebelah lagi aku mentanak nasi. Tiba tiba gas hahahahahahabis. Padan muka aku. Aku masak nasi memang tak suka pakai periuk nasi elektrik. Dah lama dah aku tak buat camtu. Bagilah periuk nasi yang canggih manggih, microcomputer punya rice cooker ka, biasa punya ka, memang aku sangat payah dan liat nak guna. CP pun kadang kadang hangin bila dia tengok rice cooker yang canggih manggih dia beli kat aku tersadai macam paus biru kat tepi pantai. Sorry ya. I prefer masak cara conventional. Rasa sama saja. Cuma cara yang berbeza.

Dah gas habis, terpaksalah tunggu CP balik dari kerja untuk membeli barang satu dua jenis lauk pauk untuk berbuka. Bazar yang aku pi ni dekat ngan Perumahan Awam Mergong, dekat jugak ngan Insaniah. Sejuk ja hati tengok ramai benar yang menutup aurat dengan sempurna. Aku pun malu sendiri. Malu sangat sangat bila nak banding diri aku dengan depa. Umur dah menginjak nak masuk 30an ni buat aku banyak dan kerap kali berfikir. Bila aku nak berubah. Pun aku malu jugak dengan adik perempuan aku. Pakaian dia lebih sopan dari aku. Kadang kadang pergi amik anak kat tadika pun pakai baju berlengan pendek. Konon nak cepatlah. Rasa jugak malu. Tapi lepas tu hilang. Keluar ngan CP pun selalu pakai itu pakai ini. Rasa cam tak sempurna saja. Bapak aku pernah kata, macam mana mak bapak, macam tulah jugak anak anak dia nanti. So, kalau aku nak anak anak aku jadi anak yang Soleh dan Solehah, aku sendiri yang kena berubah dulu. Aku tengah mencuba ni. InshaAllah.

Wani tahun depan dah nak masuk darjah satu. Dah besar dah My Little Princess. Bimbang jugak aku bila dia dah nak ke sekolah ni. Aku ni bukan apa. Takut sangat anak aku dapat cikgu yang hidup bagai dua alam. Macam mana nak didik anak murid dia (anak aku) dengan elok, sedangkan diri cikgu tu sendiri pun macam hipokrit. Pergi ke sekolah mengajar pakai tudung. Menutup aurat. Tapi bila jumpa ja kat luar, pakaian kalah orang putih. Kalah minah saleh. Tak malu ka? Apsal nak jadi hipokrit macam tu. Kenapa? Ooo. Kalau tak pakai tudung masa interview dulu takut tak dapat kerja cikgu? Takut nampak tak sopan? Macam ni kah kau nak didik budak budak? Diri sendiri pun macam Choc Fudge. Baik kau tak payah jadi cikgu. Macam lalang. Buat malu sektor perguruan saja. Baik duduk rumah macam aku. Heheheheh. Ok. Emosi sikit.

Saya tak pernah kata diri saya sempurna. Tidak. Saya tidak sempurna. Saya pun ada kejahilan sendiri. Pun tak pernah nak mengaku yang saya ni baik sangatlah tu. Saya cuma mahu berubah ke arah yang lebih baik. Saya sedang mencuba. Saya tahu payah. Tapi saya akan terus mencuba. Kalau saya tersalah langkah, saya harap CP akan senantisa berada di sisi saya untuk memperbetulkan mana yang salah. Mana yang kurang. Dia semestinya melengkapkan hidup saya selain dari anak anak.

Oklah. Dah habih dah waktu lapang. sekarang kena siapkan anak ke sekolah.

p/s: Buat adik adik yang membeli belah di Bazar Ramadhan kat kawasan sekitar sini, saya ada kata kata motivasi sikit. Kalau tahu diri tu gemuk dan gendut, tak payah lah nak susah susah pakai baju ketat ketat ngan seluar ketat ketat sampai tertonjol isi perut. Buruk la adik. Awak tu belum kahwin lagi. Malu lah sikit orang tengok perut buncit tu dengan chicken wing tu. Mengalahkan orang yang dah beranak tiga. Tolong ya. Kalau tak malu dengan diri sendiri, pun tak malu dengan jugak dengan orang lain, takkan tak rasa malu langsng dengan Tuhan?

Monday, August 16, 2010

Di Rumah Sajalah

Sekejap ja dah 5 hari dah semua umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, berjaya jugak menghabiskan puasa setiap hari walaupun ada sedikit kesusahan dan kepayahan. Alah, sikit saja pun. Malam malam sebelumnya pun sempat bertarawikh ke surau sebelah rumah. Alhamdulillah. Tapi rasanya malam ni kena skip sembahyang tarawikh la. My Little Aiman suka sangat buat kacau time orang sembahyang sampai Imam pun boleh tersasul baca kalau dibiarkan lama lama dia main. Semalam siap hantuk kepala lagi kat tok sedara dia. Orang nak sembahyang pun tak boleh khusyuk. So, baiklah duduk di rumah menjaga Aiman sambil bertarawikh sorang sorang diri. Hmmmmmm.

Blogshop me and sissy pun baru ja update tadi. Harap tu, by the end of next week dah boleh upload dah segala mak nenek Ready Stock items. Oklah. Nak berehat. Tata.

Wednesday, August 4, 2010

Country Home Story's

Last week, Sissy Sha, Mak Lang, Sha's Husband Aedy and Alya the Explorar balik kampung. Weeeeehuuu. So happy. Kenapa? Sebab Sissy and Mak Lang ada bawak balik  few goodies for me. Ehehehe. Hahahaha.

Menu tengahari: 
Sotong bakar, Udang Bakar, Terubok Bakar dan Muka semua dah terbakar


2 ekor tengah bakar, yang 2 ekor lagi ni meggelisah ja aku tengok...


Chedapnyeee....
Nyum nyum...
Slurrrrrrrp....
Drool..... 


Cepatlah...aku lapau ni


Talam IKEA aku jugak yang jadik mangsa...


Asap pun dah tak kisah..janji dapat cium bau pun kira oklah...


Ihhhh..... Aiman ni..


Me: Alya, come. Let's go to mommy's house nak?
Alya: Don't want!

Me: Alya, come la. Come play Baby Alive with kakak Wani and Kakak Wina
Alya: Don't Want!

Me: Alya, I'm taking your Mama to my house!
Alya: Huhuhuhuhuhu..tskk..tskkk
Dalam hati Alya, Tuhan saja yang tau. Hehehehehe.


Syok Syiok Syoook

Tak dapat Sheep Skin dapat kulit Kangaroo pun dah Alhamdulillah
Thanks Sissy and Mak Lang


So gebu So fluffy su furrrry


All the way from Uk..
hehehe...M&S
I lap u
Thanks again Sissy


Organic Cotton tahu...!


Betool...Tak tipoooo.....


My favorite.....
...Pemoih amos....

Petang lepas Asar, ke Kedai Bunga Raya yang jual barang antik, lama dan terpakai dekat Jerlun bawak MIL Sissy aka Mak Aedy.  Saya ngan CP pun sempat rembat dua tiga benda. CP punya dia dah simpan elok elok dalam almari. Saya punya biasalah nak letak kat mana lagi kalau bukan kat dapur. Hehehe. Kalau ada rezeki ke sana lagi, nak beli lagi mangkuk comel macam ni. Hari tu ada lagi 2. Tak tau lah kalau orang lain dah rembat. Takpalah. Aku redho.

Ini saya punya.
Comel comel comel comel.

Let's Recycle Babeh

Iya. Jom jom. Kita recycle bersama sama. Cewah. Bukan suruh amik kutip segala botol ngan plastik dijalanan dan sekeliling rumah buat perhiasan ka apa. Ini nak ajak recycle segala kain baju yang dah tak diguna supaya kita dapat buat satu benda yang cantik menarik teratrik dan memang sah sah tak da bom. Hehehe.

Ini beg comel kepunyaan WANI. 
Material dia....heheh.. :
Seluar Jeans CP
Baju Kedah Saya
Fancy Button RM 1
Velcro Strap
Kain Fleece secubit (buat flower kecik)
Benang secukup rasa
Masa diambil: Satu hari suntuk sampai tak payah buat kerja lain

Pandangan bila beg ternganga

Pandangan bila beg ni tersengih macam kerang busuk..
Ada poket tau kat dalam tu. 
Buat WANI isi sikat, lipgloss n etc 
Ok ....nexxxxt....

Ini apa?
hahahaah... Ini lah tempat saya simpan mata belalang saya.
Masa beli shades hari tu dapat case yang jenis bulky, besar dan tidak menarik langsung..Ptuuuiii!
Dah lah aku bayau mahal
Last sekali buat sendiri..
Material: 
Seluar Jeans CP lagi
BAju Kedah saya lagi...aikkk
Fancy Button RM 1
Velcro Strap sejemput
Benang secukup rasa
Masa diambil: 3 jam tanpa henti....Aku penatftttt

Bersantai dik?
Seronok nampak?
Nak join boleh?

Lergh....Lidah mu panjang sekali..
Hijau pulak tu..
Bluuekkk.
Nexxttt......

Ini Oven Mitten...
Comel kan.
Tangan terus tukaq jadi tangan monster yang sangat comel dan colourful..
Berhibur sambil memasak.
Jangan hangus sudah..Kakakaka

Cadang nak buat sepasang, konon macam kembar, last sekali jadi Mitten tak seiras
Eh lupa...
Materialnya: 
Sarung Bolster (I hate bolster...buat menyemak ja..Susah aku nak peluk CP)
Tali seluar Aiman
Kain Fleece
Benang secukup rasa
Masa diambil: 30 minit sekor Mitten siap
Kalau dua Mitten, kira sendiri...Malas..

Not for sale okeh

Tote Bag atau beg ke kelas mengaji (Ini WINA punya)
Material: Hoh..Sudahlah..Malas nak type

Uuuuuuuuuuuuuu McCormick
Nyum nyum
I lap u...
U complete Me

 
Kawan Baik Surirumah
Tata...
Dah malas mengarut..


Tuesday, August 3, 2010

Hilang dan Rosak

Semua rosak. Semua dah jahanam. Semua dah hilang. Ghaib entah pi mana. Wayar USB, Bluetooth, Card Reader dan satu dua tiga lagi benda. Saya bukan nyanyuklah. Wayar ok lagi. Saya rasa saya dah simpan elok elok semua benda alah tu. Mungkin saya ada terlupa tapi saya bukan nyanyuk. So, entry yang ke depan ke depan, mungkin takkan ada gambar selagi tak jumpa segala mak nenek kat atas tu. Habis, aku nak meniaga cam mana? Hish. Jalan Buntu. Kan bagus kalau saya ada Laptop sebijik. Hehehe. Apa kena mengena ntah. Kau tau? Ntah. Aku pun tak tahu. Tata. Sibok sikit dua tiga minggu ni.

Monday, August 2, 2010

Emak

Kadang kadang saya rasa saya seorang yang sangat berterus terang. Kadang kadang saya rasa saya seorang yang terlalu susah nak meluahkan apa yang ada dalam semak samun perut saya ni. Tapi perkara paling payah saya nak kongsi ialah perasaan bila melibatkan emak saya. Saya tidak tahu dan jugak tiadak pandai meluahkan perasaan saya sendiri. Kadang kadang bila adik adik bercakap pasal emak dengan penuh emosi, saya buat buat sibuk dan jugak pura pura macam takda perasaaan pun. Walaupun saya hampir menangis, saya janji pada diri saya sendiri yang saya tidak akan sekali kali menangis di hadapan adik adik saya bila bercakap atau berbual tentang arwak emak. Saya tidak mahu emak dikenang dengan perasaan sedih. Saya mahu kami adik beradik gembira, bangga, dan nersyukur dengan kehadiran emak dalam kehidupan kami. Ia adalah satu rahmat. Ia adalah satu pengalaman yang sangat sangat berharga. Saya tahu, emak saya, InshaAllah bahagia di sana. Saya akan sentiasa mendoakan  supaya emak saya yang dikasihi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Sepertimana emak saya sepanjang hidupnya sentiasa mendoakan kami adik beradik bahagia di dunia dan akhirat.Sepanjang hayat emak bersama kami, emak telah membahagiakan kami, menyayangi kami dan mengasihi kami lebih dari apa yang emak buat untuk dirinya sendiri. Sekarang, saya jugak seorang emak sepertimana emak saya. Saya faham perasaannya. Saya tahu dan nampak penat lelah jerih susah payah dia membesarkan kami adik beradik. Tapi saya tak mungkin dan tidak sekali kali mampu menjadi seperti emak saya. Kata katanya tidak pernah ada walau sekali pun perkataan yang menunjukkan keluh, kesah, penat dan letih dalam menjaga kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah emak berikan kepada kami adik beradik. Kami sangat sangat menghargainya dan tidak mungkin tidak sekali kali akan kami lupa. Sungguh.

Cara Senang Memalukan Diri Sendiri

Semalam ialah hari Sambar Menyambar. Sempena nak puasa dah next week, gagahkan jugak naik turun shopping complex, masuk keluar kedai baju, semata mata nak cari baju raya padahal puasa pun belum. Malas gila kalau nak dekat dekat raya baru nak terhegeh hegeh shopping. Ramai amat manusia. Alhamdulillah selepas tiga pat jam jalan sampai nak patah kaki, jumpa dah baju, beli dah baju dan balik dah. Ops. Belum lagik. Baju saya belum beli. Paling susahlah kalau nak cari baju yang sesuai di mata dan berkenan di hati. Sebab apa, aku paling cerewet. Hudoh lah. Nampak gemoklah. Nampak buroklah. Mahal lah. Semua ada. Last sekali, bila CP dah sampai tahap max dah dia punya kepenatan, kami pun baliklah.

Hantar anak semua bagi adik jaga sekejap. Lepas tu keluar pulak lagi sekali tapi kali ni berdua saja ngan CP naik Elegek. Nak ke Bunga Raya (kedai barang antik, barang lama dan terpakai). Bukan apa, kelmarin hari tu, Sissy Sha balik kampung bawak MIL dia sekali. MIL  (Makcik Tak'siah)  dia memang minta sangat ngan barang barang antik ni. MIL dia pesan nak set cawan 6 bijik. So, CP ngan saya pun bergegas merempit ke kedai tu sebab takut nanti kalau lambat, tak dapat. Maklumlah, barang barang camtu memang orang dok cari.

Dah selesai beli, singgahlah sat kat satu butik ni. Saya dengan tudung terpeleot sana sini, baju macam apa ntah pakai, masuklah ke dalam nak tengok kalau kalau ada baju yang berkenan kat hati. Tiiing. Memang sungguh magik. Terus tak sampai 5 minit jatuh cinta dengan sehelai baju baju kurung moden ni. Dengan selambanya cakap kat CP tak payah masuk Fitting Room ah. Mone bukan gemok pun. Awat abang ingat Mone gemok ka? Sambil ketawa kecil, ambiklah saya size S. Tapi CP ngan pembantu kedai tu suruh suruh jugak saya masuk try dulu. Kang menyesal. Oklah Oklah. Selepas lima enam kali dipujuk, saya terpujuk jugak. Saya masuk. Erk. Baju tu memang ketat. Malunya. Tak sedar langsung diri sendiri sudah gemuk. Sekarang bukan size S lagi. Saya sudah M.Waktu keluar Fitting Room tak yah cerita lah. Lagilah malu. Diam saja. Hahahaha. Tulah cerita yang bertajuk ' Cara Senang Memalukan Diri Sendiri'. Tamat.