Sunday, January 23, 2011

Bukan Nombor Ekor

Pagi Sabtu (pagi tadi laaaa)



CP : Saya nak 8080. Ada lagi tak?
Gadis Kaunter : Errrmm. Nombor kahwin tak boleh lagi ni.
Officer tak dak. Kena tanya dia dulu.
CP : Nombor 80?
Gadis Kaunter : Nombor dua angka pun tak boleh.
Aku : Habis tu nombor apa yang boleh? 1980 boleh?
Gadis Kaunter&: Sat saya check. ( sambil dok tekan tekan keyboard ) Ada.
CP : Tak palah.
Aku : Habis tu, bila pegawai nak ada? Pukul berapa dia masuk?
Gadis Kaunter : Ermmm. Sepanjang hari ni dia tak dak. Pi KL.

Ok. Aku balik. Dengan perasaan kecewa dan sedih keluar dari bangunan yang teruk itu.Tak sampai dua tiga jam, tetiba CP dapat firasat nak singgah semula ke bangunan yang teruk itu. Mana tahu kalau kalau pegawai  misteri yang tidak ada tu tiba tiba muncul.

Cisssss. Cisssss. Cissssssss seribu lapan puluh lapan kali. Aiyarrrk. Aku karate satgi Gadis Kaunter tadi. Hiyyyark. Apahal line panjang semacam saja ni. Pagi tadi kata pegawai tak da sepanjang hari. Tak boleh beli nombor kahwin. Tak boleh beli nombor dua angka. Tiba tiba pulak, dua tiga orang depan aku dapat beli nombor cantik cantik. Cisss. Aku tertipu. Aku ditipu. Kau tipu aku. Waaa waa waa. Nombor feveret aku orang dah amik. Baru ja orang amik. Cissssss. Aku geram. Macam &#@&&^%. Penipu.

Hah. Lega hati aku. Puas hati. Sekarang sudah tenang. Sudah berpuashati selepas sakit hati. Takpalah. Tak kisahlah. Ambiklah. Tak da hal punya. Janji nombor **** ni orang tak usik.

Friday, January 21, 2011

Banana in a Mixer

At this point, I really feel like a banana in a mixer. Lemas dan terpenyek. I've no time to update my blogshop with my cuz. Zero new stock, zero update. I'm trying my very best to clear out all the items that's left with me. Right now, we're selling offline. Still haven't decide yet when and what to stock up, but this time, definitely it'll be only ready stock items. No more Pre-order ok. It's very time consuming and frustrating. Till then...Tata.

Thursday, January 20, 2011

Minggu sibuk

Minggu sibuk. Rutin harian macam biasa. Pagi pagi buta dah bangun. Siapkan anak ke sekolah. Lepas anak dah comel dan cantik dan kemas dan lawa, siapkan CP pulak ke tempat kerja. Nasib baik aku tak payah hantar Wani pergi sekolah. Nasib aku dah sain MOU dengan CP awal awal lagi sebelum anak masuk sekolah. Tak payah hantar tapi kena ambik. Oklah tu. Tak da lah nak kalut kalut dengan Wina nak ke Tadika, dengan Aiman menyanyi pagi pagi buta mengamuk buat perangai molek.

Selesai Wani and Wina ke sekolah, terkontang kanting aku dengan Little Aiman kat rumah. Lunch pukul 11 pagi dah siap atas meja. Bukan apa, bila Puteri Princess balik, selalu mengamuk lapar, lapar dan lapar. Pukul 2 petang ialah waktu aku nak berehat. Bukan ZZzzZZ. Tak da masa nak ZZzzZZ yang bersungguh sungguh. Dapat take nap 15 minit pun dah kira bahagia. Petang baru sibuk nak basuh baju, nak masak untuk CP lah, nak jerit kat anak anak suruh masuk bilik air '....Mandi ! Mandi! Mandi! Sekarang!...'. Habis disitu.

Selesai makan malam, ZZzzZZ kan anak anak. Bila anak anak dah selamat ZZzzZZ, tengok tv rancangan favorite dengan CP berdua duaan. Rumah aku tak da ASTRO. Bil Astro mahal. Tapi ......aku tak kisah. Janji boleh tengok CSI, Criminal Minds, The Mentalist pun dah cukup. Next, ZZzzZZ CP pulak. Aku pun ZZzzZZ  sekali lepas tu.

Wednesday, January 19, 2011

Senarai benda yang aku Meluat.

Hari Stress. Aku meluart. Kerja rumah berlambak bagai tak berkesudahan. Biaqpisemak. Aku Stress. Malas mengemas. Bila aku stress, simptom bakal nak mengamuk semakin ketara. Padahal bapak aku siap bagi aku masala lapang lagi hari ni. Siap bawak Aiman pergi jalan jalan. Wani and Wina ke sekolah. Tinggallah aku sorang diri kat rumah. Akucemuih. Bubble pun sampai naik benci tengok muka aku. Asyik asyik  muka aku, asyik asyik aku ja yang duduk depan sangkar dia. Nasib Bubble tak boleh ludah. Kalau tidak, dah lama dia Ptuiii kat muka aku. Tapi kalau dia berani ptuuiii kat muka aku, aku sembelih buat kenduri. Cubalah kalau berani Bubble. Hehehe. Aku tau Bubble sayang aku. Aku pun sayang Bubble.

Sekarang aku nak list down benda benda yang buat aku meluat. Benda benda yang buat aku menyampah. Benda benda yang buat aku Stress bertambah tambah lagi.

1.Perangai menunjuk, riak dan takbur. Sekejap kau ayu bagai wanita solehah pakai tudung. Sekejap kau free hair bagai ratu cantik. Jangan main mainlah. Nak pakai pakailah betul betul. Macam apa ntah buat main. Sekejap buka, sekejap tutup. Meluat aku. Laki kau beli hadiah untuk anniversary pun kau nak canang satu dunia. Meluat aku. Kau makan kat restoren sepuloh lapan belas bintang pun kau nak tunjuk satu universe. Peduli apa aku. Hutang kad kredit kau lapan belas bulan yang lalu yang dah terlebih limit kau dah settle? Mintak maaf. Aku stress.

2. Aku meluat bila ada sesetengah orang perasan macam bagus kata dia bukan orang kampung. Eh, mak bapak datuk nenek saya semua asal dari bandar. Kampung kampung tak mainlah. Dey tambi. Siapa suruh kau main dengan kampung. Aku tak suruh pun. Pun aku tak tanya pun kau asal orang bandar atau orang kampung. Khiaqqqqqq ptuiii. Tak sedaq diri. Tapi mungkinlah datuk nenek moyang kau asal dari Atlantis kot. Kota canggih zaman purba. Kalau kau betul asal dari keturunan Atlantis, aku mintak maaf.  Aku stress ni.

3. Aku meluat betul dengan ayam piru CP. Rasa macam nak sembelih saja. Tapi aku tak lalu nak makan. Pun bukan harta benda aku. Tu ayam CP. Pagi pagi buta lagi dah keluar dari kurungan siap berak kat tempat pembelaan rabbit rabbit aku. Hiiiiiiiii. Angin satu badan. Semalam berak atas kasut anak aku. Tok, kita buat gulai ayam piru nak dak? Maaf CP. Aistress.

4. Aku meluat bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla . Ok cukup. Aku dah penat bla bla. Nak berehat sekejap. Lepas ni nak mengadap baju sekolah kaler putih anak aku yang kena marker pen kaler merah yang menjadi punca aku STrESss hari ni. Maaf kalau terasa. Ini entry orang tengah stress dan ntah apa apa. Sekian.

Monday, January 17, 2011

NiQuitin

Pic taken from rmreview.com
Yeay Yeay. Dah beli. Ada stok. Bulan lepas, habis berulang alik pusing keliling Alor Setar cari benda alah ni. Dua hari lepas dapat jugak akhirnya.Hari ni masuk hari ke dua CP amik NiQuitin Lozenges. So far, belum lagi dia ambik sebatang rokok pun. Alhamdulillah. Harap harap InshaAllah, sampai 12 minggu CP boleh bertahan. Mulanya ambik yang 4mg (heavy smoker). Lepas tu, pharmacist tu kata benda ni cepat habis. So, mau tak mau, CP amik jugak yang 2 mg (light smoker) sekali. Satu kotak stok untuk seminggu. Ni kalau kat Alor Setar sold out ni mana nak cekau lagi stok NiQuitin. Sabar sajalah untuk beberapa minggu ni. Kalau CP nak mengamuk ka apa, buat buat bodo sudahlah. Orang dalam proses pemulihan. Biasalah. Tsunami pun boleh datang. Oklah. Nak sambung bagi moral support kat CP. Tata.

Friday, January 14, 2011

Hari ini aku nak Jogging

Pagi Jumaat ni rasa banyak la pulak masa lapang. Pukul 7 pagi lepas CP pergi kerja, aku dah standby dengan kasut sukan daaa. Kononnya nak jogging la pagi ni. Takdanya jogging pun. Kehkehkeh. Aktiviti berjalan saja pun dah buat aku semput. Semput dado den. Lepas balik dari berjalan selama tak sampai 10 minit, aku lapar. Nasib baik pagi tadi aku dah siap buat nasi goreng ntah apa apa. Dapatlah jugak lapik perut. Anak anak aku semua makan roti canai breakfast pagi tadi kat rumah tok. Hoh. Kenyang lah depa.

Selesai melantak, jenguk tiga empat minit kat kebun kenit depan rumah. Wuuuu. Banyak jugak tomato cherry yang jadi kali ni. Seronok seronok. Pokok kailan pun dah tinggi setengah meter. Sapa nak makan ntah banyak banyak pokok kailan. Sawi adalah dua tiga pokok lagi yang tinggal. Yang lain semua dah  selamat masuk dalam perut. Errrrk. Alhamdulillah. Bayam merah ada lagi sepokok. Ntah bila aku nak masak sayur bayam ntah. Tengoklah kalau aku tiba tiba terlebih rajin hari ni. Ada dua tiga jenis lagi sayur yang belum disemai. Tak tau bila nak buat. CP esok tak kerja. Tapi esok ada hal pulak dah. Dah lama dah aku nak tanam bendi kaler merah pulak tapi tak da masa dan tak da tempat. Kalau nak tanam timun pun, kena buat batas dulu. Baru cantik. Tapi itu semua kena buat dengan CP. Aku mana larat nak buat sorang sorang. Tunggu lagi. Huhhhhh.

Lepas selesai dengan kebun kenit, terus ke belakang rumah angkut Bubble. Anak aku nak main sekejap. Kesian Bubble. Bulu kat hidung dia dah takda. Kena gigit dengan Bubbly. Lapaq sangat ka Bubbly sampai makan habis semua bulu bulu kat hidng Bubble. Bila tiga beradik ni dah jemu dah main dengan Bubble, main tinggal ja aku ngan Bubble kat luar. Haih budak budak ni. Terhegeh hegeh lah aku simpan balik dalam cage. Dah. Tiba tiba rasa macam nak main game LifeQuest lah pulak. Oklah. Tata.

Wednesday, January 12, 2011

Siapa tak mahu

Kadang kadang, kita (aku) selalu terlupa. Bukan sengaja buat buat lupa. Dah nama pun terlupa. Kadang kadang tersasul cakap benda benda yang mungkin mengguris hati dan perasaaan orang tua. Kadang kadang rasa macam diri ni dah pandai sangatlah nak mengatur dan menyusun rumahtangga ikut acuan suka hati sendiri. Kadang kadang rasa macam apa yang orang tua cakap selalu ' tak relevanlah, tak sesuailah, itu zaman dulu lah '. Kadang kadang rasa macam nak buat buat tak faham, teringin jugak nak buat sikap keras kepala, nak jugak tunjuk sikit skill sifat degil yang memang dah ada dalam diri.Tapi, aku siapa? Kalau tanpa mereka dan mereka itu, aku siap?. Tiada siapa siapa. Malahan mungkin  tidak menjadi apa apa pun.

Tapi mereka juga perlu tahu. Tahu yang kanak kanak ribena  semua akan menjadi dewasa. Semua kanak kanak ribena akan berkeluarga bila tiba masanya. Kanak kanak ribena yang dah dewasa akan punya anak anak ribena  sendiri. Akan perlu buat keputusan sendiri untuk kesejahteraan keluarganya. Dalam hidup ada pahit manis. Ada pengalaman yang baik baik dan mendatangkan faedah, ada yang langsung tidak memberi manfaat pun. Semua manusia belajar dari pengalaman. Masing masing tak akan punya pengalaman dan perjalanan hidup yang seratus peratus sama. Tak akan ada.

Dorongan dan galakan memang diperlukan. Apatah lagi doa dan restu dari ibu  bapa. Tapi, untuk membuat keputusan, biarlah anak anak yang tentukan.Apatah lagi kalau anak anak itu dah berkeluarga. Ibu bapa mana yag tak bahagia kalau tengok anak hidup aman damai sejahtera selesa. Siapa tak mahu?

Tuesday, January 11, 2011

Cath Kidston Sale

Oooooh la laaaaaa! Cath Kidston is having its WINTER SALE SALE SALE right now. The price? Tengok sendiri. Aku dah pedih mata dah ni. Dah tak boleh berfikir secara rasional. Berapa kali tulis dan berapa kali padam sudah items dalam wishlist ni. Can't wait for their Spring Mag yang akan keluar 21 Jan ni. Lagipun, the mags are FREE. Tak yah bayau satu sen pun. Dah. Cukup. Nak tengok dan teman dan suruh anak buat kerja sekolah. Tata.

Friday, January 7, 2011

I am their Mommy

Tak banyak masa lapang kebelakangan ni. Little Wani dah start sekolah. Little Wina pun dah start tadika. Tinggal kat rumah berdua saja dengan Little Aiman. Nasib baik Jumaat dan Sabtu sekolah tutup. Dapatlah bersantai sikit hari ni. Wani pun excited memanjang bila bercerita tentang kawan kawan baru dia dekat sekolah. Ada kawan mintak duit. Ada yang bagi hadiah. Ada yang tak bercakap langsung. Nasib baik Wani tak terkejut dengan keadaan sekolah. She adapted herself to the new environment quickly! Alhamdulillah. First day dah pandai dah ke kantin memborong makanan even dah disiapkan bekal dari rumah. Siap boleh beli bawak balik untuk adik adik lagi. On her second day, pun beli benda untuk bawak balik lagi. Bekal pun habis jugak. Bila hari ketiga, dah tak beli apa untuk bawak balik sebab dah kena bising. Ahahaha.

Rasa seronok sangat bila tengok Wani dah pandai berdikari. I'm not the type of mak yang akan stay at school for the whole first week untuk menemani anak ke kantin, menolong membeli makanan dan menunggu sampai waktu kelas habis. That's so not me. I would love Wani to explore things on her own. Learn new things by herself. Well, of course dengan sedikit supervision yang tidak ketara. I'll tell her the difference between right and wrong. What to do's and dont's. One thing for sure, I'll always be there whenever or wherever my kids need me. Not because i have to do it, but it's because I am their Mommy.