Tuesday, December 22, 2009

Double Standard Sangat

Negeri Jelapang Padi. Negeri Kedah Darul Aman. Aku sayang negeri aku. Kat sinilah aku dilahirkan. Walaupun aku dibesarkan kat merata rata sebab ikut bapak aku berpindah randah, akhirnya selepas aku dah berkahwin aku balik jugak menetap kat sini sampailah aku sekarang beranak tiga. Selesa sangat hidup kat sini. Semuanya senang. Semuanya tenang. Makanan pun murah. Apo? Mahal? Kat mana hang makan ni? Kalau dah breakfast pon kat Old Town nak murah camna. Cuba gi kedai mamak yang bersidai bukak 24 jam. Mesti ah murah kan. Kalau nak budget lagi, singgah ja mana mana gerai tepi jalan. Hah. Lagi berbaloi.

Kat sini Kelab Malam pun tak ado bersepah macam kat nun di sana tuh. Tak taulah pulak kalau depa buat Kelab Malam underground kan. Tak da la pulak aku ada masa nak buat survey pasal tu. Baik aku buat taik mata. Lagi best. Tak pun melayan anak anak aku main. Lagi best. Sangat best. Yang ado pusat karaoke. Janganlah tanya aku kat pusat karaoke tu apo yang ado sebab aku memang tak pernah ke situ. Aktiviti nyanyian lah kot. Kalau tanya aku mana lagi bagus, antara pusat karaoke dan rumah, mestilah aku jawab kat rumah. Baik aku suruh Che Pyan labur duit beli set berkaraoke siap ngan bunyi bunyi gempak untuk dipasang dirumah. Bolehlah buat aktiviti keluarga bersama sama. HEhehe. Che Pyan jangan mare. Saya GURAU saja.

Tapi dalam banyak banyak part duduk di Alor Staq ni, bab nak membeli belah memang satu masalah bagi aku. A pair of good Dockers will cost around RM 200. Tu baru bab Che Pyan. Nih aku ni. Tak ka sakit jiwa tengok nama baju ntah apa apa brand pun pun ntah apa apa datang dari mana ntah tapi mahal macam apa lagi ntah. Kalau kat KL boleh ja dapat paling murah RM 80. Erk. Bundle? Eh. Bukan. Bukan yang bundle tu. Macam ni. Hari tu Aedy  bawak aku ngan Che Pyan p Wangsa Walk melawat kedai Dockers kat situ. Terbeliak bijik mata aku. Apa pasai murah sangat nih. Reject kot. Pun tak jugak. Macam kedai Dockers kat Alor Star Mall ni. Dah lah tak pernah ada diskaun. Kedekut punya kedai. Tapi nak buat camna. Nak jugak. Nasib lah. Tapi, kalau lepas ni Che Pyan nak beli seluar dia lagi, aku mencadangkan... ceh.. mencadangkan konon, baiklah beli kat kat tempat lain selain dari kat situ. Tak pun suruh Aedy tolong belikan siap bagi ukuran saiz pinggang dan jenis apa yang nak. Lepas tu suruh dia pos kat sini. Lagi jimat. Buat apa bayar mahal mahal tapi tulis Made In China!!! Eh. Macam kasut Crocs pulak. Eheheh. Bukan beli kat tempat lain. Kat kedai Dockers sendiri  tu. Apo? Menyesal pun tak guna. Aku bukan kedekut. Eheh. Che Pyan pun bukan kedekut. Tapi sebagai pengguna kita mestilah nak benda yang berkualiti yang dalam range harga yang tak melampau-lampau. Kalau betul berbaloi dan memang tak dapat dah lebih murah sikit kat tempat lain Oklah. Fine. Takpa. Belilah. Tapi yang geram sebab kat KL lagi murah dan bole ada offer pulak tu. Apa pasai kat Alor Setar tak boleh? Selepas ni kalau aku nak beli apa-apa, aku akan buat perbandingan dulu. Penting tau. Terutama sekali untuk orang yang ada anak ramai macam aku ni. Kalau susah sangat nak kena bersusah payah lagi bagus tak payah beli. Jahit baju ngan seluar sendiri. Macam lah aku ni seorang tukang jahit. Berangan boleh lah. Oklah. Habis cerita. Tamat   

Monday, December 21, 2009

BILA MAU BERUBAH?

Malang dan malu. Sedih dan pilu. Itu saja yang dapat aku gambarkan dengan keadaan sekarang ni. Dunia akhir zaman ni macam macam benda pelik pelik terjadi. Aku secara tak sengaja terjumpa satu group dalam FB ni yang menyokong Fatine. Apa yang aku pelik, ada perempuan yang nama pun memang dah sah sah Islam, pakai tudung pulak tu, berani bagi sokongan terang terangan dekat Fatine. Nauzubillah. Atas nama apa? Atas nama CINTA? Atas nama kasih sayang? Atas nama hak untuk mencintai dan dicintai? Apakah ini? Kalaulah sudah 100% confirm yang Fatine ni memang khunsa, mungkin lain ceritanya. Adakah Fatine semangnya dilahirkan sebagai bayi lelaki yang normal dan kemudian apabila dewasa tiba tiba mendapati ada naluri yang kuat ingin berubah menjadi perempuan?

Kalau dilihat pada group tu, berduyun duyun manusia melaung laungkan sokongan pada Fatine. Macam dah jadi selebriti pulak dia ni. Macam mana pulak dengan statement dia yang kata tak pernah tinggal amalam sebagai seorang Muslim. Come on lah. Menukar apa saja yang Allah dah beri pada kita sejak Azali kalau semata mata berlandaskan nafsu boleh ka?

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA. 
LELAKI TETAP LELAKI
PEREMPUAN TETAP PEREMPUAN
KEHIDUPAN DIDUNIA MEMANG MANIS
JANGAN SAMPAI TERPEDAYA
HANYA ADA SYURGA DAN NERAKA

Ibu mana yang tak sedih kalau anak yang ditatang dari kecik tiba tiba tersasar dari jalan yang betul. Memaafkan adalah satu perkara yang lain. Menerima dengan hati yang terbuka adalah mudah untuk seorang ibu yang memang penuh dengan kasih sayang. Mudah sangat si anak mengambil kesempatan dari kasih sayang seorang ibu. Ibu mana yang tidak sayangkan anak?

Aku harap kerajaan Malaysia bertegas tentang perkara ni. Kalau kita bukak satu pintu, akan datang 1000 orang macam ni akan datang merayu untuk menyokong dan menuntut benda yang sama benda yang sama. Jangan taksub dengan cinta . Jangan taksub dengan kasih sayang. Fikir tentang masa depan. Masa depan anak anak kita. Masa depan bakal pewaris segala apa yang kita buat sekarang. Mahukah kita lihat anak anak kita hidup dalam dunia yang dah caca marba? Lelaki dengan perempuan pun dah susah nak beza sekarang ni. Harap kerajaan dan jabatan agama Islam wujudkan satu pasukan khas yang akan menangkap sesiapa saja lelaki yang berkeliaran berpakaian menyerupai perempuan.

Aku tahu. Mesti payah. Tapi kita kena cuba sikit sikitlah. Sekarang ni kalau sesapa nak kahwin, 80% akan ambil pondan sebagai jurusolek. Artis pun sama jugak. Kalau tak disolek oleh golongan ni kononnya tak cantiklah. Tak vogue lah. Ntahlah. Kebebasan adalah penting untuk semua manusia. Allah sememangnya bagi peluang kat kita di muka bumi ini untuk bebas melakukan apa saja selagi kita tidak melanggar hukum syara'. Jangan lah melaung-laungkan kebebasan semata mata untuk hawa nafsu dan mencapai matlamat diri sendiri. Kita bukan hidup seorang diri atas muka bumi ini. Kalau kita hidup lepas bebas tanpa ada garis panduan, kita ni akan sama saja seperti binatang. Mahukah hidup seperti binatang? Tepuk dada. Bangun. Dan sedarlah.

Ini hanyalah pandangan aku. Aku hanya manusia biasa. Kalau letak aku kat tengah lautan manusia, aku ni kecik ja. Berfikirlah secara rasional. Kadangkala kita tak tahu pucuk pangkal, main ikut saja apa orang buat, apa orang sokong. Manusia kena ada pendirian tegas. Hidup kenalah atas landasan Islam. Cuba tengok keretapi. Kalau terkeluar dari landasan, alamatnya......hmmmm. Mau terbalik gerabak tu habis dengan segala isinya. Senang kata, apa yang betul, betul lah. APA YANG SALAH TETAP SALAH. Wallahualam. Sekian. Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, December 16, 2009

Short trip to KL

Hari Jumaat lepas, aku dengan Che Pyan sempatlah ke KL sekejap. Anak semua tinggal kat rumah bagi duduk dengan Mak Teh dengan Nenek depa. Lagipun aku naik bas. Tak sanggup aku nak membayangkan bagaimana kalau aku bawak anak anak aku naik bas sekali. Mau runtuh apa seat dalam bas tu. Since budak budak kecik tak bawak, senanglah sikit nak kesana kesini. Jadi macam keluar berdating pulak. Ceh perasan aku ni. Thank you so much to my dear Cousin Sha and her husband and their Alya and Mak lang for their warmth hospitality..Ceewah. Macam hotel saja. Apapun aku sempat jugak ke Warehuose walaupun sebelum bertolak lagi Che Pyan dah siap kasi warning awal awal kata tak payah pergi sebab nanti duit habis. Kang nak beli benda lain terbeli benda lain pulak. Tiba tiba ja bila aku sedar aku dah ada kat Cadbury Warehouse Sales kat Klang. Nampak sangat macam drama kan. Nah ambik. Berebut rebut aku ngan orang lain semata mata nak cokelat. Hahahaha. Che Pyan lagi best. Siap ambik lagi kotak yang Aedy bagi yang kononnya tak perlu masa awal awal Aedy suruh ambik. Konon nak ambik sikit saja. Last last, nak pegang pun dah tak cukup tangan. Cokelat punya pasal.

Lupa pulak. Sebelum tu Aku ngan Che Pyan sempat jugak p FJ Benjamin Warehouse Sales (sebenarnya paling sesuai guna perkataan Stock Clearence Sales) sebab barang dia tak banyak pun. Kedai dah la besar cinonet. Barang pun tak banyak choice. Yang paling banyak Guess lah. Aku tak beli apa pun kat situ. Lagipun kan Che Pyan dah kasi WARNING kan. Ahahaha. Masa aku pi Cadbury Warehouse Sales kat Klang tu, rupa rupanya kat situ pun ada FJ Benjamin punya outlet. Wah. Lagi besar! Lagi banyak choice! Suka sangat! Che Pyan pun dah tak terWarning tengok aku macam orang sasau. Sekejap kesini. Sekejap ke sana. Banyak choice la kalau nak compare dengan outlet dia yang aku pergi mula mula tu. Mostly jenama GAP, GUESS, RAOUL ngan LaSenza. Yang aku paling tak tahan kalau lalu tepi handbag dia. Wah. Wah. Wah. Lantaklah. Off season apa aku peduli. Janji aku suka. Cantik dimata aku dengan Che Pyan cukuplah. Dalam kena warning pun aku terbeli handbag dengan baju sehelai. Nampak kan ayat terbeli tu. Memang aku terbeli sebab ia memang tak disengajakan. Dah lah beg tu tinggal satu ja. Sanggup tu aku tunggu kat situ dengan Sha pura pura tengok beg lain padahal dalam hati harap sangat orang yang tengah pegang beg tu letak balik. And Fuh. Bila dia letak ja, aku terus ambik. Terus pegang tak mau lepas dah. Macam hebat sangat AURA beg tu. Kalaulah tak kena warning, aku rasa..... hahahahah. Ayat tak boleh tulis sampai habis. Nanti Che Pyan marah. ahahah. Awat aku suka gelak sangat ni.

Oklah. Aku nak masak. Dah berapa hari dah aku tak masak. Aku bukan malas. Aku takda semangat nak masak. Nampak sangat aku ni pembohong. Nak masak mana kena guna semangat. Memasak kena ada skill dan peralatan dan bahan bahan  dan  tukang makan makanan yang dimasak oleh tukang masak. Tukang makan tak payah bagitau lah sebab itu adalah AKU. Tata.

Monday, December 7, 2009

Mainan Fantasi

First of all, tajuk tu tiada kena mengena langsung pun. Saja ja letak. Malas nak pikiaq. Lagipun aku bukan ambik exam. Takda fail pun kalau lari dari tajuk. Hehehe.

Life has been very busy lately sebab sibuk melayan budak budak sambil bagi kebebasan untuk buat rumah macam hutan belantara sekejap.. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Jangan haraplah weekend dapat kemas rumah. Sekejap keluar sekejap balik. Sekejap bawak anak, sekejap hantar balik. Masa weekend lah nak buat itu nak buat ini. Konon kata nak gotong royong. Citt. Tak sempat pun. Balik rumah dua dua husband and wife ZZzzzZZZ sampai tak ingat punya. Selalu kalau hari hari biasa adik aku lah yang akan layan Wani dan Wina. Main masak masak, main Barbie dan kadang kadang bawak jalan jalan pusing kampung. Tapi sekarang ni since dia tgh struggle study sebab ada STPM sampai sakit gigi, aku pun malas lah nak kacau dia.

This Friday, cadangnya aku ngan Che Pyan nak KL sat. Ada hal sikit. Wani & Wina memang tak bawak. Alah tak lama pun. Hari Ahad baliklah. So sekarang ni tengah sakit kepala duk pikiaq na bawak Aiman atau tak. Lagipun ini bukan trip berholiday ka apa. Dah la tu, naik bus pulak. Selalu kalau p KL, naik train amik Kabin hah duduklah anak beranak semua dalam tu senyap senyap. Tak lah bimbang sangat kalau anak aku nak melalak dan kacau orang nak ZZzzZZ. Ni naik bas. Nak naik flight, harga tiket tahulah mesti mahal kalau tak booking awal awal. SSsssSS. Tengoklah. Belum decide lagi nak bawak atau tak Aiman.

Sat sat. Che Pyan call.

Alahai. Apa nih. Aku rasa Che Pyan dah submit cuti dari minggu lepas lagi kat BM dia. Rupanya Ketua Unit lagi sorang pun cuti dalam masa yang sama jugak. Apahal lah depa nih. Dah lah tiket bas pukul 5.30 petang hari Jumaat ni. Jumaat Che Pyan tak boleh cuti!!! Tiket dah beli!! Eiii. Aku Geram!! GrrrrRr. 

Sat sat. Che Pyan call lagi sekali.

Hah. Legalah sikit hati aku. Che Pyan kata nak challo balik awal (dengan izin BM dia lah) hari Jumaat tu lebih kurang pukul 3.30 petang. Ok lah tu. Maknanya pukul 4.30 dia dah sampai dah rumah. Sempatlah dia nak rehat sat. Tapi yang tak syoknya, hari Isnin pun tak dapat cuti. Dua hari minta cuti, dua dua hari pun tak lepas. I guess that's the price you have to pay kalau kerja dengan orang. Waktu memanglah langsung tak fleksible. Lainlah kalau bapak aku bukak bank sendiri lepas tu bagi menantu tolong manage kan. Macam fantasi ja kan. Macam Che Pyan aku selalu kata lah. Motivasi kerja adalah sebab untuk cari rezeki yang halal untuk family. Yang seronok dan tersengih dan berkobar kobar semangat kerja adalah masa dapat bonus, dapat increment dan jugak naik pangkat. Itu saja.

Hmm Abang, jom kita jual burger kat depan rumah ni. Agak agak ada tak orang nak beli hah?

Ok lah . Aku dah mula dah merepek ni. Aku nak lipat kain yang setinggi Gunung Jerai ni. Lepas tu nak sidai kain. Lepas tu nak makan. Lepas tu nak sapu lantai. Lepas tu nak mop. Lepas tu sapu lagi. Lepas tu kemas mainan anak aku yang berselerak. Lepas tu sapu bilik pulak. Lepas tu aku terpengsan (aku tipu). Lepas tu aku bangun dari terpengsan terus aku main The Sims. Tata.

Tuesday, December 1, 2009

Weekend : Gotong Royong

Suka sangat bila dengar bunyi ayam jantan berkokok bersahut sahutan di awal pagi. Suka sangat bila bangun pagi buka tingkap lepas tu dapat menghidu bau rumput yang harum dan wangi sebab kena simbah dengan air embum semalam. Suka sangat bila bangun pagi dapat dengar bunyi anak unggas, mak unggas, bapak unggas, nenek unggas dan segala kaum kerabat unggas berbunyi yang secara aneh tapi rasa sangat mendamaikan.

Tapi bila bukak tingkap rumah yang depan sekali, rasa susah hati sangat. Patutlah bau rumput sedap sangat. Rumput rampai dah setinggi Wani dah. Kebun sayur dah lama tak ambil peduli dah. Semak samun merata rata. Rasa macam nak buat magic bagi semua semak samun dan rumput rampai yang panjang tu terus hilang . Sejak Che Pyan yang TerCinta bertukar tempat kerja, dah tak berbudi lagi dah kepada tanah. Mana ada masa pun. Kalau harapkan aku sorang..hmmmm. Lepas ambik hasil, terus kebun kenit tu terbiar dan dibiar macam tu saja. Sampaikan buah Roselle yang masak pun malas nak kutip dah. Rasa macam malas gila tahap apa ntah. Nasib baik, ayah rajin datang petik. Kalau tidak mereputlah buah dia kat situ.

Apa nak jadi ni. Duduk dalam kampung. Tapi tak reti nak manfaatkan langsung tanah yang ada sekeliling rumah. Ni bukan hangat hangat tahi ayam lagi dah. Ni dah tahap hangit dah ni. Ni tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu ni. Harap harap weekend ni Che Pyan yang TerCinta lapang. Tapi kalau Che Pyan yang TerCinta lapang, mesti terkinja kinja semua anak beranak nak keluar berjalan  jalan. Takpalah Mone. Sekali kala kalau weekend melepak kat rumah apa salahnya kan. Ya lah. Ok lah. Tak pa lah. Weekend ni tak yah pi mana manalah berjalan jalan. Boleh bergotong royong dengan Che Pyan yang TerCinta kasi clear semua semak samun hutan belukar depan rumah ni. Anak anak nak main kat luar pun tak susah hati sangat.

Oklah. Bapak aku dah datang. Aku nak tengok anak anak aku sat. Anak abang aku pun ada juga hari ni. Bapak aku nak bawak cucu cucu kesayangan keluar berjalan jalan. Nasib baik Aiman still ZZzzzZZ lagi. Kalau tidak dengan Aiman sekali bapak aku angkut. AHahahahaha. Lepas tu tinggal aku kat rumah sorang sorang. Kalau duk kat rumah sorang sorang sudah tentulah aku duk menghadap benda alah ni sampai ke petang. Lepas tu main game sampai muntah hijau. Euuuww. Eh silap. Wow. Seronotnya. Tata.

Monday, November 30, 2009

Mari kita ke Joo



 Ahli rombongan ke Joo...

Apakah itu? Macam nama pelakon Korea kan? Jeng jeng jeng... Sebenarnya kalau ikut cara sebutan budak umur satu tahun setengah lebih kurag sebaya cam anak aku, macam inilah kalau nak sebut Zoo. Alah. Lebih kurang saja kan dia punya pronounciation. Hentam saja. Raya Haji aku satu family balik ke kampung Che Pyan kat Selama, Perak. Dalam masa yang sama jugak bapak mertuaku buat akikah untuk Aiman. So, kira 2 hari satu malam jugaklah kat sana. Lepas selesai ja kenduri kendara, makan minum sampai kenyang tak hingat dunia, terus cabut. Since Sha and the family dah berpenat lelah memandu all the way from Ipoh semata-mata nak datang jumpa kami satu family kat Selama, aku ngan Sha pun yang memang senantiasa berotak geliga dan banyak idea terus cadang bawak budak budak kecik pi Zoo Taiping. Nasiblah kedua dua boss approved. Aku ingatkan Taiping ngan Selama ni setengah jam ja. Rupanya, jauh jugak. Mau berakaq dah kalau aku ni pokok. Nak masuk Zoo Taiping kena bayor Ringgit Malaysia 12 tunai bagi yang dewasa. Kalau budak budak bawah 3 tahun bayor 8 ringgit. Kalau tak mau bayor walau sesen, boleh blah pi duduk sambil baling makanan dekat monyet-monyet yang peramah dekat taman depan entrance zoo tu. Haaa. Itu memang free. Takpun boleh lah jugak kalau nak jugak gedik gedik masuk free. Lepas tu kalau monyet takpun orang utan tahan tengah jalan, hmm hang jawablah sendiri. Aku tak masuk campur.

Nasib baik ada khidmat train lembab yang jugak berfungsi sebagai pusat maklumat setempat pasal binatang-binatang yang ada dalam zoo tu. Oklah kan. Dari aku terpaksa jalan kaki bercanda sambil aku dengan Che Pyan main kepung kepung dengan anak anak. Mau menangis aku. Tapi secara keseluruhannya, oklah. Seronok jugaklah. Anak anak seronok, aku ngan Che Pyan pun seronoklah. Lepas dah puas habih tengok semua bintang binatang dalam zoo, perut pun apalagi, meragamlah mintak di isi. Singgah makan kat Noodle Station dekat pekan Kamunting. Lepas Makan Noodle Boleh Kita Ber Doodle Doo. Tapi takpo. Janji konyang. Tu pun sempat jugak Aiman tunjuk skill nak mengamuk cara baru. Hangin aku satu badan. Dah lah perut lapaq. Budak kecik ni buat perangai pulak dah. Nak tak nak kena begilir makan lah dengan Che Pyan. Selesai makan, aku satu family terus gerak ke Penang sebab nak ZZzz semalam kat rumah adik Che Pyan dekat Perai. Sha satu family pulak balik rumah mak mertua dia kat Ipoh.

Apapun, seronok raya Haji kali ni. Aku bukannya apa. Dah lama sangat aku tak sambut samada raya Haji atau raya Puasa dengan keluarga Mak Lang aka mak Sha. Bila dapat tu, memang seronok sangatlah. Budak budak kecik ni pun seronok dapat jumpa dengan Alya Gunduts sambil tangan tak berenti renti dua puluh empat jam asyik nak picit picit pipi Alya. Geramlah tu.  


 Kanak kanak dan Mak Kanak kanak

Ya Allah. Dah pukul 12.30 malam dah. Patutlah mata dah jadi cam mata Garfield. Dah lah. Aku nak ZZzz. Tata. Good Night.

Tuesday, November 24, 2009

Biodata Ku

Teringat masa zaman kanak kanak dan remaja dulu masa aku dah pandai menulis, mengeja dan mewarna. Aku suka buat biodata. Aku rasa aku ada tiga atau empat biodata sepanjang aku sekolah rendah. Masa sekolah menengah pun ada jugak. Tapi satu ja. Kalau dalam buku biodata aku, aku selalu suka hias lawa lawa and aku lekat gambar aku yang aku rasa paling comel dan cantik. Lepas tu kan siap pelekat macam macam segala mak nenek yang aku boleh lekat kat dalam Buku Biodata tu. Paling seronok sekali bila boleh bertukar tukar pulak dengan kawan kawan perempuan yang berkongsi minat yang sama. Lepas tu tulis lah kata kata penuh motivasi dan dorongan untuk berjaya. Wahhh. Seronok kan jadi budak perempuan. Aku tak tahu lah pulak kalau zaman aku sekolah dulu ada budak lelaki yang ada jugak Buku Biodata. Depa ni buku telefon adalah. Senang nak telefon girlfriend depa lah kot.

Tapi sekarang ni aku tak taulah pulak Buku Biodata ni wujud ataupun sudah lenyap. Maklumlah sekarang ni, semua letak dalam Internet saja. Pun bukan orang panggil Biodata lagi. Sekarang orang panggil Profile. Nak cerita pasal kegemaran, hobi, cita cita, status diri dan sebagainya, kita boleh isi ja dalam Friendster, Facebook, MySpace and siap kita boleh hantar macam macam hadiah yang tak wujud pun kat kawan kawan. HAhahaha. Sekarang kalau rasa layout tak menarik, boleh sesenang ja cari dalam internet. Lepastu kalau sejam lepas tu tak puas hati lagi, ubah pulak buat layout lain. Lepas tu kalau tak puas hati lagi, terus tutup benda alah ni pi ZZZZ untuk yang bujang atau yang tidak beranak pinak. Kalau yang ada anak macam aku ni, boleh pi main ngan anak anak kalau fed up dengan benda alah ni.

Mungkin ada lagi kot Buku Biodata ni. Cuma tak ramai dah orang buat. Yang aku tau, Buku Biodata Artis adalah macam adik perempuan aku ni yang minat gila dekat artis Korea. Dia sanggup tu buat dan tulis balik profile penyanyi, pelakon yang dia suka. Dah lah nama depa pun susah nak sebut. Sampai tergeliat lidah aku. Sukahatidialah nak buat apa pun. Tiba tiba aku rasa bersemangat pulak nak tulis biodata. Tapi bukan dalam Buku Biodata ok. Tapi dalam blog ni. Sekarang ini. Ok. Start...

Nama Penuh : Munirah Hasbullah
Nama Glemer : Mone
Nama Giler : Tiada
Umur : Apakausibuk
Status : * Bini Orang
             * Ibu Beranak Tiga
Alamat : No Takdak, Rumah Tepi Sungai, Malaysia
Hobi : Memasak, memasak dan memasak ( ermmmm..... bawang merah macam mana bentuk dia? )
Cita -cita : Menjadi seorang surirumah yang berjaya.
Orang yang DiSayangi : Tentulah orang yang sayang aku!!!
Orang Yang DiBenci : Bapuk ( aku rimas ) dan jugak Mak Cik Joyah Bibir Tebal ( suka bergossip )
Ayat Kegemaran : Cepat Kemas Sebelum Aku Naik Hantu!!!!
Falsafah : Selesai Kerja Rumah Dahulu, Bermain Game Kemudian.

Ok. Aku rasa cukuplah setakat ni. Buat sakit kepala aku lagi adalah. Rupanya aku dah tak sesuai lagi nak menulis tulis biodata ni. Biarlah budak budak ja yang buat. Aku nak berehat. Nak breakfast. Lapau. Tata.

Monday, November 23, 2009

Nama Saya....

Hello. Nama saya Puan Mone (nama sebenar). Tahun depan umur saya 30 tahun. Erm.... Ermm... Sebenarnya.... erm... uuuu.... iii.... hmmmm.... Saya sedang dirundung masalah yang sangat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cuba tengok bahu saya ni. Sampai dah senget sebelah dah. Kasihan kan? Ya. Saya sendiri pun kasihan dengan diri sendiri. Inikan pulak orang lain yang melihat diri ini yang kelihatan seperti tin berkarbonat bertekanan tinggi. Macam kalau dicucuk atau ditendang boleh pecah bila bila masa pun. Cubalah.

Ya Allah. Apa benda ntah yang aku merepek ni. Aku tengah tunggu Che Pyan aku balik. Dah lah p launcing Perodua tak bawak aku sama. Huwaaa... Huwaa.. Ni yang aku nak teriak sakan nih. Dah lah. Baik aku main The Sims. Lagi bagus dari aku merepek tak tentu hala kat sini. Tata.

Thursday, November 19, 2009

Manusia Itu Sama Sahaja

Semalam aku ke Majlis Jamuan Perpisahan Tadika Wani. Alah. Kalau berlari lari anak, tak sampai 5 minit pun dah boleh tercegat depan pintu sekolah dia. Aku seperti biasalah. Bila dah dekat tu, malaslah aku nak bersiap siap menyolek molek muka aku. Dah lah Che Pyan pun tak ado. Aku nak makeup kat sapo? Aku pun tarik seluar jeans cap Libas dipadankan dengan kemeja kotak kotak Cowboy (yeeehaa...!) yang aku fikir Ok laaaaah. Diulangi, aku yang fikir. Sesampai ja aku ngan Wani kat situ, aku tengok ada lah dalam dua tiga kerat mak bapak yang dah sampai.

Tak sampai 5 minit selepas tu, adalah sorang mak budak ni sampai. Berpakaian kemas dan cantik lip lap lip lap sambil jinjit beg tangan masuk terkedek kedek dalam tu. Aku pulak terberdiri disebelah dia ni. Kononnya nak tunjuk ramah mesra dan bebudi bahasa budaya kitalah dekat mak budak yang sorang ni aku pun start the conversation. Cittt. Bila aku cuba berbual, dia macam sangat tunjuk yang dia memang not interested nak sembang ngan aku. Lepas tu pandang pandang tempat lain konon konon cari orang atau kawan dia lah kot. So, aku pun pergilah dari situ selepas merasakan diri ini tidak diperlukan lagi. Whatever. Ada ramai lagi orang kat sini. Then, tak lama lepas tu adalah sorang lagi mak budak sampai. Berpakaian sama macam dialah. Lip lap lip lap anak mami. Amboi. Rancak betul bersembang. Padahal baru ja jumpa sama macam aku jugak tadi. Citt. Oklah. Tak palah. Mentang mentang aku tidak bekerja dan tidak bersiap seperti lampu lip lap, dia buat endah tak endah ja kat aku. Sedihnya. Wooo wooo wooo. Mentanglah mentanglah aku kelihatan seperti pengembala kambing dan dari kampung yang jauh nun di seberang sungai di sana, aku diperlakukan macam tu. Huu huu huu.  Why? Whhyyyyyy?

OK stop. Enough about part yang sedih  sedih. Sekarang kita ke part yang seronok dan paling menyeronokkan. Bisikan syaitan pun berlaku. Heh Mone, cuba tengok beg tangan dia? Berlagak sangat. Meh kita tengok cap apa? Aku yang tengah dalam beremosi dan sangat sangat dipengaruhi oleh syaitan durjana ni pun lalu ditepi sambil menjeling handbag mak budak tu. HAhahaha. Handbag Tiruan and ada bulu bulu sebab terkoyak sikit. Hahahaha. Tiruan. HAhahaha. Ada bulu lebih terkeluar. Hahaha. Berlagak sangat. Konon macam beg tangan mahal. Jinjit sana sini. Tunjuk konon macam bagus. Baguslah. Handbag(s) aku lagi cantik kat rumah. Tak da pulak tiruan macam kamu itu. Hah. Puas aku. Lepas tu aku dapat tau dia kerja dengan pejabat K*mas. Citt. Rupanya kamu itu yang sangat berlagak ini kerja kerani kat situ.  Baru kerja kerani berlagak nak mampoos. Macam bagus sekali perangai macam itu. Heh. Tak payahlah nak berlagak dengan aku. Elaun khidmat sebagai surirumah aku lagi banyak dari kerani berkontrak macam kamu itu. Ops. Dah lebih lah pulak aku. Sila abaikan ayat sebelumnya.

Bila jadi macam ni, aku teringat pengalaman masa duduk di rumah lama. Masa tu bapak aku belum buat lagi rumah sekarang yang aku duduk ni. Ya Allah. Aku rasa tak da sorang pun adik beradik aku yang sanggup nak bawak anak bini duduk kat rumah macam itu. Tapi aku dengan Che Pyan tak kisah. Asal boleh hidup sendiri dan tak menyusahkan mak bapak pun dah cukup. Memanglah nampak burok dan tidak cantik, tapi aku dengan Che Pyan rasa tenang.saja duduk rumah tu. Ventilation pun bagus. Kipas pun tak payah bukak selalu. Biasalah. Rumah kampung yang lama memang bagus pengudaraannya. Tapi aku bukan nak cerita pasal ventilation ka hapa. Aku nak cerita pasal perception orang. Biasalah. Tok aku kan bekas bidan. So, bab urut mengurut, consultation selepas dan sebelum beranak ni memang dia pakar lah. Rumah dia pulak sebelah pondok buruk kami. Ramai jugaklah orang datang ke rumah dia. Kadang kadang aku selalu jugak lepak dengan Wani (masa ni Wina ngan Aiman belum ada lagi) barang dua tiga jam rumah tok sambil makan lepas tu makan lagi dan makan lagi. Selalu jugaklah aku terduduk di ruang tamu dan terberbual dengan orang yang datang nak jumpa tok aku ni. Soalan pertama sekali ditanya.. Duduk (rumah) kat mana ni? Aku pun jawab.. Tu, kat sebelah tu. Lepas tu aku akan dapat satu pandangan yang sangat tidak menarik. Simpatikah? Hinakah? Tak perlu. Tak payah. Aku tak kisah pun duduk rumah macam tu. Aku ingat lagi pandangan orang yang datang ke rumah tok aku bila tengok Wani. Macam tengok apa ntah. Tapi bukanlah semua yang datang ke rumah tok aku buat macam. Yang aku geram nya sebab yang selalu berperangai begitu adalah orang yang tak kaya pun. Orang yang tahu berlagak konon kaya nak mampos tapi sebenarnya tak da duit pun. Hutang kad kredit setinggi Gunung Kinabalu. Aku tahulah. Che Pyan aku kan kerja dalam bidang perbankan dan kewangan. Shhh.  Kadang kadang aku sempat lagi berlawak ngan Che Pyan. Aku suruh dia hantar gambar rumah kat TV3. Kot kot boleh masuk rancangan BersamaMu. Ya lah. Rumah dah macam nak roboh dah. Tapi itulah. Perception orang tak sama. Bila nampak kita macam ada duit, kita disanjung dan di hemoi tak sangga (dipuja). Tapi kalau kita suka mengembala kambing dan sifat kecintaan kekampungan kita yang ada tu terlebih menonjol, lebih terserlah, kita dipandang enteng. Dipandang sebelah mata. Nak buat macam mana kan.

Tapi bapak aku dah rebuilt rumah ni balik dah. Dah dua tahun dah aku masuk rumah ni. Jangan haraplah aku nak jemput masuk ke dalam rumah aku untuk orang orang yang tidak berkenaan yang selalu bergebang konon anak dia beli itu, cucu dia beli rumah besar gilas kat sini, makcik dia kerja pangkat besar di situ, pakcik dia bos besar kat sini. Pandai pandailah cari jalan nak jumpa tok aku kalau tok aku tak da kat rumah dia. Tak payah nak bertenggek kat rumah aku sementara tunggu tok aku balik. Lagipun Che Pyan bukan ada kat rumah. Mana boleh sesuka hati aku jemput ntah sapa sapa masuk rumah. Tak payah. Tak payah. Tak payah. Eee..Kejamnya aku. Eh silap. Bukan rumah aku. Rumah bapak aku lah. Aku sekeluarga ni tumpang duduk saja. Hehehe.

Apapun, aku dapat satu pengajaran yang paling utama. Layanlah orang lain, saudara sesama Islam atau sesiapa saja dengan sebaik baiknya. Semua orang sama saja. Tak kira orang itu kaya, orang itu miskin, orang tua, orang muda, orang yang duduk di kampung, orang yang duduk di bandar atau dimana mana sahaja. Tak kisahlah orang itu pakai beg tangan authentic cap LV ka, cap Guess ka, cap Coach ka. Eh lagi satu. Cap Prada ka. Malahan cap Pasar Malam sekalipun. Yang aku hangin sangat sebab dia tu berlagak macam bagus dan eksyen sangat. Nak mingle mingle dengan yang bergaya dan bekerjaya sahaja. Citt. Porahhhh. Budi bahasa kena ada. Kalau berlagak sangat pun dapat apa. Terpulanglah kan. Tapi kalau orang itu sengaja membuat pasal dengan kita, takkan kita nak berdiam diri dan tunggu kat situ macam orang bodoh sahaja sambil berbudi bahasa lagi. Lebih baik angkat kaki.Tak perlu susahkan hati dan perasaan dan beremosi macam aku semalam. Banyak lagi manusia atas muka bumi Allah ni. Ok. Sendiri mau ingatlah. Aku lapar. Tata.

Wednesday, November 18, 2009

Sebagai manusia biasa..

Sebagai manusia biasa, kita mudah melatah. Sebagai manusia biasa, kita mudah sangat naik angin bila orang tegur kita. Sebagai manusia biasa yang tak punya SuperPower, kita kadang kadang dianggap lemah dan tak pandai membuat keputusan. Sebabnya kerana kita manusia yang biasa. Bukan siapa-siapa. Bukan Somebody. Tetapi..... Sebagai manusia yang biasa, kita kadang kadang terbuat sesuatu yang kadang kadang orang tengok sangat aneh. Kalau selalu orang sebut Pelik bin Ajaib. Kita kadang kadang terasa diri kita tiba tiba ada kuasa. Kita rasa nak mengawal keadaan. Kita rasa kita mampu kawal segala-galanya. Kita rasa kita mampu kawal orang di sekeliling kita. Kita rasa orang sekeliling patut ikut kita. Orang sekeliling patut ikut apa yang kita kata. Tapi kita lupa.... Orang lain pun ada hati dan perasaan. Orang lain pun ada kehendak sendiri. Sedangkan kita tak suka hidup kita dikawal macam RoboCop, inikan pulak kita nak menentukan hidup orang lain. Jatuh bangun perkara biasa dalam hidup. Mana ada orang yang statik saja. Mana ada orang tu dia tahu sedih sahaja. Mana ada orang tu 24 jam sehari semalam dia happy saja. Kalau ada, mesti Something Wrong Somewhere lah dengan orang yang Twenty Four Seven yang happy macam ni. Memanglah kadang kadang kita rasa kita nak mengawal keadaan, kita rasa kita patut bagi cadangan yang kadang kadang kita rasa macam bernas, tapi kita janganlah pulak jadi macam memaksa. Sebagai orang muda belia (ehem..), memanglah pandangan dan cadangan dari orang yang lebih Superior itu penting. Tapi kadang-kadang, kita patut bagi peluang kepada yang muda untuk buat keputusan sendiri. Keputusan yang tak tergesa-gesa. Keputusan yang bukan di buat kerana terpaksa. Keputusan yang dibuat atas kerelaan sendiri. Sekian harap maklum. Selamat menonton Wonderperts.

Tuesday, November 17, 2009

Yeay Cuti Sekolah



Cupcake untuk Birthday Che Pyan.
Hiasan dibantu oleh: Wani, Wina Aiman
Tukang perabih: Aku ngan Wina la. Sapa lagi kuat melantak dalam rumah ni?

Hari ni aku berjaya upload gambar.Yeay. Bukan apa. Smalam puas aku cari kat mana aku lempaq tauk buang camera. Rupanya Che Pyan sudah bawak pergi kerjalah. Untuk bawak pi site visitlah. Padan muka akulah. Heheheeh.

Hari ni Wani bangun pi sekolah dengan senang sangat. Tak payah aku buat lecture free kat rumah ni macam selalu. Sebabnya aku cakap kat dia esok last day dah nak sekolah. Lepas tu boleh hooray hooray kat rumah. Dia pun apalagi terus melompat turun katil terus p bilik air mandi dengan penuh semangat. Bagus anak aku ni. Cakap ja nak cuti panjang terus tiba tiba semangat nak p sekolah. Tak kisahlah. Janji dia mau pi sekolah belajar pun dah cukup. Tahun depan Wina pun sekolah sama macam Wani jugak. Tinggalah aku kat rumah dengan Aiman berdua. Hmmmm.. Kalau Aiman pulak sekolah? Hmmmmm sekali lagi untuk kali yang kedua.

Hari ni tak boleh leka sangat. Lagipun Che Pyan mungkin balik awal hari ni. Yeay yeay. Aku seronok. Tapi, maknanya semua kerja rumah kenalah beres semua. Manalah tau, tup tup belum sempat habih office hour dia dah sampai rumah. Tak ka naya aku. Rumah macam tongkang pecah. Silap haribulan, Che Pyan amik kunci start kereta pi keluar patah balik ke tempat kerja. Huh. Tak mau aku. Oklah. Aku nak main The Sims pulak. Baik aku main sekarang. Malas aku nak berebut dengan budak budak kecik satlagi especially berebut dengan Wani semata mata nak main game.Tata.

Monday, November 16, 2009

Hari Kejadian Itu

Weekend ni aku sibuk sikit. Dari hari Sabtu aku dah start buat opss Hari Kejadian. Semalam Hari Kejadian Che Pyan. Bangun awal gilas lebih kurang pukul 6 pagi, dah tertongok kat dapur. Nasib baik semalam pukul 2 pagi aku dah siap buat marzipan ngan buttercream awal awal. 2 pagi tuh. Punyalah sanggup aku. Nasib baik untuk yang tersayang. Kalau orang lain tak da nya aku nak buat macam tu. Ya la. Kalau tak buat macam tu pukul berapa boleh siap? Pukul 6.30 pagi pagi buta lagi mixer dah buat kerja dah. Wooo..woooo..wooo. Habih satu kampung bising. Ah. Lantak pi lah orang nak kata apa pun. Janji kek aku siap sebelum Che Pyan bangun. Hhehhe. Nak wish kat Che Pyan kat sini dalam blog pun buat apa. Aku rasa dah banyak kali dah aku wish kat dia. Sampai Che Pyan pun dah nak termuntah dah dengar. Ahhahaha. Yang penting dia tahu yang aku sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang kat dia. Betooooool. I tak tipu. Fuih..Penat mulut teman nak baca. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha.

Oklah. Hari ni hari segan, malas, penyegan, pemalas sedunia. Aku nak rehat. Dah 2 hari berturut turut kerja non stop. Malas aku nak update banyak banyak. Mau makan sambil teman anak aku tengok Wonderpets. Tata...

Thursday, November 12, 2009

King Of My Heart

Setiap pagi bila menghantar pandangan Che Pyan ke tempat kerja, aku rasa sedih dan kasihan. Kena keluar kerja awal pagi selepas Subuh. Balik rumah kadang kadang selepas Maghrib atau Isyak. Lepas tu keletihan sangat sampai kadang kadang ZZzzZZ depan TV. Mula mula Che Pyan tengok TV. Lepas tu TV pulak tengok dia. Apa yang boleh aku buat? Aku surirumah sepenuh masa. Penjaga rumah, jaga anak-anak, jaga semua dari A sampai Z lah hal hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga. Environment aku ngan tempat kerja Che Pyan memang totally different lah. Pressure pun mestilah tak sama. Tambahan pulak dia kena melayan karenah 1001 perangai manusia. Aku punya standard tak dalah sampai kena layan karenah 1001 manusia. Aku cuma kena layan karenah Wani, Wina dan Aiman. Pun bukan selalu sangat depa ni buat perangai. Che Pyan lagi kasihan.

Tapi aku jadi surirumah bukan dalam paksa atau terpaksa dipaksa jadi surirumah sebab Che Pyan paksa. Aku jadi surirumah sebab aku sayang Che Pyan. Aku sayang Wani, Wina & Aiman. Walaupun kadang kadang ada jugak keinginan dan perasaan nak kerja, aku tolak tepi, lempaq jauh jauh. Sebab kepentingan aku sekarang bukanlah untuk diri sendiri semata mata. Aku ada Che Pyan. Aku ada anak anak. Bukan satu. Bukan Dua. Tapi baru tiga saja. Untuk yang keempat belum ada perancangan lagi. Nasib masih belum terbabas. Hehehe. Kalau tak tok aku pengsan pulakkkk.

Che Pyan punya syarat syarat senang ja. Kalau nak kerja, ngan bank tak payahlah.Tak sesuai. Apo? Aku belajar sungguh sungguh, lulus dengan che-mher-lang dan dapat Degree in Banking, Che Pyan kata tak sesuai kerja bank.  Kalau nak kerja, kerjalah sebagai penjawat awam. Berkhidmat untuk Negara. Citt. Lepas tu bila aku fikir balik, mungkin Che Pyan lebih tau macam mana keadaan kalau kerja ngan bank sebab dia dah berapa lama dah duduk dalam sektor perbankan ni. Ya lah. Maybe he's right. Lagipun he's the King. King of My Heart. Why would he lie to me kan?  Lepas tu tanya pulak, 2 soalan paling susah nak nak jawab kalau aku betui betui nak kerja cth:
  • Anak-anak macam mana? Sapa nak jaga? Orang sekarang tak leh percaya sangat.
  • Kalau transfer jauh jauh macamna? (sebenarnya nak tanya, abang macam mana?)
  • Kalau kena posting Sabah Sarawak mau ka? Macam soalan interview pulak dah.
Lepas tu terus terdiam. Hmm.

Tuesday, November 10, 2009

Nasik Lemak

Selamat Siang. Aku baru ja sampai rumah ni. Pi mana lagi. Hantar Wani pi sekolah lah. Gila awai hari ni. Belum pukul 8 pagi lagi Wani dah terpacak depan pintu rumah nak keluar. Nak tak nak aku kena bohong dia. Aku pesan kalau nampak kereta Cikgu lalu depan rumah panggil Mummy cepat cepat. Macam mana nak masuk sekolah kalau cikgu tak sampai lagi. Kunci sekolah cikgu yang pegang. Kononnya lah. Nasiblah dia nak percaya. Kalau tak jenuh aku kena melangut depan pagar sekolah sambil mata melilau tengok kiri kanan. Dah lah anjing banyak gila. Pengotor betui lah depa nih. Konon nak bagi anjing bersenamlah pagi pagi ni. Bagi exercise sikit kasi sihat anjing kesayangan Hish. Lepas tu bagi berak merata rata.Hish hish hish. Geli geleman aku.

Semalam hari pertama Che Pyan kat Gurun. Memanglah sekarang ni rutin dah jadi tunggang terbalik. Tak macam selalu dah. Biasanya dulu pukul 6.45 pagi baru bangun. Ehem. Lewats. Sekarang ni pukul 5.30 pagi dah tertongok tongok dah kat dapur buat breakfast untuk Che Pyan dan anak anak yang dicintai dan dikasihi.  Pagi tadi aku berjaya masak nasi lemak dengan sesedap rasa. Pada perasaan akulah. Yeay yeay. Selalu kalau aku masak nasi lemak mesti tak menjadi. Lepas tu lempaq tauk buang. Lepas tu kata kuat kuat lepas ni tak mau dah buat nasi lemak. Tak reti. Lepas tu buat pulak lagi bila dah lupa perasaan marah kat nasi lemak yang tak jadi. Ahhahaha. Tengok. Tengok. Hari aku buat pulak nasik lemak. Nasib baik menjadi. Kalau tidak Che Pyan terpaksalah makan roti kering cicah air teh saja pagi ni. Macam orang katalah. Usaha tangga Kejayaan. :D

Lepas ni aku nak main The Sims pulak. Sementara Aiman tengah ZZzzZZ lagi. Wina duk sibok dengan Hi-5. Breakfast dah ada. Lunch pukul Sepuloh satgi baru start masak. Baju kotor tengah menari nari dalam mesin basuh. Lantai dah sapu. Mop belum sebab sekarang ni aku rasa malas nak mop. Mungkin tengah hari sikit aku mop. Bilik pun dah siap kemas. Waaaahhh. Banyaknya kerja dah selesai. Bagusnyaaa kalau bangun awal macam ni setiap hari. Tata.

Monday, November 9, 2009

Semalam Hari Emosi Terlampau

Kepada;
Yang Membaca & Terbaca


Terlebih dahulu, maaf ya atas ayat ayat kurang sopan semalam. Tapi aku tetap dengan pendirian aku tidak setuju dengan kewujudan golongan tersebut.

Ok. Enjin dah start dah...Seringkali kebelakangan ini berperasaan tidak menentu. Kerap sangat aku naik angin. Dah lah ada sebijik jerawat sebesar Gunung Kinabalu kat atas pipi. Sakit wooo. Sakit gila. Nak sentuh pipi pun tak boleh. Apatah lagi nak cuci muka. Aku biaq jalah. Dah semua tak boleh. Entry semalam pun berbaur sakit hati. Dah lah hari tu kata tak mau dah entry pasal Plastik Man lagi. Tapi nak buat macammana. Dah nama pun blog aku.Cuma aku harap depa ni insaflah. Masa muda memang hanya sekali. Tapi masa ni lah nak kena isi dengan membuat benda yang sewajarnya. Bila dah sedar, baru nak berpatah balik, dah terlambat. Bukanlah aku nak tunjuk baik. Aku pun sedar aku tak perfect. Tapi aku sedih tengok depa.. Aku tak dapat bayangkan kalau anak anak aku yang berjiwa suci lagi murni ni kalau tiba tiba masa bersekolah nanti diajar oleh orang- orang macam ni. Boleh bayangkan tak kalau Plastik Man jadi Cikgu Sekolah?. Nauzubillah. Dah tak tau nak kata apa dah. No words can describe how i felt. Takut, ngeri pun ado, pelik hish ntah macam macam perasaan lagi lah.

Bila kita bangkit issue ni, kata kita suka menyibuk hal orang. Masalahnya kita hidup bermasyarakat. Kalau masyarakat sendiri tak ambil peduli siapa lagi. Siapa? Nak harap Babun kat hutan? Fikirlah. Fikir bukan untuk diri sendiri. Fikirlah untuk kebarangkalian yang akan mendatang kalau kita hanya tahu tunggu, tengok dan blah. Rosak masyarakat weh. Erm, saudara saudari ada anak? Saudara saudari sayang tak dekat anak? Saudara saudari suka tak kalau anak jadi macam tu? Hmmm...

Bala dari Allah datang dalam pelbagai. Tak kira masa, tak pilih siapa. Fikirlah. Janganlah terlalu nak agung agungkan golongan ni. Aku pun tak tahu macam mana depa nih boleh diterima oleh masyarakat. Mungkinkah minda masyarakat terlalu terbuka sampai tak tahu dah nak beza yang mana yang betul dan yang mana yang salah. Fikirlah. Apa yang aku tulis ni mungkin tak penting pun. Mungkin tak jadi kudis pun untuk siapa pun. Mungkin tak da siapa pun peduli. Aku tak kisah. Takpa. Yang penting ini adalah luahan hati aku yang IKHLAS. Betul. Tak tipu sikit pun. Bukan macam semalam. Penuh denga hatred. Hari ini sudah cool sikit. Sekejap lagi akan lebih cool lagi sebab aku nak p minum ayaq ais. Tonsil pun tonsillah. Bukan selalu aku minum ayaq ais. Aku dahaga nih. Tata.

Ditulis Oleh;
Ibu Kepada 3 Orang Anak & Isteri Kepada 1 Orang Suami Yang Bimbang.

Sunday, November 8, 2009

Tersurat dan Tersirat

Aku BENCI hang dan kaum yang sepesen dengan hang. Aku MENYAMPAH tengok perangai hang dan kaum yang sepesen dengan hang. Aku MELUAT tahap gila gaban bila tengok muka hang dan kaum yang sepesen dengan hang. Katalah kat aku apa pun. Janji aku dah kata apa yang patut. Pakailah apa yang hang nak pakai. Bergayalah gaya apa pun yang hang nak. Hang boleh berpura pura jadi PEREMPUAN. Seronokkan Play Pretend ni? Pakai mekap tebal konon cantiklah padahal muka macam hantu yang bersolek di siang hari. Eii. Aku seramlah. Pakailah baju perempuan yang seksi maut kononnya nak flaunt you beautiful body kat orang. Kasi orang tengok. Kasi orang geram. Eeeeyucks. But the truth is, no matter what u wear, no matter what u took just to make u a Women, no matter how u try to act like a women, no matter how big your fake boobies is and u even smile like a proud and beautiful women, DEEP IN YOUR HEART YOU KNOW THAT IT'S NOT TRUE. YOUR WHOLE LIFE IS A DAMN FRICKING FAKE and FULL OF LIES. YOU WILL ALWAYS BE A MAN. THAT'S THE TRUTH. Hahahahahah.Haahahahaha. Hahahahaha.

Friday, November 6, 2009

Tak berapa kurus sedikit tembam

Penampilan itu penting. Bukan hanya pada orang yang bekerja 9 to 5 sahaja. Malahan surirumah yang duduk melepak di rumah 5 hari dari hari Isnin sampai hari Jumaat 24 jam pun perlu berpenampilan menarik.Bukan tunggu hari Sabtu dan Ahad bila suami bawak p jalan2 baru nak berpenampilan menarik. Saya tak cantik. Pakailah apapun. Mekaplah tebal 5 hingga 6 inci pun kat muka ni, ahhh mesti takkan cantik macam Siti Nurhaliza. Eh. Jangan. Jangan fikir macam tu. Menarik tak semestinya cantik di muka sahaja. Bukan pada wajah semata mata tau. Berpakaian kemas dan bersih pun jatuh dalam kategori menarik apa. Tambah lah sikit dengan perfume kasi bau wangi sikit. Kalau nak sembur banyak pun sukahatilah. Ya lah. Nak cover bau bawang dengan segala bau di dapur yang dah meresap jauh kedalam liang liang roma di badan ni. Maklumlah. Nama jawatan pun surirumah. Tak sah lah kalau tak masuk dapur dan duduk bertenggek separuh hari kat situ.

Aku bukan cakap pandai ka apa. Aku bercakap berdasarkan pada pengalaman aku. Tahun ni, masuk tahun ke 6 aku ngan Che Pyan kahwin. Aku ingat lagi lepas aku habih pantang kat anak aku yang sulung. Ya Allah. Memang slebet nak mampuus. Selekeh tak tau nak habaq dah. Kalau orang mai rumah tu mesti oarng ingat aku ni bibik bukan bini tuan rumah. Anak sulunglah katakan. Kadang kadang lepas mandi, nak sikit rambut pun rasa macam buang masa sangat dan tidak berbaloi berbanding menghabiskan masa dengan anak. Dah lah rambut panjang macam pontianak. Pemalas nak sikat pulak tu. Mujurlah Che Pyan tak bising masa tu. Setakat yang aku tahulah. Tak tau lah kalau dia komplen dalam hati dia sorang sorang. Sapa suruh tak cakap kan.  Bila Wani dah masuk 7 bulan aku mengandunglah lagi pulak. Biasalah orang mengandung ni. Morning sickness yang melampau lampau sampai nak bangun pun tak larat apa kejadah aku nak mengadap cermin bersolek bersiap sana sini. Baik aku ZZZzz. Rehat. Lagi bagus. Lepas beranak dekat Wina pun slebet aka selekeh jugak. Lagilah teruk. Ada dua orang budak kecik yang aku kena take care. Sekali lagi aku di salah anggap sebagai bibik setiap kali orang pandang aku dengan sebelah mata. Kesian aku kan.

Lepas tu, bila Wina dah besar sikit macam setahun lebih macam tulah lebih kurang, aku dah start rasa tak happy dah. Aku rasa macam teruk sangat. Che Pyan pun dah mula perli aku kata aku ni bau macam bawang dah. Kenapa aku selekeh sangat ni! Berperisa bawang pulak tu. Kadang kadang tu rasa risau jugaklah. Ya lah. Kat ofis Che Pyan tu, semuanya bergaya, berpenampilan menarik dan kemas. Bila dia balik rumah, terpaksa lah pulak menghadap bini selekeh macam apa ntah, lepas tu bau bawang sana sini. Mestilah tak bagus kan. So, start lepas tu, aku mulalah buat make over sikit. Baiki mana yang patut. Bersiap sedia bila Si Dia pulang dengan berpakaian cantik dan menarik. Tempek muka dengan make up serba sikit bila nak keluar berdating berlima beranak. Tapi tak dalah over sangat kan macam pelakon Opera.Yang penting Che Pyan tak nampak aku selekeh mengalahkan orang tak da laki. Sekarang ni anak aku dah tiga orang. Kalau nak cerita bab tak cukup masa ni memang tak akan cukup punya. Pandai pandailah kan. Kat sinilah penting Time Management. Yang penting semua Hepi.

Sekarang aku dalam proses nak menambahkan berat badan sikit. Che Pyan bukan suka kalau aku kurus kering mengalahkan orang yang kebuluran sebab suami bagi makan satu kali sehari. Mungkin sedikit chubby tapi bukan gemuk atau gendut. Mungkin ayat paling sesuai ialah 'Tak berapa kurus, sedikit tembam'. Ok. ThaTha. BaBai


p/s : To all the Ladies out there, ingatlah 'Tak da sorang pun perempuan yang hodoh dalam dunia ni. Hanya yang pemalas atau orang Kedah kata yang Balok Liat saja yang akan bagi 1001 alasan untuk mengelak daripada dipanggil Pemalas dan Selekeh kerana tidak menghias diri dan berpenampilan menarik untuk suami'

Tuesday, November 3, 2009

Pakcik Horatio

Apapasai aku tak buleh ZZzzzZZ. Masuk ni dah empat lima gelas agaknya aku minum air masak dalam masa kurang dari sejam.. Mau kembung perut aku satgi. Lepas tu jenuh ulang alik ke BILIK REHAT. Penat tu. Selalu kalau letak ja kepala atas bantai, belum sempat habis baca doa tidoq lagi dah selamat dah belayar ke Wonderland. Kalau bab bab ZZZzzZZ ni aku memang hebat. Sambil duduk pun boleh ZZZZzzzZZ lagi. Pendek kata mudah sangatlah mata ni terkulai layu senang beradu. Macam peribahasa pulak dah.

Bukan aku tak mau tidoq. Bila nak pejam mata ja, aku jadi takut. Selalu Che Pyan ada. Kalau Che Pyan tak da selalu adik dengan tok aku mai rumah aku teman kami anak beranak. Tak pun aku angkut bungkus kain baju lari p rumah tok aku yang berjarak dua kangkang kera ja dari rumah aku ni. Tapi kali ni tok aku tak mai pun. Adik aku pun tak mai. Letih lah kot tu. Aku pun malas nak angkut p balik segala mak nenek harta peribadi bawak p rumah tok aku. Aku malas tau dak! Last sekali dah habis pikiaq, tidoq di rumah sajalah dengan anak anak minus Che Pyan. Apa yang aku mengarut ni? Ntah. Aku sendiri pun tak pasti. Yang pasti aku tak boleh ZZZzZZ. Rancangan Tv pun macam t*h!. Semua mengarut ngarut dan bagi migrain lagi adalah. Nak tengok DVD yang baru beli aku takutlah. Padan muka aku. Sapa suruh pilih semua cerita yang horror horror. Ahha. Baru aku teringat. CSI season 7 tak habih khatam lagi. Baik aku tengok sekarang. Sekarang jugaklah aku nak berambus dari sini. Pakcik Horatio Caine, wait for me.. I'm coming.. Tata.

Monday, November 2, 2009

I Tunggu U

I Love U..uuu.. And I Miss u..
(gambar diblur atas sebab2 keselamatan)..heheh..pigidah

Suami terchenta sudah berangkat ke Langkawi atas urusan kerja. Huhuhu. Esok baru baru balik. Huhuhu. Agak terkilan sebab Che Pyan tak sempat breakfast kat rumah. Huhuhu. Nasi himpit yang dibuat khas dan dimasak semata mata untuk Che Pyan breakfast pagi ni jadi lembik. Sangat sangat lembik. Huhuhu. Tada hari lain ka dia nak pilih jadi lembik. Nak jugak jadi lembik hari ni. Nasib baik nasi, kalau ayam dah lama dah aku sembelih dan cencang cencang lepas tu buat baja. Huhuhu. Nampak gayanya, aku seorang diri sajalah makan nasi himpit lembik cicah dengan rendang ayam. Huhuhu. Op. Sekejap. Terlekat ayam. Ni mesti aku tak baca Bismillah ni. Hmmm.

Rasanya rutin hari ni dengan esok sama saja. Cuma malam ni tidoq awai sikitlah kot. Bukan ada teman berbual pun. Anak anak aku macam biasalah. Pagi petang siang malam asyik main main main. Asyik main masak masak, main Playdoh sampai habih kotor lantai aku kena mop pulak lepas depa main, main dengan Barbie lepas tu Barbie jadi macam choc fudge- sekejap ada sekejap takda, sekejap Barbie ada baju, sekejap lagi Barbie telanjang. Hish. Dah bosan main dalam bilik and bilik pulak dah tukar jadi hutan, keluar tengok tv sambil jinjit sorang satu buku kononnya nak kaler depan tv. Lepas tu amik sharpener sorang satu dan sharp kaler secara berjemaah depan tv atas lantai pulak tu. Hiiish. Grrrr. Dah habis bersepah semua habih satu rumah, mula meragam nak ZzzzZZ mintak susu sorang satu lepas tu ZZZzzzzZZ. Tamat. Habis sapa nak kemas? AKU LER. AKU SEORANG DIRI. GRRRR! Nasib baiklah comel. Nasib baiklah semua kecik kecik lagi. Nasib baiklah semua ni anak anak aku yang tersayang. Kalau tidak.....

Depa ni lah yang jadi teman aku bila Che Pyan takda. Kalau depa ni takda, mesti hidup aku sunyi. Mesti hidup macam takda motivasi langsung. Tiada kasih sayang untuk dikongsi. Macammana sekalipun, walau senakal mana sekalipun, walau orang kata tak comel sekalipun, for me, they are the cutest, the smartest and the best children that I have ever had! Ceh. Mone ni puji anak sendiri. Perahsan tak hingat. Ya lah. Dah anak aku. Mestilah aku puji. Sukahatiakulah. Ok ok. Aku rasa banyak dah aku merepek pagi pagi buta ni. Baik aku main The Sims dulu. Che Pyan mesti kat atas feri dah sekarang ni. Harap dia selamat pergi dan balik rumah. Amin. I tunggu U sayang. Cepatlah balik.

Tuesday, October 27, 2009

Go With The Flow

Anak yang sulung sekarang 5 tahun. Nombor dua pulak dah 3 tahun. Yang ketiga dan terbongsu setakat ni dah 1 tahun 7 bulan. Dah besar dah semua anak aku kan. Dua hari yang lepas sempatlah melawat kawan Che Pyan punya wife bersalin. Dapat baby boy gendut pulak tu. Bila tengok baby kenit macam tu nampak macam comel sangat. Rasa macam teringin sangat kalau boleh pinjam dan gigit sekejap baby tu. Tapi satgi tak pasal pasal lekat 5 cap jari kat pipi aku yang tak berapa gebu ni.

On the way balik sempat lagi Che Pyan bergurau. Eh. Tak taulah kalau dia bergurau atau betol betol. Aku buat andaian dia bergurau sajalah. Che Pyan tanya, nak tak anak Bank Rakyat? Huh. Apa tuh? Aku pun confused jugak mula mula.Ingatkan projek usaha sama Bank rakyat ngan staff dia ambil anak angkat ka hapa ntah. Rupa rupanya Che Pyan tanya aku nak anak lagi tak. Haih. Biar betui ni. Ini 3 orang dah separuh pengsan dah aku ni. Baru aku faham. Ya lah. 3 orang anak sebelum ni lahir masa Che Pyan kerja ngan Maybank. So 3 orang tu semua anak Maybank lah. Hahaha. Gurauan apakah ini. Oh tidak. Kalau boleh biarlah Aiman besar sikit dulu. Sekarang ni pun Aiman still breastfeed lagi. Kesian dia. Biarlah sampai 2 tahun. Tapi tak taulah kan. Yang penting sekarang, just go with the flow. Ok. Tata. Nak check out The Sims pulak. Anak anak semua still ZzzzzZz lagi.. Yeeeeeehaaa yabedabedooooo. Heh.

Monday, October 26, 2009

Good bye Alor Star

Not me ok. It's Che Pyan. He will be transferred to Gurun. Starting from 9th of November ni, bermulalah hari where Che Pyan akan di kerah supaya bangun lebih awal dari biasa, have breakfast lebih awal dari biasa dan keluar rumah tersangat sangatlah awal dari biasa dan sudah semestinya nak balik rumah pun lebih lebih lagilah lambat dari biasa yang dah memang lambat tu. Rutin harian aku pun samalah. Semua kena awal. Huhhuhuhu.. Walaupun perjalanan ke tempat kerja just took about 35 minutes or something, itu dah dikira jauh apa sebab selama ni dari rumah ke tempat kerja Che Pyan lebih kurang 10 minit ja. Ada jugak terfkir tentang nak pindah ke Gurun, but Che Pyan kata nak tengok dulu macam mana. Kalau dia larat ulang alik setiap hari selama sebelum dia di transfer ke tempat lain pulak, duduklah kami di sini lagi. Lagipun rumah bapak aku 5 minit ja dari rumah sekarang ni. Rumah tok aku kalau lompat tiga empat tapak secara bukak kaki besar besar dari rumah aku dah boleh masuk dah rumah dia. Tipu betuilah aku ni. Tok aku duduk sebelah rumah ja. Hehehehe. Kalau pindah ke Gurun aku takda sapa sapa. Rumah mak mertua pulak kat Sungai Petani. Jadi kesimpulannya baiklah duduk sini saja. Ok Tutup bab ini. Kita... Alamak, Aiman dah bangun daa. Nampak gaya lain kali pulaklah aku sambung entry ni.

But before that, aku nak habaq yang Botol Susu Avent yang BPA Free dah ada dah kat Alor Staq ni. So orang Alor Star tak payah lah susah susah nak beli online tak pun pi ke Penang semata mata nak beli sebijik botol susu tu. Semalam aku p kedai baby kat Jalan Gangsa aku sempat rembat sebotol kat Aiman. Rupanya dah sampai sebulan dah kat kedai tu. Ceh. Aku yang terlambat.

Friday, October 23, 2009

Yahuuuu

I have just finished reading my brother's blog and I'm so so so happy to hear that he'll be back this coming November. I bet my 3 Ninjas pun sangat sangat happy kalau tahu that their Pak Ndak nak balik. Bukan apa. My brother aka Mr Sob is a great uncle, great brother and a great son. Dia sangat rajin. Rajin semua especially when it comes to makan makan. Hahaha. Jangan marah ya Sob. I'm just joking though it's 100% true about the makan makan. Oklah. Need to call my Che Pyan why he is a bit late today. Bukan buat spotcheck ya. Maklumlah. Saya cepat risau. Hehe. Till then.. Babai

Tukang Jahit Baju

Bukan jahit baju orang ataupun manusia. Aku tengah ketagih duk jahit baju Barbie Wani ngan Wina. Selalu kalau beli Barbie aku tak pernah peduli pun nak beli baju atau kasut extra. Ntah. Selalu kalau beli mesti Barbie kena ada. Tapi last week anak anak aku meragam suruh beli baju Barbie. Nak baju saja tau. Barbie tak mau. Wah wah wah. Siap bole pesan macam tu lagi. Alasan paling kukuh ialah, baju-baju Barbie tu dah kotor. Tak boleh basuhlah. Nanti rosaklah. Asyik asyik baju lama saja. Amboi.

Tu lah. Macam aku masa kecik kecik dulu mana ada main dengan anak patung. Kalau bapak aku beli mainan, mesti semua sama. Of course la beli mainan yang budak-budak lelaki main. Macam pistol, bola, kereta dan yang sewaktu dengannya. Maklumlah, waktu tu dalam semua adik beradik aku, aku sorang ja perempuan. Aku pulak jenis ganas dan kasar. So bapak aku rasa aku paling sesuai main mainan macam ni lah. Hahahaha. Tapi nasib baik takda pulak aku jadi jantan bila besar. Siap jadi mak orang lagi. Sudi jadi surirumah sepenuh masa pulak tu. Wuih. Tiba tiba aku rasa aku ni macam Ibu Mithali la pulak. Ehheheh.Perasan sekejap. Ok. Cukup. Satgi kalau jadi riak lain pulak cerita dia.

Oklah. Sambung balik. Aku pun keluar lah dengan Che Pyan cari sana cari sini apa yang anak aku dah pesan tadi. Terbeliak bijik mata aku tengok harga nak di compare dengan kualiti pakaian. Makkk aii.. 3 pasangi baju Barbie, Sepasang baju Ken, Sebijik kasut Barbie, Sebijik Sandal hodoh Ken, Beg tangan sebijik jugak semuanya berjumlah RM49.90. Kalau macam ni baik aku beli Barbie sekor. Dapat baju jugak, kasut jugak. Siap dapat barbie lagi sekor. Tapi nak buat macam mana. Dah anak aku buat muka toya tiga empat lapis masam macam limau tak sedap, terpaksalah beli jugak. Kang kalau merajuk aku tak larat nak pujuk. Susah.

Pastu balik rumah aku pun beleklah baju-bajutu. Ceh. Aku pun boleh buat kalau macam ni. Velcro strap pun aku dah ada. Kain nak buat baju jangan cakaplah. Banyak gilas baju anak-anak aku yang dah tak muat yang aku tak sanggup nak bagi kat orang dan jugak tak sanggup nak buang tapi aku sanggup gunting. Keduekut taik hidung masin punya orang ini macam pun ada. Hehehe. Aku pun start lah Project Runway Sendirian Berhad. Sehelai T-Shirt Barbie yang basic tapi tidak hodoh tapi anak aku kata cantik ehem...diulangi...tidak hodoh tapi cantik okey, aku berjaya siapkan dalam masa 2 jam tanpa berhenti henti. Jahit tangan pulak tu. Tak payah aku bukak mesin jahit pun. Wah. Kalau aku tau dari awal lagi, baik aku jahit sendiri ja. Tapi kasut still kena beli jugak. Lainlah kalau aku pandai buat kasut Barbie tak payah pakai acuan macam yang dibuat di kilang Mattel tu. Kalau macam tu aku dah lama dah kaya dah. Setakat sekarang aku dah berjaya jahit 2 helai skirt, 1 helai dress dan 1 T Shirt. Tapi aku rasa lambat pulak lah lepas ni aku nak jahit lagi. Mood dah takda. Lagipun aku kena packing barang hari ni. Nak balik rumah Mak mertua lah. Baju kena kemas lah. Kang Che Pyan balik kang, hah baru nak melompat aku. Oklah. Tata. Selamat Berhibur di hujung minggu. Eh. Bukan berhibur di kelab malam noooo. Itu tak sesuaiiiiiiii. Berhiburlah dengan cara berfaedah bersama family dan jugak yang tersayang. Hahahaha.

Wednesday, October 21, 2009

Honey....Am I fat?

Keh keh keh.. Of course he will definitely bagi jawapan yang paling selamat dan suci sekali. Mana ada gemuk... Macam biasa ja abang tengok. Saja ja bagi soalan cepumas ni kat Che Pyan. Sebenarnya, hari Ahad yang lepas, aku ada la pi buat medical check up yang 6 bulan sekali tu termasuklah membuat ujian Pap Smear. Normal lah kan bila buat check up depa timbang berapa berat badan aku. Ya lah, nak bezakan yang dulu dengan sekarang. Aku pun naiklah penimbang tu dengan yakin dan jayanya. Dah lepas tu, nurse tu pun kata..Ok dah siap... ermmm.. kenapa naik banyak ni? Kenapa hah? Aku pun tanya la nurse tu. Naik berapa kilo nurse? Tahu berapa? Alah 3 kilo saja. Aku ingatkan naik sampai lima enam kilo. Mau jugaklah aku melompat terkejut kalau tiba tiba saiz bertukaq jadi saiz badan baby gajah. Padahal ni baru naik 3 kilo pun dah kecoh nurse tu.

Lepas tu balik rumah aku baru perasan. Lately ni aku kerap sangat sakit dekat tumit bila berjalan jalan berkaki ayam di dalam rumah. Aku pun cepat mengah dan sangat sangat malas. Ya! Baru aku tau. Patutlah lah aku sakit tumit. Sebab badan aku dah bertambah berat dan beban dan pulak kaki yang kecik ni dah tak mampu nak tanggung berat badan yang sudah tidak ideal lagi buat aku. Hehhehheheh. Aku pun terus teringat sesuatu. Rasa rasanya dah 2 bulan aku berhenti makan jamu. Nampak gayanya kalau macam ni aku kena makan baliklah jamu tu. Bukan apa. Aku stop makan pun sebab hari tu Che Pyan kata badan aku kurus sangat. Nak duduk atas lantai pun sakit punggung sebab duduk atas tulang punggung. Isi takdak. Hahahaha. Dah lah aku berhenti makan jamu, aku makan Proviton pulak. Mana tak naik berat badan. Sekejap sekejap lapaq. Asyik nak mengunyah saja 24 jam. Che Pyan pun sama. Makan makan makan.

Start semalam aku dah mula kawal intake nasi, gula, garam dan minyak. Sekarang ok lagi lah kalau setakat naik 3 kilo tu. Tapi kalau berganda ganda naik nanti, aku jugak yang susah. Che Pyan lagi susah hati. Mau tak susah hati. Bini asyik mentedarah sampai tak ingat dunia. Aku pun tak mau jadi Baby Gajah. Aku nak jadi dulu, kini dan forever and ever Mone Comel. Bukan baby gajah ok. Bukan sekali kali.

Thursday, October 15, 2009

A No Brainer

Disebabkan ada orang yang berperangai Hudoh, Budoh dan Sewel termasuklah orang yang tak bertamadun, aku terpaksa menghadkan certain info yg ada dlm FB supaya tak di salah guna oleh orang-orang jenis ini. You wanna have fun? You wanna play? Go somewhere else. Tempat ini tidak sesuai untuk anda.

Tuesday, October 13, 2009

Si Jakun guna Facebook

Pada hari ini, sesudah berhari hari dan kesekian kalinya aku jadi tak keruan sebab tak dapat bukak Facebook, hari ini..aku berjaya. Gila lama team FB buat Site Maintenance kat profile aku. Tak kisah lah. Yang penting sekarang aku dah boleh bukak dah FB. Pun jadi masalah juga. Ya lah. Dah beberapa hari asyik guna profile Che Pyan ja, bila bukak profile sendiri aku jadi sakit. Sakit kepala, sakit jiwa dan sakit hati. Dah jadi macam jakun pulak aku ni. Dah lah YoVille tak boleh bukak. Ceh. Buat penat aku ja. Baiklah aku main The Sims. Itu lebih bagus. Tapi lagi bagus kalau aku buat benda benda yang berfaedah kan. Apakah menulis blog ni berfaedah? Ntah. Aku sendiri pun tak tau. Nanti kalau ada jawapan aku bagi tau.

Eh. Aku baru teringat ingat lupa. My Mother In Law is coming over to my house esok lusa ni. Hari esok lusa? Mana ada hari yang nama esok lusa. Esok lusa maksudnya hari Khamislah. Apa raa. Mak pun nak lah bercuti jugak sekali sekala selepas penat berhempas pulas mengerah keringat membanting tulang menjaga cucu yang jauh di sana nun dirumah adik ipar tu. Luckily, Ina (My Sis In Law) dan sekeluarga dan jugak keluarga mertuanya nak ke Kelantan. So, dapatlah mak datang sini tidur since dah lama sangat dah mak tak mai sini. Maknanya, start dari hari ni aku dah kena mulakan ops Pembersihan rumah secara berkala (nampak sangat macam apa ntah rumah aku ni) sebab kalau nak buat semua sekaligus mamposlah aku nak buat sorang sorang. Che Pyan kerja. Takkan aku nak suruh anak aku kot sapu lantai, mop lantai, cuci tingkap dan bla bla bal bla. Ok. Sekarang jugak aku nak start kerja aku. Tapi sebelum tu, perut kena isi jugak. Tangki biaq penuh. Satgi baru sikit ja buat kerja dah lembik macam sotong dah. OK. Tata.

Saturday, October 3, 2009

Alhamdulillah..

Pelawat No 1 Che Pyan..


Sempat lagi bagi kotor bilik Che Pyan duduk..
Ihhihihih..

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih ayah, Tiah dan Tok sebab banyak bantu esp bab menjaga 3 Ninjas kesayangan. Terima kasih Wani, Wina dan Aiman sebab tak banyak songeh dan tidak menbuat perangai. Terima kasih kawan kawan kerana mendoakan. Terima kasih kepada yang telah sudi melawat Che Pyan sepanjang dia berada di rumah sakit. Hari ni Che Pyan dah discharged dah. Dah balik rumah dah. Yahooooo. Dapat MC sampai seminggu. Bolehlah dia rehat banyak banyak memandangkan sebelum sebelum ni dia dah kerja teruk teruk dah dan lepas tu pulak payah sangat nak dapat Leave. Ah Uh Ih..Macam macam lah alasan dibagi supaya Che Pyan aku mentongok di Pilihan Anda sampai dah lepas Isyak baru selesai kerja dan baru boleh balik rumah jumpa anak dan isteri (akulah itu) kesayangan.

Hopefully takda sapa-sapa lagi yang jadi macam Che Pyan. Kalau demam dah 3 hari tapi tak kebah kebah atau lega, cepatlah p mana mana pusat perubatan atau hospital yang berdekatan. Pukul dua tiga pun takpa. P saja.

Macam Che Pyan. Sebelum confirmed kena denggi, dah dua kali ulang alik klinik biasa tukaq ubat sebab demam tak kebah pun. Masuk hari ketiga, tengah malam, terus badan lembik, habih naik bintik bintik merah satu badan macam campak yang sebenarnya bukan campak. Sakit kepala yang teramat sangat macam nak meletup dah kepala tu. Kaki dan betis rasa macam kena cucuk cucuk dan lenguh sampai tak boleh berdiri. Lepas tu loya then muntah sampai tiga empat kali sampai badan lembik siap cirit birit sekali. Kalau jadi macam ni cepatlah p terus bahagian emergency ok.


Orang sakit yang suka makan dalam gelap..

Dah. Aku dah ngantuk dah nih. Dah tengah malam dah. Nak tidoq. Good Night. Tata.

Friday, October 2, 2009

Penangan Aedes...

Tak sempat langsung nak berfacebook atau menulis blog. Balik rumah pun sebab nak bagi Aiman minum susu dan kemas mana yang patut. Duk teman Che Pyan siang dan malam kat KMC sebab Che Pyan kena Demam Denggi. Harap harap tu by tomorrow bolehlah balik rumah. Harap harap tu Che Pyan sembuh dengan cepat. Harap harap tu tak dak lagi ahli keluarga lain yang dijangkiti oleh Demam Denggi..InshaAllah...

Wednesday, September 16, 2009

Dear Pekerja Tessko

Dear Pekerja Tessko yang sangat baik hati dan berbudiman,

Selamat berpuasa. Selamat menyambut hari raya. Dah lama aku nak hantar surat cinta nih. Setelah berkali kali menaip cancel, taip cancel, taip cancel, hari ni aku berjaya jugak tulis surat ni. Aku bukan apa. Aku kesian tengok hang kena kerja teruk teruk macam ni. Tambah tambah pulak sekarang ni. Kan ramai beribu riban manusia yang suka shopping barang barang dapur membeli belah menambah stok untuk jamuan hari raya nanti. Aku kesian lah. Ish ish ish.

Kadang kadang aku rasa macam nak ambik ja orang yang kerja kat kaunter timbang barang tu kerja dengan aku. Tapi aku nak bayar pakai apa hah. Aku bukan ada duit pun. Aku kesian tengok mata tu sambil angkat plastik kasi timbang dah berpinau pinau sampai dah tak leh nak buat apa bila dah terlalu ramai sangat manusia yang bengong dan bongok yang tak reti bahasa bila orang tulis kat atas tu suruh beratur dia main redah ja. Aku dapat bayangkan penderitaan yang hang hadapi. Kebanyakkan orang-orang yang datang beli barang kat Tessko ni memang orang jakun. Selalu beli barang kat Pasar borong dan market market kecik ja. Biasalah tu. Main rebut rebut ikan. Tolak tolak. Maklumlah Sub Urban lah katakan. Dah lah tu, tak bertimbang rasa dan terlalu bengong. Tentang buta huruf tak reti nak baca sign Sila Beratur tu aku tak pastilah. Tapi hang pun jangan lah terlalu bengong jugak ikut perangai manusia manusia nih. Aku tengok yang berperangai tak menyempat nyempat kebanyakkannya golongan yang berumur 40 tahun keatas. Yang muda-muda remaja belia macam aku ni reti pulak nak beratur kat kaunter timbang tu. Aku pelik. Aku heran sangat-sangat. Susah saangat ka nak ikut turn. Nih masa aku tengah sedap sedap tunggu giliran tetiba ada ja manusia bengong berpakaian kemas bertudung cantik berkemeja dan berkasut kulit cap apa ntah tup tup terus letak barang dia atas kaunter. Bukan sorang dua ok. Banyak gila orang bengong macam ni. Aku rasakan, baiklah buang ja papan tanda suruh beratur yang tergantung kat atas kepala tu supaya hati aku ni tak sakit lagi. Supaya setiap kali aku nak timbang barang tak payah lah aku jadi warganegara yang baik nak susah payah beratur kat situ. Tak pun worst case, baik aku tak payah dah beli barang kat Tessko sebab kat pasar borong pun lebih kurang macam ni. Aku nak kan keselesaan beli barang. Kalau tak selesa dan suasana pun lebih kurang ja macam Pasar Borong baik aku p Pasar Borong. Janji hati tatak sakit.

Eh aku lupa lah. Aku sebenarnya nak mintak mahap sebab kata $%#@# kat hang sebab hang amik ja dari sapa sapa yang letak barang atas tu. Tak da pulak aku dengar hang suruh dia p beratur kat belakang orang yang ah lama queue macam aku ni. Sekarang ni kan musim perayaan. Kan ramai orang. Hang kena fahamlah. Semua orang pun nak cepat. Esok lusa ni ni aku nak p sekali lagi kat Tessko ni. Aku rasa tetiba gatai saja tangan nak beli Barang Yang Kena Timbang kat kaunter hang. Mungkinkah hang dah berubah sebab kena kata @#%%$# dengan aku. Mungkinkah ia sekadar angin lalu. Ataupun hang sendiri tak perasaan ada sign Sila Beratur yang terpacak betul betul atas kepala hang tu. Tak pa. Jangan risau. Kali ni, kalau aku p pulak, aku tolong hang ok. OK. Selamat Hari Raya sekali lagi. Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 10, 2009

Thank U So Much My Dear Che Pyan

Ingat lagi tak aku pernah kata pernah sebut dan pernah tulis pasal apa aku nak untuk hari ulang tahun kelahiran aku. Kat situ macam macam aku tulis. Tak mau itu tak mau ini. Tapi, hari ini dengan tiada lebih tiada kurang dengan perasaan malu yang menebal aku nak bagitau yang aku hendak dan sudah dapat pun semua benda tu pada mulanya aku tak mau tu. Teruk kan. Mula kata tak mau. Pas tu hegeh hegeh pulak ndak.

Ntah apa apa ntah perangai aku nih.Tapi sorry ok. Aku malas nak upload gambar beg, kasut tumit tinggi berapa inci ntah tapi kalau baling kat kepala anjing confirm anjing trus mati, mak nenek baju baju apa ntah ada ropol sana ropol sini kembang sana kembang sini dan jugak last sekali hadiah yang paling aku suka sangat jeng jeng jeng.. set alat makeup tak payah tanya brand apa sebab memang aku malas nak bagitau ahhahah. Cukup setakat itu saja. Dalam set makeup tu ada satu benda yang terpaling aku suka dan tiap tiap hari aku buat mainan. Gila apa make up buat mainan Mone nih. Bukan bukan bukan. Tidak tidak tidak. Aku tak gila. Masih berfungsi seperti biasa. Benda alah tu ialah Eyelash Curler yang guna Battery. Free gift tau dak. Ceh. Orang lain dah lama dah guna benda tu aku yang jakun ni kecoh. Tapi tak kisahlah. Syioknya aku dapat barang free nih. Selalu sebelum nih kalau nak pakai mascara kena kepit dulu bulu bulu mata unta then baru apply mascara. Sekarang letak ja Eyelash Curler tu 15 saat. Walla.. Lentik wa cakap lu. Ahhahaha.

Seronoknya main benda benda bersifat girlish ni. It makes me happy like a 5 years old kid. Eh. Macam umur anak aku ja. Tak kisah lah. Yang penting aku seronok. And thanks to Che Pyan for the Treats. Walaupun tak ada sesi romantik makan malam berdua sempena meraikan hari jadi aku, I dont mind. All the gifts and the love sudah cukup buat aku. Eh, sebelum aku buat buat lupa, to Sissy Sha, please claim ur birthday present dekat Che Pyan ok. Aku tak ada duit. Aku tak kerja. Kena mintak dengan orang yang kerjalah. Aku tak makan gaji. Aku makan nasi ja. Ahhaha. Tata. Till then...

Friday, September 4, 2009

Bila Bulan Puasa......

Bila bulan puasa tiba, aku jadi malas. Bukan tak da kerja. Kerja ada. Tetap ada. Tak pernah tak ada. Tapi aku buat buat tak nampak. Hahahaha. Nama ja surirumah. Dedicated Housewife kunun. Bulan puasa malas masak. Dulu belum bulan puasa dah janji kat diri sendiri. Aku nak masak. Aku tak mau beli makanan. Bukan sedap pun beli kat Bazar Ramadhan tu. Baik aku masak.

Tapi bila tiba bulan puasa, aku mungkir janji. Boleh kata dalam seminggu, baru dua tiga kali aku masak. Bukan aku kerja pun. Kenapa malas sangat nih? Apa nak jadi nih? Tak boleh jadi nih. Tak boleh jadi. Nasib baik hari ni nak balik rumah IBU MERTUA di Sungai Petani. So, tak yah masak lagi. Yeayy.

Habih bila aku nak masak nih? Ok OK. Start next week kalau boleh aku tak mau beli langsung kat Bazar Ramadhan. Aku nak masak. Tengoklah camna nanti. Ok. Sekarang waktu untuk kemas kain baju masuk dalam beg then kasi letak dekat depan pintu nanti senang bila Che Pyan balik terus boleh balik Sungai Petani. Yahuuu.... Till then..

Kepada Si Hati Manis Ku

Dear Hati Manis Ku aka YOU,

Jarang sekali Mone nak senyum, jarang sekali Mone tak membantah, jarang sekali Mone cool, jarang sekali Mone nak tunaikan apa yang YOU nak.

Kadang kadang Mone suka gelak, kadang kadang Mone suka menjerit, kadang kadang Mone suka mengilai macam hantu, kadang kadang Mone suka buat buat tak tahu.

Itu yang kadang kadang. Tapi selalunya Mone suka membantah, selalu Mone suka membebel, selalu Mone suka buat muka kelat macam makan benda apa ntah, selalu menginginkan barang barang perempuan, selalu mintak itu mintak ini, selalu nak makan itu nak makan ini, selalu ajak nak p situ nak p sini. Selalu Hati Manis Ku ini tunaikan.

Bukan tak perasan atau berpura-pura tak perasan. Memang Mone suka buat buat tak tahu. Suka sangat Berpanas Baran 24 jam. Ada saja benda tak kena. Tapi.................

Mone memang sayang YOU...Mone memang sayang YOU....Mone memang sayang YOU.... I may seem macam orang yang tak berperasaan dan hati batu..but I really love YOU... Cuma tak tertunjuk dan terluah.. Itu saja... But I LOVE U SO MUCH Ok...

Wednesday, August 26, 2009

Tiada Idea. Cuma Merepek Saja

Apa yang aku nak? Ntah. Apa yang aku teringin? Ntah. Tak tahu. Tak dak idea. Bila Che Pyan tanya semalam aku nak apa sebagai hadiah sebab umur aku dah 29 tahun dah lewat 20 an dah nak masuk awal 30 an, aku keliru mejadi buntu. Ceh. Lagu Bunkface jugak yang muncul. Nak kasut? Yang ada pun tak terpakai. Asyik asyik pakai kasut buaya pendek. Asyik asyik kasut leper warna gold buaya panjang. Dah tak dak kasut lain dah yang kaki aku ni berkenan. Lagipun kasut aku elok lagi. TAk yah membazir kan.

Baju? Baju apa? Baju raya? Eh..Itu birthday ka tak birthday, wajib beli. Semua dah ada baju. Aku sorang ja belum. Cerewet punya mummy. Masuk kedai ni tak mau. Masuk butik ni tak mau. P kedai tepi jalan pun tak jumpa jugak baju yang aku berkenan. Kalau susah sangat baik aku pakai saja T shirt yang beli last week. Senang. Tak payah susah susah bazir peluh bazir tenaga bazir masa cari baju yang aku cuma pakai setahun sekali lepas tu ntah letak kat mana terus hilang. Ghaib terus.

Beg tangan? Handbag? Beg raya? Ceh. Ni lagilah pening nak pikiaq. Pagi tadi lepas sahur, sempat jugak aku online tengok barang satu dua handbag kalau kalau ada yang berkenan di hati. Tapi...hmmm. Terus hilang nafsu nak menghabiskan duit bila tengok tak da satu pun yang berkenan di hatiku.

Gelang emas? Cincin berlian? Rantai emas yang panjang dan jugak labuh sampai mencecah lantai? Hish. Apa ingat Che Pyan pemilik lombong emas kat Alor Star ni? Lagipun aku bukan suka sangat nak memakai serba mak nenek yang melampau dan terlampau lampau sampai jadi mak nenek pakai gelang sekerat lengan. Eiii. Tak sesuai. Sampai sekarang aku tak tahu apa aku nak. Biaqlah. Susah susah sangat aku suruh Che Pyan beli Sijil Simpanan Premium sudah. Senang. Habih cerita. Fullstop. Eh. Eh Eh. Sat sat. Tapi tak tau la pulak untuk waktu waktu yang seterusnya kan. Mana tau tiba-tiba ada pulak benda yang berkenan di hati..

Tuesday, August 25, 2009

Darling, I'm 29

If today is not my Birthday, this blog may not have a new entry. Just like what happened for the past few days. Too lazy to tell stories. Too lazy to share. Too lazy to write. Sibuk membuang masa main The Sims dan segala mak nenek game yang wujud dalam FB aka Food & Beverages. Eh silap pulak. FB aka Facebooklah makcik. Ok. Let's cut the crap. Mari move on ke new chapter.

Hari ni, tanggal 25 haribulan Ogos pada tahun 1980, seorang budak perempuan telah selamat dilahirkan oleh seorang ibu yang pada ketika itu berusia 25 tahun. Dan kini budak perempuan itu telah berusia 29 tahun sudah. Sudah besar panjang. Sudah berkeluarga. Sudah beranak pinak. Apa ada pada angka? Siapa boleh jawab? Takda? Ok. Aku jawab sendiri lagi bagus. Bagi aku, umur dan angka ni adalah peringatan. Peringatan kepada aku. Peringatan untuk aku sentiasa beringat. Sentiasa peka dan jugak tidak lalai. Ni peka dan lalai apa pulak nih. Tak. Sebenarnya, bila usia kita makin meningkat, kita belajar jadi matang. Bukan matang yang kebudak budakkan tau. Itu punya matang tak boleh kira. Kita matang dalam menilai kehidupan kita. Kita matang kalau kita mengasihi dan menghargai orang di sekeliling kita. Kita bersyukur dengan peningkatan usia, kita dikurniakan kesihatan dan masih boleh melakukan amal ibadat terhadap Allah. Masih dikurniakan oleh Allah kekuatan dan keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab dan memelihara rumahtangga terutama sekali dalam mendidik dan membesarkan anak- anak. Masih dikurniakan nikmat berkasih sayang dengan suami atau isteri yang dikasihi dan dicintai. Masih ada keluarga yang kita sayangi dan menyayangi diri kita seadanya.

SAat berlalu. Minit berlalu. Hari berlalu. Tahun bersilih ganti. Sedar tak sedar aku sudah 29 tahun. Tiada apa yang paling bermakna dalam hidup ini selain dari dikurniakan:

Suami untuk dicintai dan mencintai,

Anak anak untuk disayangi,

Keluarga untuk dikasihi,

Kesihatan untuk melakukan amal ibadat dengan sempurna,

Kewangan untuk keluarga dari rezeki yang halal,

Rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Itu saja

Monday, August 17, 2009

Hanya Pada Allah..

Hilang sudah nafsu untuk menulis blog. Tiada apa pun yang menarik. Keaadaan semasa sangat tidak mengizinkan untuk menulis blog dan membuang masa. Sepanjang 3 minggu lalu, hilang habis semua nikmat untuk menikmati keharuman dan kewangian dan jugak kesedapan makanan. Deria bau tidak berfungsi untuk seketika. Azab. Memang azab. Tapi aku bersyukur sebab deria bau tu saja yang kurang berfungsi untuk seketika. Nak ambik cuti sementara kot. Kalau hilang yang 4 deria yang lain, aku pun tak taulah. Cannot imaginelah.

Sekarang kan sibuk H Satu N Satu. Sana sini orang sebut. Orang takut. Aku pun sama. Tapi penutup hidung tetap tak pakai pun. Teruk betui muka aku bila pakai mask. Sampai anak aku pun terbeliak bijik mata bla tengok aku nak pakai mask tu. Tapi aku tau. Lambat laun kena pakai jugak. Peduli hapa buruk atau tak muka kau bila pakai mask yang tak berapa cantik dan tak da corak corak yang menarik dan berwarna warni. Janji dapat hindari dari H Satu N Satu. Aku yang jadi risau dan sikit sikit paranoid sebab anak anak aku semua ada lelah. So, kena berhati hati lebih sikitlah. Bukan apa. Mencegah kan lebih baik dari mengubati. Kang kalau demam, dah kena p klinik yang memang sekarang ni penuh dengan orang ramai.. Ya Allah, jauhkanlah kami sekeluarga dari mala petaka dan bala bencana yang berlaku sekarang ini.

Dah la. Tinggalkan pasai H Satu N Satu. Ada satu tragedi menyayat hati. Tragedi ini berlaku petang semalam. Tragedi yang tak jauh dari rumah aku. Lebih kurang 100 meter. Saat aku tengah seronok main dengan anak-anak aku, ada sorang ibu sedang menangis. Menangis terkenang dekat anak bongsunya. Menangis sebab semalam dia tak tau yang semalam adalah hari terakhir dia boleh peluk, cium, dakap dan bermain-main dengan budak kecik tersebut. Budak kecik tu sebaya dengan anak aku. Baru 5 tahun. Baru 5 tahun dah pandai nak tolong mak dia siram pokok. Baru 5 tahun dah ingat nak tolong ringankan beban mak bapak dengan bantu buat kerja kerja disekitar rumah. Memang dah Qada dan Qadar. Budak kecik tu lemas. Walaupun berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke atas tebing sungai pada mulanya, malang sekali budak kecik tersebut terjatuh untuk kali kedua dan terus pergi untuk selama-lamanya. Budak kecik yang tak berdosa. Budak kecik yang tak tahu apa apa. Budak kecik yang pernah rajin nak tolong maknya. Syurga pastilah tempatnya. Amin.

Memanglah sebagai ibubapa kita kan sentiasa berjaga-jaga dan beringat terutama sekali kalau anak anak masih diperingkat tak sekolah lagi. Masa umur macam ni lah semua dia buat. Semua dia nak cuba. Semua nak teroka. Macam dah dikatalah. Ajal dan Maut Allah yang tentukan. Sebagai ibu bapak mestilah kita sayang anak anak. Mestilah sedih kalau anak kita tinggalkan kita. Mestilah trauma. Macam aku pernah rasa bila kehilangan mak aku. Aku murung selam beberapa tahun. Nampak di luaran ok dan normal. Tapi didalam hati tiada siapa yang tahu. Hanya orang yang pernah hilang orang yang tersayang saja tau perasaan macam ni. Dan hanya selapas aku terima dengan hati yang terbuka tanpa menyoal kenapa dan mengapa, barulah aku rasa tenang sedikit demi sedikit. Tapi ingatlah. Bukan kita yang tentukan semua tu. Kita boleh berusaha. Memang kita sentiasa digalakkan ke arah itu. Memanglah kita dah cuba sedaya upaya untuk keselamatan kesejahteraan keluarga kita. Doa, usaha dan ikhtiar.. Selebihnya kta serahkan kepada Allah S. W. T. Hanya pada Allah sahaja....

Tuesday, August 11, 2009

10 Sebab Kenapa Saya Mesti Hormat Ibu Tiri Saya

Sebenarnya boleh saja nak letak Seratus sebab, tapi memandangkan malas nak tulis panjang berjela jela sampai mata pun naik juling nak baca, sepuluh reason pun sudah cukuplah. Ok. Tarik nafas... Hembus perlahan lahan. Tarik nafas...Hembus perlahan lahan. Cukup. Ini adalah senaman sedut udara pagi. Terus ke perkara yang berkaitan tanpa perlu belok mebelok atau merempit kesana sini. Sepuluh sebab kenapa mesti hormat ibu tiri ialah:

1. Sebab dia ISTERI yang sah kepada ayah, bapa, papa, daddy kesayangan dan apa apa lagi ntah panggilan kepada bekas suami kepada emak, ibu, mama dan mummy kesayangan.

2. Sudi menjaga makan dan minum ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

3. Sudi meggosok baju dan mengemas rumah disamping sanggup pulak mengembleng tenaga bersama-sama ayah, bapa, papa, daddy kesayangan untuk menjaga kebersihan dan persekitaran rumah dalam usaha nak mewujudkan persekitaran yang sihat dan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

4. Sudi memberi buah fikiran ataupun idea yang bernas kepada ayah, bapa, papa, daddy kesayangan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan kewangan kerumahtanggaan supaya tidak menyesal dikemudian hari.

5. Sudi menjaga adik-adik yang masih tertinggal di rumah sebab belum boleh kahwin sebab belum cukup umur ditambah pulak tak matang lagi untuk meguruskan kehidupan sendiri tanpa belaian, dorongan, semangat dan bimbingan kasih sayang dari ibu tiri dan ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

6. Sudi untuk bersama-sama berkongsi susah payah jatuh bangun kaya miskin bersama ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

7. Sudi menghulurkan bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan. Sebaga contoh nak mintak pendapat; Ini boleh tak? Itu boleh tak? Macamni Ok? Macam tu boleh?

8. Sudi menjaga dan melawat berulangkali dan berkali kali tok kesayangan kami semua di masa tok tidak sihat dan tok senantiasa berangin kus kus.

9. Tok pesan: Kalau kita dulu sesat dipangkal jalan berperangai hodoh dan pernah terlanjur tak sengaja terbiadap terhadap emak, ibu, mama dan mummy kesayangan, dan kemudian memohon ampun balik kepada emak, ibu, mama dan mummy kesayangan, kita tentu akan diampunkan dan dimaafkan. Tapi kalau sesat dipangkal jalan berperangai hodoh dan pernah terlanjur sengaja pulak tu terbiadap terhadap ibu tiri ATAUPUN IBU MERTUA....hmmmmmmm belum tentu lagilah akan dimaafkan. Silap haribulan dipulaukan sehingga buat kita nak lari ke pulau dan dibuat sebagai patung bergerak yang mneceriakan suasana seisi keluarga mereka dan keluarga mereka.

10. SAYA TAK MAHU JADI ANAK DERHAKA fullstop.

Dah selesai pun. Tak panjang pun kan. Mengikut observation yang dibuat, sepanjang ibu tiri berkahwin denganayah, bapa, papa, daddy kesayangan, saya rasa dia sudah membuat yang terbaik untuk dirinya, anaknya sendiri dan jugak kepada kami sekeluarga. Tak da manusia yangs sempurna. Apapun, terima kasih 'mak' kerana sudi menjaga ayah, bapa, papa, daddy kesayangan dan melayan karenahnya yang pelbagai. Terima kasih dari sudut hati yang paling dalam.

Saturday, August 8, 2009

Getting to know each other

If you've been tagged or you are reading this, you have the honor of copying all these goofy questions, writing your own response, and tagging 25 other victims. You have to tag me, too, so really you just need 24 more people. If I tagged you, it's because I want to know more about you - but not in a creepy stalker kind of way.

To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your title as "Getting to know each other!", tag people including me (tagging is done in the right hand corner of the app) then click publish.

1 What time did you get up this morning? ehem...6.50 am..ehemm..

2. How do you like your steak? Medium well done.

3. What was the last film you saw at the cinema? The Eye in 2003 with my Che Pyan and a friend.

4. What is your favorite TV show? CSI Miami, Ugly Betty, The Mentalist and Desperate Housewives...eh.. one more..Gossip Girls..

5. If you could live anywhere in the world where would it be? I guess it would be Zurich.

6. What did you have for breakfast today? KFC. I'm such a bad mommy!!

7. What is your favorite cuisine? Asian and Western Cuisines.

8. What foods do you dislike? Charred Foods and non cooked foods. Ewwww.

9. Favorite Place to Eat? Home Sweet Home.

10. Favorite salad dressing? Thousand Island pleaseeee..yummy..

11.What kind of vehicle do you drive? I don't drive though i got my driving license last year. Too scared man.

12. What are your favorite clothes? T-Shirt. Senang dan mudah. Hahaha

13. Where would you visit if you had the chance? Australia, Zurich and Bukit Tinggi.

14. Cup 1/2 empty or 1/2 full? It depends on what I drink. No alcohol please...

15. Where would you want to retire? Anywhere as long as I have my loved ones with me.

16. Favorite time of day? Morning.

17. Where were you born? Alor Setar, Kedah.

18. What is your favorite sport to watch? hmmmm....

19. Who do you think will not tag you back? I don't know. But i wish everybody that i've sent this will respond.

20. Person you expect to tag you back first? My buddies and friends

21. Who are you most curious about their responses to this? Daa..of course all of them.

22. Bird watcher? Nope.

23. Are you a morning person or a night person? *Yawn*......

24. Do you have any pets? Nope.

25. Any new and exciting news you'd like to share? Not at this moment. Not yet.

26. What did you want to be when you were little? A Police Officer..hahahahaha

27. What is your best childhood memory? With my Mum when we were living in Langkawi and growing up in Bangsar.

28. Are you a cat or dog person? I hate real cat and real dog but I love to watch CatDog cartoon with my kids..hahahaha

29. Are you married? YES.

30. Always wear your seat belt? YES YES YES.

31. Been in a car accident? It's about 3 years ago. Don't want to talk about it.

32. Any pet peeves? Banyak sangat!!!

33. Favorite Pizza Topping? Hawaiian chicken and lot and lots of cheese.. ewwww but tasty..hahahaha

34. Favorite Flower? Tulip

35. Favorite ice cream? Chocolate.

36. Favorite fast food restaurant? McD and KFC.

37. How many times did you fail your driver's test? Never.

38. From whom did you get your last email? I haven't checked my email for a week. :D

39. Which store would you choose to max out your card? I only used my card once since Che Pyan will pay for everything. Hahahaha..

40. Do anything spontaneous lately? Sometimes.

41. Like your job? :D

42. Broccoli? My favorite.

43. What was your favorite vacation? Sumut - This year 2009

44. Last person you went out to dinner with? My Che Pyan.

45. What are you listening to right now? Mariah Carey.

46. What is your favorite color? Blue, White and Black.

47. How many tattoos do you have? Whattt!!!

48. How many are you tagging for this quiz? 25 lah...

49. What time did you finish this quiz? 12.30 pm.

50. Coffee Drinker? Definitely.!!! I Heart Coffee....anytime anywhere.