Semenjak bertukar perkhidmatan internet dari wimax yang memang superb ke celcom broadband, aku jadi malas mau online. Selalunya cuma akan mendedikasikan masa online untuk mencuci mata atau membeli dan mengintai benda benda yang aku teringin.
Sekarang dah hampir masuk pertengahan third trimester dan tarikh bersalin pun dah ada. Harap harap dipermudahkan proses bersalin nanti dan aku berdoa sangat agar GD pun takda lepas aku bersalin nanti, InshaAllah.
Persiapan barang baby pun tak selesai lagi. Aku ngan Cp pun masih cuba nak sesuaikan diri hidup di Kelantan. Nak beli barang barang baby pun terkial kial sebab tak banyak choice dekat sini dan tak tahu jugak nak cari di mana. Pun jugak dah lupa nak beli apa yang penting even dah buat list. Tengoklah, kalau ada masa, weekend ni bolehla beli barang barang kat Alor Setar.. Yahoooooo..balik kampung, balik rumah, balik tengok rabbit dengan ayam piru serta pokok pokok di halaman..
Thursday, March 29, 2012
Thursday, March 1, 2012
Selamat Hari Jadi Cik Wina
It's her birthday!
Selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi to my dearest WINA,
selamat hari jadi.....
Though takda Secret recipe ( jauh woo kt KB nun) untuk wina, me and CP berjaya dapatkan sebijik kek yang comel dari bakery kat sini. Apapun, semoga our dearest Nur Syazwina cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa sihat. Amin...
Wani, Wina dan Aiman... |
Subscribe to:
Posts (Atom)