Wednesday, May 28, 2014

Paus itu bukan aku.

Minggu ke 35. Tidak banyak yang boleh dibuat melainkan berbaring umpama anak ikan paus yang penat. Keterbatasan fizikal dan cepat semput membuatkan aku lebih banyak bersandar dari menghabiskan chores. Marilah bantu aku. Nanti aku bagi upah sepaket keropok Roller Coaster saiz kecik yang aku beli dari kedai Kak Yah. Aku kedekut? Tak. Janganlah kata begitu. Aku cuma nak bersedia untuk kedatangan GST di kemudian hari. Gulp.



Aku jadi hairan bin ajaib bila dengar cerita si A sangat cargas dan memandu sendiri kereta ke hospital untuk bersalin. Hebat. Si B pulak sempat menanak nasi dan membuat pelbagai lauk pauk untuk hidangan sekeluarga sejurus sebelum memasuki bilik bersalin. Wow. Si C pulak gigih dan tak pernah pulak mengadu sakit kaki, cepat penat dan tidak pernah kehabisan tenaga dalam menguruskan rumahtannga semasa mengandung. Hmm. Di manakah aku?

Hendak mengadu secara berlebihan, bimbang dikata tak bersyukur. Hendak ditahan, memang tak tertahan. Boleh tak faham yang situasi setiap orang yang mengandung itu berbeza. Aku bukan spoiled brat, spoiled wife atau suka berlenggang kangkung. Rugi tahu kalau berehat lama lama walaupun menjadi surirumah. Tak tergamak aku tengok lelaki kesayangan berhempas pulas membanting tulang membuat kerja rumah selepas seharian mengadap kerja di pejabat.

Tolonglah jangan judge dan compare hidup aku dengan Si A, Si B atau Si C atau dengan sesiapapun. Kan bagus jaga rumahtangga masing masing. Itu ja. Sekian.