Oh duit. I like you.
Had a conversation with darling Cp.
Me: Abang, nak seribu boleh?
Cp : Heh, nak buat apa?
Me : Nak beli handbag.
Cp : Hah?
Nasib tak da cap lima jari. Kakaka. Buang tabiat apa bini aku ni. Mesti Cp cakap macam tu.
Heh, aku pun ada napsu jugak. Nak beli itu, nak beli ini. Apa, surirumah cam aku tak boleh ndak itu ini? Ini tidak adil! Pang sekali. Kasi diri sendiri sedar. Hehheh.
Jujurnya, aku seorang yang cerewet dan suka mengarut. Ditambah pulak dengan obsesi pada makanan. Combination yang bagus bukan? Tapi, aku juga sukakan kesederhaan. Apa itu?
I love shoes. Tak bermaksud aku kena stock up banyak banyak supaya sesuai dengan statement ' i love shoes' itu. Aku tak beli kasut setiap bulan. Maaf, bagi aku itu satu kegilaan yang sangat terook! Aku sangat pentingkan keselesaan aku untuk bergerak, bermain kejar mengejar dengan ank anak dan kasut yang tahan lasak dan berkualiti adalah jawapannya. Boleh tanya Cp macammana terooknya aku bila bab mempilih kasut. Kelambatan, kecerewetan dan selalu kehabisan size ideal. Rupanya ramai jugak kaki size macam aku. Comel.
Begitu jugak dalam bab beg tangan. Semua perempuan mesti suka kan? Bagi aku, asal cukup muat untuk aku sumbat serba mak nenek brg peribadi aku, itu sudah memadai. I love Cath Kidston bags! Sangat berkualiti, tahan lasak dan bercorak comel. Ya, sungguh comel. Satu atau dua beg tangan bagi aku sudah memadai untuk memenuhi keperluan aku. Asal masihh elok, warna tak pudar, tidak koyak , serbaguna dan tahan lasak. Itu ja yang penting. Sila percaya.
Aku rasa berbaloi aku belanjakan duit lebih kepada makanan! Lebih kenyang. Itu sebab aku gemuk. Maaf, aku tak pandai nak labur melabur atau beli gold bar bagai. Itu aku serahkan pada Cp. Dia lebih tahu. Itu bidang dia.
Aku tak percaya yang selama ini aku banyak membazir. Bila fikir balik, rasa macam nak flasback dan buat semula supaya apa yang aku beli tidak menjadi sia sia. Oh, itu cuma angan angan. Macam mimpi ngeri tengah malam. Bila bangun pagi, semua kembali ke alam nyata. Hmm, that's life. Face it.
Dah. Macam biasa, bila tiba hari persekolahan, aku jadi sibuk. Eh, tak tak. Aku bukan cikgu. Aku surirumah sepenuh masa. Banyak lagi benda nak kena buat. Baju setinggi gunung menunggu, pinggan mangkuk dah menangis minta dibasuh, lantai perlu disapu, itu ini begitu begini. Oh, banyak lagi rupanya kerja aku. Ok, selamat pagi. Sekian.