Saturday, November 30, 2013

At week 10.

Hari ni ke PH untuk check up dan final jab Cik Syafiyah. Meronta ronta macam kena cubit. Cp dan kanak kanak ke cafe. Mogok habih semua 4 beranak itu sebab kelaparan.Aku macam biasa Nasib lah Cik Syafiyah menangis macam kilat. Sekejap ja pun.

Selesai dengan Cik Syafiyah, turn aku pulak. Alhamdulillah, setakat hari ini semua nampak normal dan sihat saja. Mujur GTT tunggu bulan keempat. Sempat aku berdietlah. Harap sangat tiada GD kali ini. InshaAllah.

Thursday, November 28, 2013

Bukan diktator.

Lately, aku suka naik hantoo. Last week, tak sihat, anak bersunat, kenduri kahwin kepenatan. Bertahan saja. Minggu ni keadaan nampak lebih baik. Tiada lagi angin pusing pusing atas kepala, tiada lagi volcano meletup. Minggu ni nak bertenang sahaja. Rasanya sudah bersedia dengan pelbagai kebarangkalian. Kalau bukan rezeki kami, biarlah. Redha ya Mone.

Oh ya. Sepertimana aku tak suka orang control hidup aku, aku tak rasa pun nak control hidup orang. Aku bukan diktator. Kalau orang bagi pandangan pun dianggap control, what more can I say? Its your life, and you decide it on your own. Sekian and thank you for the good old memories.

Wednesday, November 27, 2013

Askar comel

Ada rezeki, Alhamdulillah. Seronok jugak. Tapi kalo takda, terima sajalah. Tengoklah nanti macam mana. Empat orang askar comel di rumah ni pun dah cukup meriah. Alhamdulillah.

Sedekad sudah.

Sepuluh tahun. Sekejap saja kan. Thank You Allah for everything. Thank You Cp. And yes, today is our 10th Anniversary. Terima kasih Allah untuk kanak kanak comel ini.

 

 

 

 










Monday, November 25, 2013

Tak perlu dan tak mahu penjelasan.

Minggu minggu yang lepas ialah mode 'menahan diri'. Tak payahlah aku elaborate katsini. Tak penting pun.

Harini, aku dah tak menahan diri lagi. Aku nak meletup. Sekali sekala katernyerr. Bagi aku, tak perlulah aku nak layan status yang dishare oleh orang tiga suku yang di copypaste dari wall orang tiga suku.Ko bercakap pasal agama berselang seli bahasa arab, tapi bab tutup aurat kau buat main. Tunggu ikhlas katernyerr. Tempat kerja tak izin katernyer. Baguslah ko brainwashed budak budak muda dengan pemahaman ko yang luar biasa. Selamat bercakap walaupun semua itu  hanyalah tin kosong semata mata. Pang pung pang suruh orang bersyukur nasihat bagai perli sesuka hati, tapi bila sorang dua tegur dn bagi nasihat secara baik baik terus mengamuk malukan orang orang tu meroyan kasitahu satu dunia orang ni tak betul orang tu tak betul. Bagi aku kau banyak EGO dan tiga suku. Selamat berpuisi di tepi jamban.