Tuesday, March 10, 2015

Banjir @ Tanah Merah, Dec 2014

Cerita basi. Dah hampir 3 bulan dah peristiwa banjir kat Kelantan ni. Semasa berlaku, mujurlah kami sekeluarga ada di KL. Tak tergambar rasanya keperitan jiran jiran dan seluruh penduduk di kawasan yang terjejas.

Rumah kami, dinaiki air lebih kurang 3 meter. Punah. Peti sejuk seberat hampir 100kg pun tersembam menyembah lantai. Barang barang macam berpusing pusing menari dalam rumah. Nauzubillah. Tak reti nak cerita.

Selepas air surut, baru nampak semua. Selut dalam rumah setebal 3 inci. Segala benda yang menyerap air jadi berat seberatnya. Pinggan mangkuk berterabur. Katil Amin tersadai atas katil aku ngan Cp. Ngeri. Almari buku yang penuh padat dengan bahan bacaan pulak jadi upside down. Allah.

Tak pandai nak bercerita berdrama. So, aku letak gambar sajalah untuk berkongsi pengalaman.












Alhamdulillah, anak anak tak banyak bunyi. Redha semuanya. Hee. Mainan depa banyak yang selamat sebab terapung apung dalam rumah ja. Nasib pintu berkunci. InshaAllah, kami baik baik saja. Ini namanya Memori Sepanjang Hayat. Sekian. Selamat Malam. ZzzZzzZzz.

No comments:

Post a Comment