Pagi tadi masa tengah sibok duk berkemas-kemas, ada benda jatuh..Gedebuk! Lahhh. Benda ni rupanya. Lama aku tak tengok. Peduli pun tak. Rupanya aku tak buat apa-apa lagi kat atas benda ni. Kang kalau orang jumpa, tak pun aku tercicir mampooss lah. Betapa cuainya aku letak merata-rata. Tahulah tak reti guna, tapi kalau Che Pyan tahu ni, maunya dia ambik balik ni. Oh. Jangan. Jangan.
Tiga yang lama sudah takda. Huhuhu. Dulu ada tiga, sekarang kini satu. Woi! Apa yang hang merepek ni Mone?
Dah pening? Dah migrain baca entry aku nih? Kalau pening sila skip dan abaikan ok. Hehehe. Yang belum pening mari kita sambung balik. Sikit ja lagi. Entry ni pendek ja. Ok. Aku tak tipu. Memang pendek ja. Hahaha. So, aku pun dengan senang hati menurunkan autograph yang sememangnya dah lama dinanti-nantikan oleh benda ni. Ok. Dah siap. Cantik jugak signature aku nih. *sambil tersengih-sengih duk pikir bila nak guna benda ni *.
To my Che Pyan;
Thank you sebab telah menggantikan tiga yang lama itu dengan satu yang baru yang lebih cantik dan berkelip-kelip dan lebih bling-bling itu.
Wo ai ni. Hehehehe.
Thursday, June 25, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Kalaulah....
Kalaulah aku kerja..
Anak-anak aku macam mana?
Anak-anak aku nak letak kat mana?
Anak-anak aku siapa nak jaga?
Kalaulah aku kerja...
Che Pyan ok kah?
Che Pyan boleh kah?
Che Pyan happy kah?
Kalau aku kerja...
Hishh...tau lah....
Cannot imaginelah..
Aku memang teringin nak kerja. Tapi bila dah ada anak aku jadi selective sikit, tambah pulak Che Pyan kurang berkenan aku kerja kat bank. Kalau ikutkan aku, gaji sikit pun aku tak kisah. Tapi kalau aku dah terhegeh-hegeh sangat nak kerja, takkan aku nak suruh Che Pyan bayaq kalau hantar anak-anak p nursery. Mestilah aku yang bayarkan. Nak kerja pa hah? Kerja apa yang sesuai hah? Kalau tak da, duduklah aku di rumah membela suami dan jugak anak-anak dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...Cewah.....Hahahaha..

Sunday, June 21, 2009
Monthly Shopping
Yeay. Hari ini adalah hari untuk membuat Monthly Shopping. First thing we did in the morning was headed to Tesco dan memborong barang untuk stok up semua barang-barang dapur dan jugak segala mak nenek untuk satu bulan. Lucky for us. Tesco adalah sangat lengang pagi tadi. Seperti Tesco Ana yang punya.Mana tak nya. Kedai-kedai kecik dalam Tesco pun baru nak bukak. Dan seperti biasa jugak lepas shopping Che Pyan terus migrain dan sakit kepala setempat selama beberapa jam. Tak lama pun. Hehehe. Lepas habih shopping, terus straight balik rumah sebab nak ambik Wani kat sekolah. Melantak breakfast dulu sat.
Lepas tu keluar pulak lagi sekali. Sakit kepala Che Pyan pun dah hilang. Kan tadi dah kata sekejap ja Che Pyan sakit kepala kan. Hahahaha. Amik parcel kat Pejabat Pos. Malu sekejap kat situ. Aku memandai-mandai serbu kat kaunter yang salah. Padan muka aku. Eksyen sangat. Hehehe. Dah selesai, terus Che Pyan bawak p Al- Ikhsan sat.
Dah tak tahan dah tengok Wani dan Wina merayu-rayu mintak sport shoes sorang satu. Dah. Cukuplah. Dah nak cair dah taik telinga ni dengar pujuk rayu dua kanak-kanak kecik tu. Selepas dah dapat sorang sepasang, sengih sampai ke telinga lah. Senyum meleret-leret. Che Pyan migrain sekali lagi kat situ. Pun sekejap jugak. Kalau migrain lama-lama sapa yang nak bawak kereta balik rumah. Aku? Oh. Sorry. Tidak. NO WAY. Belum bersedia. Bila ntah aku nak bersedia ntah. Bukan aku tak kesian kat Che pyan. Dah la penat kerja. Weekend kena bawak pulak anak bini habih semua p jalan-jalan. Ya lah. Nanti aku bawaklah.
Oh.Lupa. Hari ni kan Father's Day. So, Happy Father's day to my beloved Che Pyan and my Ayah. Muah. Muah. Muah

Saturday, June 20, 2009
Nasi Lemak Haji Ali dan Bowling
Last night ada Monthly punya Bowling Session. This time, bukan aku saja ikut. Habih semua anak beranak ikut sekali. Kononnya nak bagi moral support lah kat Che Pyan. Dan since last night cuma ada 9 saja contestant, Che Pyan manage to get tempat kelima. Hahaha. Ok apa. Dapatlah jugak duit saguhati. My 3 Little Ninjas pun happy semalam sampai lupa nak berperangai sopan dan bertata tertib di khalayak ramai.
Jenuh aku. Lompat sana. Lompat sini. Lari sani. Lari sini. Aku rasa lepas ni aku surrender lah. Baik aku tinggal depa kat rumah. Kurang-kurang depa dapat main wrestling ngan Pak Su depa. Dapat main masak-masak dengan Mak Teh depa. Dapat teman nenek sambil nyanyi-nyanyi kat nenek. Tak lah nenek bosan dan sunyi sampai boleh ZZzzzZZ awal. Lepas tu boleh ZZzzzZZ dengan nenek dan Mak Teh.
Lepas tu aku pun dapat keluar tengah malam buta p kedai mamak ngan Che Pyan. Hahahaha. Pekena Teh tarik sorang segelas. Hahahaha. Nasi Lemak Haji Ali. Hahahahaha. Makan nasi midnight. Hahahaha. Lepas tu gendut. Hahahaha. Ok. nak bersiap-siap. Ada kenduri kendara kat sini. Kena lah awal sikit kan. Nasik minyak is my favorite. Cannot tahanlah.

Thursday, June 18, 2009
Spot-check
Hehehe..Malu sendiri. Tadi ada sebijik kereta kenit Viva parking kat luar rumah ni. Aku ingatkan pelawat rumah tok aku. Aku pon buat bodohlah. Tup tup tak lama lepas tu ada satu objek di tepi tingkap bagi salam. Assalamualaikum. Mak ai. Bapak mertuaku rupanya. Ish. Malunya. Menantu duk tengah baek punya layan The Sims. Sampai bapak mertua sampai pun sudah tidak nampak lagi. Dah la 3 orang Ninja di belakang pun tengah baek punya duk layan main ngan Playdoh. Tahu sajalah budak-budak ni kalau main Playdoh tu. Habih tenyeh, tonyoh, lenyek, ganyang, penyek, picit semua ada. Lagilah seronok pemandangan dalam rumah ni. Malu. Malu. Dan bertambah malu.
Pas tu buat sengih-sengih pulak sambut bapak mertua. Terus invite bapak mertua masuk dalam rumah. Terus straight pergi ke dapur bancuh air teh. Terus tak pandang dah screen nak tgk Sims tu dah mati ka hidup lagi. Semua itu sudah tidak penting lagi. Lepas tu jamulah sikit serba sikit makanan yang ada dalam rumah ni. Tapi malu tu tetaplah tak hilang. Nasiblah aku masih bernasib baik jugak lagi. Mujur Mak mertua tak ikut bapak mertua datang sekali. Kalu tidak...Hancuss..Punah. Musnah berkeping-keping wajah ni tak tau nak letak kat mana dah. Oh tidak. Tak dapat aku bayangkan. Nanti keluar statement 'Menantuku gila main Game'. Oh jangan. Jangan sekali-kali.
Tapi itu cerita tadi. Sekarang bapak mertuaku sudah pulang. Rumah tak berselerak lagi. Di larang terus dari buat sepah buat masa ini. Budak-budak kecik tu semua pun dah mengadap t.v pulak. Mak budak-budak kecik tu buat apa hah? Hehehe..Sambung main The Sims lah. Apa lagi. Hahahaha..

Wednesday, June 17, 2009
Sippy Cup untuk Aiman
Hari ini hari Rabu. Esok hari Khamis. Lusa hari Jumaat. Yea. Seronok. Seronok. Che Pyan cuti-cuti di rumah. Wah. Nak pergi bawak anak jalan-jalan kat mana hah? Bosan lah asyik p Tesco. Eheh. Ya lah. Walaupun 10 minit ja nak ke Tesco kalau berlari-lari anak dari rumah, tetap tak seronok. Tidak mengexcitedkan hati dan perasaan. Nak p Penang jauh lah sangat. Woi Mone. Stop it. Itu Che Pyan punya hari cuti lah. Bagilah dia rehat. Dia sudah penat. Okeh. Okeh. Up to him lah.
My Little Aiman dah nak lega dah. Bunyi wheezing tu almost dah tak da. Alhamdullilah. Lepas hari Khamis ni dah tak payah ulang alik ke KMC lagi dah. Sudah capek. Dah la ramai pulak tu budak-budak kecik nak buat Neb. Kena queue lagi. Sepuluh Sen betul. Tapi aku nak habaq la ni. Sapa-sapa yang ada anak kecik-kecik dan kenit-kenit lagi, kalau bunyi pernafasan dia luarbiasa dan bila dia bernafas macam ada kahak banyak dalam dada, tolonglah bawak cepat-cepat p jumpa Paeds. Takut-takut ada jangkitan kuman. Kang jadi cerita lain pulak. Please remember ok.
Dah sudah. Bab-bab kesihatan ni kita letak kat tepi. Sudah banyak kali dah bercakap pasal ni. Aku sebenarnya tengah duk cari Sippy Cup dekat Little Aiman. Semalam dah seharian meggoogle untuk cari Sippy Cup apakah yang paling elok untuk Aiman. Macam kakak kakak dia dulu pakai Thermos punya Sippy Cup. Elok dan comel. Tapi susah nak cucilah esp kat muncung dia tu. Penutup pun tak da. Lepas ni kalau aku nak beli, benda yang akan aku tengok dan consider ialah:
* Mestilah BPA Free
* Senang dibasuh
* Harga tak menggila
* Tidak akan bocor
* Ada penutup
* Warna yang menarik
* Kalau warna biru pun cantik jugak
Ceh. Ini sudah mengarut dan terkeluar dah dari tujuan yang utama. Ok cukup saja untuk hari ini. Masa untuk The Sims. Sementara Wani ada kat sekolah, Aiman dan Wina sibuk menyanyi dan menyonteng, aku nak main The Sims sat. GudBye

Tuesday, June 16, 2009
Lunch at 2.30 p.m
Lunch apa ntah. Orang lain dah terguling bergolek-golek lepas makan tengahari, aku pukul 2.30 petang baru terketar-ketar nak makan. Rindu adik kot. Maklumlah adik aku dah balik KK pagi tadi. Nak jumpa pun tak sempat. Ya lah..Nak ke Bayan Lepas bukannya dekat. Aku lena dibuai mimpi-mimpi indah. Dah la semalam hujan lebat siap dengan effect kilat sabung menyabung pulak tu. Lagilah aku seronok ZzzzZZZ. Sejuk. Takpalah. Ada rezeki, panjang umur sihat walafiat, Insha Allah pergi melawat dia kat sana.
Aiman dah beransur sihat. Tapi still kena continue buat Nebulizer tu lagi. Nasib baik sehari sekali ja kali ni. Tak lah terkejar-kejar macam hari. Nah ambik. Tiga kali sehari kena ulang buat menatang tu. Tak ka pening anak aku. Hopefully, Jumaat ni bunyi wheezing tu dah hilang terus. Aku bukan apa. Bunyi tu buat dia macam terseksa ja nak breathing. Bila aku tanya Dr yang rawat anak aku ni, dia kata benda ni biasa. Ramai budak-budak sekarang macam ni. Nasiblah anak aku masih peringkat Early lagi Pneumonia dia tu. Nasiblah Che Pyan berkeras jugak nak bawak anak aku p jugak-jugak jumpa Dr Chua hari tu. Ikutkan aku..hmmm..
For the past few days, aku memang malas gila nak mengadap benda alah ni. Aku rasa macam aku pulak nak kena demam. Oh tidak. Cis kuman-kuman. Pergilah jauh dari sini. Kalau aku tak sihat, habih tunggang langgang rumah aku ni. Silap haribulan, boleh jadi gempa bumi yang kecik dalam rumah ni dengan 3 Ninjas tu kalau tak di monitor aktiviti depa. Habis. Hancus.
Aku baru teringat la. Pagi tadi aku jumpa kereta control Che Pyan. Dah tinggal rangka dah. Biasa lah. Main dua tiga kali lepas tu bagi kat anak. Lepas anak dapat kereta tu, dibawak pulak ke rumah sebelah. Rumah siapa lagi kalau bukan rumah tok aku. Rumah tok aku ni biasalah. Memang ramai lah yang suka melawat dan berkunjung. Tok aku ni Bidan kampung. So kalau aku sakit perut, tergeliat, terseliuh sikit tu , aku lari saja p sebelah. Dulu masa first time beli basikal kat Wani, dia dengan sukarela dan sukahati telah bawak basikal tu p sebelah. Nak jadikan cerita, ada satu minggu tu kami semua satu family balik SP. Tinggallah Tok aku dengan adik aku dan jugak basikal itu. Pastu bila aku balik ja dari SP, terus aku nampak pelik dengan basikal tu. Eh. Apa pasai tayar dia macam nak tercabut ja. Barulah Tok aku cerita. Ada budak 3 orang datang ikut mak depa datang rumah Tok. Yang aku geram bila Tok aku cerita budak-budak tu naik basikal anak aku tu secara berjemaah. Hah. Setan betui la. Yang paling aku geram sekali bila Tok aku bagitau mak dia siap sengih lagi tengok anak-anak dia merperkudakan basikal anak aku yang comel itu. Apa punya orang ni. Aku memang paling pantang kalau mak bapak yang jenis macam ni. Ada lagi satu perangai budak-budak yang aku hangin satu badan kalau tengok. Kalau pergi rumah orang suka menagis-nangis nak barang orang. Lepas tu nak bawak balik pulak tu. Lepas tu mak dia tak buat apa-apa pulak tu. Hish . Geram aku. Ajar la anak tu sikit supaya tak jadi macam apa ntah bila datang rumah orang. Aku cakap betul. Kalau anak aku dah lama dah kena PANG! Sekarang ni, tiap kali kalau ada orang datang, anak-anak aku dah pandai dah. Siap simpan semua mainan depa. Kalau kawan-kawan depa dan relatives datang rumah baru depa share. Kalau orang lain, jangan haraplah.
Ceh. Penuh emosi betui hari ni. Takpalah kot. Sekali sekala. Oklah. Masa dah cukup. Aku nak main The sims pulak. Dah berapa hari dah tak main. Tata.
p/s: Sob, nanti kalau nak balik, bawaklah sekali The Sims 3 untuk kakak nooo. Meh install kat sini. Hahahaha.

Monday, June 8, 2009
SuperMommy
Che Pyan cuti hari ni. Horray. Yea. Yea. Oh Tidak. I am such a bad mom. I shouldn't be happy when my son is not feeling well. That's the reason why Che Pyan amik EL hari ni. Sayang anak lah. For the first time, Aiman dapat merasa sedutan berangin untuk 15 minit. Kena sedut gas lah. Nak buat macam mana. Dah banyak sangat kahak dalam dada dia. Nak tak nak kenalah sedut jugak.
Nasib baik Aiman tak menggelupur macam Wina hari tu. Wina hari tu lagi dahsyat. Sampai melalak melolong takut dengan inhaler tu. Sampai semua orang yang lalu-lalang depan bilik dia terkejut. Ingatkan kena apa budak ni. Mungkin sebab Aiman ni boy, so dia pandai la nak control hensem sikit. Hahahaha. Kecik-kecik lagi dah pandai tunjuk cool. Siap boleh menguap lagi masa sedut gas tu. Apapun, I'm glad that bunyi wheezing tu dah berkurangan. Kalau tak, tak tau lah nak buat camna. Lemas tengok bila dia nak bernafas pun seksa.
Aku rasa kalau ikut cycle ni, dah habih dah semua orang demam kecuali aku. Aku harap sangat aku tak da sakit demam. Kang kalau aku demam, sapa nak tengok anak-anak aku yang comel-comel itu, sapa nak jaga makan-minum Che Pyan. Hah. Malas fikir lah. Baik aku p masuk bilik teman Aiman dari aku duk mengadap benda alah ni. Ok Aiman. I'm coming. Go Go SuperMommy to the rescue.

Saturday, June 6, 2009
And The Reason is You
Kasihan Che Pyan. Mesti dia letih sangat hari ini. Eh. Silap silap. Bukan bukan. Bukan hari ni saja dia letih. Tiap-tiap hari dia letih. Tiap-tiap hari balik lewat. Nak buat macam mana. Kerja melambak-lambak. Kalaulah aku boleh tolong dia buat sama kerja tu. Mestilah tak bolehkan. Lagipun semua information tu adalah rahsia. Tertakluk dalam Banking Act. Karang kalau breach, sapa yang susah. Che Pyan jugak kan.
Kasihan sangat dengan Che Pyan. Selalu tak sempat main dengan anak. Kasihan jugak dengan anak-anak. Selalu kalau Che Pyan balik dah ZZzzz. Tak pun ada kat rumah nenek. Tunggu weekend ja la untuk spend masa banyak-banyak bersama-sama.
Poor Che Pyan. Sekarang ni dah tak dak masa nak bercucuk tanam macam dulu, nak menternak dan membelai kambing kesayangan dia. Kambing kesayangan Che Pyan baru ja jadi lauk last week masa kami berdua kat Medan. Ayah kata kambing tu sakit. Ya lah. Nak buat macam mana kan. Redha saja lah ya My dear Che Pyan.
I cannot imagine my life without Che Pyan. I dont want to. I refused to. No. He's a part of me. My everything. When i lost my mak, he was there to comfort me. He was always there for me.
Aku still ingat lagi kejadian yang menyebabkan aku boleh terserempak dengan Che Pyan. Memanglah satu course tapi sepatah haram pun tak pernah bercakap. Walaupun dia duduk belakang aku saja dalam kelas. Hahahaha. Masa tu bulan puasa. Aku teringin sangat nak makan KFC. Yummy. Aku pun keluarlah dengan Aein. Tup-tup terserempak dengan Muz dan Yanie yang nak balik KL. So, kami pun bercadang lah nak berbuka puasa bersama-sama dekat KFC sementara tunggu bus Muz dan Yanie. Selepas tu tetiba ja terserempak dengan Che Pyan dan Dyrul yang nak hantar one of their friend balik KL. Since Muz dan Yanie baik dengan Dyrul dan aku dengan Aein pulak baik dengan Muz, akhirnya kami semua end up bukak puasa berjemaah kat satu kedai makan dekat Kangar ni. Yang pasti kedai tu betul-betul berdepan dengan Bus Station Kangar. Tapi masa tu aku bukan duduk dekat dengan Che Pyan pun. Bercakap jauh sekalilah. Aku cuma fikir nak makan KFC. KFC. KFC. Lepas Muz dan Yanie dan kawan Dyrul and Che Pyan dah naik bas nak balik KL, tinggallah kami berempat. Aku, Aein, Dyrul dan Che Pyan. Sebab nak jimat duit, kami sharelah satu taxi balik campus. Pun tak da borak sangat. Maklumlah, aku kan pemalu. Hah. Tipu. Tup-tup seminggu lepas tu aku dapat phone call dari seseorang. Siapa lagi. Che Pyan lah. Rupanya Che Pyan nak ajak aku dan Aein keluar untuk tolong dia pilih kettle. Hah. Nak beli kettle? So, aku, Aein, Dyrul dan Che Pyan pun keluarlah untuk cari kettle nih. And to this 'somebody' iaitu H N, if you are reading this entry la, I'm so sorry fo being such a jerk at that time, on that day. Ok. Ok. Ni dah story lain dah ni. Ok. Ayat yang sepatutnya ialah... and the rest is history.
Sekarang I'm happily married dengan My Dear Che Pyan. I have Three Lovely Kids yang sangat-sangat energetic dan aku sangat berterima kasih dan besyukur kepada Allah atas segala kurniaanya. Ya. Hidup aku tak perfect. Aku pun tak perfect jugak. Walaupun aku pernah mengalami depression, kesedihan yang berpanjangan, dan merasa kekurangan sebab kehilangan mak aku, aku berjaya jugak survived. Alhamdulillah. Sebab apa? Sebab orang sekeliling aku lah. Sebab aku belajar untuk appreciate orang sekeliling aku especially ayah, adik beradik dan jugak orang-orang yang terdekat dengan aku. Dan jugak dengan kehadiran Che Pyan, Syazwani, Syazwina dan Syakir Aiman yang telah melengkapkan hidup aku.
Wargghh..Terima kasih kepada karangan yang berciri-ciri panjang lebar dan nampak macam tak da kesudahan ini. Akhirnya mata aku sudah mengantuk. Yea. Best Best. Boleh ZZZzzzzz. Good Night.

Friday, June 5, 2009
Scary Movie 4 vs Wonderland
My brother n his wife balik da. So happy. Dah lama tak jumpa both of them. It's been 4 months semenjak mereka pindah ke KK. Wani, Wina and Aiman pun seronok sangat. Sekejap lompat sana, sekejap lompat sini. Kononnya nak tunjuk kehebatan boleh melompat tinggi-tinggi la tu dekat Mak Lang dengan Pak Lang yang baru sampai.
Wah. Sekejap ja dah pukul 11 malam. Hari ni memang hari aku yang semalas-malasnya. Cuaca pun sangat panas. Eleh. Alasan tu Mone. Alasan. Tu lah pasai. Sebab cuaca panas lah aku tak buat apa-apa pun yang berfaedah hari ni. Che Pyan pulak balik kerja terus ZZzzzZZ. Sekarang ntah-ntah dah sampai Wonderland dah. Aku ja yang terkebil-kebil tak boleh tiduq. Mata oh Mata. Bila nak mengantuk. Aku mau tidurrrrr. Aku pun nak ikut Che Pyan p Wonderland jugak.
Petang tadi adik aku yang perempuan pergi Tesco. Ciih. Katanya ada kawan-kawan buat reunion. Apa hal buat reunion kat Tesco. Aku pun tak paham lah. Lepas tu dia bawak balik iklan Tesco. Wah. Ada baju Mickey. Comelnya. Aku nak. Aku nak. Aku nak. Comel tak boleh tahan. Anak-anak aku pun nak jugak. Hahaha. Nanti habih satu family boria dari mak sampailah ke anak-anak semua pakai baju Mickey. Lepas tu pakai baju tu sama-sama dan pergi berjalan-jalan kat Taman. Wah. Mesti seronok kan. Mesti banyak mata yang memandang.
Oh ho. Aku rasa aku tak boleh tiduq ni sebab aku tengok Scary Movie 4 kot. Banyak sangat gelak-gelak sampai berguling-guling. Che Pyan lagi syok. Baru 10 minit tengok dah ZzzzZZ. Gila best. Senang sangat ZZZzzz. Since aku tak mengantuk dan dah puas dah pujuk mata ni suruh tidur pun tak jalan jugak, aku rasa baik aku main The Sims. Lagi bagus. Kurang-kurang dapat jugak buat rumah sebijik dua dan meramaikan rakyat di The Sims City. Sapa nak join? Sapa nak ikut? Jom...

Thursday, June 4, 2009
Milik Saya
Wah. Hari ini aku ada kerja baru. Kerja baru atau hobi baru? Hobi baru la. Hobi aku sekarang ialah menghias handphone. Hahahaha. Macam budak belasan tahun la pulak. Nak buat macam mana. Dah sticker tu comel-comel sangat. Aku apa lagi. Sekejap design ni, sekejap design tu. Lepas dah lekat tu, belek pulak handphone tu lama-lama. Lepas tu tukar pulak sticker yang lain. Wow. Rajinnya aku buat kerja yang kurang berfaedah ini. Tapi, comel sangat la sticker tu. Tak buleh tahan la. Dah la handphone aku pun jenis yang comel. Ala, jenis yang clamshell tu. Sesuai la nak letak benda yang kiut-kiut ni. Perasan tak hingat mak kepada tiga budak kecik nih. Hahahaha.
Ada banyak bentuk tau. Ada bentuk heart, lolipop, ice cream, kek comel, sweets dan macam-macam lagilah. Lepas aku dah penat buat aktiviti melekat dan menampal lepas tu menanggal dan melekat dan menampal balik sticker yang lain pulak, aku pun tinggal la atas meja komputer ni sekejap. Lepas aku datang balik... Hah..Warggh. Sticker tu hilang. Tak da trace langsung. Mana sticker aku? Cari-cari rupanya anak aku dah lekat semua dekat cermin dalam bilik tidur depa. Warggh. Itu sticker Mummy! Mana buleh ambik. Habih gam dia. Dah kurang melekat dah.
Esok aku nak suruh adik aku beli lagi. Satu sticker tu RM 1. Aku nak suruh dia beli sepuluh. Ish. Macam tamak la pulak. Ok lah. Beli 5 keping sudah. Satu untuk Wina. Satu untuk Wani. Tiga untuk aku. Yea. Hahahahaha. Aku nak beli lepas tu sorokkan sticker aku tu kat tempat yang secret-secret sikit. Tidak nanti jenoh kena berebut dengan Wani ngan Wina. Sticker itu adalah milik Saya. Ya milik Saya.

Wednesday, June 3, 2009
Balik rumah jumpa 3 Ninjas
Hari ke tiga kat sana tak pergi mana pun. Dah la breakfast pukul 5 a.m. Hebat. Subuh pun tak masuk lagi. Mana tak nya. Flight pukul 7.45 a.m waktu Medan. Nasib baik aku terjaga. Kalau tidak..hmm..Rindunya kat Wani, Wina and Aiman. Muah muah muah.
Apa pun, trip ke Medan ni memang seronok dan berbaloi. Dapat spend masa banyak-banyak berdua dengan Che Pyan. Bukan selalu boleh buat macam ni. Aku pun dapat belajar sepatah dua perkataan dan jugak culture kat sini. Sebagai contoh Kraftangan adalah Kerajinan Tangan manakala Resit adalah Bon. Makanan paling favorite untuk masyarakat kat sana dan banyak bersidai kat kedai makan bukan Islam pulak ialah B1, B2 dan BPK. B1 sama jugak Biang ialah anjing. Eeeeuw. B2 ialah Ba Alif Ba Ya. Dua kali Eeeuuww. BPK pulak ialah Ba Alif Ba Ya Panggang Karo. Wow. Eeeeeuuuw eeeeuuww eeeuuuww. Menggelupur gelak aku dengan Che Pyan dengar. So be careful lah ya untuk kita yang beragama Islam ni yang nak melancong kat sana secara sendirian berhad tanpa ada Tourist Guide. Kang tersilap masuk kedai kang. Hishh. Meremang tengkuk aku. Blueekk.
Dalam flight sempat lagi aku pujuk Che Pyan belikan Pashmina. Huwarghh. Nak jugak. Nak jugak. Padan muka aku. Masa kat Brastagi berlambak-lambak pattern yang cantik-cantik tapi tak mau beli. Dah nak balik baru terhegeh-hegeh nak beli. Lain kali kalau Che Pyan suruh aku beli apa-apa aku tak mau bantah. Terus beli. Tak mau cakap banyak. Aku jugak yang menyesal sebab tak dapat tolong Che Pyan habiskan sisa-sisa duit Rupiah yang tinggal. Aku malas la nak simpan duit banyak-banyak nih. Sapa nak 10,000 Rupiah boleh email aku ok. Aku kasi terus. Betol. Tak tipu. Kahkahkahkah. Berlagak sungguh aku ni. Macam lah 10,000 Rupiah tu banyak sangat. Nak beli Fresh Milk kesukaan aku pun tak lepas.
Dear Che Pyan,
Thank you so much for the trip.
Looking forward untuk next trip. Hehehehe.
I Love you banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan banyak dan...huh..sudah penat mau tulis. Sambung sebut dalam hatilah. Lagi bagus. Lagi dekat dengan my Heart. Ok. Good Night.

The next day at Sumut
Hari kedua kat sana, pepagi lagi dah bangun. Siap kunci jam 3.30 a.m tuh. Kalau kat rumah, lagi tak 6.30 a.m takda bangun punya. Memekak la alarm tu sorang-sorang. Hahahaha. Breakfast pagi tu makan roti bakar ja. Aik. Kenyang tak? Tak kenyang langsung pun. Padan muka aku. Masa dia tanya nak makan apa, aku sesedap rasa ja p request nak roti bakar. Konon nak diet la. Ha Ham Hampeh.
Sebenarnya, malam sebelumnya kami semua sempat lah melawat Hot Spring. Hot Spring hapa. On the way nak ke situ, hujan mencurah-curah. Mengigil-gigil aku. Sejuk gila sampai rasa kat tulang belakang. Betol. Tak tipu. Tak percaya boleh pergi and rasa sendiri kesejukan yang melampau itu. Aku ni dah biasa berpanas dan berpeluh. Maklumlah, aku kan isteri penternak dan petani yang berjaya kat kampung. So, kalau sejuk-sejuk ni memang I tak boleh lah. Ceh. Nak masuk Hot Spring kena bayar 90,000 Rupiah satu kepala. Mak aii..Main ratus ribu nih. Tapi sampai ja, sorang pun tak mau masuk. Aku pun nengok macam geli ja nak masuk. Nak celup kaki pon aku tak sanggup, inikan pulak tangan yang menyuap makanan ke mulut ini. Eeeuuuw.
On the way nak ke Medan balik, sempat la berhenti dua tiga kali. Yang paling tak best masa berhenti makan durian. Geram aku. Jeles aku. Semua orang makan durian dengan lahapnya. Aku? Aku tengok saja. Dari jauh lagi aku dah nak termuntah bau itu. Oh tidak. Tidakk. Opps. Terlebih-lebih pulak aku. Sebenarnya aku memang tak makan durian. Pernah masa mengandung aku teringin nak makan. Aku pun ambiklah seulas. Masa makan tu ok lagi. Lepas habih dah telan masuk perut, hmmm..mula dah. Bluueekk. Semua sisa-sisa durian yang seulas tu keluaq balik. Aku pun tak tau kenapa.
Sampai kat Medan dah lunch hour dah. Apa lagi. Kita bedal dulu la. Nama restoran ni Trans Minang. Sebab apa? Sebab dia sedia masakan Minang la. Yang pasti, memang sedap. Awat masakan kat sana sedap-sedap hah? Semuanya menyelerakan dan menggemokkan badan. Yang paling tak tahan ada satu sup ni. Aku ingat yang terapung-apung dalam sup tu fishball tak pun chicken ball. Rupa-rupanya itu adalah Sup Lemak Ball. Wargghh. Elok la tu. Dah tinggal suku dah sup tu masa aku tau.
Nih masa kat dalam satu kedai. Mak aii. Serba mak nenek. Telekung, baju kebaya, kain batik, pelikat, kain dari pisang...hah? Betol. Tak tipu. Aku beli kain batik dengan kain pelikat ja. Che Pyan beli Baju Batik. Boleh buat pakai ke office. Kain yang aku pegang tu keras nak mampos. Salesgirl dia kata bila basuh baru lembut. Ceh. Promote lah macam mana pun. Aku takkan terpedaya. Lagipun aku nak pakai baju kurung masa bila. Tak sesuai la untuk surirumah yang Hyperactive macam aku ni. Buat jahanam kain mahal bulehlah.
Ni kat atas ni gambar kat Istana Maimoen. Ntah. Tak tahu apa yang menarik kat sini. Scary pun ada jugak. Ikut kata penjaga Istana tu, kerabat ni ada kena mengena dengan kerabat Perak. Yang menarik, walaupun Istana nih dibuka kat orang awam untuk melawat, still ada lagi kerabat-kerabat yang menetap dalam Istana ni. Lagipun, hanya ruang tengah ja yang dibuka kat pelawat-pelawat.
Yahuu. Dah penat berjalan, sekarang masa untuk rehat dan berguling-guling ambil feel untuk tidur. Tapi sebelum tidur tu sempat jugak keluar shopping kat apa nama ntah shopping complex tu. Ramayana kot. Semua barang ada Diskon Lima Puluh Per Seratus. Hahaha. Yang paling menarik ada baju yang dibuat dari Organic Cotton dijual kat sini.

Organic Cotton shirt untuk Little Aiman
Hari pertama di Sumut
Yea. Finally aku berjaya mengupdatekan blog hari ini. For the past few days, aku memang tak menang tangan. Mana nak kemas rumah, mana dengan anak-anak demam, mana nak basoh baju yang selonggok yang pakai semasa bercuti-cuti. Mana larat wooo. So, hari ni since kerja rumah semua dah selesai, aku berjaya mengadap menatang ni. Ok. Back kepada tajuk utama. Untuk pertama kalinya, aku dan Che Pyan dapat bercuti berdua-duaan. Trip ni was organized by Che Pyan punya office mate. Semua sekali 14 people yang joined this trip. Tak kisahlah. Janji dapt bercuti berdua. Bukan senang tau. Pukul 4.30 a.m lagi kami dah keluar dari rumah. Ya la. Naik kat Bayan Lepas. Rumah kat Aloq Staq. Kang tak pasai-pasai kena tinggal. Sampai kat Bayan Lepas lebih kurang pukul 7.45 a.m. Sempat la nak breakfast sat. Kami semua sampai kat Medan agak lewat. Pukul 9.30 a.m waktu Medan. Delay apo ntah. Yang penting Alhamdulillah sampai dengan selamat.
Aku terlupa nama Hotel apa ntah masa depa bawak p lunch ni. Anyway, food yang di served sedap especially Ayam Bakar. Wow. Rasa macam tak mau berhenti makan. Selesai makan ada sesi photoshoot. Ceh. Macam kat kenduri kahwin ja. Yang bertempek kat bawah ni ialah gabungan isteri-isteri yang cantik lagi manis dan menawan. Especially yang duduk kat hujung sekali. Statement paling tepat ialah yang pakai baju belang-belang ala Zebra tu. Hahahaha.
Lepas lunch, terus gerak ke Brastagi. Sejuk woo. Apala aku ni. Camna ni. Baru sejuk sikit dah tahan. Ni macam mana Che Pyan nak bawak p holiday kat Australia ni. Hehehehe. Berangan tak ingat. Tu kat atas tu, yang ada gambar lelaki hensem tengah menjinjit barang tu, ialah satu pasar kat Brastagi. Nama pasar jangan tanya sebab aku memang tak tahu dn tak ambil tahu. Aku hanya tahu berapa banyak barang nak kena beli dan berapa Ratus Ribu Rupiah nak kena bayar sahaja. Yang menarik kat sini sebab ada kuda. Ramai orang kat sini pandai menunggang kuda. Even budak kecik sebaya adik aku pun dah pandai naik kuda. Hebat. Jimat duit dan tak payah guna minyak petrol. Kurang pencemaran alam . Terima kasih penunggang kuda yang budiman kerana membantu mengurangkan pencemaran. Ewah ewah.
Okeh. Sudah selesai cerita hari pertama di SUMUT aka Sumatra Utara aka Medan aka Brastagi. Nanti aku sambung lagi. Cukup-cukuplah. Satu entry ni pun dah separuh nyawa dah. Jejari aku yang comel ni pun nak berehat jugak. Nasib baik jari tak minta nak makan. Tidak mau pengsan aku. Mana nak suap kat mulut lagi. Ok. Ok. Cut the crap. Tata. Titi. Tutu.
Mula mula aku tengok perkataan ni, rasa macam nak tergelak pun ada. Apa punya nama ni. Panjang sangat ni. Ada rhythm pulak tu. Rupa-rupanya tu nama makanan. Hahahaha. Sorry ok. Maklumlah, I orang Malaysia. Mana nak paham kan.
Aku terlupa nama Hotel apa ntah masa depa bawak p lunch ni. Anyway, food yang di served sedap especially Ayam Bakar. Wow. Rasa macam tak mau berhenti makan. Selesai makan ada sesi photoshoot. Ceh. Macam kat kenduri kahwin ja. Yang bertempek kat bawah ni ialah gabungan isteri-isteri yang cantik lagi manis dan menawan. Especially yang duduk kat hujung sekali. Statement paling tepat ialah yang pakai baju belang-belang ala Zebra tu. Hahahaha.
Lepas lunch, terus gerak ke Brastagi. Sejuk woo. Apala aku ni. Camna ni. Baru sejuk sikit dah tahan. Ni macam mana Che Pyan nak bawak p holiday kat Australia ni. Hehehehe. Berangan tak ingat. Tu kat atas tu, yang ada gambar lelaki hensem tengah menjinjit barang tu, ialah satu pasar kat Brastagi. Nama pasar jangan tanya sebab aku memang tak tahu dn tak ambil tahu. Aku hanya tahu berapa banyak barang nak kena beli dan berapa Ratus Ribu Rupiah nak kena bayar sahaja. Yang menarik kat sini sebab ada kuda. Ramai orang kat sini pandai menunggang kuda. Even budak kecik sebaya adik aku pun dah pandai naik kuda. Hebat. Jimat duit dan tak payah guna minyak petrol. Kurang pencemaran alam . Terima kasih penunggang kuda yang budiman kerana membantu mengurangkan pencemaran. Ewah ewah.
Okeh. Sudah selesai cerita hari pertama di SUMUT aka Sumatra Utara aka Medan aka Brastagi. Nanti aku sambung lagi. Cukup-cukuplah. Satu entry ni pun dah separuh nyawa dah. Jejari aku yang comel ni pun nak berehat jugak. Nasib baik jari tak minta nak makan. Tidak mau pengsan aku. Mana nak suap kat mulut lagi. Ok. Ok. Cut the crap. Tata. Titi. Tutu.
Subscribe to:
Posts (Atom)