Friday, January 29, 2010

Tumpang Sekaki

Ini bukan cerita aku. Ini cerita pasal adik perempuan aku. Baru habis STPM. Konon nak cari kerja menambah pengalaman dan jugak $$$$. Maklumlah, sekolah dah habis. Dari tak buat apa dan asyik duk mengadap Youtube tengok gambar cintan cintun Korea, dia pun cari kerja ngan bestfriend dia.Dah dapat dah kerja dah pun kat satu kedai alat tulis ni. Dah nak dekat sebulan dah kerja. Sebagai pembantu kedai aka tukang fotostat, tukang stapler, tukang susun surat khabar, susun majalah dan jugak merangkap cashier sekali sekali. Nasib dia dapat shift sama dengan kawan dia. Tak lah susah sangat nak terkial kial sorang sorang. Gaji lebih kurang RM 500. Oklah kan. Dari tak dapat apa. Pengalaman zero.

Bila aku tanya pasal KWSP dia boleh jawab kata tak tau. Eh. Kerja apa yang majikan tak mencarum dalam KWSP. Cleaner pejabat pun ada akaun KWSP tau. Cuti hari apa? Tengoklah. Kalau ada orang ganti bolehlah cuti. Apa menatang kerja ni. Lepas tu dah seminggu kerja, adik aku dah tak tahan kena psycho ngan senior yang kerja kat situ. Tak silap aku nama glemer depa Kak Toh and Kak Kiah. Nama tak payah dirahsiakan sebab bukan orang kenai pun. Tak penting sangat. Mulut jangan cakaplah. Celup@r gil@. Adik aku yang lembik ni suruh aku habaq kat bapak aku kata dia nak berhenti kerja. Sebagai kakak yang bertanggungjawab, aku pun cerita lah kat bapak aku. Bapak aku jawab, biarlah dia susah sikit. Jangan jadi macam aku sudah. Kerja sebulan lepas tu terus berenti. Eh bapak ni. Aku pulak yang kena. Padan muka aku sekejap. Tapi kes aku lain. Hehehehe.

Tauke kedai tu siap kata dia boleh dakwa adik aku sebab nak berhenti kerja. Eh. Apahal pulak. Ada ka adik aku sign agreement apa apa? Tak da pun. Lepas tu siap cakap nak dakwa kat Mahkamah Buruh (what the h...) sebab adik aku suka suka hati nak berhenti kerja. Nak dakwa tengkorak dia. Dah lah tak mencarum KWSP untuk pekerja. Hari adik aku dia bagi cuti, suka suka hati pulak telefon suruh p kerja. Lepas tu bila semalam adik aku habaq nak berenti, pura pura jadi majikan yang baiklah konon. Katanya, kalau nak ikutkan dia boleh dakwa ( tak habis habis ) adik aku tapi dia kesian. Awat? Adik aku sebatang kara ? Tak pulak. Nak ja aku melawat ke kedai tu singgah dan beramah mesra ngan majikan dia yang baik tu. Tapi bila pikiaq balik, apasal aku pulak yang nampak macam sibuk. No wonder lah pekerja kedai dia keluar masuk silih berganti. Tak tahan wei. Baru baru ni adik aku cerita ada sorang budak baru masuk kerja 3 hari dah berhenti. Siap menangis lagi. Tak taulah kalau budak tu sememangnya lembik atau memang pekerja kat situ ngan majikan perangai macam Mak Tiri Cinderella dan Dua Kakak Tiri yang ...... Hah elok lah.

Dah lah. Adik aku pun dah keluar cari kerja lain. Dia pun salah jugak. Buat pandai pandai sendiri tak mau tanya orang. Boleh ka minta kerja tak tanya gaji. Asal orang kata Ok, esok boleh start kerja, terus terima. Hish. Nasiblah dia sorang saja adik perempuan. Satgi cakap banyak merajuk pulak. Berleter banyak, tarik muka sampai tujuh lapan inci. Itulah adik aku.

Wednesday, January 27, 2010

Bye Bye Bad D

It's been 3 weeks and my Little Wina will always have D (diarrhea) everytimes when she comes back from school. I keep wondering what she has been eating at school, or she had some problem at school since this is her first year there.Was it the milk, uncomfortable feeling or she's afraid of her new environment. Then I suddenly remembered that when she was an infant, when i gave her this X brand of milk, she will definitely have the D for over a week. Then we decided to change her formula to E brand. And guess what? The D has gone ever since. So, this morning, I went to her school and gave her E brand formula to the teacher. Walaupun malu (ya lah, nampak macam mengada-ngada lebih), but for the sake of my Little Wina gagahkan jugak mintak tolong Cikgu supaya bancuh asing air dia kat sekolah. Luckily her sister, Wani tak dak apa -apa masalah.

Next year, Wina will be attending the school alone since her sister InshaAllah akan masuk Darjah Satu. She will have to stand on her own. Learn to do all things by herself. No more help from kakak at school. But I'm pretty sure she's gonna be alright. Lagipun she's my girl kan. I know she can do it.

Need to stop right now. Need to finish semua household chores before my two Little Girls got back from school. Nanti nak itulah, nak inilah, nak ZZ, nak Susu, nak nyam nyam, nak nak....hish sampai kering aku. Before i forgot, Please check out our blogshop (me and my cuz). We have reduced the price to clear up everything yg ada kat dalam stok. Murah ja. Hehe. Ok tata.

Friday, January 22, 2010

I'm Not A Bagaholics

It's been a while since I  last updated my blog. Busy? Maybe. My two little girls dah start pi tadika. I've cut down time mengadap game dalam FB. Aku buat aktiviti yang lebih berfaedah lagi. For the past few weeks, I did some D.I.Y project. Since aku ada satu mesin jahit. why not aku buat something yang berguna untuk aku. For my first DIY project, I made a small tote bag from my 'i dont need you anymore' pillow case. Tried to upload the pic this morning but my fricking camera is not working. So I guess maybe in my next entry kot i'll upload it.

My second DIY project is making a pair of Oven Mitt. Headed to kedai jahit last Saturday  when my Che Pyan was busy menggunting rambut kat kedai mamak and bought few items yang perlu to complete the project. Thanks to ERT (Ekonomi Rumah Tangga) subject during my Secondary School years yang mana it's one of my favourite subject at that time. Walaupun ingat ingat lupa. But kalau lupa pun, boleh google kat mana mana dalam internet where you can find tons of pattern yang sangat sangat  menarik untuk dipilih. It took me one hour to complete satu oven mitt selepas campur tolak aku berhenti then sambung then berhenti balik then sambung balik sebab Aiman pun buat perangai nak tolong sama jahit ngan Mummy dia. The next day, I managed to finish the next one walaupun end result dia ialah one pair of Oven Mitt yang tak seiras langsung. Sebelah corak bunga, sebelah lagi corak jalur jalur. Tak kisahlah. Janji siap.Hooray. Save duit Che Pyan. Bini dia yang sememangnya cheapskate telah tolong menjimatkan duit. Thanks to me, myself and I.

Ok. Let's just move on to other things. My wishlist for the time being ialah:
Itu saja. Cuma dua benda saja. Yang lain aku tak mau. Che Pyan pun dah bising sebab masuk ni dah berapa kali asyik handbag , handbag and handbag. Walaupun aku tak kerja, tapi aku suka handbag. Tengok ja handbag, aku rasa seronok dan happy. Betul. Not that I am a bagaholics but it's just me being myself. A normal person, a normal girl (eh), a normal woman (ehem),  like all of you out there yang aku tau memang suka bila dapat handbag dan memang just can't get enough dengan ada just one handbag. Am I right? Hehehe :p. Ok. Time to stop. Kena baling kain masuk dalam mesin basuh, kena mop lantai, kena settle kerja rumah sebelum tengah hari. Esok Che Pyan cuti. Mana ada masa nak buat semua ni. Tata.

Friday, January 1, 2010

Bought this plain and 'duuh looking' chair at a very very cheap price. Selalu Wani, Wina and Aiman nak sandar susah sebab lubang tempat sandar tu besar sangat. So, here's what I did......


            Before                                                                          After


 My new curtain
3 Panel Window
Time Spent :  1 hour

Tadaaa

 Liquid Satin with button
Lebihan dari kain baju raya Wina & Wani

 Polka Dot Soft Cotton with button
It's from my Levi's shirt

English Cotton with button

English Rose Cotton with button

Mone@Bags

 Beg untuk Little Wina



 My Large Carry All Bag
Two Way

 Front Pocket
Senang nak letak botol susu Aiman atau diaper
Small Tote

 Small Tote With Inner Pocket
Untuk Ibu Mertua

Small Tote

 Large Tote
Mak Sedara CP