Sibuk mengemas dan berkemas. InshaAllah, jika tiada apa apa aral, esok bertolaklah balik ke kampung. Cp terkejut tengok aku mempacking baju. Makkk aii. Ya, aku ada masalah. Masalah tak tahu baju mana nak bawak balik dan baju mana tak. Lagipun, bila Cp cuti ni aku malas nak mendobi. Mesin tak sama dan sabun tak sama macam aku punya di rumah. Aku bukan cerewet ya. Alasan paling kukuh aku rasa untuk aku sumbat dalam bonet kereta Cp beg besar gedabak sejumlah empat biji. Eh, kan cuti namanya. Cp cuti aku pun cuti lah. Rehatlah dari tugas seharian macam di rumah. Kang balik beraya aku humbanlah semua dalam mesin basuh gergasi yang ada kat rumah ni. Auuumm.
Oh ya. Aku pun sibuk main Candy Crush Saga. Bukan dalam facebook ya. Terjebak tapi tidak ketagihan tidak mengapa. Itu falsafah aku. Sila jangan tiru. Ok. Puteri Syafiyah sudah bangun. Menulis blog sudah tolak ke tepi. Yang aku boleh buat pada waktu waktu begini ialah melangut di hadapan tv. Quality time lah katanya tengok Upin Ipin dengan Syafiyah. Selamat Hari Raya. Maaf jika ada tersilap kata, terasa hati dan terguris jantung.