Berjalanlah aku masuk ke Watsons dalam pencarian set penjagaan muka yang MURAH dan BERKESAN. Terima kasih Cp kerana memahami dan sentiasa cuba menurut kehendak si isteri yang bijak ini. Puas aku explain tiga empat kali yang aku tak kisah pung try barang kat watson. Saya paham the consequences yang bakal dihadapi, tapi saya tak kisah asal dapat jimatkan duit kamu Cp. Daripada membazir tak tentu hala, nak yang organic lah (pasti 100% organic ke) dan memikirkan kepentingan diri saja, aku beli Eucerin. Hahaha. Set jimat dia Rm 69.90. Ada siap cleanser, toner and moisturizer. Oklah. Katanya kat kotak tu result dalam masa 14 hari. Kalau tak puas hati, boleh pulang balik tapi makk aii, jauh benor aku nak return kalo tak sesuai ni. Tawakal sajalah.
Setakat hari ni, aku rasa produk ni ok. Tiada masalah gatal atau tiba tiba jerawat naik membiak secara banyak di muka aku. Alhamdulillah. Yang bestnya, produk Eucerin ni soap and fragrance free.Lagipun, kalau aku nak wangi, baik aku spray perfume terus kat muka ni. Eh, kang pedih pulak mata aku kan.
Pic credit : Eucerin