Monday, January 13, 2014

Cik Syafiyah, The Supergirl.

Cik Syafiyah did something yesterday. She jumped on my tummy! What a supergirl. Senak sat. I wasnt aware of what she was trying to do when she was stacking all my pillows dekat corner hujung katil. Tetiba dah lompat atas aku. Haih. Budak kecik nih.

Dia kesunyian kat rumah. Abang, kakak Wani and kakak Wina semua pergi sekolah. Yang best, dia mudah ZzzZzz. Yang tak best, aku pun nak Zzzz sama. Nasi ayam macam tinggal angan angan saja. Pagi tadi pang pung pang cakap kat Cp nak buat nasi ayam. Konon nampak macam rajin. Dah melekat ni, payah la nak bangun. Hmmm.

Kejap lagi ada Your Lady. Nak bertapa pula barang sejam dua depan tv. Haih. Perut macam dah berbunyi. Yalah. Baiklah. Sekarang jugak aku harus ke dapur. Nasi ayam o nasi ayam. Mari ke mari mood memasak. :-p

Wednesday, January 8, 2014

Tiada keperluan.

Banyak orang suka dengar halwa benda yang manis dan elok saja di telinga terutamanya puji pujian dan sanjungan. (aku pun )
Tak banyak yang bila di tegur akan berlapang dada dan menerima kekurangan diri. ( aku pun )
Seperti aku jugak yang mudah rimas dan tekanan bila orang duk merungut dan share status bodoh alang dalam fb. Aku senang. Aku hidekan saja. Tak perlu nak komen menyibuk kat status yang aku tak suka.
Jadi aku tak nampak kenapa aku perlu terasa hati atau marah marah bila orang block atau unfriend aku dalam fb. Silakan.
Aku tak perlu cari alasan kenapa, mengapa atau kau benci akukah? Tak. Tak. Bagi aku, benda sebegini tidak perlu dituntut penjelasan yang berjela ataupun ringkas. 
Tidak perlu. 




Syafiyah vs Semut.

Menunggu dari tadi. Masih menunggu. Hai Syafiyah. Sedap sangat kot makan roti empat segi dengan nutella. Ya. Baiklah. Sesi menjilat sisa sisa nutella di hujung jari pulak. Hmmm. Mummy tunggu. Kejap kejap berpaling tengok aku. Kejap kejap menyandar dekat high chair. Dah nak dekat 45 minit ni nak oii. Mungkin kita perlu cukupkan satu jam. Hahaha.

Kesian Syafiyah. Bangun pagi tadi mata tak boleh bukak. Banyak sangat taik mata. Syafiyah sakit mata lah. Jenuh membuang taik mata yang keluar secara berlebihan. Keras. Mesti dia sakit. Hmmm. Ok. Dah terlentok lentok dah Cik Syafiyah ni aku tengok. Baik aku lekas bawa dia mandi. Kalo tak, tidoqlah Cik Syafiyah sambil mulut dan badan belemoih. Nanti semut gigit pulak. Rumah aku banyak semut. Aku pening tengok semut. Ok. Sekian.

Sunday, January 5, 2014

Two weeks before school holiday ended.

Iya. Cp perabih cuti hujung tahu sambil berkursus. Bawak kanak kanak kecil berjalan berjalan. Ke rumah Sissy Sha dan Aedy selama seminggu. Maaf tuan rumah. Duduk lebih had. Hahhahhah. Bawak kanak kanak ke Aquaria KLCC. Aiyoo. Tak rasa nak repeat lagi. Ramai. Yes, i hate crowded places. Tak suka terpaksa bergesel dan bersesak, but the kids suka sangat. Peduli apa kan aku suka atau tak suka. Budak happy, so aku ngan Cp layan sajalah. We had the chance to taste Fuel Shack kat situ. Sedaplah. Menyesal tak ambik Burger kambing. Kalo ada rezeki lagi, aku nak Burger kambing. Mbek mbek.

Next day, we went to Ikea. Survey perabot rumah kunun. Rumah pun tak siap lagi. Duduk pun blom tentu lagi. Tapi berangan berapi api. Tulis tulis perabot yang  berkenan di hati untuk masuk dalam lists budget barang rumah. InshaAllah, ada rezeki, aku sumbat dalam rumah tu. Makan tengahari with Sissy Sha and her beau Aedy fi Johny Rockets. Oh. Syafiyah makan banyak. Tak padan dengan kecik. Jangan ukur jumlah makanan dengan size perut coz you'll never know. Hahaha.

Kemudian ke Toys r Us. Membeli upah sebarang dua kepada kanak kanak yang baik yang ditinggalkan sekejap dengan adik yang baik, Sissy Tiah. Terima kasih Tiah. That night, my brother Sob belanja makan Texas Chicken. It was good and lebih kurang macam KFC lah. Never had the chance to thanked him that day, so Thank You Sob!

Then, Cp attended his courses for two days at QCCH. I was left with the kids at Sissy Sha's house. Ada tok, my sis Tiah, Che Ngah and Angah. And not to forget my three niece and nephews. Boleh pecah rumah. On our last night at Sissy house,  we went out to The Curve. I was so nak nak makan Haagen Dazs yang set  Chocolate Fondue.Thanks Sissy and Aedy for everything.

Before going back to Tanah Merah, we decided to stay overnight in Cameron Highlands. We stayed at Heritage Hotel, CH. Love the ambience and this is definitely where I wanna stay if we come again to CH. Letih. We have our dinner at Glory 78 Steamboat and Snack Corner. Price is moderate. STEAMBOAT FOR TWO should be for FOUR or more! Banyak. Struggling to stuff everythin dalam perut sebab tak mau membazir tapi gagal. Breakfast at the hotel was good and ada banyak choices. Sesuai untuk yang ada banyak anak dan anak pulak kuat makan. Hehe.

We checked out at 10 am. On the way back home, berhenti dekat tiga empat tempat untuk beli serba sikit sayur and buah. We arrived at Tanah Merah around 5 pm. Thats all. Harap kanak kanak gembira. Sekian.



Kurangkan gula, hidup gembira?

Semalam ke Perdana, KB untuk antenatal check up. Alhamdulillah, 15 weeks and the baby is fine.   Molek. I was advised by Dr Zanariah to reduce my daily sugar consumption. Kurangkan manis nooo. Baiklah. I havent gained weight since last month but hopefully, this month akan akan menjadi lebih gemuk sikit dan berlemak. Selalu kalau ikut previous pregnancy, aku akan jadi sebesar anak paus. Tapi tak maulah sebesaq anak paus lagi. Mengah.

Me @ 13 weeks

My daily routine sama saja. Cuma kadang kadang akan terlebih letih. So, bila letih aku kena baring, bila dah baring aku malas bangun. Pemalas sikit ja. Kalau aku jadi pemalas secara berleluasa, kesian pulak dengan empat kanak kanak kecil. Ya baiklah. Aku kena rajin.

Mood swing jangan tanya. Aku memang senang tersentap, terasa dan terkecil hati. Termengamuk pun ada juga. Cp macam biasa. Lagi aku naik hantu, lagi dia suka. Ini yang berlaku bila Mrs Serious Muka Ketat Tak Boleh Bergurau di ajak bergurau senda. Senang cakap, bergurau dan berlawak bukan bidang aku. Sporting pun bukan. Mari sembang hal dunia dan ekonomi dengan aku. Baru sesuai. Kahkahkah. Sila percaya.

Baiklah. Ada lambakan kerja kerja domestik sedang menunggu. Mohon permisi. Sehingga aku rajin menulis lagi. Sekian.